Nuffnang Ad

Showing posts with label my time. Show all posts
Showing posts with label my time. Show all posts

Monday, 7 March 2016

Keep fit

Memang kena rajin menjaga kesihatan sekarang, maklumlah dah masuk 4 series ni so kesihatan kena jaga, tambah lagi if ada masalah dalaman kan. Kalau I tak pergi gym, memadai bersenam di rumah sahaja, gunakan Xbox sahaja, bersiram jugaklah peluh.

Banyak peralatan di gym yang masih belum berani lagi nak mencuba pakai. Kadang tengok orang lain guna macam best aje, nanti la kita godek machine satu-satu.

Seminggu 3 kali cukuplah habiskan waktu disini, hujung minggu sahaja pergi.

Sambil exercise, ditemani pula dengan jejaka panas, so lagilah bersemangat nak kurus.

Terpikir juga nak ambil personal training, kemudian la bila rasa perlukan panduan dan juga bimbingan.

Selalu sampai berlari-lari anak dululah selama 1 jam, then baru berbasikal ataupun gunakan machine yang lain. Itulah rutin setiap kali datang sini.

Makanan pun kena jaga, makanan yang sihat sepanjang masa. Tapi adakalanya cheat day jugak, kan tapi dengan kuantiti yang sedikit, taklah sampai membolok gayanya.

Tapi ini memang akan melemahkan jiwa, phuhhhh.

Kalau pergi pagi, orang tak ramai so taklah rasa malu sangat kalau berlari-lari, kan. If datang lepas waktu kerja sampai malam, memang ramai orang.

Rajin juga sesekali join kelas-kelas macam Zumba disini, tak ramai mana pun yang join and ada banyak waktu yang ditetapkan untuk kita join. Ehh, weekend ni nak gi join kelas kick boxing la, macam best aje.

Saturday, 17 October 2015

Lepak

Sesekali membawa bekalan memang best tak kisahlah nasi goreng kosong sekalipun, hanya bawang merah, putih, cili merah dan ikan bilis tumbuk, ditambah telur memang best sambil minum air kopi o.

Yeah, Naelofar Hijab dah ada mini outlet di Aeon, tak perlualah nak beli from agen ataupun kena pi jauh-jauh ke Taman Tun sana nun.

Sesekali lepas habis waktu kerja, pergi la melepak dengan member-member yang kerja di cafe sekitar area rumah aje. nak pergi jauh-jauh takut balik lambat pulak kan. New germ in our neighbourhood, Cafe Lapis. Sedap sangat Caramel Salted Brownies sambil makan dengan ice cream vanilla...walla !!!

Simple deco and nice ambience, nanti nak melepak lagilah disini

I like the mural, simple and taklah berserabut sangat. So if anyone yang berminat nak melepak disini, bolehlah berkunjung ke:

Cafe Lapis
Jalan Wangsa Delima 1A, 
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
+60 3-4141 8297

Wednesday, 17 December 2014

Mummy time out

Sometime I need my me time la kan, nak bersenang lenang kejap. Dapat masa tu bolehlah keluar kejap sambil melihat-lihat dalam kedai yang tak boleh nak masuk if bawa anak-anak. So pagi tu siapkan breakfast dulu sebelum nak keluar.

Menuju ke mana lagi, KLCC la sambil berjalan-jalan melihat-lihat mana-mana yang patut. Singgah kejap TYPO ni untuk tengok planner and desk organizer for year 2015 nanti.

Masuk ELC ternampak pulaklah pulak section Art and Crafts yang sedang membuat jualan runtuh ni hah. ELC ni bersebelahan dengan Mothercare dan juga Toys R Us, so kalau datang ke KLCC memang tak akan masuk menjengah di dalam ni la sebab masing-masing akan berpusu-pusu masuk Toys R Us.

 
Time for lunch, decided untuk lunch di Chilli's tapi ramainya orang sebab we all makan sama dengan time orang office keluar lunch juga. Mujurlah pergi berdua, so taklah lama pun nak tunggu.

Cotton On Kids baru dibuka di KLCC, so banyaklah baju-baju yang cantik. Dah lama pun tak membeli baju-baju the boys ni, harapkan baju yang we all bawa balik from Adelaide dulu aje tapi mana muat dah. So kena top up serba sedikit baju mereka nanti.

Bila balik, terasa pulak nak minum coffee, so singgah kejaplah McCafe di belakang rumah ni sambil pekena Hazelnut Latte and some brownie juga. Balik aje, teh boys pun sibuk tanya, ada beli apa-apa tak untuk mereka..adalah beli sikit tapi yang pasti bukan toys la.
 

Wednesday, 12 June 2013

Me time

Sejak Ryan dan masuk kindy ni, I ada 2 full day and satu half day untuk have my free time. Sesekali keluar berdating dengan kawan ataupun dengan Daddy Jack. If tak ada, keluar aje sorang pi minum kopi sambil membeli groceries.

Ohh akhirnya dapatlah tengok apa-apa cerita di TV, selalunya asyik Disney Junior sahaja sampaikan tak ada chance nak gengok citer yang lain.

Kadang tu, sementara tunggu Danish keluar kelas, sempat jugalah membaca buku-buku yang menjadi kegemaran. Nak baca dirumah, tak tahulah bila sebabnya baru buka first page, dah minta macam-macam.

Ohh ini lagi best, tambah pulak bila sejuk-sejuk macam ni...Lepak atas katil sambil ditemani dengan coffee dan juga majalah pilihan. Memang terbaik lah !!

Dah keluar dah final of Twilight. Dah katam dah semuanya sekaligus. Rindu pulak nak berEdward Cullen nanti.