Nuffnang Ad

Thursday, 18 June 2015

His first camping trip

Sebelum cuti sekolah yang lalu, Danish terlibat di dalam perkhemahan kepimpinan di sekolahnya. Danish adalah pengawas sekolah so semua school leaders yang terdiri daripada Pengawas, Pustakawan dan beberapa leaders yang lain terlibat. Perkhemahan yang diadakan di Pantai Remis, Kuala Selangor selama 3 hari 2 malam. Ini adalah pertama kali nak berjauhan dengan Danish, apatah lagi nak pergi camping.

Bas bertolak lepas solat Jumaat, so me and Ryan sedih aje menghantar Danish naik bas. Over betul la maknya ni.

Sepanjang minggu ketiadaan Danish, main pun sorang-sorang aje. Asyik cakap, I rindu Danish la, Mummy. Kalau ada berdua bergaduh tak tentu masa, bila sorang tiada mulalah sorang lagi tak keruan dibuatnya.

Hujung minggu seperti biasa, menjadi soccermom walaupun hanya menghantar Ryan sahaja.

Ni la gambar yang dihantarkan oleh guru kelas Danish melalui group Whatsapp kelasnya.

Malam Sabtu tengok bola di luar pun teringat kat Danish, kalau dia ada mesti seronok tengok bola guna big screen.

Kesian Ryan, main bandminton pun sorang-sorang ditemani oleh Bibik sahaja.

Sunday, 14 June 2015

LEISURE TIME

Hujung minggu biasanya macam ni ler we all satu family if tak keluar ke mana-mana. Ada masanya letih and malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai so lepak rumah sambil layan anak-anak main LEGO pun ada bagusnya.

Dah siap semua kerja rumah, menikmati hari-hari petang dengan bermain snooker. Baru beberapa bulan buka, semak aje berbalut letak kat depan pintu rumah. So buka, and then bila ada waktu lapang, bolehlah main anak-beranak.

Sekarang ni sibuk main UNO pulak satu family. Satu permainan kad yang memang we all enjoy main.

Daddy mencuba his record collection yang dibeli masa di Adelaide dulu.

Terasa old school pulak mendengar records, tapi taklah lagu-lagu oldies, mostly lagu-lagu yang menjadi pujaan we all la kan.

Lepas penat main snooker, sambung main fussball pulak. Dah macam kedai snooker pulak rasa hall rumah ni.

Sementara menunggu mandi petang, sempat pulak bermain dengan Jack and Neverland Pirate dan juga Ninja Turtles.

Malam, sempat juga mengadap Cerekarama atau drama-drama Melayu. Itulah antara aktiviti kami anak beranak if tak sibuk keluar berjalan-jalan di luar. Memang suka menghabiskan masa di rumah sahaja, tak tahan dengan cuaca yang panas serta kerumunan manusia yang ramai di shopping malls.

Tuesday, 9 June 2015

New Baby

Banyak betul cerita-cerita terperam dalam draft box so nak kena pilih mana satu yang nak dipublish dulu. Tambah lagi pulak, we all baru aje balik dari soccer game, itu pun banyak yang nak diceritakan.

Sementara menanti budak-budak ada training bola di padang, I menghabiskan my morning di Mccafe aje sambil minum Hazalnut Latte dan juga menikmati set big breakfast, sambil tu membaca buku autobiografi pelakon Fifty Shades 



Balik dari main bola, sambung pulak main game di rumah. Hiruk pikuk la masing-masing mana yang tak boleh nak beralah tu kan.

 
Tinggalkan kejap the boys di rumah with Bibik, then off to KLCC untuk melihat-lihat benda yang lama diiginkan. Dulu dah pernah dioffer oleh Daddy Jack tapi masa tu jual mahal, nak pakai Windows aje kan tapi semenjak kebelakangan ni gatal pulak nak pakai Macbook.


So dah dapat apa yang diiginkan, so terus rasa lapar nak makan. Makan di foodcourt aje, the best burger in town, lepas makan cepat-cepat balik rumah.

Rumah we all memang semua menggunakan Apple, dari Ipad, Ipod, Iphone even desktop pun guna Apple  juga. Maklumlah we all  berduakan Art students so dah terbiasa dengan menggunakan barangan Apple ini.

Welcome home, my new baby...Macbook Air

Petang-petang tu, ajak la the boys keluar since dah kena tinggal kejap tadi dengan Bibik so kita pergi makan di luar dan kebetulan pula hari hujan so memang sedap la makan bubur dan juga bihun tomyam di kala sejuk-sejuk tu.

Thursday, 4 June 2015

Our last day in Adelaide

Okay, akhirnya berjaya juga menghabiskan entry ke Australia esp Adelaide setelah beberapa lama terperam dalam draft box tu. We all balik on Thursday, malam tu cuaca sangatlah nyaman, angin pun sejuk aje. Alamak, lamanya tak merasa suasana nyaman seperti ini.

