Nuffnang Ad

Monday, 7 January 2013

My 37th birthday bash

Tak sangka dah tua-tua bangka mcm ni masih lagi nak sibuk buat birthday party, kan. Taklah, kebetulan we all nak meraikan kawan-kawan yang nak balik ke Malaysia for good so we all buatlah majlis untuk mereka juga. Tak sangka la pulak Daddy Jack nak buat surprise dengan membeli birthday cake dan juga ballon. Iskhhh malu I tau depan my Adelaide's gang semua. 

Since summer ni siang agak panjang so we all buat majlis yang bertemakan Hot Summer Dinner. Ala jemputan pun lebih kurang antara yang rapat dengan my family aje. Tak plan pun just like..jom kita buat majlis untuk meraikan Dr Kamarul and Kak Azie. Plan like tak sampai 24 jam, so buat apa yang sempat ajelah.

Antara yang terawal sampai, so celebrate dulu dengan mereka ini. Kang orang cakap dah tua bangka pun nak tiup lilin bagai. 

Lebih kurang pukul 6 petang, cuaca masih panas, kesian pulak my tetamu yang kena bersesak-sesak berpanas dalam rumah. Bila dah ramai-ramai macam ni aircond pun tak rasa sejuk. So berkuaplah semua hadirin. Selama ni buat majlis ada yang duduk diluar, so taklah packed sgt suasana di dalam rumah tapi kali ni lain sikit.
 

 Makanan pun banyak dibawa oleh para tetamu. I thought panas-panas ni tetamu tak beria-ia lah nak membawa makanan tapi sampai penuh meja dengan pelbagai dessert and juga buahan-buahan.

 Ada yang membawa cupcakes, sushi, cheese cake and all the sumptous cake lagilah sampai tak sempat nak tanya apa nama kek yang mereka bawa. Semuanya sedap-sedap belaka.

 I menyediakan Nasi Beriyani. Ayam Goreng berempah resepi from Ana Suzana, kari daging serta mee goreng sebab takut nasi yang dimasak tak cukup sebab I invite tetamu untuk dinner so takut tetamu serbu nasi then tak cukup malulah I so sediakan juga mee goreng untuk makanan tambahan. Alhamdulillah, semua makanan cukup, siap ada yang diminta untuk bungkus dibawa balik.

Selamat menjamu selera para tetamu semua, minta maaf sekiranya I tak dapat melayan and bersembang lama-lama. Sibuk uruskan segala keperluan tetamu, especially membancuh air berkali-kali sebab itu antara yang paling penting bila cuaca panas-panas ni.

 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi memberikan hadiah harijadi untuk I yang dah tua ni. Iyanya sangat bermakna. Terima kasih diatas tanda ingatan kalian semua. Terima kasih juga kerana membawa makanan yang sangat sedap dan meraikan my birthday.

Thank you so much my lovely friends who made my day. I love you all very much for the wonderful feelings you gave me on my special day and made it the most memorable birthday of my life. Allah bless you. :) I want to take this opportunity to say thank you for all of the beautiful birthday wishes via email, tweets, Facebook, Instagram and Blogging comments. Thank you to those of you that have become the truest of friends (you know who you are *hugs*)

Saturday, 5 January 2013

The Cosy Place, Wangsa Maju

Hai, banyaknya restoran-restoran yang tidak ku ketahui selama ini. Balik Malaysia adalah sesi membalas dendam dimana makan di restoran is a must. Yer la, duduk di Adelaide merasalah juga makan di kedai tapi boleh dibilang dengan jari aje sebabnya tak banyak pilihan pun.

Antaranya Cosy Place Restaurant. Belum pernah pergi lagi, selalunya baca from blogger yang lain aje so kali ni dapatlah merasa pergi. Memang bersesuaianlah nama restoran dengan interiornya, mmg sangat cosy dan nice.

Budak kerinting ni, dan-dan tu la nak macam-macam, nak fresh milk la so terpaksalah menapak ke kedai mamak dulu untuk bagi die minum. Pastu sekali sedut aje, dah taknak dah, geram sungguh.

Danish pula bab-bab makan luar ni memang suka memanjang. Setiap malam bila di Malaysia akan bertanya, malam ni kita nak makan dimana Mummy...we all  pun sampai satu stage tak tahu nak makan dimana dah.

