Nuffnang Ad

Wednesday, 23 January 2013

Corelle Madness

I rasalah bila ada yang datang ke Adelaide nie, terus la kena sampukan Corelle. Dah tu salenya tak kira masa, kadang-kadang dlm tak sampai sebulan ada aje salenya. Dah tu, bila sale, yang membelinya bukanlah orang Aussie pun, bila pergi kat aisle Corelle dah tentulah nampak orang Melayu atau orang Asia yang lain. Kadang-kadang tu sampai kena tunggu kedai bukak sebab kalau lambat, bunga pilihan habis and tinggal rak kosong ajelah mcm ni.


My Adelaide's gang yang dah lama kat sini tahu dah selok belok pilih Corelle ni tapi if yang baru datang tu mcm-mcm kegusaran yang ada mcm beberapa msg yang I terima ni. Baca msg tu rasa nak guling-guling gelak sebab macam kelakar sangat.

Tuesday, 22 January 2013

Makanan simple tapi sedap

Bila dah balik Adelaide, mulalah rindu makanan di Malaysia. Adakalanya, balik Malaysia mcm tak teringin nak makan tapi bila dah balik Adelaide, dok teringat-ingat aje. Bila dah dirumah Ibu, makan nasi berlaukkan sambal tumis, kicap and telur dadar pun dah dikira sedap sambil makan bertambah-tambah.

Di kala panas-panas berdenting di Adelaide ni sesekali teringat Es Teler di Restoran Sari Ratu yang sedap and menyamankan tekak tu.

Teringat juga kelazatan Ayam Pop, Gulai Ayam dan juga Tetel, Sambal Hijau, dan berbagai jenis makanan Padang disini. Dulu masa sebelum datang Adelaide, memang sering makan disini dengan my big family tapi bila dah datang ke Adelaide bila balik Malaysia jarang dah makan sini. Agaknya my big family pun dah jemu dah makan disini.

Aduhhhh !!!! tengok gambar ni lagilah terliur..makan nasi dengan lauk kampung. Tambah menyelerakan bila ada sambal tempoyak daun kayu tu., really sedap. Ikan bakar cicah air asam menambat selera dan minum pulak air sirap limau, memang la terangkat.
 

Kawan silih berganti

Mostly keluarga yang datang ke Adelaide mempunyai satu tujuan, menyambung pelajaran, tak kisahlah samada PHD ataupun Master. Tempoh tinggal disini pun tak lama, paling sekejap 2 tahun and paling lama 4 tahun. Biasanya yang belajar tak kira sama ada lelaki atau perempuan akan membawa keluarga meraka sekali. Ada yang anak-anak dah besar and ada tu yang masih baby lagi, tapi demi belajar, semua itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepada mereka.

Macam Danish, kawan rapatnya di Adelaide adalah Aqil anak Kak Azie dan juga Abang Azul. Kenal since masa tahun pertama kami sampai lagi. Tambah rapat bila masing-masing mempunyai minat yang sama that is sukan. Pastu masing-masing pun ada minat yang lain dari segi toys, gadget, kartun kegemaran dan macam-macam lagilah.
 
Bila minggu-minggu terakhir Aqil berada di Adelaide ni, I hantarkan la Danish ke rumah Kak Azie untuk they all habiskan masa bersama-sama sebelum Aqil kembali ke Malaysia. Bila Aqil dah balik, Danish dah kuranglah geng yang agak sebaya dengannya cos yang tinggal sekarang yang lagi muda sikit dari Danish.

Ada masanya Aqil pun datang ke rumah kami untuk bermain XBox ataupun PS3. Sesekali seronok dengar ruang tamu dengan gelak suara ketawa anak-anak. Maklumlah, bila masing-masing dah balik Malaysia, tak tahulah bila dapat berkumpul mcm ni lagi. Maisng-masing dah sibuk dengan sekolah dan juga aktiviti yang penuh.
 
Sehari selepas Aqil and Yaya sampai di Malaysia, terus buat facetime untuk bertanya khabar. Senanglah sekarang ni kan, tak payah susah-susah nak beremail ataupun telefon, boleh aje buat video call menggunakan Ipad ataupun Ipod. How technologies really good nowdays, kan.

