Nuffnang Ad

Sunday, 15 October 2017

Masak-masak

Lama tak update pasal masak memasak ni, mostly kalau memasak pun benda yang sama je pun...tiada yang luar biasa pun. Tapi kalau kena masak untuk ramai, tu memang perkara luar biasa.

Memasak untuk anak-anak murid yang ada kelas tambahan sebelum exam PT3 yang lepas. Ada parents yang sponsor duit untuk sumbangan makanan, tapi I tak sempat nak order so kenalah masak sendiri. Buat yang simple aje, macaroni goreng and letak nugget juga. Alhamdulillah, semua anak-anak suka.

Sometime ada undangan kenduri juga, kalau berkesempatan bolehlah memenuhi undangan juga. Kali ni temankan Daddy Jack ke undangan kawin his officemate di Dewan Perdana Felda. Kebetulan we all tak ada apa-apa plan, so pergi la.

Dah pergi kenduri kawin, takkan tak makan nasi hujan panas kan. sedap makanan semuanya.

Bila dah pergi kenduri malas betullah nak masak untuk malam so ke pasar malam ajelah kita cari makanan yang ringan-ringan aje. Tak lalu dah makan nasi so cari yang simple mcm mee sup ataupun laksa aje sudah.


Friday, 13 October 2017

PSRA

Seminggu selepas habis UPSR, Danish kembali menduduki peperiksaan PSRA pula. Walaupun ada kawannya yang tak ambil tapi tak jadi masalah pun kalau ambil. Biarlah ambil pun, tak ada ruginya. 

Peperiksaan PSRA selama Isnin hingga Jumaat, paper petang dalam pukul 2:40 - 4:40 so sempat jugak la I jenguk masa rehat persiapan dan juga sesi beratur sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Bila balik, semua dah kelaparan aje. So singgah la beli burger Rosli berdekatan dengan rumah.

Kalau setiap hujung bulan, kerja sebagai cikgu adalah menutup buku kedatangan bagi setiap bulan. Walaupun dah berapa tahun jadi guru kelas, tapi masih lagi tak hafal cara kiraan.

Kebetulan pula bila Lady Boss belanja makan, tapi since I on diet, but I bawa bekal I sendiri, so makan ajelah bekal and sometimes bekalan I lagi sedap rupanya.

Monday, 9 October 2017

UPSR Day 04


Hari ke 4, iaitu hari terakhir UPSR. Bersemangat sedikit nak habis dah ni, samajuga bergerak seawal pagi, tapi kali ni just me and Danish je cos Daddy Jack kena masuk office pulak.

Walaupun tak sempat nak tunggu sampai habis, tapi Daddy Jack tak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat untuk Danish. Daddy Jack tunggu sekejap aje, then terus pergi office.

Last mini assembly for Standard Six, sambil dengarkan last cheer for the exam untuk menaikkan semangat pelajar.


Paper Sains 1 katanya agak mudah, tapi takut juga jadi macam kertas Maths. Paper 1 semua cakap senang pastu paper 2 semuanya frust sebab susah.

Break for breakfast, suruh makan dulu then baru boleh nak baca buku for paper 2 pulak.

Selesailah sudah paper UPSR buat Danish Imran. Kemain senyum melebar ya bila Tr ambik gambar dari pintu dewan lepas dah habis exam.

So settle dah untuk UPSR, tapi ada paper PSRA pula menunggu.

Makan menu special hari tu, Nasi Tomato. Lepas makan, masuk ke Musolla cos Ustazah nak berikan penerangan tentang ujian PSRA pula. Then dapat balik awal, untuk berehat. Insyallah semoga Danish beroleh keputusan yang baik dan cemerlang hendaknya.




Tuesday, 3 October 2017

UPSR Day 03

Hari ketiga of UPSR adalah hari yang mendebarkan. Paper Matematik 1 dan 2. Dah berbulan-bulan membuat latihan, so inilah harinya yang ditunggu-tunggu. 

Puan Pengetua memberikan kata-kata semangat buat para pelajar supaya tidak gopoh dan juga kelam kabut semasa menjawab kertas soalan. Guru subjek juga turut memberikan tips terakhir buat semua pelajar. Bila kaki melangkah masuk ke dewan, semua parents turun bawah ke musolla untuk bersolat hajat dan juga bacaan yasin.

Hari Rabu ini juga pelajar Tahun 3 terlibat dengan trip lawatan ke Putrajaya, selepas settlekan Danish, bergegas pula settlekan Ryan di bahagian belakang sekolah. So far, nampak happy ajelah nak pergi berjalan, siap bawak bantal kepala lagi, macamlah lama sangat dalam bas tu.

Selesai Kertas Maths 1, meluru ke Danish tanya mcmana semuanya..seperti biasa jawapannya, hmm bolehlah. Tapi tak nak pressure, bagi makan breakfast dulu.

 Makan dengan tenang dan kasi rileks dulu

Daddy Jack tetap memberikan kata-kata peransang buat anaknya. Tenangkan hati, buat sehabis baik dan juga ingat semua formula yang dah dipelajari selama ini.

