Nuffnang Ad

Monday, 19 October 2015

Jerebu oh jerebu

Hari ini sekolah ditutup kerana jerebu menalanda lagi, ini adalah kali keempat sekolah ditutup since September. Masa mula-mula sekolah ditutup rasa seronoklah tapi bila lama-lama makin bosan la pulak masalah jerebu yang tak habis-habis lagi ni.

 
Kejadian ni masa sebelum jerebu teruk yang melanda KL and then terus dapat cuti 2 hari. Sabtu tu, we all tak dapat apa-apa info psl cancellation tournament so we all pergi ajelah The Camp, One Utama. Sepanjang perjalanan tu rasa scary la juga melihatkan keadaan sekitar yang memang tak nampak apa pun.

Game tetap diteruskan juga walaupun ramai player yang tidak hadir gara-gara jerebu yang teruk.

Perlawanan menentang team Ombak FC, satu team yang agak menonjol sekarang semenjak keluar program Milo Jangan Gentar di Astro.

Balik bersukan, singgah makan di IKEA....singgah makan aje, habis makan terus balik ler.

Cuti hari pertama kes jerebu tu selama 2 hari semuanya duduk rumah aje, I bangun pagi-pagi then terus masak nasi lemak buat breakfast. Plan nak mengemas rumah so masak nasi lemak terus sampai makan untuk tengahari.

Mana boleh duduk rumah lama-lama, dahlah weekend pun duduk rumah, ni cuti jerebu 2 hari pun duduk terperap dalam rumah jugak...udahnya lepas makan tengahari berjimpa la ke IKEA, tapi pergi berdua ajelah, anak-anak diletakkan di rumah sepupu mereka, lagi rela main game dari ikut we all ni.

Ingatkan Isnin cuti orang taklah ramai, ehh ramai juga orang tapi taklah seteruk masa weekend. Still boleh berjalan tanpa sebarang gangguan dari troli yang bersimpang siur kan. Daddy Jack bersama kerusi idamannya, dari dulu lagi nak beli, senang nak minum petang diluar tapi sekarang ni jerebu, so minum petang di meja makan ajelah dulu ya.

Hari kedua cuti jerebu masih ada lagi, tapi kesian anak-anak sekolah cuti lama-lama pun bosan juga, kan.

Tak pergi sekolah, tengok TV ajelah, selain main game. Buku sekolah pun tengok sipi-sipi aje, kan. 

Training tetap diteruskan, so adik pun ambil kesempatan join abang sekali. Semua dah tahap bosan duduk dalam rumah, so kita bersukan la kejap, kan.

Hari ni cuti lagi, supposed anak-anak ada Peperiksaan Akhir Tahun tapi ditangguhkan paper hari ini pada 28/10 nanti. Alahai.......

Saturday, 17 October 2015

Lepak

Sesekali membawa bekalan memang best tak kisahlah nasi goreng kosong sekalipun, hanya bawang merah, putih, cili merah dan ikan bilis tumbuk, ditambah telur memang best sambil minum air kopi o.

Yeah, Naelofar Hijab dah ada mini outlet di Aeon, tak perlualah nak beli from agen ataupun kena pi jauh-jauh ke Taman Tun sana nun.

Sesekali lepas habis waktu kerja, pergi la melepak dengan member-member yang kerja di cafe sekitar area rumah aje. nak pergi jauh-jauh takut balik lambat pulak kan. New germ in our neighbourhood, Cafe Lapis. Sedap sangat Caramel Salted Brownies sambil makan dengan ice cream vanilla...walla !!!

Simple deco and nice ambience, nanti nak melepak lagilah disini

I like the mural, simple and taklah berserabut sangat. So if anyone yang berminat nak melepak disini, bolehlah berkunjung ke:

Cafe Lapis
Jalan Wangsa Delima 1A, 
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
+60 3-4141 8297

Bowling

Tak semua aktiviti we all sekeluarga hanya pergi KLCC atau IKEA sahaja, sesekali ada juga pergi bermain bowling untuk keriangan bersama. Tapi sebelum pergi bowling alley, practice main game di tv dulu kan, kang setiap masa masuk longkang, malu jugak kan.

