Lepas aje habis sessi lawatan ke AAMI Stadium, barulah terasa lapar, yer la, since pagi makan nasi goreng lepas tu just mkan roti aje, manalah tak laparnya. So, tempat yang paling dekat nak makan adalah di Harbourtown.
Masa nak cari tempat makan, ternampak pulaklah new playland nie. Layan sekejap la the boys main kat sini jap.
Cantik pulak bila tengok both boys pakai jacket yang sama, hasil pemberian ayah dan ibu nie, nampak mcm they were so close, kan.
Harbourtown nie lebih kurang mcm shopping mall untuk direct outlet store. Sini banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan antaranya baju like Cotton On, Levi's, Esprit, barangan rumah, toys and even barangan perhiasan tapi yang membuatkan I tak tahan kat sini bila tengok kedai kasutnya..cantik-cantik la..rasa macam nak beli semua. I think nanti balik Malaysia, nak buat may aussie shoes collections.
After a few recommendation from our friends here, I nak cuba pulak makan this Chinese Halal cuisine..ala tak ada benda yang lain pun, just like chinese food aje and its Halal. And for those yang suka makan sushi, sini ada sushi yang Halal yer, but I dont really like or maybe crazy about sushi, kalau makan pun just cuit-cuit ajelah.
We choose to eat nasi and Danish as usual, prefer noodles. Sedapla..terubat rasa nak makan Chinese food macam kat Malaysia. Dulu kalau terasa nak makan Chinese food, kenalah balik Kuantan, makan kat The Swan.
Muka puas hati tu dapat makan apa yang die suka..ada satu lagi permintaannya yang rasanya akan dipenuhi hari ini. Kalau anak dah cakap die teringin nak makan, kenalah gagahkan jugak mencarinya yer.
Nie hah die...dah lama tak makan Pizza, katanya. Nasib baik la minta pizza, sebabnya sini ada a few kedai yang jual pizza yang Halal, kalau ler mintak McD atau KFC, mau jugak ler meleleh air mata Mummy nie nak mencarinya. Tunggu...tak lama lagi kita balik Malaysia okay. Sampai aje KLIA, kita serbu fast food, makan dengan asyiknya.
Asyik cerita pasal me, anak,anak jalan-jalan, makan-makan sehingga lupa, apa tujuan ke sini, kan. Datang sini sebenarnya bukan untuk bersuka ria tapi ada satu benda yang besar..ikut suami sambung belajar...so kiter cerita sikit psl perkembangan Daddy Jack yer, manalah tahu bos atau kawan-kawan die baca, yang ada dalam nie hanyalah cerita yang seronok-seronok aje, kan.
First time, dalam 6 bulan nie tengok Daddy Jack berbaju kemeja, and pakai tie..sebelum nie kalau pi uni memadai hanya berjeans and t-shirt aje. Rasanya masa nak pi kerja dulu ler, merasa tgk die bersiap-siap mcm nie nak pi kerja.
Sebelum pergi, meminta restu mak dan ayah adalah satu kemestian. Mak akan mendoakan kejayaaan seorang anak itu...
Daddy Jack dah selamat membentangkan his proposal to the university. And Alhamdulillah, semuanya telah selamat. and sekarang ini, Daddy Jack telahpun bergelar calon PhD. Sure ramai yang bertanya, kenapa nak tunggu 6 bulan, bukan ker mmg pergi sini sebab nak sambung PhD ? Well, dalam masa 6 bulan tu, setiap postgrad students diberikan taraf probational dulu, manalah tahu proposal tak diterima, kena tukar ataupun menarik diri, kan then after dah defend the proposal, and dah dapat leter of confirmation, barulah dikenali sebagai calon PhD, dan ianya bergantung kepada university, lain university, lain kaedahnya. So sekarang nie, setiap malam, Daddy Jack tak perlu berjaga pukul 2-3 pagi lagi, just settlekan kat uni, malam , just baca buku aje. Muka un dah ada nampak ceria sikit dah, kalau tak dulu, berkerut aje. Apa-apa pun, a big congratulations..keep up the good works !!!
Jumaat lepas kan Danish cuti, so Daddy Jack membawanya pi tour kat Stadium AAMI. Diam-diam rupanya Daddy Jack dah buat booking..yer la, kalau die beritahu I, sure I marah, kan. Udahnya, pagi Jumaat tu die suruh I siap-siapkan budak, masak apa semua and then lepas Jumaat nak pergi. I nak kata apakan..ikut ajelah.
Daddy Jack, Daddy Jack..kalau boss you tahu you jalan-jalan, habislah you...hahahahahah. As you all know, Daddy Jack, kan pencinta sukan so die kata nie adalah peluang keemasan untuk melawat stadium untuk main footy, lepas nie tak tahu bila lagi.
