Nuffnang Ad

Sunday, 5 March 2017

My Sabtu




My Sabtu sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti, normally selalunya soccer practice la kan. Jarang betul nak dapat time untuk ke pasar tani bila musim bola dah start. Pokok-pokok tanaman pun dah lama tak bertengok dah.

Sebelum mulakan aktiviti, breakfast dululah. The boys selalunya akan makan cereal, then after game baru pg makan breakfast. Eiiii tak laratlah I nak tggu so normally I makan 3 biji telur rebus dululah sebelum pergi, kasi energy sikit, cos kadang-kadang sementara tunggu the boys training, I pusing la padang tu 2-3 kali dulu.

New term ni, banyak pilihan for the kit. Dah ada bermacam item dikeluarkan untuk tahun ini mcm water bottle, gym bag, boot pack even car sticker pun ada juga.

My cousin and my student. Kebetulan satu team and even sama-sama satu sekolah sekarang. 

Dah mulalah kembali membasuh jersi, kasut bola dan stokin sepanjang weekend ni

Tahun ni warna jersi pun dah berubah warna, ala-ala JDT sikit


View setiap minggu macam ni la nampaknya

Kadangkala kalau malam tu macam malas aje nak amsak so ke pasar malam ajelah kita cari makanan. Pasar Malam area rumah I ni setiap Selasa, Khamis dan juga Sabtu. Selalunya kita dah tahu dah menu apa nak makan di pasar malam ni sebab dah selalu pergi memang menu itu ajelah yang kita makan. The boys akan minta corn in the cup salah satu menunya.

Putu piring kadangkala jadi pilihan juga, tapi rasa macam dah tak sama macam dulu, mungkin pakcik and makcik yang dulu buat dah tak larat agaknya so upahlah orang lain untuk ambil alih.

Tau Foo Fah memang sentiasa dalam list

Bakso Minang memang paling legend di Pasar malam ni, dan juga satay minang. Rasa memang agak berbeza dengan dulu tapi bolehlah diterima tekak ni lagi. Abang ni since dari kecik ikut mak dia berniaga, now dia yang ambil alih.

Saturday, 4 March 2017

Home cooking

Dah lama tak update menu masak-masak kat blog, selalu upload kat IG dan juga FB sahaja. Selalu masak-masak ni rajin time cuti sekolah ajelah, bila dah kerja macam malas aje. Program eat clean masih berjalan macam biasa, adakalanya terbabas juga. Nak kasi hipster sikit, breakfast pagi dengan whole wheat bread, scrambled egg dan juga ulam pegaga, cool giler, kan.

Kadang-kadang menu eat clean cukuplah sekadar nasi sejemput, ulam pegaga dan timun serta ikan sardin bakar. beberapa kali dah makan ikan sardin bakar, isinya lemak la. Pastu ada pula sambal belacan, memang best la.

Sesekali keluar membeli barang nak masak di kedai mamak, semua nampak best especially ikan selar yang baru sampai di kedai. Bila mamak tu masuk aje dalam fridge, nampak fresh sangat.

Hasil dari belian di kedai mamak diatas, maka jadialh 2 menu yang berbeza. Anak-anak nak makan mee bandung while me and Kak Tutik nak makan nasi aje, so nak memuaskan hati semua kita masak2-2 sekali.

Masih setia dengan ikan sardin bakar, kali ni sekali juga dengan ikan kembung singgang

Sometimes breakfast dengan hanya 2 biji telur dan juga green apples

Terjumpa pula ikan makarel segar kat Hero Supermarket di area rumah ni, bungkus semua yang ada di tempat ikan, so bawak balik dah terbayang dah ikan bakar aje.

Asyik makan aje kan, sesekali kenalah rajin mengemas almari-almari. Banyak betul barang-barang yang macam tak digunakan lagi esp handbag. Masa beli tak ingat dunia, pastu samada tak pakai ataupun lupa ada beli.

