Nuffnang Ad

Saturday, 17 September 2016

Bola dan bola

Beginilah aktiviti we all sekluarga tetiap minggu samada cuti atau tak cuti sekolah training akan berjalan seperti biasa. Bagus juga kan at least the boys taklah terperap duduk dalam rumah ni seharian tanpa aktiviti.

Bila anak-anak training bola, I ambil kesempatan la berjogging sekitar padang bola, at least adalah keluar peluh-peluh sikit kan.

Kadang-kadang melayan Ryan main bola if geng bolanya tak datang, mak aii semput juga nak berlari sambil mengejar bola.

Kalau Danish trainingnya setiap Isnin dan Rabu manakala Ryan training hari Sabtu dan Ahad, so KLFA tu dah macam tempat melepak aje dah. 

Biasanya lepas training Ryan, kita orang akan breakfast ke mana lagi kalau tak NZ. Kemana pergi pun NZ tetap dihati dan dicari. Tak kiralah cuti sekolah ke, bulan puaa ke..mana-mana musim pun NZ jugak.

Selalu lepas balik training masing-masing kemas semua boots and barang bola masing-masing kemudian basuh mana yang patut. Lepas lunch and solat masing-masing kena ada aktivti lain selain tengok TV and main games. Ikut aktiviti Mummy, buat kerja seni aje senang, more fun and boleh boost their creativity juga, sesekali apa salahnya kan.

Friday, 16 September 2016

Menyambut hari anak merdeka

Hari ini Hari Malaysia, I masih lagi nak update psl Hari Merdeka 31 Ogos lepas, okaylah tu kan. Masih mood kemerdekaan lagi. We all meraikan hari kemerdekaan di IKEA for breakfast dan nak tempah barang sebenarnya. Ingatkan tak ramai, sekali tengok ni hah row punyalah panjang.

Sempat lagi tu menyiapkan artwork untuk catatan harian pengajaran disini, sambil tu ngap-ngap meatballs depan mata.

Mencari fabric untuk sarung kusyen dan juga chairpad untuk diganti baru juga tujuan ke sini. Sambil tu cuci mata juga tengok corak langsir bilik budak-budak ni serta bilik Bibik.

Birthday boy aka Anak Merdeka menyambut birthdaynya di IKEA, sambil cari idea untuk mendeko rumahnya lagi.

Dah settle bab langsir dan sarung kusyen, mencari pula set cadar budak dan juga maknya. Nampak semuanya cantik-cantik tapi masing-masing kena pilih satu sahaja yang paling berkenan.

Payah juga rupanya nak memilih set cadar ni, ingat senang aje especially bila dah display macam ni memang semua nampak cantik aje di mata.

Entah berapa jam dalam ni, mujur angkut barang pun tak banyak, tapi kena datang sekali lagi nak ambil sarung kusyen dan chairpad yang we all hantar jahit kat IKEA juga, senang hantar terus kat tailor depa tak perlu pening kepala nak deal dengan tailor luar.

Malam, keluar balik for dinner, kali ni ke rumah kedua favourite selain IKEA that is KLCC. Kalau ke KLCC, sure kena singgah Box of Bricks, tak singgah kang tak sampai hati pulak tengok reaksi Daddy Jack and the boys.

 Birthday dinner celebration for Daddy Jack

Cosy place for celebration. Orang pun tak ramai so selesa makan and bersembang dengan family. The boys dapat buku senyap la membaca sementara tunggu makanan sampai.

Dah bapaknya peminat tegar LEGO, so hadiah harijadi pun kenalah bagi LEGO juga. Dah lama Daddy Jack berkenan dengan set ni so dengan adanya set ini maka completelah set LEGO Ninjagonya yang dikumpul sejak di Adelaide lagi. Cukup-cukuplah tu dah, sampai dah tak muat lemari dah tu. Apapun I layankan ajelah hobi anak beranak ni.

Thursday, 15 September 2016

Aidiladha yang simple dan bermakna

Bagaimana raya you all semua? Sure meriah kan, tambah pula cuti sekolah seminggu dan cuti yang panjang. We all as usual, beraya di KL sahaja, tak pergi mana-mana pun cos nak berehat-rehat and lepak rumah sendiri and kemas apa yang patut. So, tak perlu nak duduk dalam jem lama-lama, order pizza makan depan TV sambil tengok game Man U vs Manchester City ajelah.

Ahad pagi barulah terhegeh-hegeh nak membeli persiapan raya, we all pergi NSK Selayang aje beli barang-barang yang nak dibuat juadah raya. Ramainya orang disini, we all pergi pun dah pukul 9am so memang dah ramai la orang melainkan pergi lepas Subuh, sure selesa sikit.

Tengah beratur nak membayar, ternampak pulak akak ni tengah unload buang anggur ni ke tempat display, nampak sedap tu, baru turut pesawat katanya.

Kebetulan pula I berpuasa sehari sebelum Aidiladha tapi I sorang aje yang berpuasa, yang tak puasa kenalah disediakan makanan tengahrinya. So berperang la I menyediakan asam pedas ikan, bayam goreng dengan fishball dan juga ayam goreng.

Tahun ini, Ibu dan Ayah beraya di KL sahaja so sesi masak-memasak dibuat di rumah I aje. Kali ni Ibu malas nak tggu lama-lama, humban semua dalam periuk Noxxa, set timer and ibu baring kejap sementara tunggu masak. Hebat tak hebat penangan periuk Noxxa nih.

Dah malam sikit barulah sesi mencari lemang di simpang Ulu Kelang. We all selalu beli di Lemang Pak Ajai, keluar simpang mak aii jem teruk ingatkan orang masih sibuk balik kampung rupanya orang berkerumun nak beli lemang rupanya. Sampai kena beratur tunggu turn nak beli.

