Nuffnang Ad

Showing posts with label time off for holiday. Show all posts
Showing posts with label time off for holiday. Show all posts

Monday, 26 September 2016

Company dinner

Beberapa bulan yang lepas, I ada annual company dinner di Parkroyal Hotel. Dah alang-alang ada dinner so kita terus check in ajelah, bawa family semua sekali melepak kat sini so tak perlulah nak susah payah ambil dan hantar I nanti.

Weekend di persimbangan Jalan Sultan Ismail dah semakin busy as ramai orang nak keluar berjalan-jalan kan. 

Check in awal so boleh la kita jalan-jalan sekitar Lot 10 dan juga Sungei Wang. Dah lama kut tak berjalan-jalan area sini, kalau ada pun setakat Pavillion ajelah. Best juga sini, mcm kat Lot 10, ada satu floor tu semua menjual barangan sukan aje, suka la semuanya, even ada Liverpool team punya concept store.


Lepas bersiar-siar di Lot 10, teringin pula nak makan Nandos di Sungei Wang, then jalan-jalan sekejap dalam tu sambil tengok tempat dulu yang me and Daddy Jack selalu pergi time belum kahwin dulu. Tapi Sungei Wang dah tak macam dulu meriahnya, dah makin suram nampaknya.

Lepas solat Asar dah nak kena bersiap sedia untuk bermake up semua. Kembali memakai contact lens, mujur igt lagi, kalau tak jenuh la.

Marilah kita bermake up. My adik, Ozzie yang bertanggungjawab untuk merubah wajah I untuk dinner ini. Dengan semua peralatan make up yang dia ada, Alhamdulillah, cantik semuanya.

Cuba menepati konsep tema warna pada malam ini, sampai ke eye shadow pun ikut warna tema.

Okay, dah siap dah, boleh turun ke bawah untuk majlis

Sesekali melaram, apa salahnya kan. Bukan selalu nak attend annual dinner ni, last make up cantik-cantik pun time kahwin ja. Im not a make up person, tak berapa nak reti sangat pun sebenarnya.

Me and my collegue, yang sering bersama-sama bekerjasama dalam apa juga acara pun.


Sesekali goofing around dengan boss sendiri, okay kan. Masa ni la nak bergurau senda sesekali ka, kalau time kerja nak bergurau pun takut juga.

Morning breakfast di hotel. Ini yang ditunggu-tunggu, pelbagai variety makanan ada disediakan so kita makan penuh berselera la.


The boys pulak, lepas breakfast tak sabar-sabar nak swimming pula, so layan kan kejap sebelum check out at 12pm. Lagipun dapat berehat sesekali macam ni best juga.

Cukup la semalam bermalam di hotel. Insyallah, if ada rezeki nak juga bermalam di lain kali, tapi hotel yang lain pula.

Balik rumah, terpaksalah kembali ke alam nyata balik, so pergi supermarket pula tengok barang-barang dapur mana yang habis stok tu untuk tambah yang baru pula.


Thursday, 18 September 2014

Bila cuti sekolah tiba lagi.....

Sekarang cuti sekolah selama seminggu, so seronok la bebudak ni tak payah sibuk nak bangun awal untuk ke sekolah.  Tu yang mau lajak sampai pukul 8 pagi baru nak bangun.

Katalog IKEA 2015 dah selamat tiba, pagi-pagi tengok dah tersangkut kat pintu rumah dah. Entah pukul berapa la orang tu menghantarnya. Ni nak kena cari satu lagi copy ni untuk conteng-conteng, yang satu ni untuk simpanan sahaja. kelepet pun tak boleh.

Memang tengah berdiet, tapi adakalanya terlajak jugak especially time ke mamak. Mamak ni pengaruhnya kuat betullah.

Sepanjang cuti sekolah ni, Daddy Jack tak ada, kena hadiri conference di Yogjakarta sampai Jumaat ni so the boys hanya menghabiskan masa di rumah ajelah, but ada jugaklah I bawa berjalan tapi dekat-dekat ajelah cos nak handle dedua yang tengah melasak ni mmg mencabar dibuatnya.
 

Monday, 19 May 2014

Cuti 1 May

Cuti 1 May lepas, we all apalagi ambil kesempatan untuk balik ke Kuantan. Dah lama rasanya tak balik so ada cuti panjang sikit ni baliklah kejap sambil jenguk-jenguk rumah di Kuantan pula. Walaupun Ibu dan Ayah seringkali balik KL, tapi sesekali tak salah jika we all pula yang balik Kuantan.

 
Bertolak lepas breakfast, then meneruskan perjalanan ke Pantai Timur. Cuaca pun taklah panas sangat, just nice aje. Kereta pun taklah busy mcm nak balik Raya ataupun cuti sekolah.

Dalam pukul 12 tengahari dah selamat sampai di rumah Kuantan. Panasnya tidak terkata, rasa berbahang sangat. Rupanya Kuantan dah agak lama tak hujan.

Biasalah baru-baru sampai, teruslah the boys menerkam kolam ikan ni dulu, nak bagi makan ikan.