Mujurlah ada jiran terdekat, Ummi yang ada anak-anak kecil walaupun tak sebaya dengan Danish. Anak sulung Ummi, Farah dah masuk 7 tahun so agak sebaya dengan Danish tapi I takut juga if mereka malu nak berkawan  cos different gender tapi Ummi cakap okay aje, boleh bergelak ketawa and main bersama-sama.

Monday, 21 January 2013

Coachies

Okaylah, now balik semual ke Malaysia...heheheh taklah I masih di Adelaide cumanya teringat-ringat aje kenangan balik Malaysia yang lepas. Dok ingat makan and shopping ajelah kerjanya selain merindui Ayah, Ibu serta adik-adik yang lain. Balik Malaysia if dah merayap ke shopping malls, nampak aje kedai ni, terus automatic rasa nak masuk dalam.

Hahaha, pose cik kak, jangan tak pose

Lepas satu-satu dicuba

Dah puas disandang dipegang mcm ni pula. 

There is so many new collection, rambang mata dibuatnya. Tapi I sedih cos the shoes collection dah tak ada lagi di Coach ini cos dah ditarik balik penjualannya. Ingatkan balik ni, naklah tengok-tengok some flat shoes tapi dah tak ada dah. Sedih !!!!

Mak sibuk nak posing dengan handbag, si kerinting sibuk juga nak posing dengan vitamin die, aiskhhhhhh

Now this Autumn/Winter collection full of colour block. Warna-warna yang sangat terang and cerah memang menceriakan. 

Ehem..ehem hadiah birthday in advance la yer walaupun in November. 

Keychain pun nampak menarik juga the latest design tapi tunggulah, dah ada rumah sendiri baru best guna keychain ni. Ni rumah pun duduk dengan Ibu and Ayah so tak payahlah  nak berangan.

Okay, final pose !

Friday, 18 January 2013

So long, farewell Kak Azie

Sudah seminggu Kak Azie sekeluarga balik ke Malaysia for good. Sabtu lepas, we all beramai-ramai menghantarnya balik ke airport as last farewell from us. Sebelum tu, kalut dengan the boys yang sibuk nak siapkan kad goodbye untuk Aqil and Yaya. Cuaca pun agak mendung pulak hari itu, mcm turut bersedih diatas kepulangan Kak Azie sekeluarga. We all sempat juga membelikan hadiah untuk Aqil yang minat soccer so we all belikan Adelaide United jersey and buatkan nama sekali untuk kenangan. A for Yaya since die mmg minat dengan baby and dollies ni so Baby Alive adalah sangat bersesuaian.

Rumah yang banyak menyimpan kenangan manis buat Kak Azie dan keluarga serta kawan-kawan yang sering berkunjung ke sini. We all pun sempat menumpang disini masa kami baru pertama kali menjejaki Adelaide selama seminggu sebelum dapat rumah lain.Alhamdulillah, rumah ni pun akan mendapat penyewa Melayu juga after dah beberapa keluarga Melayu yang tinggal disini.

 Sempat lagi tu nak bermain di yard belakang sebelum berangkat ke airport.

Dalam pukul 11 pagi, masing-masing berkumpul di luar untuk sessi bergambar. Sebelum tu ramai-ramai berkumpul di dalam rumah untuk breakfast dengan hidangan ringan yang dibawa bersama-sama.

Anak-anak yang masih tinggal akan kehilangan kawan untuk bermain bola dan juga masak-masak bersama. Dahlah mostly di Adelaide ni yang tinggal girls aje so kesianlah pada the boys kurang dah kawan yang sebaya untuk bermain.
 

Pada Ibu-ibu yang tinggal juga, kehilangan seorang kawan yang berkongsi ilmu masak-masak dan juga teman untuk berkumpul waktu hujung minggu. Ramadhan nanti, tiada lagi kawan yang nak buka gerai online menjual kuih muih ketika berbuka, bak kata sesetengah Adelaide's gang disni, taukeh katering dah balik Malaysia.

