Nuffnang Ad

Friday, 8 August 2014

Persiapan raya

Masih sibuk bercerita tentang persiapan raya, maklumlah rayakan sebulan. Ni pun we all belum sibuk bab-bab open house semua lagi nih. So pagi Ahad tu, me, Ibu dan Ayah bergegas ke Pasar Besar Kuantan untuk menyediakan beberapa lagi bahan-bahan masak untuk Raya nanti. As usual, menantu hantu masih lagi sibuk tidur so I tinggalkan tugas menjaga the boys padanya.

Bertumpu kejap ke gerai-gerai yang wujud di luar pintu pasar. Gerai yang menjual daun ketupat yang masih belum dianyam serta yang dah siap dianyam malahan ada juga yang menjual ketupat yang telah direbus. Tapi tak berani nak belilah, takut sakit perut.

Anak-anak semuanya belajar tinggi-tingi, ada yang ambil Art Design tapi seorang pun tak pandai nak menganyam ketupat, so beli ajelah senang ceritanya.

Penuh orang dibahagian daging. Macam-macam jenis daging ada dari lembu, kambinng malahan kerbau pun ada juga. Beratus dan bersesak-sesak dalam ni sampaikan I tunggu kat tepi ajelah.

Orang bukan aje beli daging lebu, setiap bahagian lembu pun orang beli mcm tulang, ekor even kepala lembu pun ada jugak yang membelinya. I nampak macam orang Mynmar atau Vietnam yang dok usung kepala lembu tu kehulu hilir. Tak tahulah nak masak apa.

 Ibu pun sama sibuk membeli sayur-sayuran untuk masak kuah lontong nanti.

Heran juga bila tengok ramai orang membeli ketam, nak masak apa agaknya bila time raya-raya ni agaknya ya

Seronok tengok macam ni, tak kira apa jua bangsa dan agama, sama-sama beratur nak membeli santan.

Kedai rempah ratus pun berduyun-duyun orang juga

Dah settle di pasar, on the way balik rumah singgah kejap di Giant untuk membeli beberapa keperluan lagi, so dalam pukul 11am barulah sampai rumah, kemudiannya prepare untuk memasak pula.

Menyiapkan persiapan untuk membuat rendang rancak dijalankan antara Ibu dan Daddy Jack. First time Daddy Jack membuat kerja-kerja gini, selalunya tugas dia membersihkan rumah tapi since Bibik dah kemaskan rumah so kenalah menyibuk urusan dapur pulak.

Bukannya sikit-sikit daging yang nak kena diproseskan, dalam 5 kg daging lembu, 3 kilo daging rusa dan juga tulang lembu untuk dibuat kari. Hah, lepas proses terus masuk bilik nak berehat sebab kepenatan.

Rendang yang telah pun diletakkan atas dapur, memang nak masak rendang awal-awal so taklah berkejar-kejaran malam raya nanti.

Bersofa dan juga bermeja makan baru Kak Jah raya tahun ni. Alhamdulillah tapi cucu tidak dibenarkan bermain di area ni sebab warna sofa adalah cerah so kena main kat tempat lain.

 Malam terakhir Ramadhan, berbuka di The Shahzan dengan harapan dapatlah makan buffet tapi hampa sebabnya buffet dah tak disediakan lagi so makanlah a-la carte aje.

Lepas berbuka, terus menuju ke ECM lagi untuk membeli apa-apa yang patutu. MAC pun dah buka disini so bolehlah menjenguk if ada offer atau barang baru yang sampai.

Berminat pulak dengan Pandora yang hujung sekali tu tapi disebabkan kedainya dah hampir nak tutup soSA tu pun dah malas sangat nak melayan. Lain kalilah tu kena datang beli.

