Nuffnang Ad

Sunday, 23 October 2011

Off to China

Semalam, buat pertama kalinya sepanjang kami sekeluarga berada di Adelaide, Daddy Jack tiada di selama 5 hari bermula semalam hingga lah Khamis depan. Daddy Jack ada conference di Beijing. Ikutkan plan asal, he want to bawa we all semua sekali, tapi after his Supervisor pun nak join sekali, so I decided Daddy Jack aje yang pergi sorang. Kang ada benda nak discuss, terganggu pulak sebab nak layan karenah anak-anak.

From Adelaide, Daddy Jack akan singgah di KL dulu sebelum naik pesawat lain untuk ke China. Both by MAS. So, bolehlah Daddy Jack balik rumah kejap, lepak and then ke airport semula untuk penerbangan ke China pula.

All the best from all of us here in Adelaide. Me and the boys akan mendoakan kejayaan you di China. Make us proud of you !!! Will be waiting for you this Thursday.

Friday, 21 October 2011

Terima kasih semua....

I never thought that Ryan will dapat hadiah yang banyak bila buat birthday party di Adelaide nie. I just thought dapat datang and makan serta minggled around pun dah okay bagi pihak kami sebagai tuan rumah. Tak sangka, ada juga yang memberi hadiah yang bukan kecik-kecik pulak tu.

As usual, Danish yang excited lebih nak tolong bukakan hadiah untuk Ryan. Lagipun I tengok, Ryan macam dah diam aje, dah mengantuk sangat dah tu tapi insist nak buka hadiah jugak.

Hadiah nie Daddy Jack belikan untuk Danish sebenarnya, so taknaklah Danish rasa tak ada something untuk dia.

Muka mengantuk tapi happy sebab dapat banyak hadiah.

Berebut-rebut nak membuka hadiah

Banyak Ryan dapat mainan CARS yang paling digemarinya. Thanks to all the guests yang memahami minat Ryan.

Hadiah yang paling disukai adalah kasut CARS nie






Dah puas buka hadiah, so main sekejap sementara masih boleh berjaga lagi.


Terima kasih kepada semua tetamu yang berbesar hati memberikan Ryan bermacam-macam hadiah, dari toys, educational materials serta pakaian. Seronok kami semua dengan kehadiran para tetamu dan juga anak-anak. Semoga semuanya bergembira dan maaflah sekiranya ada kesilapan serta kekurangan di majlis itu.

Majlis penyampaian pingat

Lepas makan kek, the children kembali berkumpul di padang untuk sessi penyampaian hadiah. After dah menang main games, takkan tak ada hadiah, kan.

Ryan as a birthday boy, diberikan tugas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kami tak sediakan hadiah yang mahal-mahal, hanya menyediakan medal sahaja kepada pemenang.

Hadiah untuk budak kecil dan juga orang dewasa semuanya sama sahaja, tak ada beza pun.

Kalau tak silap, Aqil memang 2 acara bersama pasangannya, Am.

Danish pun turut memenangi satu acara juga, jadi lah Danish

Ini adalah acara wajib, tak kiralah di Adelaide ataupun di Malaysia. Pinata time !!! Di Malaysia memang mahal Pinata nie, paling murah dalam RM88 and ada yang sampai beratus-ratus tapi disini, hmmm dengan tak sampai RM50 pun dah boleh dapat dah.

Kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapatkan siapa yang paling banyak mengumpul gula-gula dan juga candy. Mujurlah tak ada perkara-perkara yang tidak diingini terjadi.

Ryan nampak macam dah letih, tak tidur petang so tapi tetap mengagahkan diri untuk bersuka ria juga.

Bila dah nak balik, semua kanak-kanak kami berikan goodies bag. Ala, taklah macam Malaysia, normally kami akan letak macam-macam like colour pencil, colouring books dan macam-macam lagi tapi kat sini semuanya terhad and budget pun very limited so kami cuma bagi coklat sahaja.

Yasmin pun datang juga. Thanks Min sebab sudi datang walaupun jauh sikit dari rumah. Dah beberapa bulan datang, baru 3 kali kita berjumpa kan. Nanti senang datanglah rumah pulak.

Kak Ina dan Kak Liza memang sporting habis. Tapi sayangnya, tahun depan dua-dua dah nak balik dah. Seronok kalau dapat berjumpa dengan mereka berdua, ada aje idea giler dan kelakar mereka berdua nie.

Hubby Min, Abang Hairi..kira macam Mr Mama sebab menjaga anak-anak while Min pergi ke uni. Tak apalah, ramai juga Mr Mama di Adelaide nie.

