Nuffnang Ad

Sunday, 19 March 2017

Pavi kita

Hujung minggu kita pun menyukat jalan ajelah kerja anak beranak ni. Walaupun cuti sekolah, tapi we all tak pergi ke mana-mana pun cos Danish busy dengan extra class bermula Isnin sampailah Khamis dari pukul 830am hingga pukul 4pm. Sampai Pavillion, terus pergi makan dulu cos kelaparan dah semuanya, so menuju la kita me Madam Kwan's ajelah.

Semenjak JD Sport dah dibuka di Pavillion, rajin la pulak Daddy Jack ke sini, ada aje nak mencari kat sini, tapi tak membeli pun.

Dulu masa my inlwas ke UK, selalu lah Daddy Jack memesan jersi dan juga barangan sukan kat kedai ni, tapi kat sini lebih banyak jual kasut sukan instead of jersi bola.

Memang banyak pilihan disini, tapi sesaknya dengan ramai orang sampai pening nak belek semua kasut yang ada.

Baju sukan pun ada banyak, samada yang suit ataupun by pieces, rambang mata betul nak memilih.

Banyak pula pilihan kasut sekolah the biys kat sini, ada Nike Air dan juga Jordan, tapi harga tahap ratus-ratus. tak payah la, pakai aje kasut Bata tu, murah dan selesa jugak.

Entah bilalah nak mencuba koleksi Stella ni, ada masanya design baju mcm tak masuk akal aje especially yang bertudung ni.

Dapat menyinggah kedai LEGO, seronok la 2 beranak ni. Tahu aje apa yang latest keluar, mana koleksi yang belum ada lagi. Haishhh, sampai dah hafal dah semua koleksi masing-masing. Layankan ajelah.

Tuesday, 14 March 2017

Penangan drama Melayu

Rumah I sekarang di semenjak tahun lagi dah tersampuk dengan drama di TV3 setiap jam 7 malam tu. Memula layan kejap-kejap aje, pastu lama-lama semua jadi ralit layan drama tu. Sampaikan anak-anak pun sama since cerita Kapten Mukhriz tu.

Paling best bila sama-sama duduk depan TV melayan cerita 7 Hari Menyintaiku. Setiap episod tengok, tak pernah terlepas, kalau pergi bola pun akan reko and balik selepas makan semua sambung tengok balik. Kadang tu siap Kak Tutik jadi pencerita lagi tu.

Ohhhh, tengah-tengah syok layan, tetiba keluar notification cam ni...lagilah stres semuanya

Sementara nak tunggu, layan dulu cerita favourite the boys, since dari zaman duduk Adelaide lagi. Peppa Pig.

Selalunya, Ryan yang akan ambik port paling depan sekali. Dia yang mmg akan beria tengok, terpaku depan TV. Ni pun cerita Suamiku Paling Sweet pun dia yang tolong ingatkan orang lain dalam rumah ni setiap kali cerita tu mula.

Sunday, 12 March 2017

Road Run 2k17


Macam nilah aktiviti I tetiap petang Isnin dan juga Rabu. Danish ada latihan Elite Team FCKL U12. Tapi tahun ni latihan agak intensif sikit, hari Sabtu pun ada training tapi selalunya Danish tak dapat join cos dah busy dengan extra class di sekolah.

Sesambil menunggu 2 jam tu, so kita pun jogging atau buat light exercise ajelah keliling padang bola tu.

Selalunya start dalam pukul 630pm, then berhenti kejap for Maghrib pastu sambung balik la sampai pukul 8 malam. Selalunya taklah berlari, ada masanya berjalan lembab jugaklah.

Kadang tu hanya dapat dalam 2km aje pun mengah oii pusing padang ni. Mungkin stamina taklah kuat mana tapi tetap juga mencuba dari tak buat apa-apa pun.

Macam tu la aktiviti I setiap hari Isnin dan Rabu, selalunya lepas habis training, terus menuju ke rumah, tak menyinggah mana-mana dah.

Makanan pun dah bertukar kepada menu sihat sekarang ni. Cuba untuk merubah kepada gaya hidup yang lebih sihat pula.

Kalau ada masa di hari cuti, sesekali berjogging satu keluarga ke taman-taman sekitar rumah ajelah.

Nampak ramai juga orang dah mula berjogging pagi-pagi sekarang, semuanya dah berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Ada sikit lagi berat badan yang perlu diturunkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Bulan 2 lepas, sekolah ada menganjurkan acara Roadrun untuk semua pelajar. Maklumlah hari sukan bakal menjelang tak lama lagi so kenalah rajin-rajin bersukan sekarang ni.