Wednesday, 6 August 2014

Jom balik Kuantan

 
We all last minute decided untuk balik Kuantan, after Ibu cakap tahun ni semua open house di Istana and rumah MB dibatalkan sempena menghormati kejadian MH17, balik sebab Ayah ajak a few orang datang ke rumah untuk beraya. So balik Kuantan on Saturday, 26 July tu. Biasalah plan awal nak balik lepas sahur tapi harapan hanya tinggal harapan ajelah. Pukul 11am baru siap-siap nak berangkatnya pun.

So my rockchicks semua dah ready dengan rayban memasing, bertawakal ajelah dalam hati agar jalan tak jem bila waktu ni.

Hmm, keluar aje simpang from Taman Melawati menuju ke MMR2 pun dah mula jam dah. Jalan pun tersenguk-sengguk, adoi la mak, pukul berapa la nak sampai Kuantan ni. Daddy Jack cakap, mungkin kita sampai aje rumah, terus azam Maghrib untuk berbuka, huhuhuhuh.
 
 Lagi stress bila my Twilight Blue dah tergarit dek kereta yang nak menghimpit masuk lane Smart tag. Eiiii, serius bengang. Mujurlah bersabar di bulan puasa, kalau tak jadi lagilah kejadian stering lock.

Terhencut-hencut la jalan menuju ke Bentong. Punggung pun dah tahap kematu dah.

Masuk terowong dah agak clear sikit, sepanjang perjalanan nampak banyak kereta yang berhenti di tepi jalan, ada yang panas enjin malahan ada juga yang merehatkan diri, tidur dan sebagainya. Mujurlah tak ada yang berhenti untuk makan.

Phewww, nak menyampaikan ke Tol Bentong ni memang menyeksakan jiwa dan raga. Sampai tol, jalan clear sangat-sangat. Betullah orang cakap, bila musim raya aje, kenderaan ke arah Kelantan la yang paling ramai sekali.

Alhamdulillah, sepanjang berjalanan hujan turun so sejuklah sikit tapi still kena berhati-hati takut jalan licin.

We all sampai Kuantan dalam pukul 4 petang, then tengok Ibu sibuk menyediakan kuantiti makanan yang banyak. Ingatkan ada orang datang nak berbuka puasa dirumah, rupanya Ibu nak berbuka di padang MPK depan Masjid Negeri tu. Memang before this pernah nampak jugaklah beberapa orang upload gambar kat FB pasal ni so tak sangkalah we all pun sempat join sekali dalam kemeriahan ini.

Danish ni memang pantang sungguhlah jika terjumpa lauk kari, kalau ada lauk kari memang berselera sungguh dia makan nasi.

Ramainya manusia di padang MPK ni, masing-masing membawa juadah yang pelbagai, siap bawa tikar dan segala macam lauk pauk.

Antara juadah piknik kami, ada kuih cekodok, mee udang, bubur lambuk, keropok lekor dan juga kuih muih. Sedap-sedap semuanya.

Kebetulan pula disutu ada pulak yang mejual pelbagai barangan mcm belon dan entah apa permainan ni yang jenis baling pastu dia kana mengeluarkan cahaya bila jatuh. So bebudak ni mulalah pelik so kenalah beli. Daddy la yang melayan cos Mummy busy bersembang sambil makan.

Tengah-tengah leka bermain tu, ada pulak la mangkuk mana tah yang pi baling main mercun kat tengah-tengah padang tu. Adoii la, kan ramai budak-budak kecil, kalau terkena kat mereka, tak ada siapa nak bertanggungjawab. 

Selesai terawih, pi singgah East Coast Mall pulak nak berjalan-jalan melihat the new ECM ni, banyak juga perubahan kat sini, dah ada MAC, Pandora, Habib Jewel even Birkenstock and Uniqlo pun ada juga. Hebat dah kat Kuantan ni, tak lah sebosan dulu dah. Baru teringat the boys ni tak ada songkok tapi bila dah kat kedai tu, tak berminat dengan songkok, dah minat dengan kopiah ni.

