Nuffnang Ad

Tuesday, 7 August 2012

Ifthar gaya Aussie

Dah dekat Adelaide, sesekali kenalah berbuka gaya Aussie kan. Itupun dah pukul 1 petang Daddy Jack cakap nak makan ayam panggang. Ayam masih keras kedentung dlm freezer so terpaksa lah defrost kejap. Just marinate dengan apa yang ada dalam pantry ajelah nampak gayanya then potong ubi kentang, labu and also ubi keledek nak bagi ada karbo sikit. Udahnya, panggang dekat pukul 3 for about an hour jugaklah.

After sejam dah ready, then kena rest for about 30 minit. Mujurlah sempat nak bergaya depan kamera nie, kalau tak, hmm kelam kabut jugak nak siapkan meja, then nak ambik gambar makanan lagi.

Buat steamed vege ajelah which is carrot, beans and cik brocoli aje. Then terlebih rajin buatkan juga mushroom soup and garlic bread guna garlic powder jer.

Ada aje beli mixed vege dekat Coles so letak garam and pesto sikit and put back in the oven, grill kejap for about 40 minues and done. Tunggu waktu nak berbuka aja.

Okay, berbuka puasa hanya 2 dewasa dan 2 kanak-kanak tapi makanannya penuh meja dah. Alhamdulillah, rezeki dari Allah dapat juga berbuka dengan bermacam-macam makanan.

Monday, 6 August 2012

Ifthar moments

Bila bulan puasa, memang buntu kejap. Bukan buntu apa, buntu nak pikir menu berbuka sebab we all ni tak berbuka makan nasi, kena berbuka dengan light-light aje dulu. Kalau kat Malaysia, mmg penuhlah makanan atas meja, so sampai lepas terawih pun still boleh makan lagi tapi sejak kami berpuasa di Adelaide for tahun ketiga nie, lepas Maghrib and sementara tunggu Isyak and Terawih terus masuk bilik and berbungkus atas katil sebab sejuk. Lepas Terawih masing-masing dah malas nak keluar untuk ambik makanan.

Ada sekali tu, tekak terasa-rasa nak makan Shawarma macam kat Jalan TAR tu, so gigih google resepi dan tak jumpalah pulak roti pita. Rasanya ada tapi since dah kelam kabut mencari so tak jumpa pulak. Guna roti hotdog ajelah nampaknya.

So, since we all ni tak makan nasi untuk berbuka so bila sahur tu agak malas nak masak nasi hanya untuk kami berdua. Mujurlah ada jual nasi kotak yang halal di Adelaide ni, so panaskan dlm microwave for about 2 minutes, dah siap untuk dimakan di kala sahur. Tapi tak bolehlah makan nasi kotak aje selalu, sesekali nak jugak makan nasi dengan lauk yang dimasak sendiri, kan.


Sunday, 5 August 2012

Freezing cold

My Sunday morning always be like this...freezing and calm. Huhuhu, I wish boleh berlengkar lagi dalam selimut tapi apkan daya, pukul 9 pagi dah kena beradai di padang bola for Danish's training session. Tak apa, tak apa..hanya sampai September aje. Lepas nie hurah hurray la kita yer.

Pagi Ahad biasanya sunyi sepi sebab kedai semua dibuka pukul 11 and then mostly people ke church for their Sunday session. Garage sale pun tak banyak on Sunday. Since winter nie we all jarang jugak ke Sunday Market sebab sejuk mengigil ni. So, berehat jugaklah untuk 3 bulan nie.

Friday, 3 August 2012

Sangup berjaga awal pagi

Pagi sebelum balik Malaysia, we all dah bangun dalam pukul 5 pagi sebab nak ke Toys Sale di BigW yang bermula jam 12 tengahmlm tu. At first Daddy Jack nak pergi pukul 12 tu, so I cakap, die pergilah sorang, I tak sanggup nak harung sejuk-sejuk tu so dibatalkan niatnya so tunggulah sampai pukul 6 pagi untuk ke BigW. Keluar rumah mmg gelap giler tapi the boys dah biasa keluar gelap-gelap mcm nie sebabnya kalau ke Sunday Market, pukul 6pg dah masuk kereta dah.