Pagi sebelum ada game, kenalah isi perut dulu, kang nak pegang bola pun tak larat.

So game on la kita...walaupun tak memang tapi okay lah ada juga semangat kesukanan kan.

Balik petang tu, terfikir dah lama tak buat karipap kan, so ke dapur la kita membuat karipap. Mana yang lebih tu kita freezekan buat frozen, so nanti kalau lapar-lapar bolehlah makan, kan.

Wednesday, 7 October 2015

Magnum Sensation in White

Khamis lepas, I berpeluang untuk menhadiri satu majlis pelancaran ice cream baru di pasaran, Magnum White Almond di Hilton Hotel, KL. I sampai agak lewat sedikit, mujur majlis pun belum bermula. Masuk aje Main Ballroom, terserlah konsep tema majlis malam itu...WHITE, CLASSY AND CHIC. I really love the deco.

So, masuk dalam, rileks kejap then the waiter start to serve the foods although finger foods tapi sedapnya ya amat.

Bumped into Illy Ariffin, mom blogger yang dikenali masa tugasan Mamee Lontong bulan puasa yang lepas, not only her ada lah juga beberapa kawan bloggers yang lain. So masing-masing memainkan peranan dengan berlegar-legar di sekitar hall demi tugasan yang menanti.

This is the most happening place...The Ice Cream Bar. Rasa nak pengsan tengok the bar, and lupa pulak diet seketika demi ice cream Magnum ini.

 Ohhh, see. Terliur kan tengok gambar cos terbayang-bayang perasaan nampak ice cream tu.

Hhohohohohoho, ni lagi best. Beberapa ice box juga diletakkan di dalam hall untuk para hadirin mencuba sendiri Magnum White Almond ini tanpa hadnya.


Majlis dimulakan dengan pengacara majlis malam itu, Stephanie Chai yang begitu cantik dan anggun dengan pakaian serba putihnya. 

Seterusnya acara diteruskan dengan ucapan from Chairman of Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Mr Rakesh Mohan dan seterusnya merasmikan melancarkan Magnum White Almond.

Majlis pelancaran disambung dengan persembahan aeriel dancers yang menarik perhatian ramai. Gerun kejap melihat kelembutan badan-badan penari meliuk-liuk pada kain yang tergantung, kalau I, mau gayat dibuatnya.

Di majlis ini juga selain daripada hidangan makan dan minuman juga disediakan beauty corner yang menyediakan manicure and pedicure serta temporary white tattoo untuk para jemputan. I tak berkesempatan nak melawat ke sini cos sibuk memakan ice-cream dan mencuba makanan yang dihidangkan.

Ramai celebrities and VIPs yang diundang antara yang I perasan ada Ning Baizura, Tasha Shila serta Azrinaz Mazhar Hakim. Mereka begitu anggun berpakain serba putih dan looks very classy and chic, memang sesuai dengan tema malam itu.


The party kicked off dengan persembahan daripada DJ Joey G dan menghidupkan party malam itu dengan persembahannya.

Magnum White Almond Ice Cream...smooth and creamy Vanilla ice cream covered in a thick layer of cracking Belgian white chocolate with almond pieces. Bila makan, memang kena terpejam-pejam mata menghayati kesedapannya. 



Setiap hadirin diberikan goodies pack yang sangat menarik, satu kotak Magnum White Almond dan juga pendrive comel berbentuk ice cream beserta lanyard. Wah, seronok la makan ice cream Magnum sambil membuat kerja-kerja design and then save dalam pendrive hadiah dari Magnum juga. Satu kombinasi yang sangat best. Terima kasih, Magnum White Almond !

Seriously ice cream ini memang perlu dicuba. I even stock up my fridge with a box of Magnum White Almond yang boleh didapati beli di beberapa pasaraya utama, hypermarket,  any convenience stores, or even petrol marts. Ianya boleh didapati dengan harga RM4.50 per stick or anda boleh membeli secara multipack for RM13.50 sahaja.