The boys memang excited habislah, kan bila bab-bab jalan-jalan nie. Masa we all sampai, kena tunggu kat lobby office. The tour hanya membenarkan 10 orang sahaja. Udahnya, yang datang we all satu family dan juga 3 warga emas...hahahaha.
Hari tu cuaca agak berangin sikit, bukan sikit malahan agak kuat jugak..sejuk jangan cakap ler..mengigil dibuatnya. nasib baiklah tour nie indoor aje, kalau kena outdoor, memang I cancel aje.
Masa menunggu waktu lawatan, we all melepak la kat lobby tu, and entah macamana, adalah sorang mat salleh menegur we all semua. I tak tahu siapa, tapi bila Daddy Jack suruh Danish say hi to the coach..rupanya mat salleh tu adalah coach footy Adelaide Crows, Neil Craig.
Sementara menunggu tu, I need coffee, dah lah sejuk, dapat kopi yang pekat memang sedap..lega sikit.
Nie masa dok dengar briefing serba sedikit psl team Adelaide Crows nie tapi tak boleh nak menumpukan perhatian sebabnya Ryan the Lion dok main-main kat kerusi tu. Masa nie macam perasan buat konsert aje, siap babai-babai lagi.
Merasa we all masuk Media Room die..kat sini, pihak media akan tunggu untuk team buat press conference.
Nie pulak kat Meeting Room, dimana coach akan membincangkan strategi permainan bersama pemain-pemain footy nie.
Masa we all jalan-jalan kat dalam building tu, terserempak pulak dengan one of the player, tak tahu siapa but Daddy Jack sempat la bergambar dengan die. Tengok die angkat Danish tu, macam tak ada hal aje. Pemain footy nie memang besar-besar orangnya.
We all berkesempatan juga untuk masuk muzium untuk team nie. Mascot untuk team nie adalah burung gagak, agaknya banyak burung gagak di Adelaide nie. Kalau di Malaysia, burung gagak tu satu ancaman, siap ada hari untuk menembak gagak nie.
Danish cakap die nak main footy but inilah sukan yang paling ganas pernah I tengok, so baik lupakan ajelah niat tu anak oiiii..tak aper, nanti Daddy nak masukkan Danish ke Adelaide United Soccer School..main bolasepak, tak aper yer.
Ryan cukup takut nak bergambar dengan mascot nie, menangis-nangis die dibuatnya.
Then, masuk pulak bilik persalinan para pemain..kat sinilah para pemain bersalin pakaian, merehatkan diri sebelum dan selepas perlawanan.
Daddy Jack berazam untuk menonton any footy games here with us. But I said to him...just bring Danish, me and Ryan just duduk rumah ajelah. Game nie lama tau, dengan Ryan yang tak dapat dikawal, baik ler I duduk rumah aje.
Nie our tour guide, Mr Jack namanya..ehhh sama pulak. Die die Facilities Manager. Kalau ikutkan we all tak dapat nak masuk dalam area stadium tu, sebab tour nie hanya cover indoor aje, tapi disebabkan yang menjadi tour guide nie adalah Facilities Manager, so we managed to masuk padang tu. Sukalah Daddy Jack.
Mr Jack tu siap bagi Daddy Jack his name card lagi, manalah tahu kalau-kalau Daddy Jack nak tgk game, so bolehlah contact die untuk dapatkan special seat. Hmm...I think, cuma Daddy Jack aje yang giler macam nie, tak ada postgrads lain yang macam nie. Danish pun dah register jadi one of the fan jugak.
Biru sungguh air laut di Glenelg nie..like tajuk entry, biru mata hitam ku..rasa tenang sekejap.
Dengan matahari yang sangat cerah, ramai orang berduyun-duyun keluar, memanaskan badan dan juga berjalan-jalan di tepi pantai.
Merata-rata tempat,penuh dengan oarang yang ramai keluar untuk berjalan-jalan, merehatkan fikiran di sini. Bukan senang nak dapatkan cuaca yang cantik ini.
Kat Glenelg nie pun ada jetty, tapi kat sini penuh dengan orang berjalan-jalan meyusuri pantai melaui jeti nie.
Ada yang bercengkerama di tepi pantai juga
Tak ketinggalan membawa haiwan peliharaan untuk bermain-main di tepi pantai..ini agak menakutkan juga since binatang ini amatlah dilarang sama sekali, takut jugak kalau-kalau die pi kat anak-anak kiter.
