Nuffnang Ad

Monday, 19 July 2010

Fun Day with Thomas

Aktiviti cuti sekolah diisi dengan bergembira dengan Thomas the Tank Engine. Menurut Aiyu, Thomas nie mmg tiap-taip tahun ader. So, kebetulan pulak, my boys minat dengan Thomas nie, we all pun ambik ler peluang nie untuk menjenguk jugak. Thought of nak pergi weekends, tapi cuaca tak begitu menyenangkan, then we all pergi hari biasa ajelah.

The event nie mmg ramai budak-budak yang minat kat Thomas, even semuanya ada aje yang berpakaian baju Thomas. Tak sangka, Sir Topham Hatt aka The Fat Controller pun ada jugak. Masa kecik, Danish panggil die nie Boss Thomas.

The event takes place in Adelaide Railway Museum kat Port Adelaide, kira-kira dalam 30km dari our house. So, dah terlanjur melawat Thomas, we all pun melawat-lawat ler dalam museum tu.

Lots of entertainer ada kat sini untuk menghudirkan kanak-kanak yang ramai. The kids mamang gembira ler especially bila dapat ballons.

This is Thomas, and yes, kita boleh naik the train and die akan buat dua pusingan keliling the museum. So, the kids merasalah naik Thomas even the parents pun excited jugak.

The station, sama macam dalam kartun die. kalau ikutkan ada dua station, satu lagi Knapford, tapi agak jauh sikit.

This is Danish second experience naik Thomas. First time, masa tu kat Mid Valley, but it was indoor, kat sini outdoor so lagi ler die suka.

My three heroes..Ryan the Lion baru bangun tu yang muka macam mamai aje tu. Daddy Jack pulak terpaksa korbankan hari belajarnya sebab nak bawak the boys gi tgk Thomas.

Tengok ajelah gerai nie..mana nak makannya, bukannya Halal pun but I do respect the Ozzies nie, You all tahu tak, they all nie mmg health freak tau. They all jarang membeli makan-makan luar nie, sanggup bawak bekal. Bekal pulak, bukannya macam kiter, ada bihun, mee goreng apa bagai tapi more inti healthy stuffs like apples and banana.

Mata macam guli and pipi kembung macam ada bola ping pong..hahahahah. Atok Keramat tengok gambar nie kata, geram dengan Ryan, rasa macam nak cubit-cubit ajr. Memang pun, kekadang tu I gram dengan pipi die, siap gigit lagi.

Nie we all naik train yang kedua lepas Thomas, Yang nie besar sikit tapi tak ramai yang naik, maybe sebab tak perasan kut.

The boys mmg enjoyed sangat-sangat dapat naik keretapi nie, kalau kat Malaysia, naik LRT aje, sini lagi adventurous sikit.

As I told before, the entertainer nie mmg bersepah-sepah, and they all tetap setia menghiburkan kanak-kanak.

Nak bergambar dekat-dekat dengan Thomas tak boleh, so kenalah bergambar sayup-sayup aje.

As for Daddy Jack, bila bab-bab colouring nie memang serah kat die ajelah. So, here, boleh buat badge Thimas for only AUD2.



Adalah dekat 2 jam jugak we all dalam museum nie, tengok langit pun dah ala-ala mendung so balik terus rumah. It was such a good experience for the boys. They were enjoyed themselves very much. Hope that we can spend so much the outdoor activities later, after September, perhaps ?

Preparation for his first day

Danish akan memulakan hari persekolahannya hari ini. OMG....kalau kat Malaysia, kena tunggu 7 tahun nak masuk sekolah, tapi sini, 5 years dah boleh masuk primary school. I cant believe myself as a mother. Masih terasa tangan nie mendukung die, menangis melalak-lalak, jerit-jerit nak susu dsb, and today, he will go to his first formal education, di negara orang pulak tu.

As a preparation, kena bawak gi gunting rambut dulu. Rambut Danish nie tebak and kerinting, so nampak macam serabai sangat. Lagipun, takut jugak kalau-kalau berjangkit pulak dengan kutu masa kat sekolah nanti.

Potong rambut kat sini mmg mahal. Untuk Danish aje kena AUD10 = RM30, itu on weekdays, kalau weekends kena sampai AUD15. Hasilnya mmg baik ler, bak kata Danish, " Mummy, Danish dah macam Torres ler"

And semalam, as a preparation, pergi Tea Tree Plaza belikan beg sekolah baru. Memang ada satu yang bawak dari Malaysia, nampak kecik sangat la, so bagi ajelah Ryan the Lion pakai.

Antara preration for his school; beg, kasut and luch box. Kat sini, all the kids kena bawak bekal sendiri, no canteen in school. So, mak kenalah pack kan makanan yang dibenarkan oleh pihak sekolah. More into health stuffs ler.

