Nuffnang Ad

Wednesday, 16 June 2010

Box and Stroy Telling

On his birthday, Danish bawa balik kotak besar. I thought that he beritahu his teacher that day was his birthday, so the teachers bagi hadiah. Iskh...isk..isk

Tapi, rupanya tak...Mummy aje yang perasan lebih. Dalam kotak tu, ada instruction from his Principal, Miss Gayner. Rupanya Danish kena buat oral speaking for his evaluation untuk end of this term. Mak aiii......Danish kena buat presentation depan his friends and the teacher.

Ada satu lagi, Danish the Menace jugak kena tulis based on apa yang diminta oleh pihak sekolah. Nasib baiklah on Monday tu cuti sempena Queen's Birthday, so ada banyak la sikit masa untuk practice.

So the 5 things yang Danish the Menace pilih untuk his presentation; Counting book, his favourite jersey, footy ball, his special car and an apple.

So, semalam, beria-ia la Danish dengan semangatnya nak buat his presentation kat sekolah. Dah penat menghafal siang dan malam. I was afraid jugak, berdebar-debar tunggu die balik sekolah. Actually, dia ada suruh jugak me and Daddy Jack pergi tengok his presentation at school. He said that other parents pun ada jugak tgk anak-anak mereka...it just that Im afraid that kalau I pergi, nanti takut die tak boleh nak present and akan mcm mengada sikit. But Daddy Jack cakap, die akan pergi tengok jugaklah.



I sempat captured his moment tgh buat pactice kat rumah. I think he should be okay la, kat sekolah. Sekali, semalam balik aje dari sekolah, tgk muka mcm masam. And I thought, sure die tak dapat buat tapi rupanya tak. Danish cakap " Mummy, sorry la. Kita tak dapat present sebab DADDY LAMBAT DATANG SEKOLAH KITA." Hah ???? Bila I tanya Daddy Jack, dengan muka tersengih-sengih, die mengaku memang die terlambat...Eiiiii...geramnya !!!!!! So, Danish kena buat his presentation today and I will make sure that Daddy Jack tak lambat lagi.

Tuesday, 15 June 2010

Mencari ini sebenarnya

Sebenarnya, we all pergi City nak pergi Central Market untuk beli a few things kat Asian Groceries. Benda-benda tu tak ada kat kedai nearby our house. Ceh !!! alasan, kan.

Rasa dah tak tertahan menanggung rindu nak makan petai, dapat yang dalam tin pun ok ajelah. Tak tahulah macam mana rasanya, tapi sure tak sama macam yg real punya.

Maggi stok untuk world cup. So far, okay lagi, tak mengecewakan lagi rasanya walaupun ada yang cakap tak sesedap mcm Malaysia.

Kat Adelaide nie, mat salleh tak makan pedas, so tak ada sos cili kat supermarket, cuma ada ketchup atau sos tomato. Kalau adapun, depa panggil sweet chilli sauce, mmg tak sedap, manis. So, terjumpa sos cili Maggi. Actually, kalau kat Malaysia, I mcm tak berapa nk suka sgt sos Maggi, lebih prefer Life, tapi bila kat sini, bedal jugak.

Danish the Menace teringin pulak nak makan roti ngan kaya. Dah bosan asyik makan roti ngan nutella aje. Mujur ada jual, kalau tak, haru nak buat home made kaya pulak.

Sejuk-sejuk nie, sedap cicah biskut nie ngan air kopi. Perghhh.... mmg terangkat.

City Invaders

Jalan ke city lagi, tengok cuaca yang okay, mmg tak tunggulah. Asyik hujan aje kat sini, hari-hari jugaklah tgk ramalan cuaca. As usual, kalau ke City, kena naik Tram, senang sikit. Tak payah nak pikir pasal parking.

As demam World Cup melanda dunia, Danish the Menace will support England

As for Daddy Jack, dah ada kat Australia, kenalah support Australia, tapi semalam kena hentam dengan Germany sampai 4-0, apa cerita ? Kononnya Tim Cahill yang menjadi kebanggaan kena Red Card ? Jawab sikit !!!!

I dah jumpa satu kedai yang really menarik hati, Ed Hardy. Actually, kedai nie ada aje kat KLCC, tapi kat Adelaide nie manalah ada branded boutiques, maka Ed Hardy nie la jadi penyedap sikit.

