Nuffnang Ad

Showing posts with label syawal preparation. Show all posts
Showing posts with label syawal preparation. Show all posts

Friday, 21 August 2015

projek kuih raya

Projek kuih raya lagi kan, so hanya mampu membuat 4 jenis kuih sahaja tahun ini. Itupun tart nenas tak sempat nak buat, itu projek lepas raya la jawabnya. Tapi cookies ni tak semestinya kena buat time Raya ajekan, bila-bila masa pun boleh buat juga.

2nd batch chocolate chips, kali ini dengan sukatan yang betul tak la legam macam yang sebelum ini. rasa pun sedap la sikit kan.

Kuih permintaan Daddy jack, Almond London. Belum pernah membuat kuih ini sendiri, selalu Ibu yang buatkan dulu, berdebar-debar jugaklah nak membuatnya but Alhamdulillah, rasa sama macam resepi Ibu dulu.

Kuih yang paling senang sekali, tak perlu guna acuan pun, just sagat aje guna penyagat cheese tu. Kuih Sarang Semut tapi bila bakar macam tak berapa nak kuning, just jadi kuning cair aje.

Tuesday, 12 August 2014

Bangsar Shopping Centre

Rasanya inilah last entry pasal persiapan raya, lepas ni tak ada dah. 4 hari sebelum nak raya, temankan Ibu yang nak membuat persiapan raya juga, kali ni we all berdua aje yang pergi ke Bangsar Shopping Centre. Kebetulan Ibu pun ada misi nak mencari barang kat sini so ikutlah sekejap. Singgah Bilwanis untuk melihat kain-kain yang cantik-cantik semuanya.

Misi mencari coklat untuk hari raya di Patchi ni hah tujuan sebenarnya. Berbagai-bagai jenis gubahan coklat disediakan, pilih aje mana yang berkenan.

First time menjejakkan kaki ke Jason Food Hall ni, oh my bestnya barang-barang groceries dia. Kebanyakan barang yang diimport.  Masuk ke bahagian daging, wow !! banyaknya pilihan dari daging ayam, lembu serta lamb samada yang mentah, yang sudah dimarinate ataupun yang telahpun dimasak. Haruslah berkunjung ke sini lagi.

 Teringin nak buat mini taman macam ni kat depan rumah, rasa damai aje.

Sebelum balik rumah untuk sesi berbuka puasa, sempatlah singgah MYIPO untuk melihat Ayah menyerahkan bubur lambuk untuk kakitangan MYIPO serta oranramai yang lain.

Dah lama jatuh cinta dengan cookies ni, namanya Koffee Kisses, pernah makan dulu di office lama lepas tu tak tahu mana nak beli until terjumpa di sebuah butik di BSC ni, so tawakal la rasanya sedap dah ini memang kuih yang I nak sanbat makan tu.

Oh, memang betullah ini kuih yang I cari-cari selama ini, Koffee Kisses. Memang sedap sangat sampaikan beli 4 bekas walaupun harganya RM42 satu bekas. Memang rupanya bila diselidik harga kuih ini memang mahal, paling murah jumpa satu bekas RM39. So tahun depan, tahu dah mana stok kuih raya yang sedap boleh I beli lagi.
 

Monday, 11 August 2014

J in the house

Seperti yang dijanjikan, berjaya tahun ini memakai baju koleksi Jovian yang diidamkan sekian lama. Tahun lepas tak sempat nak merasa pakai cos semuanya sold out and tahun ni Alhamdulillah berjaya juga memakainya dengan saiz yang agak kecil dari sebelum ini. Pendek kata lain, ada peningkatan la sikit hasil pergi gym dan juga mengurangkan makan dan minumnya semenjak balik ke Malaysia ni, badan pun dah hampir sama besar dengan peti ais dah ni.

Masih banyak pilihan lagi, dan cantik-cantik semuanya tapi kenalah ikut warna tema keluarga. Biru muda atau biru yang seangkatan dengannya.