Muka suka nak dengan kelengkapan persekolahan. Tapi, Mummy pulak yang rasa rindu dengan suasana bising, hiruk pikuk mendengar suara Danish and Ryan.

Saturday, 17 July 2010

Makan lagi

I have to attend this event today
Majlis meraikan pelajar postgrads (Master & PhD) baru dan lama
so, sure ada makan-makan, kan?
Habis ler my diet
Cant wait to meet new faces and make new friends
See ya

Tuesday, 13 July 2010

Macam mana nak kurus, kalau macam nie gayanya?

Sabtu lepas, we all ada undangan makan-makan cum birthday party ke rumah Kak Azie Azul. Masa we all mula-mula sampai Adelaide, nie la rumah persinggahan kami. selama seminggu sebelum dapat rumah sekarang. Kebetulan, hari tu birthday anak sulungnya, Akil and then sambil tu buat ler jemputan untuk makan-makan sikit.

Kami sekeluarga sampai agak lewat sikit, kira-kira 30 minit jugak ler sebabnya, I sibuk membuat roti jala as a pot luck, udahnya terlewat tapi masa we all sampai, rumah pun memang dah ramai orang, so kena tunggu turn untuk makan. Bila pergi dapur, mak aii...penuh makanan satu meja. Tuan rumah aje masak sampai 2 jenis makanan, then tetamu pun bawak makanan jugak, ha kau, makan sepuas-puasnya ler. Udanhnya, makanan tu tapau bawak balik aje.


Monday, 12 July 2010

My style of breakfast

Bila hari-haro breakfast benda yang sama like roti, nasi goreng, mee/bihun goreng naik jemu jugak. Suddenly, macam nak makan breakfast ala-ala English la pulak. Gigih nak menyediakan my american breakfast set.

Ada macam McD Sausage Mcmuffin tak ? I buat sendiri yer...maklumlah sini McD and KFC tak halal, so teringat kalau kat Malaysia, macam malas nak makan mamak, so makanlah McMuffin for breakfast.

Ibu ada hantar acuan roti jala, entah macamana rasa macam nak makan roti jala. So, berjaya jugak membuatnya walaupun hasilnya tak seberapa. Tetiba terasa kenikmatan roti jala Ibu. We all and roti jala nie dah macam our signature dish tak, even now, Ibu ada buat tempahan roti jala untuk sesiapa yang berminat. Kalau buat open house, mmg roti jala akan menjadi salah satu hidangan yang wajib and we all akan buat berkilo-kilo adunan and also akan ambil alih untuk menjala. Kira we all adik beradik memang dah mahir buat roti jala nie.

Sunday, 11 July 2010

Menurut kata Tok Bomoh Paul, Spain will be the winner of World Cup 2010. Kat Aussie, all the betting centre siap tulis kat cermin tingap..."Bet with your heart, not by some silly octopus " hahahahah. Berapa ramai ler warga kerja Malaysia yang akan ke office on Monday dengan mata kuyu, sakit badan malahan tak ada suara ?

Cold and Flu season

pic from Google


Biasalah la kan, musim winter nie, cold and flu senang sangat melanda. So as a precautions, as the Doctor said, bebanyakkan minum air, and rest. Itu sahaja. And semalam, Ryan the Lion downed with flu and so is Danish.

Friday, 9 July 2010

Toys Sale - Mak, bapak and anak-anak rambang mata

Kalau di Malaysia sekarang nie tengah buat sales giler-giler, kat Adelaide pun ada jugak..bukan untuk parents tapi untuk kanak-kanak. Its a TOYSALE !!!..giler tak giler ler. The boys macam tak sabar-sabar nak tengok, mak paknya apatah lagi. Kebetulan pulak ada katalog dihantar ke rumah, lagi ler sawan satu keluarga dibuatnya.

Kenapa pulak ada Toysale nie yer ? Well, dalam katalog tu ada banyak barang mainan untuk budak-budak dan jugak untuk satu family, so mak ayah boleh la pilih mana-mana yang berkanan, then bayar secara ansur-ansur sampai lah Hari Krismas nanti. Yer la, they all kan sambut Krismas, so kena bagi hadiah kat budak-budak, bukan sahaja anak sendiri, malahan anak saudara, kawan-kawan dan jugak sesiapa, tak macam kita, bagi duit raya so bila ada Toysale nie, the parents can simply choose apa sahaja hadiah yang they all mampu, then bayar deposit and continue to bayar bulanan. Hadiah-hadiah tu akan disimpan oleh pihak mall sehinggalah hutang habis.