Adik-adik yang lain selalu dah makan disini, cuma kami sekeluarga ajelah yang baru mencubanya.

Menu pun banyak pilihan tapi we all yang baru first time dtg ni mcm termanggu la nak memilih menu apa.

My kerinting ni if tak buat perangai memang la tak sah.

 I just order Sizzling Mee aje, nampak sedap juga

Yop and Didi order Salmon steak, hmm nampak sedap juga. Next time bila balik Malaysia nak try yang ini juga lah.

Lepas makan di Cosy Corner, Ayah ajak singgah di Wangsa Walk untuk beli buah disamping itu Danish pun sibuk juga nak beli game PS Vitanya. Along the way ke tempat jual game tu, me and Ryan menyinggah la kejap di kiosk yang menjual barang mainan disitu lalu tertariklah si kerinting dengan senapang yang bunyi bising ni. 

Suka sangatlah dapat mainan senapang ni. Yer la, tak sempat nak kenal mainan ni dah kena duduk di Adelaide. So bila nampak budak lain main masa di Malaysia macam heran bebenor. Sepanjang jalan tu kerjanya menembak ajelah sampaikan berkali jugaklah suruh senyap, tapi tak dilayannya. Kesian and lawak pun ada juga rasanya. 

Friday, 4 January 2013

Heatwave

 After nearly 3 years berada di Adelaide, inilah pertama kali merasakan kepanasan summer yang sebenarnya. Tahun pertama dulu pertengahan Januari balik Malaysia, then tahun 2011 pun berada di Malaysia but in January ada di Adelaide but taklah sepanas sekarang ni and now for the year 2013, terasalah kepanasannya, bukannya sehari tapi untuk seminggu berturut-turut. Phewwww !!!! Alamatnya duduk aje dalam rumah, tarik langsir, jgn bagi any cahaya masuk kalau tidak memang panas.

And this is the forecat pukul 12.30pm tadi. Duduk dapur nak masak pun berlengas satu badan, mujurlah kat kipas ada dapur dapur ada kipas so sejuklah sikit tapi menahan juga haba from stove. masak cepat-cepat, lepas makan terus masuk bilik and pasang aircond. Ni pun mata dah makin layu akibat kekenyangan dan suasana yang agak nyaman. Huhuhuhu, tak sanggup menahan lagi seminggu mcm ni.

Thursday, 3 January 2013

Its just a number

Today 3rd January is my 37th Birthday. Dah 3 tahun I menyambutnya di Adelaide, just me, Daddy Jack and the boys and my friends. 3 years without my big family celebrations.

Sepanjang 37 tahun ini, banyak yang dah dipelajari especially hal-hal rumah tangga. Ada untungnya duduk berjauhan dengan keluarga sepanjang 3 tahun ini cos Ive learn more and more each day. And I will never stop learning new stuffs.



Apa yang I inginkan untuk birthday kali ini, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta diberikan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Dari segi wishlist, kalau ikutkan macam-macam nak beli tapi biarlah seadanya. I think this year, I dont want another handbags collection, cukup-cukuplah ada tu masih belum dibuka kotak and tak berkesempatan nak memakainya. For this year, I want to make it as simple as I can.

Support from Daddy Jack, Danish and Ryan menjadikan hidup lebih bermakna. Doa from Ayah dan Ibu menjadikan diri ini lebih bersemangat untuk menempuh segala dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Thank you, Allah, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me today
by sending cards, and letters, gifts and good wishes.

Thank you for all the experience of this past year;
for times of success which will always be happy memories,
for times of failure which reminded me of my own 
weakness and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.

Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.
Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones,
and joy to you. Amen.

Wednesday, 2 January 2013

Madam Kwans lagi

Tak jemu-jemu makan Madan Kwan's sampai 2 kali. Dah macam ketagih pulak dibuatnya.

Kali ni nak try menu yang mana satu pulak yer? Taknak lah makan nasi bojari lagi so nak try benda yang lain pula.

Danish tak nak ikut sebab nak main dengan his cousin dirumah my inlaws so bawa Ryan ajelah.

Kali ni mencuba Nasi Ayam Hainan dan juga semangkuk Dumpling Soup. Masa order rasa tamak haloba, semua nak makan dalam suatu masa udahnya jenuh nak habiskan especially the dumplings sebab terlalu banyak and besar portionnya.