Okay dah settle apa yang berkenan dihati, balik denga keriangan di hati di hari raya ini..ceh wah berpantun kita yer

 Putu piring tetap menjadi pujaan hati ku

Siang malam tak  sudah-sudah dengan channel bola, dah lama dah I ni tak menengok channel lain. Dulu dengan channel world cup and now apa-apa hightlights pasal bola mmg tengok jugak, tanpa rasa jemu.

Friday, 8 August 2014

Persiapan raya

Masih sibuk bercerita tentang persiapan raya, maklumlah rayakan sebulan. Ni pun we all belum sibuk bab-bab open house semua lagi nih. So pagi Ahad tu, me, Ibu dan Ayah bergegas ke Pasar Besar Kuantan untuk menyediakan beberapa lagi bahan-bahan masak untuk Raya nanti. As usual, menantu hantu masih lagi sibuk tidur so I tinggalkan tugas menjaga the boys padanya.

Bertumpu kejap ke gerai-gerai yang wujud di luar pintu pasar. Gerai yang menjual daun ketupat yang masih belum dianyam serta yang dah siap dianyam malahan ada juga yang menjual ketupat yang telah direbus. Tapi tak berani nak belilah, takut sakit perut.

Anak-anak semuanya belajar tinggi-tingi, ada yang ambil Art Design tapi seorang pun tak pandai nak menganyam ketupat, so beli ajelah senang ceritanya.

Penuh orang dibahagian daging. Macam-macam jenis daging ada dari lembu, kambinng malahan kerbau pun ada juga. Beratus dan bersesak-sesak dalam ni sampaikan I tunggu kat tepi ajelah.

Orang bukan aje beli daging lebu, setiap bahagian lembu pun orang beli mcm tulang, ekor even kepala lembu pun ada jugak yang membelinya. I nampak macam orang Mynmar atau Vietnam yang dok usung kepala lembu tu kehulu hilir. Tak tahulah nak masak apa.

 Ibu pun sama sibuk membeli sayur-sayuran untuk masak kuah lontong nanti.

Heran juga bila tengok ramai orang membeli ketam, nak masak apa agaknya bila time raya-raya ni agaknya ya

Seronok tengok macam ni, tak kira apa jua bangsa dan agama, sama-sama beratur nak membeli santan.

Kedai rempah ratus pun berduyun-duyun orang juga

Dah settle di pasar, on the way balik rumah singgah kejap di Giant untuk membeli beberapa keperluan lagi, so dalam pukul 11am barulah sampai rumah, kemudiannya prepare untuk memasak pula.

Menyiapkan persiapan untuk membuat rendang rancak dijalankan antara Ibu dan Daddy Jack. First time Daddy Jack membuat kerja-kerja gini, selalunya tugas dia membersihkan rumah tapi since Bibik dah kemaskan rumah so kenalah menyibuk urusan dapur pulak.

Bukannya sikit-sikit daging yang nak kena diproseskan, dalam 5 kg daging lembu, 3 kilo daging rusa dan juga tulang lembu untuk dibuat kari. Hah, lepas proses terus masuk bilik nak berehat sebab kepenatan.

Rendang yang telah pun diletakkan atas dapur, memang nak masak rendang awal-awal so taklah berkejar-kejaran malam raya nanti.

Bersofa dan juga bermeja makan baru Kak Jah raya tahun ni. Alhamdulillah tapi cucu tidak dibenarkan bermain di area ni sebab warna sofa adalah cerah so kena main kat tempat lain.

 Malam terakhir Ramadhan, berbuka di The Shahzan dengan harapan dapatlah makan buffet tapi hampa sebabnya buffet dah tak disediakan lagi so makanlah a-la carte aje.

Lepas berbuka, terus menuju ke ECM lagi untuk membeli apa-apa yang patutu. MAC pun dah buka disini so bolehlah menjenguk if ada offer atau barang baru yang sampai.

Berminat pulak dengan Pandora yang hujung sekali tu tapi disebabkan kedainya dah hampir nak tutup soSA tu pun dah malas sangat nak melayan. Lain kalilah tu kena datang beli.