Hah elok sangatlah tu, pakai kopiah pastu duduk lepak kat kedai Apek jual DVD, memang dah macam  Cina Muslim dah.

Monday, 4 August 2014

Last minute shopping, masih sempat lagi

Kalau dah bershopping tu selalunya tak ingat dunia. Jumaat sebelum Raya pun sempat lagi pi shopping. Sepanjang highway, nampak ramai dah kenderaan yang berpusu-pusu keluar dari KL untuk menuju ke kampung halaman masing-masing.

Kali ini kita terjah One Utama pulak, ingatkan tak ramai la nak pergi since macam ramai aje yang dah berpusu-pusu balik kampung, rupanya masih ramai lagi yang nak buat last minute shopping.

Since dah sampai pukul 6pm, so kena mencari tempat untuk berbuka puasa dululah jawabnya. Danish nak makan Chilli's while Ryan nak makan Chicken Rice so dua-dua tempat ni penuh, hanya PappaRich yang masih available lagi.

Ramai juga orang dalam ni so ini ajelah buat untuk berbuka. Tak pernah tahu pulak di PappaRich ada Tau Foo Faa, sedap sangat. nanti nak ulang lagilah.

Udahnya nasi lemak juga yang menjadi pilihan masing-masing. Lama dah tak makan nasi lemak bila time puasa ni yer.

 I order nasi ayam, itupun ada jugak yang nak mengendeng

Roti paling sedap, selalu beli kat KLCC. Roti ni makan dengan butter and kaya, sedapnya

Singgah membeli jeans after dah lama tak membeli jeans. Well, dah balik rumah tetiba dapat call rupanya cashier uncharge bill pada debit card, malas la nak datang balik so masukkan duit dalam account aje senang citer.

 Melawat-lawat kedai rahsia akak Victoria aje.

Pergi mana-mana pun, baju anak juga yang menjadi pilihan. Kita yang mak-mak ni malas dah dah sibuk membeli untuk diri sendiri, beli mana yang perlu aje. Baju pun recycle mana yang masih elok lagi. Bagi peluang pulaklah kegembiraan beraya tu pada anak-anak pulak.
 

Sunday, 3 August 2014

Cuti-cuti Raya

Beberapa hari nak raya baru sibuk nak uruskan hal renew pasport. Malas nak pergi jauh-jauh,mujurlah sekarang ni dah ada UTC so senang sikit nak buat passport. If waktu biasa tutup sampai pukul 10 malam tapi bulan Ramadan ni waktu tutup adalah pukul 530pm. Lepas ambil anak-anak di sekolah pukul 1pm, terus pecut ke sini takut nombor habis. BTW, ini sekolah rendah I masa Darjah 1 hingga 3 sebelum berpindah duduk di Melawati.

Alhamdulillah, semua renewal berjalan dengan lancar. Senanglah nak renew passport sekarang ni, tak perlu nak bawa segala dokumen semua, just IC dan juga pasport yang lama aje. Gambar pun ambil kat situ aje, then tunggu dalam 1/2 jam, siap pasport kami satu keluarga.

 Ke manakah hala tujuan cuti-cuti Raya kali ini?

Orang Muor cakap, nak cuba mee perencah mee bandung sedap kenalah cuba rempah mee bandung Mak Pon. I beli from my x officemate kat Unisel, dia orang Muor so bila cuba, mmg sedaplah rasanya. Tapi if ada yang tak tahan bau atau rasa udang kering, kena pepandai la adjust sendiri.

Semenjak dua menjak ni, si kerinting ni suka benor nak merajuknya. Tak kisahlah apa bendanya, kena marah sikit merajuk, tak dapat apa yang diminta nak merajuk dan ini, orang sibuk nak tengok Buletin Utama, dia sibuk nak tengok Disney Channel. Tau-tau dah duduk tepi tangga and merajuk. Ini kut yang dikatakan syndrome anak kedua, mudah merajuk.