So, as Daddy Jack promised the kids, weekend lepas we all pun pergi ler nak tengok jugak macamana gayanya TOYSALE nie yer. Sebabnya iklan-iklan kat TV macam memanggil-manggil untu tengok..hmm tengok aje ker, tak beli?

Sekali pergi mak aiii...memang penuh ler. Ada satu shopping mall, Big W, waktu jualannya dilanjutkan sehingga 12 malam dan KMart pulak on 1st July tu dibuka seawal 6 pagi !!!! Hebat sangat ler ?

Bila we all sampai, memang hebat ler...like this Thomas merchandise like giler menengoknya. Bila tengok gambar nie, rasa macam kedai barangan 2 ringgit aje, kan.

See the mat-mat salleh pun sibuk nak membeli dan memilih mana satu yang berkenan di hati. Ada tu dah buat homework dulu, like tengok katalog, then pilih and terus bayar. Jimat masa dan tenaga sikit.

Tengok barang mainan aje sampai satu trolley. Kiranya mak bapak pun macam kanak-kanak jugaklah. Ada satu couple nie, siap ada list yang panjang like orang nie nak apa, beli apa...mak aiii..kalau la kat Malaysia ada macam nie, maunya pengsan kalau pada sesiapa yang ada nak buah berderet-deret tu.

Couple nie pulak tengah bergaduh, si suami tak nak toy tu tapi bininya nak..hmm pun satu masalah jugak yer. Kalau I ngan Daddy Jack, tak tahu ler macam mana. Sure lama giler dalam mall tu memilih dan pilih.

For MummySyafie aka Marina, kalauler Abang and Wawan ada kat sini, sure samada you akan pengsan tengok mainan yang they all pilih ataupun they all tak tahu nak pilih yang mana satu..barangan mainan like Toy Story 3, Dora, Barbie and macam-macam lagi la dijual dengan banyaknya.

Ada my friend from Malaysia cakap, the figurie nie masih murah kat sini. Entah la yer, tapi yang pastinya each character from the Toy Story 3 ada kat sini.

Bukan sahaja mainan malahan costume pun ada jugak dijual disini. Macam nie, headgear Buzz Lightyear, siap boleh ada suara mcm Buzz Lightyear. Canggih sungguh ler.

Ada a few friends berminat minta suruh belikan costume nie untuk anak masing-masing, tapi boleh ker nak pakai dengan cuaca di Malaysia tu. Kalau ada rezeki, nanti I tolong belikan, yer

Kerusi pun ada jugak..hmmm bila pusing from satu mall ke satu mall, rasa geram aje. Macam Daddy Jack cakap, kalaulah semua toys nie dalam RM, dah lama dah borong banyak-banyak.

Nie paling tak tahan, costume Snow White. Nasib baik ler I tak ada anak perempuan, kalau tak, sure dah feeling-feeling Princess pakai baju macam nie.

Toys yang dioffer sampai dilonggokkan aje dalam basket kat tengah-tengaj Lobby. So, harga tak dipemarkan, kalau nak tengok, refer kat katalog aje.

Takkan le, we all dah tengok katalog berkali-kali, sanggup nak tengok mat-mat salleh menggila kat shopping mall, tak sangkut jugak sama kan..nie ler hasilnya. Kesian I kan, kalau kat Malaysia, bawak handbag, kat sini, angkut ler shopping beg besar gedabak nie. Apa yang we all beli yer ?

Daddy Jack masih crazy dengan Thomas collection so sampai kat Adelaide pun masih nak mengumpul jugak. Kali nie untuk Ryan pulak, katanya. Ye la tu.

Balik rumah, terhegeh-hegeh nak memasangnya sebab agak complicated sikit nak memasangnya tapi demi anak-anak, akhirnya berjaya jugak.

Masa tengok-tengok katalog tu, macam dah jatuh hati pulak dengan toy nie, Aqua Doodle. Rasanya tak jumpa lagi kat Malaysia. Since Danish dah mula menunjukkan tanda-tanda yang die minat nak melukis, better belikan untuk die jugak. This set ada playmat yang boleh dilukis atasnya dengan menggunakan pen khas. Then, tak payah padam, sebabnya ianya akan padam sendiri.

Nie pen ajaib tau..tak ada dakwat, just refill guna air sahaja. After then, boleh dilukis atas playmat tadi. So, playmat tu boleh digantung di dinding, so anak-anak nanti conteng playmat aje, tak perlulah menconteng dinding.

As for Ryan, dari shopping mall tu die dah pilih this doctor set. Memang die pegang aje so we all belikan la untuk die satu. Ingatkan main ler bila dah beli tu.

Sampai rumah aje, habis dikoyakkan kotak, then habis disepahkannya...hmmm nasib baik ler mainan nie pieces besar-besar, kalau yang kecik-kecik tu, tak kuasa nak mengutipnya.