Dah berbulan-bulan Shifa sampai ke Adelaide, baru 2 kali berjumpa. What a small world, Shifa nie bestfriend dengan Ayuthesun, tak sangka berjumpa disini. Shifa datang bersama suami dan seorang anaknya Armand. Shifa dan suaminya dua-dua sedang belajar lagi, so masing-masing struggle dengan study and menguruskan keluarga. Satu tanggungjawab yang besar.


Thursday, 20 October 2011

Mini Sukaneka

Majlis start pukul 4 petang, and the sukaneka suppose start at 5pm but then terpaksa mulakan lewat sikit sebab menunggu anak-anak tetamu yang lain sebab clashed dengan program lain yang turut melibatkan the children yang dijemput ke majlis birthday Ryan nie. So, bila dah nampak the children datang, cepat-cepat mulakan the games yang Daddy Jack sediakan.

Cuaca pulak sekejap panas, sekejap mendung. Angin pulak jgn cakaplah, sejuk sampai ke tulang, terketar-ketar rasanya. Tapi ada ada budak-budak nie selamba aje pakai seluar pendek, and tshirt..tak sejuk ker? Maybe sebab they all bergerak cergas, so taklah terasa sejuknya.

Majlis dimulakan dengan tendangan terhormat dari Ryan. Acara pertama is Pick and Throw. Seronok tengok kanak-kanak semuanya take part and enjoyed themselves. Ketawa terkekeh-kekeh and juga jeritan yang menggembirakan.

Para tetamu pun turut sama menyaksikan mini sukaneka. Ada tu sambil makan pun tak ketinggalan juga. Yer la, bila dah berkumpul macam nie, semuanya enjoyed dari children sampailah kepada dewasa.

Acara kedua adalah Play and Kick dimana the children kena sepak bola masuk ke dalam goal. Acara-acara ini bukan hanya untuk kanak-kanak, adults pun boleh join juga sebab ada hadiah untuk adults juga.

Acara seterusnya The Newspaper di mana the children kena berpasangan dengan adults. Hmm, dalam acara nie, mak ayah pun dengan sportingnya turut serta bergandingan dengan anak mereka. Seronok tengok.


Kesian the parents, kena dera oleh Daddy Jack.

The adults and pasangan masing-masing

Last game is Catch Me. Terror betul semua peserta nie. Sampaikan kena ulang beberapa kali sebabnya nak cari 3 pemenang utama.

Lepas habis main game, masa untuk the big moment, cake cutting. Cantik nampak kek yang ditempah. Warna pun nampak so bright and yummy.

Kat rumah bukan main berkobar-kobar lagi praktis nak tiup lilin atas kek, udahnya bila majlis sebenar, terus tak buat langsung. Ryan, Ryan. Bila dah habis semua children nyanyi Happy Birthday, boleh die buat dunno aje kat jeritan-jeritan yang suruh die tiup lilin tu. Iskh..iskh..iskh.

Mujurlah Danish yang tolong tiupkan lilin and pegang tangan Ryan untuk potongkan kek, kalau tak..sampai ke malam ler bertunggu kat park sebab nak tunggu Ryan tiup lilin keknya. Ramai yang kata, kek yang we all order nie sedap, kami tak pasti sebabnya kami tak sempat merasa. i cuma sempat rasa krim aje but nampaklah ada mcm strawberry layes in between the sponge cake. Tak apalah, lain kali bila ada birthday lain, kita order sekali lagi yer.


Wednesday, 19 October 2011

Terkejut dan minta dijauhkan

Pagi tadi lebih kurang pukul 2.20am (waktu Adelaide), telah berlakunya gempa bumi berskala 3.3 magnitud. I wak awake at 1.30am sebab dah tidur awal so on PC and bloghopping, and browsed the internet, tiba-tiba terasa gegaran yang kuat. Pintu bilik terasa macam ada orang tendang dengan kuat sekali and tingkap pun turu bergegar. At first I thought jiran sebelah menghempas pintu rumahnya, rupanya tidak. Dapat mesej pun Dayah yang bertanyakan samada I merasakan tak gegaran and she said it was an earthquake. Seram aje rasa sampaikan tak lena tidur dibuatnya.

Selama berada di Adelaide nie, dah 2 kali merasa pengalaman gempa bumi nie. Tahun lepas in April pun terasa gegarannya. Ya Allah, permudahkan lah perjalanan kami sekeluarga di sini. Jauhkan lah kami sekeluarga dari segala malapetaka. Ibu ada bagi ayat suruh amalkan. Insyallah.