Sunyi sepi BigW pagi-pagi buta nie tapi ada jugaklah nampak a fews Aussie dan anak-anak mereka pun sama ke sini untuk beli toys tapi depa beli and buat layby untuk collect masa Christmas nanti.

As usual, hanya Daddy Jack sahaja yang menjalankan upacara pilih, belek and telek yer. We all tak terlubat langsung so thats why katalog sentiasa ditangannya sebab die dah pilih apa yang nak dibelinya.

Danish pun malas nak terlubat, tahu sure kena ada Ninjago sahaja. I pun terjebak jugak dengan board game yang Danish pegang tu, ala bukannya apa..board game Masterchef aje..bosan-bosan boleh jugak main di rumah nanti. Itu ajelah yang menarik minat I pun.

Nampak tak kat rak belakang tu? Tu bahagian arts and craft. I noticed yang orang Aussie nie suka sangat dengan arts and craft especially scrapbook. I ni memang ada minat about arts ni tapi tu la, ada masanya macam rasa tak ada masa, ada tu rasa bersemangat nak melukis sedangkan dan beli 2 keping canvas pun masih tak bukak lagi plastiknya. Itu kena tunggu summer project la kut. Winter nie dok berhibernate aje kerjanya.


Kena guna dua trolley sebab Danish and Ryan tak mahu share lagipun satu trolley pun dah tak muat pun nak susuk sebabnya penuh dah dengan kotak-kotak.

Danish sampai nak tenggelam dengan lambakan toys yang dipilih oleh Daddy Jack.

Kmart pun start their toy sale sama hari dengan BigW juga so lepas settle di Big W bergegas pula ke Kmart di Firle sebab dekat dengan rumah aje.

Pun sama jugak, penuh trolley dengan toys aje. Not only the boys toys malahan kitakan nak balik Malaysia, so belikan la juga untuk all our nieces and nephews jugak.

Thursday, 2 August 2012

Kembali mengganas lagi

Lepas kes belek-belek katalog tu, apa lagi terus la terjah ke Target dulu sebab Target yang buat Toy Sale dulu kali nie. Selalunya Target mula lambat so lepas ambil Danish balik sekolah, terus ke TTP untuk tengok-tengok aje, kata Daddy Jack. Boleh caya ker?

Hai, after Bakugan, Beyblade dan WWE, dah tersangkut pulak dengan Ninjago. Even tak ada Toys Sale pun dah beli berkotak-kotak koleksi Ninjago ni.

Daddy Jack pun tak keruan bila ke aisle yang masuk dalam senarai dia tu sampaikan tak tahu Toy Sale ni untuk siapa sebenarnya, anak ker bapaknya?

Daddy yang lagi bersemangat dari anak-anak. Apa yang dipilih, anak-anak tak heran pun sebab anak minat lain, Daddy minat lain. Macamana tu?

Si kerinting nie dulu beria-ia sangat gilakan CARS and now dah tak heran dah. Apa yang Danish minat, die pun tumpang minat jugak tapi Daddy Jack yang beria-ia suruh die beli CARS.

Entah apalah yang nak dipilihnya, kejap-kejap berlari ke sana, pastu ke tempat lain pulak. Itu belum pi tempat CD pulak. Aishhh la anak oiii, payahnya nak buat decision yer.

Belek, telek and pilih mana yang berkenan dekat berjam-jam rasanya. Letih menunggu ni sambil perut dah mula kelaparan.

Hmm, sudah pilih jomler terus bayar. dah tak larat dah nak pikir-pikir dah. Ikutkan aje hal Daddy dan juga anak-anaknya. Tugas Mummy, ambil gambar sahaja nak buat entry untuk blog.