I tunggu sampai habis Paper 2, tepat habis masa...I tengok dah ada budak yang nangis. Alamak..selama 2 hari berkampung di sekolah inilah harinya baru nampak ada budak nangis, rasa dah tak berapa nak sedap dah ni. Tengok muka candidate yang turun mcm biasa aje, so bila nampak Danish terus terkam dia tanya..."susah, My...mmg susah". Allahu 😢😢


So, bagi Danish makan dulu, so I tak tunggu dia makan, duduk jauh sikit. Tapi ternampaklah juga seorang pelajar harapan sekolah ni jumpa mak dia pun start nangis dah, ada tu dengar tak sempat nak buatlah, tak dapat habiskan la dan macam-macam lagi. Jumpa cikgu Danish pun cikgu cakap, kat dewan pun masa keluar, ramai bebudak yang nangis dah tak boleh nak buat. Kesiannya la hai, hopefully markah pun taklah seteruk tahun lepas, makin pressure anak-anak, malahan mak ayah juga.


Monday, 2 October 2017

UPSR Day 02

 Hari ke 2 UPSR, Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 pula dijalankan. Si kenit Ryan ni pun sama sibuk nak temankan abang dia menduduki exam. Ni siap selfie lagi sementara tunggu Danish habis exam.

 Dah selesai kertas 1, seperti biasa sarapan disediakan oleh pihak sekolah. Bertumpulah mak ayah di kawasan package sambil menunggu anak-anak makan. Sama la dengan we all pun, sambil tu tanyala, okay ke tak paper tu.

Sementara menantikan bermulanya Kertas 2, pelajar ditempatkan di dalam library untuk buat ulangkaji bersama guru subjek. Daddy Jack tak habis menjenguk Danish, risau betul katanya.


Selesailah sudah Kertas 2 Bahasa Inggeris, bila tanya okaylah, bolehlah jawab. Itu ajelah jawapannya. So dah letak beg, temankan pula pergi makan lunch.

Lunch pun kadang-kadang menyelerakan juga, walaupun lauk ikan goreng, kuah sayur lemak putih kobis. Makan ajelah, rezeki dah depan mata. Nak sedap tunggu habis exam la kita pergi makan luar.

Malamnya pula, ada private tutor datang ke rumah, cos esoknya kertas yang mendebarkan iaitu Kertas Matematik 1 & 2, mak pak yang tak senang duduk dibuatnya kat tingkat atas cos memerhati aje sesi pembelajaran berlangsung.

UPSR Day 01


Pagi hari pertama UPSR, me and Daddy Jack bangun awal, solat sama-sama then baca Yasin agar semua urusan dipermudahkan buat Danish. Ryan diberikan cuti seminggu oleh sekolahnya so bolehlah we all tumpukan perhatian lebih sikit buat urusan sekolah Danish. Sebelum pergi sekolah, breakfast sama-sama dulu.

Sempat posing dulu sebelum ke sekolah. Singgah rumah Ayah dan Ibu untuk mohon restu dulu bagi mendoakan kejayaan cucu sulungnya ini.

Kena sampai sekolah seawal jam 730am untuk perhimpunan kecil di dalam library. Dalam library, cikgu bertugas akan berikan kismis dan juga minum air zam zam untuk para pelajar Darjah 6.

Untuk hari pertama, paper adalah Bahasa Malaysia Kertas 1. Selepas pelajar masuk dalam dewan, para ibu bapa pun berkumpul di musolla sambil bersolat hajat dan juga membaca yasin bagi anak-anak yang sedang menjawab exam.


Pihak sekolah menyediakan 2 kali makan buat anak-anak UPSR mereka hasil sumbangan ibubapa, even ibubapa yang join majlis bacaan yasin dan juga solat hajat juga diberikan makanan. Makan time break dan juga lunch. So pelajar tak buang masa ke kantin untuk beli makanan.

Sepanjang minggu UPSR ni, memang me and Daddy Jack menemakan Danish sampai habis paper dalam pukul 12 tghari. Dah pastikan dia makan, then masuk kelas preparation untuk paper esoknya so barulah we all ke tempat kerja masing-masing. Insyallah, semoa semua urusan anak-anak Darjah 6 tahun ini dipermudahkan urusan mereka semua.


Sunday, 1 October 2017

A week before the big exam

Demam UPSR dah habis, tapi I baru nak hegeh-hegeh upload. Hadoi, ingatkan dah settle UPSR boleh la curi masa untuk uodate blog, rupanya makin busy la. Ni antara calon-calon UPSR sekolah Danish. Masa tu baru habs program Bicara Akademik dan bersama Pengetua. Nampak semua happy aje.

Beberapa minggu sebelum exam, Danish dah start rasa macam tak sihat. Dah mula batuk-batuk and nak demam, tapi we all cepat-cepat suruh makan Vitamin C, and bagi la berpeluh main bola kejap.

Sekolah pun adakan majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk anak-anak UPSR ni, so we all pun tak ketinggalan menyertainya.

Permintaan sebelum nak menghadapi UPSR, Danish nak makan mee bandung, so masaklah mee bandung untuknya.

Last minute preparation, Cikgunya minta buat latihan and baca beberapa sumber dari Didik dari Berita Harian, jenuh la pergi Achik Printing petang tu sebelum pukul 5, takut tutup pulak.

Daddy pun turut sama membantu untuk Danish menghafal beberapa term dan cara-cara menjawab serta mengajar beberapa benda takut terlupa.

Setiap hari I akan temankan Danish buat ulangkaji, sesambil tu bacalah Quran kasi Danish tenang sikit and tak gelabah sebab nak exam besar, kan.