Nuffnang Ad

Tuesday 5 February 2013

Adventure time

On Sunday sebelum bermulanya new term persekolahan, I saja ajelah ajak my Adelaide's gang untuk berpicnic beramai-ramai. Plan asalnya nak buat BBQ tapi tak jadi so still buat picnic tapi without BBQ. Puaslah pikir tempat untuk berpicnic ni, kalau boleh nak pergi park yang lain dari selalu la. I pun browsed dalam internet and terjumpa pulak this mini adventure playground yang berdekatan dengan rumah, Dunstan Adventure Playground. Masa berdiscuss dengan my Adelaide's gang tempat nak berpicnic, ada yang nak ke St Kilda Adventure Park tapi ditutup pulak sebab kena arson attack and ada some playland yang kena tutup. So dapat pergi mini St Kilda pun okay kut. Tempat ni mcm best aje masa I survey kat internet, ada Long Slippery Dip bagi yang sukakan adventure, assorted swings and slides, Suspension Bridge, malahan boleh tengok bas lalu from O-Bahn tetapi satu aje yang tak best playground ni, tak ada toilet. Phewww, berjenuh menahan kencing.

Seronok anak-anak dapat bermain dengan big slippery ni, tanpa ada perasaan takut pun. Dahlah tempat ni tinggi tapi masing-masing enjoy.
 
Mak ayah yang gentarnya bila anak-anak kecik lagi nak main giant slide ni. Budak-budak memanglah seronok and tak takut nak mencuba tapi parents la yang gigil tengok slide tinggi and nak lepaskan seorang diri turun.

 All the happy faces...seronok semuanya yer

As usual, my Adelaide's gang ni rajin-rajin semuanya. Ajak berpicnic and beberapa keluarga aje yang dapat join tapi makanan memang penuh satu meja. Ada yang datang bawa mee, kuay teow and bihun goreng, ada yang bawa nasi lemak, kuih muih, sandwich malahan siap ada yang bawa laksa tu. Air minum jangan cakaplah berbotol-botol jus dan juga minuman panas. Phewwww, memang mewah bila berpicnic kat Adelaide ni.

Mujurlah playland ni tak sebesar St Kilda, kalau tak berjenuh la nak ke sana ke mari ikut anak-anak bermain. Semuanya boleh dilihat didepan mata aje. Dapatlah mak ayah duduk bersembang membincangkan isu-isu semasa dan juga sesi bergelak ketawa untuk melepaskan stress dan juga kebosanan yang melanda. Yer la, we all dapat berjumpa cuma seminggu sekali aje, lepas tu ada yang masuk office dan juga kembali sibuk menjaga keluarga, so sesekali dapat berjumpa, seronok la.

The Suspension Bridge, memang gerun tengok tapi budak-budak ni manalah ada rasa takut. Nak mencuba semuanya. Budak-budak besar mcm Danish okay lagilah nak naik tapi yang kecik macam Ryan ni, just naik halfway ajelah. Memang best kat sini, and me and my family akan ke sini lagi. Insyallah.
 

No comments:

Post a Comment