Okay so masing-masing pegang yang die punya. Larat ke tak, kena bawa jugak. Dahlah bershopping di Adelaide nie tak ada plastic bag, kalau nak kena beli so tak kuasa so pegang ajelah.

Balik aje rumah, masing-masing tak sabar nak main all the toys tapi dibenarkan cuma buka satu kotak aje sebabnya esok nak kena pergi sekolah. Nanti kang tidur lambat sebab main toys aje.

Seronok juga layan main Lego ni tapi tu la, tak sanggupnya sebab ada yang mahal bebenor pastu semua mainan Lego ni macam boys aje, tak ada ker yang lebih kepada perempuan sikit. Hmm, LEGOLAND Malaysia buka September nie yer..Daddy jack, jadi tak conference you kat Singapore this November? Macam best aje pi sini..ehh jap..jap..dah alang-alang tu bolehlah cuci mata kat JPO kejap. Dok geram org dok tulis psl JPO aje ni, nak lah jugak merasa pergi sana.

Wednesday, 1 August 2012

Sambal diimport dari malaysia

Hari tu kan masa balik Malaysia dah jatuh cinta la sama sambal tumis Kak Ida. So, terbayang-bayang makan di Adelaide so minta Kak Ida buatkan sebekas untuk bawa balik. Tak pernah nak bawa balik apa jua makanan yang dah frozen padahal ada aje my Aadelaide's gangs yang pernah bawa masuk, they all kata lepas aje. So kali ni nak cubalah. Alhamdulillah, lepas from Kastam Aussie tanpa sebarang soal jawab.

Disebabkan tak tahan nak jugak makan sambal tu, buatlah nasi lemak then panaskan aje sambal tu. Sedapnya...

Thought of nak simpan sampai puasa, tapi 3 hari dah selesai dah. Hmm, tunggu Kak Ida datang Adelaidi raya ke-6 nanti akan dipaksa untuk membuat sambal tumisnya disini and simpan buat stok nanti.

Balas dendam

Memang plan nak makan kat IKEA, tapi after ke Kidzania la, sebab tahu akan lama di dalam tu so makan light aje di dalam Kidzania, simpan perut sebab nak makan kat IKEA.

Balik rumah Ibu hari tu ada nampak kad ni untuk I tapi tak sempat nak explore apa kebenda IKEA Family ni. Tapi lambat lagipun nak gunakannya, mungkin tahun depan baru merasa guna.

Wah !!!!! inilah saat-saat yang dinantikan...makan IKEA Meatball yang super duper sedap tu. Selalu kat Adelaide, telan air liur aje bila nampak mat salleh Aussie dok usung tray ada meatballs tu. Kali ni, tak lepaskan peluang yang ada.

Punyalah rasa puashari, order pun sambil cekak pinggang yer, Daddy Jack.

Hah !! oder jangan tak order, sampai penuh trolley tiga tingkat tu dengan macam-macam makanan.

Berebut-rebut nak muffin, so belikan sorang satu and Daim cake yang popular itu.

Nak jugak merasa Fish&Chips kat IKEA ni

Wah !!!! ini yang ditunggu-tunggu selama ini. Ambil 10 biji terus untuk share dengan Daddy Jack sebab tahu, kalau ambil sorang 1-0 biji, maunya buntang biji mata nak menghabiskannya.

Danish pulak siap nak makan pasta pulak, udahnya berlambak-lambaklah makanan atas meja hanya dengan kami sahaja.

Puas, kan dapat makan meatball IKEA nie..ohhh bila kunyah, siap buat ekspresi muka yang puashati lagi. Opsss, sorry, ter elaborate lelebih pulak di bulan puasa yang mulia ini pulak. Ampun yer.

Kalau tak silap, bulan puasa selalunya IKEA ada buat buffet Ramadhan kan. Ada lagi ke tak yer? Tak pernah nak cuba sebab tahu sure ramai orang punya. Tapi teringin juga nalk mencubanya. Tunggu tahun depan la jawabnya.