Dah jadi anak Daddy dah sekarang, dah taknak dengan Mummy. Sikit-sikit nak Daddy, mandi pun kena daddy. Ohh at least ringan sikitlah beban ni, if not rasa kelam kabut bila sorang nak itu, sorang nak ini. Phewwww!!!!

 For Ryan, he choose nak makan satay. Boleh tahan jugalah satay, taklah kering sangatt, just nice aje.


Ambience yang sangat bagus for a good restaurant tapi rasanya lagi suka yang ada di KLCC, nampak meriah sangat dengan orang ramai.
 

Back to square one

Sehari sebelum Krismas 2012, we all dah kena balik ke Adelaide after nearly sebulan setengah berada di Malaysia so cukuplah cutinya and semua kena kembali seperti biasa kecuali Danish and Ryan cos sekolah sedang bercuti till end of January. So ada banyak masa lapang like main, berjalan-jalan and bergaduh bila bersama.


Kali ni balik agak sedih sikit cos Ayah tak dapat nak hantar we all balik cos tersangkut dalam banjir yang tak dijangka di Kuantan. First Ayah cuba juga untuk balik tapi bila air dah semakin naik, and orang ramai disekitar telah ramai dipindahkan ke Pusat Perpindahan Banjir so Ayah tak boleh tinggalkan. Hmm tambah pula bila ada VVIP nak datang melawat, lagilah. So Ibu cakap tak apalah, tak payah bergegas nak balik, lagipun semua under control. Tapi dalam hati sebak, Allah SWT aje yang tahu.

Bila balik dalam keadaan sedih, semua jadi serba tak kena. Flight balik kali ni rasa tak berapa nak selesa. Even the boys pun tido tak berapa nak lena maybe sebab terlalu banyak turbulence and air pocket. Hidangan makan pun buat pertama kali mcm tak lalu aje nak makan. Ada 2 choices, roast turkey sempena Christmas and also Nasi Tomato. I cuma cuit sikit aje the roast turkey sebab mungkin sebelum tu I dah makan KFC dekat 2 ketul ayamnya.

Dekat sejam setengan berada di udara, the kids masih segar bugar lagi. Tak ada tanda-tanda nak tidur lagi.


Bila dah makin lama, mata Ryan pun dah makin kuyu, then tahu-tahu dah terlentuk tido

Tried untuk menghabiskan kesemua roast turkey tu tapi mmg tak mampu dah. Just ratah the veges aje. Sedap sangat-sangat.

Tuesday, 1 January 2013

Happy 2013 from DownUnder

Happy 2013. Im still here in Adelaide and this year will be our last year in Adelaide. Yes !!! we're going back for good this year, Insyallah if tak ada apa yang menghalang somewhere around September so I will cherish every moments here in Adelaide. My life so far so good, even my family. Anak-anak pun dah semakin membesar and Ryan already started his kindy days here and will continue again end of January. We had a blast last year with so many things happened and will continue to have a blast also in 2013. Insyallah, antaranya we try untuk menghabiskan masa kami di Adelaide with touring around SA denga  pergi ke mana-mana tempat yang belum pernah kami pergi so dah siapkan our travel list and so on. Mana tempat yang belum pergi, apa aktiviti yang belum kami buat sepanjang berada di sini...asyik bershopping aje kerjanya so baik lah pergi berjalan-jalan, menghabiskan masa bersama keluarga. Sementara me and Daddy Jack ada peluang ni kan. Dah masuk kerja balik nanti nak bercuti and menghabiskan masa dengan anak-anak pun rasanya very limited like nak tunggu cuti sekolah baru nak pergi berjalan. So my first priority for 2013 now is spending my whole time with my family, outing and have a great time with them.
 

I also try to bake as many thing as I can while still in Adelaide. With all the kelengkapan yang dah ada, I will try my baking skills. This is my last year also being a fulltime housewife and in September, everything will back like what I used to be in 2010. Bibik is on the way,so tak bermaksud if ada Bibik semua kerja diserah padanya. I try to be just like a normal housewife and adanya Bibik hanyalah membantu I sahaja, bukannya semua tugasan diserahkan padanya. Insyallah.