 
Mostly kotak aje yang Kak Azie bawa balik, beg hanya satu aje. Itupun we all ke airport agak awal sebab nak timbang, takut-takut extra luggage so nak kena sort out pula. Alhamduliilah, semua kotak and barang-barang boleh dibawa balik bersama penumpangnya.

We all takut juga tak muat beg nak bagi hadiah tu. Hadiah untuk Aqil okay lagi boleh bawa masuk beg cumanya hadiah Yaya dengan kotak gedabak tu. Dah pikir pun dah mcmana nak buat sekiranya tak muat beg untuk bawa balik doll tu.


Antara keluarga-keluarga yang sudi menghantar Kak Azie sekeluarga pulang ke airport.

Tepat pukul 1.15pm, tibalah waktunya untuk masuk ke departure hall. Mujurlah flight on time kali ini, tak delayed mcm Kak Nana dulu. 

For the first time, banjir Adelaide Airport ini dengan tumpahan airmataku. Selalu hantar my Adelaide's gang balik tapi just boleh gelak-gelak lagi tapi kali ni agak tertewas juga. Kak Azie antara yang rapat dengan ku, bukan hanya Kak Azie malahan the boys juga. Selama 3 tahun duduk Adelaide ni, banyak yang kami kongsikan bersama. Kak Azielah tempat share segala resepi, hal ehwal rumahtangga serta tempatku menempah kuih muih jika nak buat majlis. Bukannya tak rapat dengan my Adelaide's gang yang lain cumanya di sekitar kawasan East tempat I duduk ni, mostly yang belajar adalah perempaun so taklah boleh diganggu sepanjang masa as they all busy with their studies kan. Ni tak, pukul 9 lepas hantar anak-anak sekolah startlah FB chat antara Kak Azie and I, then dlm pukul 12 stop kejap sebab nak masak untuk lunch, then after anak balik sekolah if berkesempatan sambung lagi. Kadang-kadang malam pun sambung chat juga. Ni bila Kak Azie dah balik, tak adalah tempat nak kacau sesiapa dah :(
 
Kak Nani and Kak Has antara yang terlewat sampai so hanya berjumpa di sebalik cermin ajelah. Kak Has pun heran kenapalah masuk awal sangat, rupanya Kak Azie and Abang Azul tak mahu banyak lagi air mata yang tumpah masa kat luar sana

Kami semua menunggu till Kak Azie masuk ke dalam flight. After thet, lepak sekejap then masing-masing balik. Biasalah bila pi airport, masing-masing dok bersedih sebab bila mengenangkan bila pulaklah time mereka nak balik Malaysia, lama dah menahan rindu kepada keluarga disana. Insyallah, ada rezeki nanti bolehlah balik yer. Rajin-rajinlah tgk MAS punya offer, mungkin blh tengok tiket untuk balik raya nanti.


Thursday, 17 January 2013

Makan-makan untuk Kak Azie

Jumaat lepas, we all yang tinggal berdekatan di area East bersepakat untuk membuat majlis makan-makan untuk meraikan kepulangan Kak Azie sekeluarga ke Malaysia. Mulanya we all nak buat on hari Sabtu sebelum berangkat balik tu tapi lepas dipikir-pikir rasanya tak nak kelam kabut so kita buat sehari sebelum, so masing-masing boleh prepare yang bst sikit kan. Untuk menu kita pakat bawa masing-masing. So main menu adalah nasi, so yang lain pakat lah bawa ayam goreng, kuih muih dan juga bermacam-macam hidangan lagi. Cuaca yang agak panas membuatkan tuan rumah, Surah menyediakan ABC untuk tetamunya. I sediakan masak lemak cili api nenas and ikan masin serta Laksa Johor.
 
Bila dah petang berseleralah semua makan sebab masing-masing simpan ruang sikit diperut sebab nak makan banyak di sini. Hihihi, teruk kan I ni. Tak adalah, normally makanan yang dibawa tetamu memang sedap-sedap semuanya. Budak-budak semua dipastikan makan dulu sebelum nak main bola, kang semua tak ada energy pulak.