My passion always, rasanya kat Malaysia pun tengah sale, kan. Tapi sale kat sini, memang malampau la. Actually kat Adelaide ada 2 aje departmental yang mcm ala-ala Isetan ataupun Parkson kat Malaysia which is Myer and David Jones. Kat sini, macam-macam branded stuff kiter boleh jumpa, like Cliniques, Guess, Ralph Lauren dan macam-macam lagi. Masa masuk dalam nie, rambang mata tengok handbag. Bayangkan, handbag Givenchy jual longgok..tak ker I macam sawan ? Tapi bila Danish the Menace cakap " Ala, mummy nak beli handbag buat apa..Mummy bukannya kerja, nanti bila kita nak balik Malaysia, Mummy belilah banyak-banyak". Ada betulnya jugak cakap Danish tu.

Ipad is already here in Adelaide. Daddy Jack dengan confidentnya cakap dah ada kat Malaysia before kiter datang. I was like huh ? Die nie tak baca paper ker ? Rasanya ambik PHD bab-bab IT nie. Rupanya die ingatkan Ipod. LOL !!!!

Ingatkan nak jugaklah try the Ipad, tapi mat-mat salleh nie mcm buat tak reti aje, teruslah lupakan hasrat itu. Daddy Jack, nak satu la....

As usual, rasanya klau pergi mana-mana bahagian dunia nie, kedai sukan memang tak akan tak masuk..eiiiiii geramnya. Pandai pulak dicarinya kedai sukan-sukan nie.

Australia pun sibuk dok promote barangan kit die. Tapi mahal la, tunggu lepas habis World Cup sure harga pun turun sikit la kut.

My adik ipar, Alan gilerkan Ben Sherman. Before this, pernah bawak die pergi Singapore untuk beli baju jenama nie. Sekarang nie Ben Sherman ada kat Adelaide tapi orang macam tak berapa nak heran. Kiranya dah macam jenama Padini dah.

Tak percaya? Cuba la tengok, jual longgok aje. Kalau masa tengok kat Singapore dulu, siap ada butik sendiri, kat sini lebih kurang sama macam Billabong aje. Tapi my bro-in-law still nak datang sini untuk beli baju nie.

Jenama Massimo pun ada jugak di sini

Wohoaaaaa !!! Doc Mart pun ada di sini...OMG, nak beli satu, boleh tak ?

I aim nak beli yang bunga-bunga tu, so unik la design die, rasanya tak jumpa masa pi Singapore tu. Even SA dalam kedai nie pun tahu Im wearing Doc Mart. Yes ! and Im proud of my Anthena Emily.

Tengah-tengah berjalan di Rundle Street tu, tetiba ternampak kat Lingerie Shop ada satu sodel tgh bersiap-siap. At first, i though tu patung tapi rupanya REAL woman. Actually, minah nie dilukiskan badannya and she's topless yer, sumpah tak tipu. Bayangkan, berapa ramai yang tengok die masa nie. I sorang aje yang ambik gambar nie, Daddy Jack bawak lari the boys dari melihat kejadian ini.

We all balik bebetulan sama dengan budak habis sekolah. Sementara menunggu tram, depa sempat lagi melepak kat taman-taman. Adelaide nie mmg banyak taman, so kiter bleh lepak, picnic anytime kiter suka.

Monday, 14 June 2010

Potong pokok pulak

Remember this entry ? Ingatkan die hanya datang untuk potong rumput aje, rupanya minggu lepas datang balik sebab nak potong pokok depan rumah pulak.

I was at the kitchen masa tu, tetiba terdengar mcm bunyi orang ketuk tingkap, Cuak jugak sebabnya cuma me and Ryan the Lion aje kat rumah. Pastu bila jenguk, rupanya tuan rumah, Mr Rocco tengah dok mencantas pokok depan rumah nie. Agaknya die tengok pokok tu mcm dah tak ada rupa pokok dah.

Gigih die memanjat dan memotong pokok tu. Terleka jugak me and Ryan the Lion memerhatikan die buat kerja kat tingkap. Walaupun dah tua, tapi kuat jugak kudratnya.