Mujur we all tak perlu tunggu lama untuk beli lemang, itupun ada yang menunggu nak beli sampai 11 batang.

Projek pagi raya I yang terbengkalai pada malam raya sebab dah tumbang kepenatan. Bangun awal jam 430am untuk menyiapkan juadah pilihan Daddy Jack dan juga anak-anak.


Antara juada kami di pagi raya, sementara menunggu Ayah dan Ibu datang lepas solat, sempat la mengemas apa yang patut.

Sejuk pagi raya ni, cuaca pun mendung aje.

Laksa Johor ni kesukaan Daddy Jack dan anak-anak, hanya dibuat pada hari tertentu ajelah, bukan boleh buat setiap hari. Tak tahan bahan sampingan tu especially timun yang kena ada hirisan special, bukan jenis macam potongan timun laksa Penang, cara hiasan spaghetti pun ada caranya juga. Memang remeh.

Kali ni kuahnya agak kurang sikit rasanya, bila dibelek-belek rasanya terlupa letak udang kering sikit bagi perisa tambahan.

Dah malam pun masih makan hidangan raya, itupun bekalan yang dibawa oleh mak mertua, siap ada kuah lodeh dan juga rendang ayam. Alhamdulillah, Raya yang best disambut di KL dengan kedua-dua belah pihak berada disini.

Tuesday, 13 September 2016

Joes Barber

Cuti sekolah telahpun bermula, so bolehlah berehat sebentar seminggu dari mengajar, tapi walaupun bercuti, kerja dirumah tetap memanti sambil melayan anak-anak yang sedang bercuti juga. Malas masak, senang angkut aje makan di luar.

Fast food ni sesekali makan okaylah, bukanlah tetiap minggu boleh makan. I pun jarang dan makan fast food ni, on diet adalah satu kepantangan tapi sesekali makan lah juga, mana boleh tak makan.

Sebelum raya kasi trim dulu rambut yang semakin panjang, so tak perlulah nak tggu sekolah buka baru kelam kabut nak pergi gunting rambut.

Kedai gunting rambut favourite Daddy Jack dan juga the boys. We all suka pergi di Rasta Taman Tun, dekat sikit dengan area rumah berbanding dengan Subang Jaya. Tapi selalunya kena buat appointment dulu, kalau tak memang beratur panjang atau pulang dengan hampa sebab penuh.

Semua kasi trim dulu, bagi nampak segak di pagi raya.

On the way balik, singgah jap KLCC beli my detox kit untuk sehari. Lama sungguh tak berdetox, sampai dah sengal-sengal badan dibuatnya.

Saturday, 10 September 2016

Kehilangan



Beberapa bulan yang lepas, I telah membuat satu kesilapan sendiri iaitu menghilangkan my phone. Tertinggal di KFC, bila datang balik cari tiada dah so dekat seminggu jugaklah tiada berwhatsapp sampai beberapa call terlepas dan mengharu birukan keadaan. 

After seminggu terputus hubungan so dapatlah pengganti baru, yang lebih elok sikit. Dah ada ni so muka pun kembali ceria dan whatsapp seperti sediakala. Susah juga rupanya tak ada phone especially bagi kita yang bekerja ni yer, banyak benda yang nak kena refer like calendar dan juga planner dalam ni untuk memeudahkan kerja kita.



Friday, 9 September 2016

Bersantai

Weekend ajelah dibenarkan untuk bermain game, kalau hari sekolah semua gadget disimpan rapi. Ni pun bagi main ada limit, kalau tak sampai ke malam main game.
Weekend pagi seperti biasalah kan, training bola untuk 2 beradik ni. Mujur minggu ni tak ada tournament kalau tak jenuh berangkut hujung minggu semua sekali.


Selalu nak tidur kena ada peneman, dah jumpa his fav soft toys, Ninja Turtle. So tidur ja, dok peluk sampai la tertidur.

Kalau menemankan Danish main bola, 2 jam tu lama, so kalau ada kerja angkut semua laptop nak buat daripada duduk membuang masa tak tentu hala.

Tak cukup bola dipadang, sambung pula dirumah tapi main game ajelah. Nak main kat luar rumah, takut la dengar gelaja menculik sekarang ni.

Weekend mengejar Ryan punya training setiap Sabtu dan Ahad (830-930am). Selalunya lepas traing barulah breakfast.

Salah satu hadiah perkahwinan dulu, begitu puitisnya kata-kata si penulis tentang sesebuah rumahtangga.

Musim cuti sekolah dah bermula, tak plan ke mana-manakan semuanya? We all seperti biasalah, belum ada apa-apa rancangan, rasa nak pergi bercuti, pergi ajelah selalunya dekat-dekat ajelah.

Saturday, 3 September 2016

Puasa ganti

Rajin tak rajin, kenalah juga berpuasa ganti. Takut tangguh nanti entah bila nak buatnya. So kita pun mulalah berpuasa perlahan-lahan, janji dapat sehari pun cukuplah kan. Sahur bangun tak makan beria pun, cukuplah makan steak sandwich aje pun okay dah, janji minum air  masak banyak-banyak.

Alhamdulillah, dapat menghabiskan puasa dengan jayanya so kita berbuka di Enjoy's Corner, dekat dengan area rumah aje ni. Order macam-macam, ikut selera masing-masing tapi yang sampai dulu, baked brownies ni dulu.

Menu pilihan berbuka puasa adalah sizzling yee mee sahaja, itu aje yang nampak menyelerakan. Lepas ni akan terus istiqamah untuk menghabiskan puasa yang tertinggal dengan cepat by hujung tahun ini, Insyallah.