Nuffnang Ad

Wednesday, 25 September 2013

Jom compose

Setiap 2 minggu sekali di area rumah saya di Adelaide akan ada green bin collection. Normally dulunya di dalam tong hijau ni kita buang segala pokok-pokok, daun-daun ataupun rumput-rumput yang dipotong ke dalamnya. Ada rumah yang ada, ada rumah yang tiada mcm rumah unit I dulu tak ada tong hijau ni, sebab tak ada backyard and pokok pun tuan rumah yang uruskan.
They all ni kan sukakan green environment so they start to menyuruh penduduk setempat untuk kempen compose ni.

The yellow bin untuk any recycle materials, the blue for every day punya sampah and the green one untuk organic.
 
Campbelltown City Council ni agak lambat sikit nak start, padahal council lain dah start project compose ni lama dah. Even ada council lain dah mula bagi compose bin untuk setiap rumah since last year lagi. Tapi early this year, I noticed dalam paper that my council start nak buat this project and I rasa so excited nak mencubanya juga. Each household dapat 20% off untuk beli their own compost bin kat sini, just bawa bil aje untuk pengesahan alamat.
 
My compose bin starter set, siap diberikan plastic bag yang made from corn starch so bila dicompostkan plastic tu boleh jadi bahan kitar semula.

Kedai ni banyak menjual barang-barang organic, suka lepak sini sambil membelek-belek some of the products. Selama ni ingat food aje yang organic rupanya banyak benda kat dah diorganickan rupanya. Sangat ketinggalan zaman rupanya I ni yer.


Hmm, dah beberapa kali datang beli beg plastic dah ada stok bin baru yang lagi best, hmm I ni kan pantang sikit tengok benda-benda yang cantik, so haruslah upgrade sikit walaupun ianya tong sampah. Hmm, beberapa hari sebelum balik Malaysia, Campelltown City Council dah nak start bagi compost bin ini kepada semua penduduk sekitar area Campbelltown start this November. Ciss, sangat tak adil but I pun dah start compost from awal kan, so taklah rasa frust menggiler. Selamat bercompost kawan-kawan yang masih berada di Adelaide tu.


Kindy days

I still remember Ryan kindy days. how I missed it so much when it comes on every Wednesday till Friday. Hantar dan ambil dia di sekolah than 15 minutes before balik tu boleh masuk dalam kelas, tengok die menari ataupun membuat beberapa aktiviti bersama cikgu-cikgunya.

Setiap pagi, kena keluarkan lunch box then sangkut beg sekolah dan juga baju kat sini. Setiap penyangkut ada nama masing-masing so tak boleh main letak sembarangan aje.

Bila ada memo atau newsletter, setiap pelajar akan dapat bila cikgu-cikgu letakkan di pocket holder masing-masing.

So taklah ada masa kita rasa tak dapat atau tak tahu apa info yang berlaku di sekolah

 
Seronok tengok kindy Ryan ni, siap ada reban ayam dan juga petak-petak untuk tanaman sayur-sayuran mengikut musim. Ada sekali tu, budak-budak ni belajar kehidupan ayam, dari telur, menetas dan juga menjaga anak-anak ayam ni semua, rasa best sangat.

Bila cuaca elok, seronoklah dapat bermain di luar tapi dengan syarat kena pakai topi kalau tak tidak dibenarkan sama sekali bermain di luar.

Ryan pergi kindy taklah seteruk mcm Danish. I just tinggalkan Ryan for a few days, then he shoould be okay la. Adalah menangis sikit-sikit tapi bila dah jumpa cikgu dia okay aje.

If kadang-kadang ada masa Danish balik awal so sempat la bawa pergi ambil Ryan kat sekolah dulu.

His favourite teacher is Patrea, the one in grey and Jasmine the kindy director. Both of them memang baik sangat and suka cara mereka berinteraksi dengan kanak-kanak.

Selain memo bertulis yang diletakkan di pocket tu, ada jugalah reminder bertulis yang diletakkan di pintu kindy untuk mengingatkan pada parents apa yang akan berlaku di sekitar kindy. Hmm, dah seminggu balik Malaysia ni tengah mencari kindy yang bersesuaian dengan Ryan.  So far, adalah a few yang we all dah buat survey sana-sini but belum tahu kat mana lagi nak masukkan Ryan.

