Nuffnang Ad

Showing posts with label sunday market. Show all posts
Showing posts with label sunday market. Show all posts

Friday, 18 November 2016

Pasar Tani Maran

On the way balik ke KL, menyinggah kejap di Pasar Pagi Maran. Saja menyinggah cos Ayah dan Ibu dah beberapa kali kesini, katanya banyak sayur-sayur kampung yang segar dan best. Sampai pun dah agak lambat, lebih kurang pukul 9am tapi masih ramai lagi yang menjual.

Sayur-sayur kampung memang banyak dijual eg pucuk paku hijau, merah sayur pucuk manis dan macam-macam jenis jugaklah.

Sedapnya pucuk paku merah buat bubur lambuk, jering buat ulam dan macam-macam jenis ulam-ulam lagi ada disini. Geram semua tengok nak angkut bawak balik KL aje.

Satu benda yang pelik dijumpai disini, kacukan cempedak dan juga durian, apalah namanya agaknya Cempoyan atau Dudak ke gamaknya. Rega pun boleh tahan so kita nak mencuba, belilah dua bijik. Semarak baunya sepanjang jalan balik ke KL.

Merata ceruk orang menjual pelbagai jenis sayur kampung, baik yang buka meja ataupun hanya menghampar tikas atas jalan tar sahaja, tapi semua nampak nak beli.

Ikan Patin hidup yang dijual banyak disini. Pelanggan pilih, then penjual akan bungkuskan kepada pelanggan. Sure seronok dapat makan ikan fresh, tapi I bukan penggemar ikan patin. Tak reti pun nak makan sebenarnya.

Dah pusing satu pasar tani tak boleh menhan diri dari membeli beberapa sayur mayur yang segar ni antaranya serai, nangka muda, jeruk mamam, daun kunyit dan beberapa ulam-ulaman.

Ni namanya buah keranji, satu kemestian dulu kecik-kecik balik Kuantan mesti akan makan buah ni sambil duduk berlonggok di pangkin rumah arwah Tok.

Perjalanan balik ke KL we all tak keluar highway, tapi lalu jalan dalam menuju ke Temerloh. Nampaknya Sungai Pahang masih cetek lagi, belum hujan lebat. Ni kalau musim tengkujuh melimpah aje sure banjir besar sekitar kawasan sekitarnya.

Kalau dah lalu Temerloh singgah makan la apalagi. Kedai yang selalu we all pergi dulu rupanya tutup hari Ahad so kita pun mencari tempat makan lain pula, di tepi Sungai Pahang. Nampak lauk pauknya semua sedap-sedap sangat. Dah diletakkan dalam mangkuk-mangkuk kecil aje so senang orang nak ambil.


Lunch we all di Temerloh, sedap makan. Tersandar kekenyangan semuanya.

Perjalanan balik ke KL diteruskan. Jalan pun tak sesak cos orang semua masih bercuti lagi extra 2 hari sempena Deepavali.

Malam, menyinggah pula ke KLCC. Saja berjalan menghabiskan masa yang ada bila cuti ni.

Bricktober masih berlangsung waktu itu tapi LEGO yang Daddy Jack tak ada pulak disini.

Makan di The Penang Cafe ajelah, malas nak pikir makan kat mana dah. Just makan rojak and share aje makanan dengan yang lain.

Saturday, 4 April 2015

Sunday Market

Ahad minggu pertama sampai, terus la bangun seawal pagi untuk menuju ke Sunday Market, aktiviti sama seperti dulu. Itu antara tujuan datang ke Adelaide ni selama 2 minggu so sempatlah merasai pengalaman ke Sunday Market untuk 2 tempat yang berlainan.

Rezeki terpijak, bila dapat jumpa Corningware 5 liter dengan harga AUD2 kira-kira RM6 ringgit sahaja. Mengumpul Corning adalah satu kegilaan buat warga Malaysia di Adelaide, sampai ada yang bawak balik berkotak-kotak hasil pencarian di Sunday Market dan juga di garage sales. Ada juga yang jumpa di thrift shop. Itu yang jumpa second hand, yang angkut beli baru lagi kalau pergi Mebourne atau bila BigW ada buat sale, hah berkotak-kotaklah bawak balik, samalah dengan tuan punya blog ini.

Buku-buku novel memang banyak dijual dengan harga yang murah, ada tu nampak  baru tapi dijual dengan harga hanya RM6 sahaja. Hmm, bila memikirkan balik dengan flight aje kalau pikir boleh angkat masuk kontena, maunya beli banyak-banyak.

Cuaca pun Alhamdulillah, sangat panas walaupun pada awal pagi tu agak sejuk dengan angin yang gak kuat juga.

Seronok la tiga beranak ni pergi Sunday Market, sambil tengok toys and barang-barang yang menarik perhatian mereka.

