Nuffnang Ad

Monday 4 February 2013

Sunday Funday

Sunday adalah hari yang dinantikan, boleh pergi Sunday market.  Cuaca pun okay aje. We all pukul 6am dh berjalan menuju ke destinasi. Sampai dalam pukul 630pg. The sellers masa ni masih masuk and tengah nak cari parking aje.


Macam-macam barang boleh dijual di Sunday Market ni, ada yang menjual mainan anak-anak mereka. Conditionnya taklah teruk atau dah tak elok, ada tu look new lagi even ada yang belum bukak dari dalam kotak. Orang Aussie ni concept die bila ada new baby, barang anak yang sebelum ni dijual. Depa tak turunkan pada anak yang lain. Tu yang bila ke garage sale atau Sunday Market jumpa banyak brg baby atau toddlers.

Tupperware jangan cakap lah, tergolek-golek aje mcm ni. Kat Aussie ni Tupperware mcm depa tak berapa pandang sangat tu yang ada masanya dapat Tupperware lebih kurang RM1.50 aje.

 
Ada seller yang berniaga juga meja, ada tu bentang canvas and lambak segala mainan, baju aje so kalau kita nak, duduk situ and kenalah pilih satu-satu. Sebab tu pergi Sunday Market ni kena lama, sebab nak memilih punya pasal.

I teringat membelikan Danish masa zaman die toddlers that Blue Hippo from Fisher tu. Rasanya beli dalam RM100 lebih ke RM200 tak ingat pulak. Sekali tengok kat sini hanya dijual dalam RM20 sahaja, and kualiti masih elok lagi.

Selain barang mainan dan pakaian, ada juga seller yang menjual pokok bunga dan juga pokok-pokok ni. Kadang tu terleka juga kat gerai-gerai macam ni sebab bunga-bunga nampak macam cantik aje. Tak pernahlah terjumpa orang menjual pokok daun pandan, pokok pisang ataupun serai kat sini.

Buku-buku jangan cakaplah, kalau ikutkan hati nak beli novel banyak-banyak tapi bila pikir bilalah masa nak membacanya so lupakan ajelah hasrat itu. Orang Aussie ni suka membaca so bila mereka dah habis baca, so mereka juallah balik. Bukannya mahal pun like pernahlah tengok novel dijual dengan hanya RM1.50 sahaja.
 
 Satu lagi yang seronok berkunjung ke Sunday Market ni, nak beli fruits and vegetables yang sangat murah dan segar-segar. Sometimes kalau stok bawang habis, I beli kat sini aje. 

I kan penggemar scones, so normally balik from Sunday Market, singgah kejap makan scones sambil minum cappucino kat McCafe, sedapnya.

Kadang tu lepas makan terus balik rumah aje dalam pukul 10pagi tapi ada pulak my Adelaide's gang yang dok bagitahu ada kedai menjual barangan sukan tengah murah-murah. So sementara menunggu pukul 11 kedai tu buka, so we all pun bertunggu la kejap di depan pintu kedai tu.

Berjalan-salan sambil membuang masa sementara menunggu kedai dibuka

My 3 favourites boys

Hmm, bilalah nak kurus ni? 


Kedai ni menjual beberapa barang sukan like sports shoes dengan harga yang sangat murah, tapi masa we all pergi kebanyakan saiz dah tak ada esp untuk the boys.  So we all tak membeli apa-apa pun.

Macam I cakap dulu, adakalanya pergi Sunday Market tak  selalunya bernasib baik, ada masanya penjual mmg banyak tapi barang yang kita suka tak ada yang menjualnya. I dah nak start with my baking project, antara yang nak sangat belajar is fondant decorating. Mana tak geram if jumpa 52 pieces fondant set for only AUD5 sahaja?

Daddy Jack and the boys sukalah if dapat banyak toys macam ni. Kadang-kadang tgk bila pergi ke Sunday Market, Daddy Jack yang lagi menggila membeli toys dari anak-anaknya. Not only in Sunday market, yang new one pun sama jugak. 

Another satu kegembiraan pada I bila jumpa harta karun macam ni, hmm senyum lebar sampai ke telinga la dibuatnya. Pastu bila balik barulah rasa nak pikir, jenuhlah nak membungkusnya untuk bawa balik Malaysia nanti. 
 

3 comments:

  1. salam gina, wow.....seronoknye klau berpeluang ke sunday market ye....saya ada pergi ke market yg lbh krg mcm ni masa melancong di perth dulu....tp tk dpt la nk bli byk sbb ssh nk bw blk

    ReplyDelete
  2. salam gina, wow.....seronoknye klau berpeluang ke sunday market ye....saya ada pergi ke market yg lbh krg mcm ni masa melancong di perth dulu....tp tk dpt la nk bli byk sbb ssh nk bw blk

    ReplyDelete
  3. salam Gina, seronoknye klau berpeluang ke sunday market ni ye...saya sempat pergi ke market mcm ni sewaktu kunjungan saya ke perth thn lps tp tk dpt nk beli byk sbb ssh plk nk bw balik.....

    ReplyDelete