Dah beberapa hari makan ikan bakar, so dah agak bosan so kita makanlah ikan asam rebus pulak

Kadang tu kalau malas makan nasi, makan ajelah buah-buahan. Now, sangat suka giler-giler makan buah dragonfruit ni. Dulu tak pandang sangat pun, now pantang jumpa aje sure nak beli.

Friday, 3 March 2017

Art break

Kadang-kadang breakfast yang simple pun boleh jadi sedap. Cukuplah roti sapu butter dan juga scrambled eggs. Cukuplah bertahan sampai tengahari.

Kalau Daddy Jack ada kerja luar, sesekali mengekor juga dia. Ada sekali tu ikut dia ke Balai Seni Lukis Negara, satu tempat yang agak jarang we all pergi walaupun masing-masing orang seni visual.

Ada macam Art Exhibition kat sini, semua hasil seni dipersembahkan dan juga ditunjukkan disini dari orang perseorangan, sekolah ataupun kelab seni. Since doodling dah jadi macam satu trend, so ada disediakan satu ruangan khas untuk mendoodle.

Banyak hasil karya yang ditunjukkan, samada yang moden atau yang klasik

Orang pun tak ramai, biasalah kalau bab seni-seni ni sambutan agak kurang memberangsangkan sikit. 

Seni memang unik, tak semestinya dilukis atas kertas lukisan. di buah kelapa pun boleh jadi hasil seni juga.

Ada pula gandingan Darth Vader dan Storm Trooper disini

Masih ada juga yang berkarikatur secara manual

Hasil seni Puncak Purnama hasil Syed Ahmad Jamal yang kontroversi sedikit masa lalu. Hasil runtuhan itu diletakkan di BSLN.


Cantik persekitaran BLSN ni, mungkin akan membawa anak-anak ke sini semula

Cantik juga sesekali kelas seni buat model 3D macam ni

Ada tempat lepak rupanya kat atas ni, nampak macam best semua makanan esp yang goreng-goreng

Sambil makan, tengok orang-orang dibawah yang lalu lalang

Cool betul tong sampah ni, ini pun boleh boleh jadi hasil seni

Nanti boleh buat jugalah kat sekitar sekolah

I wish I pun ada idea nak dapatkan balik mood untuk melukis ni

Tak masuk pun galeri dalam BSLN ni, lain kalai kalau berkesempatan datang lagi haruslah menjenguk disini kejap.

Wednesday, 1 March 2017

Ayuh, kita bersenam !

Setiap hari Isnin dan Rabu adalah hari bersenam berlari keliling padang dari pukul 6-8 malam. Sementara Danish training, I pun samada jalan ataupun berjogging la keliling padang. Mula-mula dulu agak malu la jugak, tapi lama-lama tu dah biasa rasa seronok aje walaupun sorang-sorang.



Kadang tu, pergi juga Celebrity Fitness, buat Zumba ataupun juga light weight lifting aje. Tapi now dah stop membership with CF, cos tak boleh commit la.

Masa joined CF, selalu berlari atas treadmill sampai 6km sekali datang


Kadang tu, pantang nampak seluar track cantik-cantik, sure nak membeli juga

Kadang kalau weekend bila tak ada training, I just jogging pusing taman depan rumah aje sambil anak-anak main bola kat jalan dengan anak jiran.


Selingan kejap.....memang saling tak tumpah muka anak dengan bapak ni, kan

Kadang tu, sebelum tidur, sempat jugaklah buat light exercise mcm squat, ataupun burpees dalam 10 reps, cukuplah.

Selain exercise, makan pun kena control juga. So makan pun dalam kuantiti yang kecil, taklah tahap sampai penuh sepinggan nasi. Ala kadar aje pun cukup dah.

Ada masanya rajinlah membelek resepi sihat dalam internet then mana-mana resepi yang best tu, kenalah cari barang-barang pun yang best-best kat supermarket macam Cold Storage ataupun Jaya Grocer.

Kalau dah tahap malas sangat nak bersenam kan, kita bersenam dengan main game Kinect ajelah, itupun dah cukup memenatkan. Peluh keluar macam mandi aje dah.