Untuk beberapa info menarik, kita boleh layari

"Keep calm and eat Magnum White Almond Ice Cream"


Monday, 5 October 2015

Hujung minggu

Hows your weekend, peeps? Hmm semalam dah umumkan sekolah dapat cuti khas 2 hari so hari ni tak perlu la kelam kabut nak siapkan apa-apa kan. Jerebu pun agak teruk kebelakangan ni tapi biasalah, bila umumkan cuti, teruslah jerebu elok sikit. Rutin we all macam biasalah di hujung minggu, pagi-pagi breakfast roti canai at NZ, our favourite place la kan.

Since jerebu, we all stay indoor aje. Training bola pun dibatalkan takut budak-budak tak sihat. So lepas breakfast, lepak rumah sambil main lego aje.

Tengahari tu aje I and Daddy Jack keluar pergi membeli groceries di Tesco Ampang since banyak barang dapur dah habis so we all keluar berdua ajelah. Ramai juga orang di sini so tak nak la anak-anak bersesak-sesak kat sini.

Dah puas pusing satu Tesco dengan barang penuh trolley, terasa lapar pulak so singgah kejap kedai mamak sambil makan rojak dan minum teh ais. 

Rindunya nak tengok KL secerah macam ini, sekarang ni KLCC tu macam antara nampak dengan tak aje dari pandangan we all sekarang. Hopefully masalah jerebu ini boleh diselesaikan dengan segera, tak larat la tengok anak-anak cuti sekolah lama sangat sebab final exam pun tak lama lagi tambah kesian pada bebudak yang nak ambil exam besar macam PT3 dan juga SPM, sure banyak benda yang nak buat revision.

Thursday, 1 October 2015

JDT vs Felda United

Baru terhegeh-hegeh nak update psl game Liga Super antara JDT vs Felda United di Stadium Selayang pada 22 Ogos yang lepas. Entah macamana we all satu keluarga terjebak sekali ke sini, mungkin sebab dekat aje tempat perlawanan di Selayang so okay ajelah I join sekali. Pukul 7 pagi dah ke sini, itupun beratur pun dah panjang walhal kaunter tiket dibuka pukul 9 pagi.

Entah macamana Daddy Jack boleh dapat tiket dulu, walhal I yang beratur sambil die pg jalan-jalan ke depan. Rupanya ada dua lane kat depan tu and orang tak perasan. Hmm, baguslah tak perlu beratur lama-lama tengah panas tu.

Ini pun tak tahulah yang beratur panjang-panjang ni dapat ke tidak tiketnya, dengan stadium yang agak kecil dan penyokong JDT aje dah penuh stadium. Itu belum yang datang berduyun-duyun dengan bas dari Johor. Dengar cerita dari Batu Pahat aje dah sampai 4 bas !

Dah letih beratur panjang, moh le kita pergi NZ makan roti canai

6 petang dah sampai ke sini, pastu pusing-pusing cari parking then mencari pintu masuk stadium. Terpaksa beli tiket grandstand sebab tak nak bersesak dengan peminat JDT yang lain. Betul 

Ramai juga di grandstand ni, mostly yang membawa anak-anak kecil. We all pun sama, dah bersedia dengan satu beg makanan dan minuman, tak nak beli-beli kat stadium ni. Jimat sikit, kan.

Sesi warm up all the players, JDT tidak menurunkan Farizal kerana masih cedera.

Nampak Safee Sali dari jauh aje, tapi bebudak ni siap pekik-pekik "Safee, safee"

Sekali datang Safee Sali menuju ke budak-budak ni, tergamam la semua. Safee bukak baju training and bagi pada Danish. Mujur sempat la menangkap gambar ni, terima kasih Safee.

Kemenangan berpihak kepada team JDT. Seronok la bebudak tu sampai berlari ke tengah padang nak celebrate. Lantak korang la, janji jangan sampai melanggari undang-undang.