Pagi sebelum balik, sempat ke laundry untuk mengeringkan baju-baju yang dicuci. Malas juga nak membawa baju-baju kotor yang banyak, so basuh mana yang sempat aje dulu. Lebihan sambung cuci di aje.

Pagi tu juga berkunjung ke Coles untuk akhir kalinya...well buat masa inilah. Membeli lagi apa yang patut dibeli untuk stok our pantry di rumah KL .

Merindui ketenangan membeli groceries dalam suasana yang nyaman dan tenang seperti ini. Tiada kesibukan serta ramai pengunjung.....

My favourite sushi place.

I selalu inginkan backyard yang ada ampaian seperti ini masa duduk di Adelaide tapi tak berkesempatan untuk tinggal di rumah seperti ini. Dapat menumpang sekejap kat rumah As pun dah okay dah.

Pokok besar di depan rumah tu dah tiada, so nampak cerah sangat rumah sewa lama we all ni.


Beg kami anak beranak yang dah beranak pinak...datang dengan 2 beg besar, pulang dengan hmmm, tengoklah sendiri mcmana keadaannya. Itu pun masa nak check ini, jantung dup dap dup dibuatnya takut lebih muatan. Alhamdulillah, ngam-ngam aje.

Dah settle hal check in, sempat jugaklah membeli menghabiskan duit AUD disini since tak kena lebihan muatan. Sanggup la membawa beg besar isian hasil tangkapan.

Kopi Hudsons antara yang the best

Sementara menunggu untuk berlepas pulang ke Malaysia, kita makan yang ringan-ringan dulu

Kembalinya ke KL dengan perasaan...ohhhh back to square one balik. Dah puas bercuti 2 minggu...tak masak, tak kisahkan anak-anak ke sekolah, Daddy Jack pun cuti so kenalah kembali seperti biasa balik....

 Nampak KLCC, senyum ajelah. 

Pagi esoknya....teruslah ke NZ untuk breakfast, terus automatik tak rindu Adelaide bila nampak roti canai, roti telur dan juga teh tarik. Apa apa pun Malaysia adalah tanah tumpah darahku, seburuk-buruk mana pun Malaysia, ia tetap menjadi tanahair kami sekeluarga !

Tuesday, 2 June 2015

His Gradiation

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Tujuan utama kedatangan kami ke Adelaide ini sebenarnya, selain untuk berjalan-jalan sempena cuti sekolah. Alhamdulillah, cuaca pun sangat terang dan berseri-seri sama seperti perasaan kami pada hari itu.

 Tempat bersejarah buat Daddy Jack serta kami semua sekeluarga.

After bergelumang dengan pelbagai cabaran, penulisan serta bahan bacaan, akhirnya pada 23 March 2015, Daddy Jack menghadiri majlis konvokesyen his PHD di Adelaide Convention Centre.

Datang awal untuk registration. Were the only family yang berbaju Melayu, siap bersongkok and bersampin semua. 

Masa yang panjang tu we all berkunjung ke UNISA Campus City West untuk melihat their Art Gallery disana.

Best pulak suasana belajar macam ni, dengan tempat lepak yang cool serta sunyi aje.

Perut pun dah berkeroncong so we all menuju ke Mamak's Corner untuk menikmati roti canai, maggi goreng serta teh tarik sebelum memasuki dewan konvo.

Daddy Jack masuk dulu sebelum we all yang lain masuk.

Dewan konvo yang simple aje, tak ada apa-apa decoration pun, just hanya ada a big screen untuk tontonan audience yang lain sahaja.

Tajuk tesis Daddy Jack selama 4 tahun ini

Congratulations Daddy Jack, we're so pround of you. Kebetulan pula tarikh we all sekeluarga pertama kali menjejakkan kaki ke Adelaide pada 23 Mac 2010 and now menghadiri majlis konvokesyen juga pada 23 Mac 2015. Secara kebetulan pula sama.

Daddy Jack with his supervisors, Dr Wing Au serta Dr Greg yang banyak membantu Daddy Jack di dalam pembelajarannya selama ini. Perempuan tu adalah salah seorang graduates juga, sama supervisor dengan Daddy Jack.

Kebanggan kami semua

Lepas konvo, ada coffee session with Dekan dan beberapa graduates yang lain. I just enjoyed the coffee and some cakes aje.

Pemandangan Adelaide Oval yang sangat cantik

Anak-anak pun tumpang seronok di atas kejayaan Daddy mereka. 4 tahun duduk di Adelaide, macam-macam pengalaman yang dikumpul oleh kami sekeluarga. Satu pengalaman yang tiada boleh diganti tinggal di negara orang yang letaknya jauh beribu-ribu batu dari keluarga masing-masing.

As for me, memang banyak cabaran serta pengalaman yang dikutip sepanjang menajdi surirumah tangga sepenuh masa disini. Balik Malaysia pun masih terkenang lagi pengalaman duduk di negara yang asing tapi menarik. Insyallah, ada rezeki kembali lagi ke sana.