Kat sini ada yang mandi manda berbanding dengan Semaphore Beach..maybe waktu tu, airnya agak sejuk berbanding dengan cuaca waktu ini.
Tak ketinggalan ada juga yang berjemur, untuk menggelpkan kulit mereka yang cerah. Like, minah nie, rasanya adalah lebih 3 jam, duduk bawah matahari. We all nie, siap duduk bawah jeti lagi sebab macam tak tahan panas, nie pulak sanggup berjemur.
The mat-mat and inah-minah salleh punyalah sukakan matahari, sampaikan tghari buta, sanggup melepak kat tgh panas macam nie. We all nie, siap cari tempat teduh lagi. Ada tu, tak pakai baju pun, selamba ajer berjalan-jalan dengan bikini and also short die.
Tengok tu, siap boleh baring-baring lagi, kan..
Pemandangan di Jetty Road masa on the way nak balik..we all tak berkesempatan nak jalan-jalan kat sini sebabnya masinh-masing especially the kids dah letih, bermain di pantai, lagipun nak siap untuk ke sekolah, badan pun tak bolehlah letih-letih sangat.
Jala-jalan ternampak pulak Baskin Robbins....memang sedap tapi malas pulak nak ke seberang jalan untuk membelinya.
Ehhh? Bila la pulak Daddy Jack ada bukak restoran nie ? Hahahahahha
Ingatkan dah habis mood nak beraya, alih-alih dapat jemputan makan-makan ke rumah Kak Ima and Abang Nazri pulak. We had mee sup yang sedap sangat and also nasi impit kuah kacang. Sambil tu pulak, makan beramai-ramai sambil berborak, memang sedap la.
We had never met before, jumpa sekali masa kat park. Nama die Linda, pelajar Uni Adelaide and berkhidmat at Politeknik PD...one day, my FB friend from Uitm kata nie kawan office die, and bila I add her in my FB list, rupanya die pun berkawan dengan my old officemate. FB nie betul-betul satu social networking yang sangat bagus, dapat menemukan kiter dengan our olf friends, kan and sometime, kawan, kepada kawan kiter. Nak menjadikan cerita, Linda nie juga, schoolmate my sister in law..haishhh, berkait-kait pulak la yer.
As usual, Danish and Aqil busy main-main bola kat backyard. senang sikit I nak bersembang and makan-makan.
One is Ryan favourite food is Sup. Tak kisahlah sup apa pun, and die akan makan dengan seleranya. Kalau I cakap, I nak masak, sure mult die akan cakap "Sup, sup"..nak tak nak kenalah buatkan at least semangkuk walaupun hanya sup telur sahaja.
Nampak pulak ada mee sup, apa lagi...Danish ajak die pi main kat backyard pun die buat bo layan aje. Nak menikmati kesedapan sup Kak Ima aje.
Apalah yang membuatkan Daddy Jack terpegun tu yer ? I was wondering jugak..cos Im busy berborak ngan Kak Ima kat dapur and also menengokkan the boys makan.
Kak Azie and Abang Azul pun terpegun sama..pelik jugak rasanya ?
Ohhhh !!!! tengah menengok gambar percutian Abang Nazri and Kak Ima ke New Zealand rupanya. Raya kedua hari tu, Kak Ima sekeluarga bercuti-cuti ke New Zealand, and they try melobi kat we all agar pergi ke sana dengan menunjukkan gambar-gambar yang cantik-cantik. Tapi kan, memang Daddy Jack berhasrat nak ke New Zealand, kalau tak ada aral, maybe tahun depan sebab apa tau..sebabnya ada Rugby World Cup..iskhhhhh.
I pulak sedap melayan chocolate chips cookie Ka Ima buat nie, ada juga Kak Ima buat tat nenas, tapi I layan nie aje. Nak minta resepi sikitlah, boleh buat untuk raya haji nanti.
I suka sangat fridge Kak Ima, banyak fridge magnet. Actually, I tak pernah terpikir nak menjadikan ini satu hobby. Padahal, dah ramai orang buat, kumpul fridge magnet, kalau tak pergi sendiri, kirim aje ngan member-member..masa kat sini, Daddy Jack lah yang mulakan dulu. So now, even tempat yang we all pergi dalam Adelaide nie pun, we collect the fridge magnet.
Bila la nak pi Sydney nie..one of the place yang I nak pergi is Luna Park, lebih kurang macam amusement park la nie.
Mujur ada rumpus room, so kanak-kanak main sini, geng abapa duduk depan, layan gambar-gambar di NZ and the mothers, as usual, duduk dapur and pot pet pot pet la..apa lagi.
Terima kasih Kak Ima and Abang Nazri sebab sudi menjemput kami ke rumah.