Berselera masing-masing semua makan, tak toleh kiri kanan lah, maklumlah dah petang ni..ohh bukan petang rasanya ni dah pukul 7pm tapi cerahnya macam pukul 4ptg di Malaysia. Sekarang ni kan summer, so siang tu agak panjanglah sikit. 

Bila dah rileks masing-masing tersandar kekenyangan, itu orang dewasalah tapi anak-anak bila dah jumpa geng mana boleh duduk diam. Lepas makan semua nak pi main bole. Mujurlah belakang rumah Surah ni memang luas kawasannya so dapatlah main bola dengan puas.

Dikesempatan ini juga, salah seorang anak my Adelaide's gang, Izzah and Yasser pun membuat small celebration untuk anak sulungnya Ammar yang kebetulan birthdaynya jatuh on that day. Tapi birthday malu pulak nak tiup lilin so menyorok belakang Mama and Papanya.

Alhamdulillah, semuanya dah kenyang. Makanan pun banyak yang tak habis so cuaca pun dah makin gelap so bersambung pulak di dalam rumah. Seronok nampak nampak Kak Azie bila we all buat majlis untuknya tapi katanya ada sedih juga sebab ini kali terakhirlah die berkumpul ramai-ramai macam ni, lepas ni bila balik Malaysia jarang kut dapat berkumpul mcm ni sebab masing-masing dah duduk jauh-jauh so nak jumpa ramai-ramai macam ini lagi entah bila.
 

Wednesday, 16 January 2013

Happy 9th Anniversary, Honey

Our anniversary means a lot,
Much more than any another day;
I celebrate my love for you,
And cherish you in every way.

Through passing time, our love still grows,
A caring relationship to explore;
Our life together gets better and better,
And I keep on loving you more and more. 
 
When I first met you all those years ago,
I fell in love so fast, I knew right then,
You were the one and only one for me;
I'd never have to look for love again.
Each anniversary finds us happier;
You are my light--my moon, my star, my sun.
You show me what real love is all about,
You fill my life with pleasure, joy and fun.
As time goes by, our love grows stronger still.
You're the most amazing (man/woman) I ever knew.
I prize our anniversaries because
Each year I fall in love again with you.
 
Happy 9th Anniversary Daddy Jack.
I want you to know that words are not enough to say that I love you. XOXO, forever yours
Gina Manan 
 

Tuesday, 15 January 2013

Berdiet sakan

  
I already start my diet routine since minggu lepas. Kononnya nak start on 1st Jan tapi dah makana je tak berhenti so kena kuatkan semangat, start minggu lepas. I tetap setia dengan Herbalife walaupun ada yang syorkan product lain yang kata mereka lebih berkesan tapi since I dah pernah mencuba Herbalife and berjaya mendapatkan berat yang ideal, suatu ketika dulu then I gunakannya balik sekarang ini after beberapa tahun stop sekejap. So bila breakfast, I cuma ambik ini sahaja at 7am then at 10am just ambil light snack normally makan crackers ajelah.
 
So bila lunch time, masih makan yang sama juga cuma kurangkan aje amount of the food tu. Ada masa just buat maggi sup aje for lunch but put lots of vege didalamnya.

Kalau terlebih rajin pulak, siap buat Grilled Salmon with Spinach and Roasted potatoes la pulak sambil minum Iced Lemon and Lime tea.

Percubaan untuk membuat Beef Rump Steak, tersangatlah sedapnya. Makan sambil menghayati kesedapan sambil membayangkan makan Southwestern Lamb di Chilli's. Tak apalah, janji boleh buat so ikut kitalah nak letak banyak mana vege and apa segala jenis diatas pinggan tu.

Bila mood malas menyerang lagi, jadilah mee sup yang simple macam ni, just letak sawi aje and ayam. Udah ler, kata nak berdiet kan so makan kenalah seimbang, tak boleh melebih-lebih. Beside food, bila lapar, asyik mengunyah fruits samada yang fresh atau dried ones like apricots, plum and even mangoes. Nanti I share beberapa menu diet I lagi yer.