Semua dah ready untuk berlari

I antara yang terawal berlari sebelum pelajar berlari sebab nak bagi sokongan kepada rumah sukan di checkpoint yang pertama.

So, dengan 4km pada hari roadrun sekolah tu, seronok juga bila berlari dengan students, ramai yang cuba untuk berlari, berjalan walaupun agak jauh and terpaksa mendaki bukit sikit tapi mereka tetap habiskan juga larian mereka. Syabas !!!! semangat itu yang kita mahukan.

Monday, 6 March 2017

Cuti CNY

Dah habis pun CNY, baru terhegeh-hegeh nak bukak cerita psl cuti CNY. Cuti lama, tapi we all mmg tak ada buat atau cuti ke mana-mana pun, lepak rumah ajelah.  Tapi ada sekali tu cam teringinnya nak pg IKEA. Sekali bila datang, ehh apsal lengang semacam aje IKEA ni? First time parking masih lagi penuh walaupun dah pukul 930am.

Kita sampai terus la menuju ke cafe dulu, kasi perut kenyang dulu then baru boleh berjalan dengan tenang.

Patutlah beria Daddy Jack ajak kita pergi IKEA, rupanya rak Lego dia ada sale rupanya. Dia dok belek malam-malam ini lah dianya.

Lama dah tak pakai Clarins, dulu rajin jugalah pergi facial semua, nanti-nanti nak berfacial balik lah

Terjebak pula dengan Didi & Friends ni

Dah ada almari Lego, so koleksi Lego kenalah bertambah juga nampak gayanya. Bila masuk kedai Lego ni, mak jauh ditinggalkan sebab masing-masing nak tengok koleksi lego masing-masing.

Balik baru menyinggah Restoran Sari Ratu untuk makan nasi padang, selera anak-anak. Layankan ajelah permintaan mereka yang nak makan Sari Ratu.

Kalau di Sari Ratu, sure akan order Es Teler ni, lebih kurang macam ABC kita jugalah cumanya mereka letk advocado, nangka sikit and pelbagai condiments lagilah. Sejuk and nyaman tekak bila makan time cuaca panas-panas.

Sunday, 5 March 2017

High Tea

Sesekali berhigh tea di hotel memang best, tambahan pula bila makanan memang banyak. Haishhh, psl makanan aje, bilanya nak kurangkan berat badan tuh, Gina oiiiii.

Kali ni berhigh tea di Royale Chulan, first time jejakkan kaki ke sini. Interior ala-ala istana Melayu. I still remember pernah jejakkan kaki ke Restoran Seri Melayu masa zaman kerja dekat Menara Promet dulu, now tapak tu dah jadi hotel dah.

Makanan memang serius banyak, siap ada Japanese, Chinese, Indian, Malay and even International dish..semua ada.

Dessert jangan cakaplah, memang banyak juga. Sampai tak tahu mana satu nak pilih sebab semua nya nampak sedap

Dah alang-alang area Bukit Bintang, so kita panjangkan sikit langkah tu ke Pavillion pulak. Ternampak pula billboard ikan Dairy Champ yang menggunakan David Arumugam dan juga Dato' Vida dalam strategi marketing mereka. Satu iklan yang bagus walaupun ada yang berkata ianya mcm mengaibkan tapi pemikiran their advertising company sangat out of the box and membuatkan orang akan terkenang-kenang muka mereka bila mereka tengok iklan ini sepanjang highway.

Dah sampai Pavillion, cepat-cepat mencari Duck Scarves. Wow !!! nampak exclusive betul the shop. Tangan pun gatal aje nak beli satu walaupun tahu shawl banyak dah kat rumah tu.

Tak sahlah kan kalau tak menyinggah ke kedai sukan, walaupun hanya tengok-tengok aje kata mereka anak beranak.

Lama betul tak membeli pakaian sukan, last beli time nak join larian Ariani tu ajelah

Kalau keluar dengan Ayah, anak-anak la yang paling seronok sekali sebab Ayah akan belanja mereka semua.

Tengok free standing cooker ni teringat I punya yang masih duduk dalam kotak lagi. Entah bila la nak gunakan pun tak pasti. Rumah sendiri dah ada, tapi nak tinggal tu belum berkesempatan lagi.

Dah pusing jenuh satu Pavillion, so kita just makan Rojak Buah ajelah kat Foodcourt, lagipun perut masih kenyang lagi dengan makanan high tea tadi so kita mencari yang ringan-ringan ajelah.