Setiap booth yang jual toys, sure singgah and belek-belek kejap

Aduh !!! besarnya banana bread dia, makan separuh pun dah kenyang dah. Sedapnya if dapat toast and letak butter, makan bila butter tu agak cair...mak aii sedap !!!

Percubaan untuk membeli telescope pulak, nak melihat anak bulan bila nak puasa dan raya nanti gamaknya.

Dah settle berpusing beberapa pusingan di Sunday Market, barulah teringat perut dah terasa lapar so teruslah menuju ke tempat yang sering we all breakfast dulu, dekat aje pun dengan Sunday Market ni hah. Tapi masa sampai tu, nampaklah segerombolan mat-mat motor Harley dok kat situ, nak berkonvoi gamaknya.

Biasalah, hari Ahad then cuaca pun baik so berkonvoi la kemana sahaja bersama kawan-kawan.


Villi's adalah tempat breakfast kegemaran we all sekeluarga, selalunya lepas aje ke Sunday Market, then terus makan disini sebabnya tak lama lepas tu nak ke padang bola pulak untuk tournament anak-anak.

Scrambled eggs, pancake with ice-cream, beef rendang pie antara menjadi pilihan. Memang sedap, tambah sedap minum dengan hot latte, mmg terbaik lah.

Untuk minggu Ahad ke dua pula, kali ni lagi awal keluar rumah dari Ahad pertama, nampak gelap lagi even As and Midi pun masih tidur lagi dirumah.

Kali ni pergi, tak banyak yang menarik perhatian walaupun gerai agak banyak. Rasanya barang yang dijual pun agak sama eg baju, buku, mainan toddlers even besi-besi buruk aje.

Nice !!!

Salah satu healthy lifestyle dengan mencapurkan air kelapa di dalam minuman serta makanan mereka. I pun ada beberapa resepi menggunakan air kelapa tapi masih belum mencuba lagi.


Tuesday, 25 November 2014

Saturday market

Sesekali breakfast ala-ala mat salleh la pulak, selalu sangat bermamak sampai dah tak tahu nak order apa. Sesekali lepak cafe, sambil makan egg benedict sedap juga. Kalau yang dikedai memang sedap sentiasa la kan.

 Budak ni dapat roti toast dengan Nutella, senanglah hidupnya

I just makan plain croissant with butter and jam ajelah, malas nak makan berat-berat, nanti berat pun naik

 Hmm, he can't get over Aus-trey-lia

Kat depan tu ada pulak buka carboot sale, alamat teringat pulak la zaman di Adelaide dulu aktiviti kami sekeluarga setiap hari Ahad, mengunjungi carboot di Marion ataupun di Brighton. Memang giler kalau ke sana, ada banyak barang esp toys yang murah-murah. So jom kita jenguk carboot style Malaysia pulak.

Konsep lebih kurang sama mcm di Adelaide, menjual pelbagai barangan pinggan koleksi lama-lama.

Sekarang ni kan trend orang dok mengumpul pinggan-pinggan lama zaman tok nenek kita untuk buat koleksi, kat sini memang ada banyak sangat. Tapi I tak membeli, Daddy Jack dah sound no more mengumpul harta karun mcm kat Adelaide dulu.

Tersangkut pulak dengan koleksi-koleksi LP lama, terjumpa pula yang berkenan dihati

Balik terus ke dapur masak pun yang simple-simple ajelah, since hari hujung minggu so ada banyak aktiviti lain yang nak dibuat.

Dah puas dengan LEGO, XBox and Playstation so kita kembali kepada mainan asal budak-budak kampung dulu, main ceper ataupun tutup botol.
 

Sunday, 2 June 2013

Hasil Sunday Market

Dah tak banyak dah geng yang lama ke Sunday Market cos kebanyakan dah balik Malaysia for goods so saingan tak banyak dah sekarang ni, kalau tak dulu, ramai saingan ke SM ni. Tujuannya buat Corning/Corelle hunting la. Walaupun we all keluar rumah around 6am, but sampai sana dah ada yang sampai lagi awal. Tapi mcm kawan-kawan sini cakap, Corning dah makin pupus, kalau dapat pun satu kebanggaan. Ada aje orang jual, ada masa macam mahal ada masa murah sangat.

Sekarang ni suka kumpul CD lagu pulak, sebab nak beli kat Malaysia yang original mmg agak mahal harganya so kumpullah mana yang boleh disini dengan harga yang murah aje di sunday market.

Tak semestinya ke Sunday Market cari Corning aje, ada juga membeli sayur dan juga bua-buahan yang murah dan fresh disana.

Guitar Hero untuk PS3 yang dapat hanya AUD10 sahaja, masih baru dan elok lagi keadaannya.

So balik, terus main game di PS3. Sorang main drum, sorang lagi main gitar while Mummy and Daddy jadi penyanyi latar.