Wednesday, 6 August 2014

Jom balik Kuantan

 
We all last minute decided untuk balik Kuantan, after Ibu cakap tahun ni semua open house di Istana and rumah MB dibatalkan sempena menghormati kejadian MH17, balik sebab Ayah ajak a few orang datang ke rumah untuk beraya. So balik Kuantan on Saturday, 26 July tu. Biasalah plan awal nak balik lepas sahur tapi harapan hanya tinggal harapan ajelah. Pukul 11am baru siap-siap nak berangkatnya pun.

So my rockchicks semua dah ready dengan rayban memasing, bertawakal ajelah dalam hati agar jalan tak jem bila waktu ni.

Hmm, keluar aje simpang from Taman Melawati menuju ke MMR2 pun dah mula jam dah. Jalan pun tersenguk-sengguk, adoi la mak, pukul berapa la nak sampai Kuantan ni. Daddy Jack cakap, mungkin kita sampai aje rumah, terus azam Maghrib untuk berbuka, huhuhuhuh.
 
 Lagi stress bila my Twilight Blue dah tergarit dek kereta yang nak menghimpit masuk lane Smart tag. Eiiii, serius bengang. Mujurlah bersabar di bulan puasa, kalau tak jadi lagilah kejadian stering lock.

Terhencut-hencut la jalan menuju ke Bentong. Punggung pun dah tahap kematu dah.

Masuk terowong dah agak clear sikit, sepanjang perjalanan nampak banyak kereta yang berhenti di tepi jalan, ada yang panas enjin malahan ada juga yang merehatkan diri, tidur dan sebagainya. Mujurlah tak ada yang berhenti untuk makan.

Phewww, nak menyampaikan ke Tol Bentong ni memang menyeksakan jiwa dan raga. Sampai tol, jalan clear sangat-sangat. Betullah orang cakap, bila musim raya aje, kenderaan ke arah Kelantan la yang paling ramai sekali.

Alhamdulillah, sepanjang berjalanan hujan turun so sejuklah sikit tapi still kena berhati-hati takut jalan licin.

We all sampai Kuantan dalam pukul 4 petang, then tengok Ibu sibuk menyediakan kuantiti makanan yang banyak. Ingatkan ada orang datang nak berbuka puasa dirumah, rupanya Ibu nak berbuka di padang MPK depan Masjid Negeri tu. Memang before this pernah nampak jugaklah beberapa orang upload gambar kat FB pasal ni so tak sangkalah we all pun sempat join sekali dalam kemeriahan ini.

Danish ni memang pantang sungguhlah jika terjumpa lauk kari, kalau ada lauk kari memang berselera sungguh dia makan nasi.

Ramainya manusia di padang MPK ni, masing-masing membawa juadah yang pelbagai, siap bawa tikar dan segala macam lauk pauk.

Antara juadah piknik kami, ada kuih cekodok, mee udang, bubur lambuk, keropok lekor dan juga kuih muih. Sedap-sedap semuanya.

Kebetulan pula disutu ada pulak yang mejual pelbagai barangan mcm belon dan entah apa permainan ni yang jenis baling pastu dia kana mengeluarkan cahaya bila jatuh. So bebudak ni mulalah pelik so kenalah beli. Daddy la yang melayan cos Mummy busy bersembang sambil makan.

Tengah-tengah leka bermain tu, ada pulak la mangkuk mana tah yang pi baling main mercun kat tengah-tengah padang tu. Adoii la, kan ramai budak-budak kecil, kalau terkena kat mereka, tak ada siapa nak bertanggungjawab. 

Selesai terawih, pi singgah East Coast Mall pulak nak berjalan-jalan melihat the new ECM ni, banyak juga perubahan kat sini, dah ada MAC, Pandora, Habib Jewel even Birkenstock and Uniqlo pun ada juga. Hebat dah kat Kuantan ni, tak lah sebosan dulu dah. Baru teringat the boys ni tak ada songkok tapi bila dah kat kedai tu, tak berminat dengan songkok, dah minat dengan kopiah ni.

Hah elok sangatlah tu, pakai kopiah pastu duduk lepak kat kedai Apek jual DVD, memang dah macam  Cina Muslim dah.