Tuesday, 24 September 2013

Royal Adelaide Show...for the last time

Aktiviti kami sekeluarga setiap tahun bila tiba bulan September adalah menunggu-nunggu acara The Royal Adelaide Show di Adelaide Showground. Tahun pertama we all sampai, sampai 2 kali pergi cos nak jumpa pemain bola Adelaide United, ingat lagi masa tu dalam bulan puasa, adoii letih sangat-sangat. Mujurlah kali ni punya show, kami sempatlah melawatnya buat kali terakhir sebelum balik Malaysia.

Tempat pertama yang we all serbu dulu is here, the showbags gallery. Tahun ni tak semeriah tahun-tahun berikutnya, mcm agak limited sikit. But still, balik berbondong-bondong jugaklah mengangkutnya.

I hanya sempat beli ini aje di tempat showbags ni, tak banyak pilihan. Tahun pertama dulu, I beli Gossip Girl showbags so tahun ni nampak yang menarik from Paul Frank aje. Tahun lepas dapat Masterchef punya showbags.

Dah lepas mengangkut showbags, simpan dulu kat locker cos tak kuasa la nak berjalan dengan memegang bags yang berbondong-bondong tu. As usual, pergi kat tempat amusement dululah sebelum pusing sekitar show ni. First stop, the boys singgah kejap nak main the Giant slide ni dulu.

Dah 3 tahun Danish memendamkan hasrat nak masuk this  Magic Circus ni, tapi if dia masuk, sure Ryan nak ikut sama..tapi masa tu Ryan kecil lagi, so tak berani we all bagi masuk, tapi bila dah besar ni, barulah we all berani bagi Danish and Ryan masuk bersama-sama.

 Ramai jugak budak-budak yang naik Magic Circus ni

Mula-mula tu nampaklah buat apa pun bersama-sama. Danish jaga Ryan, tak berpisahlah masing-masing.

Tapi masa ni, dah Ryan buat hal kejap, takut kut so dah nak payah balik cos dah tak mahu nak teruslan sampai keluar. Puaslah we all pujuk untuk ikut Danish, tapi tetap tak mahu jugak. Aishhhh, buat malu sungguh.

My precious

 Then, nak main bumper car pulak





First ride for Ryan

Tak sahlah kalau pergi Royal Adelaide Show kalau tak main game mcm ni kan, dapatlah plush toy yang sederhana besarnya.

Mujurlah cuaca pun agak baik dan warm sikit, tak hujan pun.

Merasalah naik Ferris Wheel ni masa pertama kali datang dulu, kali ni ingat nak naik lagi tapi bila tengok orang dok beratur punyakah panjang so terpaksalah melupakan hasrat itu aje.

Tak sahlah kalau tak kutip free stuff from The Yellow Brick Road kan, setiap tahun sure kena buat, tapi tak pernahnya complete.

Ada bermacam-macam aktiviti yang disediakan disini, tu yang the boys suka sangat pergi ke sini.



 Kali ni we all collect mana yang best ajelah, mcm jem and roti aje, benda-benda lain tu dah malas dah nak kutip cos every year mcm sama aje setiap tahun.

   
Berkesempatan pula berjumpa dengan Rocco, second runner up in My Kitchen Rules. Ohh dulu we all sekeluarga penyokong kuat Nic and Rocco ni, pernah jugalah try their macaroon yang sangat sedap tu.

Dah settle pusing semua tempat, then masing-maisng pun dah letih cos seharian pusing dalam ni, makan pun dah so last minute pusing kat Showbags gallery untuk beli lagi apa yang teringin nak beli. Ada yang terima cash and ada yang boleh pki Eftpos, jenuh la nak beratur ambil duit kat dalam ni, so siapkan aje cash sebelum masuk ke sini.

Macam ni la aktiviti we all setiap tahun, penuh stroller mengangkut mcm-mcm showbags, the kids dengan their own and me pun ada masa angkut jugak 2-3 showbags ni, mana tahan tengok dalam bag ada macam-macam jenis barang, tapi sedih sikit sebab tahun ni Better Homes and Gardens tak buka booth, itu showbags yang harus dibeli masa tahun-tahun sebelum ni.