He did all the cutting himself, sampaikan kumpulkan batang-batang kayu tu semua dilakukan sendiri. Tak ada bantuan dari sesiapa pun.

Bila tengok cara die buat kerja, memang seorang yang cermat, pembersih orangnya. Lepas habis potong pokok, tetiba dengar bunyi air, ingatkan hujan rupanya die dok basuh pembentung air hujan kat bumbung nie. Siap buang sampah yang terkumpul kat atas tu. Memang rajin betullah tuan rumah kami nie.

Kat sini, segala sampah sarap, mcm pokok yang kita potong, semuanya kena buang sendiri. Tak ada main longgok tepi jalan tunggu lori sampah ambik mcm kat Malaysia tu. Sebab tu la, Adelaide nie bersih. Nanti kita cerita pasal sampah pulak yer.

Mr Rocco siap parking lagi lori kecik die, then kumpulkan all the batang-patang pokok yang die tebang tu, dah ikat siap-siap, masukkan dalam lori then terus balik. Tak tahulah mana nak dibuangnya pokok tu, tapi memang terang sangat laman rumah setelah dibersihkan lama rumah tu. Tak tahulah apa projek die lepas nie, jangan cat rumah sudahlah.

Misi mencari Hadiah

Well, as for the birthday boy, toys will be the best gift ever. Nasib baik la kat sini ada Toys R Us. So, lepas aje Danish the Menace balik sekolah, makan dulu then off to Tea Tree Plaza untuk membelikan hadiah.

Punyale besar Toys R Us nie sampaikan tak tahu mana satu pilihan hati. Akhirnya, sampai terduduk nak memilih hadiah. Yer, Toys R Us memang besar dan banyak sangat pilihan. Sekarang nie tengah sibuk promosi Toys Story 3, so banyaklah patung-patung figurine, even pakaian the characters pun ada jugak.

Ryan the Lion pun tak mepaskan peluang untuk memilih mainannya, Thomas. Tapi, Ryan tak belilah, ini time untuk Danish, Ryan punya time lambat lagi, October pulak yer.

Kelakar pulak si Danish menggayakan topi Ironman nie, besar topeng dari muka. Sini, banyak sangat cartoon character punya costume. Tak tahulah depa dok buat Halloween ke kat sini, so far mcm tak ada pulak.

Ryan the Lion dah buat perangai kat sini, pastu Daddy Jack bagi die mainan macam mesin rumput ni, bila tolak benda tu keluarkan bunyi yang annoying giler. Habislah satu Toys R Us bising sebab die toloka benda tu. Bila nak ambik darinya, mmg tak ada harapanlah.

Sekarang nie, kalau ke mana-mana suka sangat nak pakai sunglass, mcm Daddy katanya.

Akhirnya, lepas berpusing-pusing dalam Toys R Us tu, maka inilah pilihan hati birthday boy. Katanya..."Danish dah lama nak game nie, dari KLCC lagi.." Kesian, akhirnya dapat jugak dari Adelaide, kan.

Daddy Jack tolong pasangkan semua, I memang tak pandai

As for Ryan the Lion, die tak kisah apa-apa pun...just main mainan yang lama pun okay. Yer la, masih kecik lagi, tunggulah dah besar sikit.

Apa yang penting, makan-makan dan makan lagi....heheheheh

Sunday, 13 June 2010

Undangan dari jauh

Awal Jun lalu, dapat message from Facebook from my x-Uitm member, Miedon mintak alamat. I, kalau bab-bab mintak alamat nie, memang tak ada benda lain la, nak hantar kad kawin la nie. I pun bergurau la suruh hantar ke Adelaide nie, and tetiba bila tgk dalam letter box, hambik kau, memang betul die hantar sampai sini.

Midon dah nikah dalam bulan Mei lepas, hari nie majlis kat rumah pengantin lelaki la pulak. Midon nie roomate Daddy Jack dari Part 1 sampailah tamat pengajian kat Uitm. Sayang betul, tak dapat menghadiri majlis istimewanya.

Gambar from Midon's FB

Tahniah Medon....semoga berbahagia, hendaknya. Insyalllah, bila we all balik Malaysia nanti, kiter jumpa yer. Thanks sebab sudi hantar kad kawin sampai Adelaide. Selamat Pengantin Baru...Hamidon Saniman.