Drum set ini Ayah yang punya. Zaman 60an dulu, Ayah merupakan salah seorang drummer untuk satu band, tak ingatlah pulak apa nama band tu. Tapi sayangnya bakat yang ada pada Ayah itu tidak diwarisi oleh anak-anak, menantu ataupun cucunya. Ayah pun selalu jugak main drum bila ada masa lapangnya. 

Pemandangan biasa bila waktu petang di depan rumah Ayah. Pukul 3 petang pun dah ada yang start main futsal dah, tahan panas sungguhlah bebudak ni.

Pagi-pagi harulah breakfast di De' Aisyah Cafe. I suka sangat nasi kerabu dengan ayam BBQ nya, sedap sangat sangat terpejam mata masa makan. Set lempeng cicah kari dan juga roti jala pun sedap juga.

Budak-budak ni main bola tak kira masa, pagi petang pun masih menendang bola di porch rumah sampaikan kereta semua kena bawa keluar untuk bagi peluang mereka ni menendang bola.

Kalau diam aje bebudak berdua tu, adalah benda yang dibuatnya. Ni pun ternampak tengah menangguk ikan ke sampah tah dalam kolam tu. Ada ajelah project mereka berdua nih.

Malam tu temankan Ibu ke Masjid Negeri, ada program kejap. Tapi me and kerinting hanya duduk luar ajelah, nak masuk tak boleh cos 'cuti' kan. Sambil tu layanlah kerinting ni makan kuih bahulu yang dibeli di gerai yang menjual sekitar masjid tu.

Pernah beberapa kali singgah sembahyang di Masjid Negeri ini, hopefully Ramadhan nanti bolehlah berbuka puasa di depan padang masjid lepas tu solat maghrib serta buat terawih sekali kat sini.
 

Wednesday, 26 December 2012

Its here

Yes, Im already in Adelaide. Semalam lagi dah sampai, so rest dalam rumah seharian, tidur and makan, rehat secukupnya for today's big event. Its a BOXING DAY !!!!

Hari ni buat pertama kalinya Rundle Mall dibuka on Boxing Day. Normally hari ni South Australia masih lagi on public holiday. Its Proclamation Day. Tu yang orang SA bengang berbanding dengan other parts of Aussie sebab tempat lain ada boxing day, If di Melbourne and Sydney, sure orang pagi-pagi lagi dah bertunggu tangga depan David Jones nak dapatkan the best deals.
 
As for me, dah lama buat list, hopefully dapatlah memakbulkan beberapa items yang sebelum balik Malaysia nanti. Tak tahulah samada boleh dapat a good deals or not cos here in Adelaide, salesnya selalu aje tak perlu tunggu masa Boxing Day pun harga pun lebih kurang aje. Tapi if boleh beli masa ini, boleh aje dibeli. Okaylah, Im getting ready with my gloves now, so nak punch in and out till knockdown.

Thursday, 8 November 2012

Malaysia is always be my fav destination

We're back to Malaysia la for a holiday, manalah lagi kan. Actually, adalah sikit hal-hal lain yang we all nak settlekan, even Daddy Jack pun ada conference di KL dan juga Singapore, so dah alang-alang nak balik so biarlah lama sikit. Dahlah Raya Aidilfitri and AidilAdha tak balik, so nak ubatlah kerinduan bertemu Ayah dan Ibu serta sanak saudara semua. Balik kali ni, we all decided ambil flight pagi from Adelaide, and sampai dalam pukul 3 petang waktu Malaysia. Rasalah cerah sikit sampai tu.

As always, Ibu and Ayah yang pick up us di KLIA. We all lepak kejap di Burger Kings KLIA, masih kenyang lagi after makan di dalam flight, rupanya orang yang menunggu we all ni yang belum makan lagi. Dalam flight memang we all dijamu dengan banyak makanan sebab flight kosong. So asal celik mata aje, pramugara and pramugari aje tanya nak makan apa sebab food banyak. Tak cukup dengan tu, masa landed pun kami dibekalkan dengan 2 plastic bag kacang MAS yang sedap tu. Alhamdulillah, murah rezeki.

Wahhh !!!! nampak ini dulu la.  Hmm, mulalah tangan and kaki gatal aje. Anyway hari ni just lepak-lepak rumah aje dulu. Mengumpul kekuatan dan rehat secukupnya.

Wednesday, 30 December 2009

Christmas Deco in Singapore

I always like the decoration for Christmas in Orchard Road. Terfikir juga, kenapalah KL tak boleh buat macam nie yer along the Jalan Sultan Ismail or maybe Jalan Bukit Bintang.

Bergambar di hadapan Singapore Visitor Centre. Last year, when we spent about SD500, kita boleh redeem some prize and the prize adalah 1kg chocolate but this year around, boleh claim jam tapi dah habis. Baik tak payahlah.

Along the road, di atas tiang letrik, ada Santa Clause yang so comel.

The deco in front of Robinson

Santa was everywhere along the road







Oh ! I wish that KL pun boleh buat macam nie. Jadi lah tourist or maybe local attraction. Nie tak, balik-balik lampu tergantung especially bila raya aje, lampu ketupat sana-sini. Hope that Tourism Malaysia or maybe DBKL boleh be more creative sikit dalam hal-hal deco nie.