Thursday, 19 September 2013

Moment of truth

Alhamdulillah, we all sekeluarga telahpun kembali ke Malaysia Sabtu lepas after tinggal di Adelaide for 3.5 years mengikut Daddy Jack menyambung his PhD disini. Daddy Jack pun dah settlekan some part of his study so giliran kami pula mengundur diri after kerap menghantar kawan-kawan yang lain pulang ke Malaysia.

  Sempat jugak mengangkut my latest Platinum collection, untuk claim GST

Sebelum balik, Daddy Jack dah pesan..barang-barang tak boleh lebih 120kg sahaja yer. Itupun ada barang yang ditinggalkan, untuk dishippingkan nanti bersama-sama barang-barang yang akan dibeli dari sana lagi.

 Antara kawan-kawan yang sudi menghantar kami balik. Perasaan terharu tak usah cakaplah.

Dr Wing Au, Supervisor Daddy Jack pun turut menghantar we all di airport. Sempat jugalah bertanyakan progress for Daddy Jack and Alhamdulillah, nampak positif.

Bersama Umar Faruq sekeluarga. Umar ni menolong kami since kami belum sampai Adelaide lagi, bertukar-tukar info dengan Daddy Jack since dari Malaysia lagi.

 
Teman mengopi saya, Najwa. Sempat lag berdating beberapa kali dengannya, teman makan sushi juga ni. Najwalah orang yang mengajar I pergi ke City naik bas, kalau tak, haram tak reti naik bas ke City. We all kalau ke City selalu naik kereta ajelah, parking kat U Park tu. Tapi mujurlah lambat sikit tahu pergi City naik bas, if tahu dari awal, jenuh la menyukat City tu setiap minggu.

Para-para bapa yang sudi meluangkan masa menghantar kami sekeluarga ke airport. Terima kasih diatas kesudian tuan-tuan semua.

Terharu dengan kesanggupan Surah dan juga Kak Wan yang menghantar kami di airport. Teruskan perjuangan you all semua yer, walaupun hati sedih memikirkan anak-anak dan suami yang ditinggalkan di Malaysia tapi itu salah satu pembakar semangat untuk teruskan perjuangan untuk berjaya.

Kami banyak terhutang budi dengan keluarga Ummi dan juga Zuhairi ini, beberapa hari sebelum balik, kami menumpang tidur di rumah mereka. Ryan and Danish pun banyak menghabiskan masa bersama anak-anak mereka. Terima kasih diatas kesudian you all menumpangkan kami sekeluarga.

Antara kesudian kawan-kawan yang sudi menghantar kami semua. Rasa sangat-sangat terharu dengan kehadiran mereka ini semua. Bergenang airmata bila nak meninggalkan mereka ini semua.

Antara yang rapat dengan saya di kala memerlukan bila ada sebarang masalah ataupun memerlukan bantuan dan juga pertolongan.

Dulu bila menghantar anak yang lain balik Malaysia, rasa kurangnya seorang lagi kawan anak-anak I tapi kali ni rasa, kesiannya the boys meninggalkan kawan-kawan mereka disini.



 
Belumpun setahun mengenal Faizah dah nak tinggalkannya. Insyallah, ada kelapangan kita boleh aje contact thru FB yer.

Najwa dan Kak Zack pun Insyallah hujung tahun ni akan kembali ke Malaysia juga

Kak Zack dan Abang Rodi pun akan balik juga maybe in November untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia pula. Bila Kak Zack balik, kuranglah golongan yang senior dah di Adelaide ni, hanya tinggal muka-muka baru sahaja.

Family Sham dan Is yang akan meneruskan perjuangan mereka di Adelaide ini, ada 2 tahun lagi untuk bergumbira di sana.

I memang sangat emosi, beberapa minggu nak balik pun duduk sorang-sorang dirumah akan menangis memikirkan banyak benda yang telah dibuat di Adelaide selama 3.5 tahun, masa dengan keluarga, rakan-rakan sangat bermakna buat diri ini. Meninggalkan kawan-kawan yang selama ini menjadi kakak ataupun adik ibarat mcm mempunyai keluarga sendiri walaupun duduk jauh beribu batu tetapi ikatan kekeluargaan itu sangat kuat , tak sanggup nak melepaskannya.