Nuffnang Ad

Tuesday, 22 December 2015

Ryan tak sihat

Seminggu awal cuti persekolahan lepas, Ryan tak begitu sihat. Demam panas yang agak terus sampai nearly seminggu nak sembuh. Mujur cuti sekolah, so taklah perlu bercuti panjang sangat. Lembik aje tapi Alhamdulillah selera makan taklah teruk sangat. Kalau pagi selalu nak minta scrambled egg sahaja buat alas perut.

Bila demam dah masuk 2 hari, asyik 38-39 degree aje terus la pergi A&E Ampang Puteri takut demam lain pulak. Kat sini pun ramai bebudak yang tak begitu sihat, datang [un lembik and merah aje muka masing-masing.

Demam agak tinggi, 39 degree so kena masukkan ubat ponggong ajelah dulu nak masi reda sikit panas badan tu.

Menonton bola pun kat rumah, tak boleh nak pergi stadium cos kesihatan tak begitu baik lagi. Beli Mcd delivery and then makan depan TV aje anak beranak.

We all even terpaksa melepaskan 2 tiket ke Dinner KLFA. Hanya Daddy Jack and Danish aje yang pergi. Tak apalah, lain kali Insyallah we all pergi.

Bangga ada juga gambar anak bujang saya ini

Dah beransur sihat sikit, barulah boleh keluar berjalan-jalan. Ke One Utama kita mencari barang-barang persekolahan.

Pilihan ana-anak kalau ke sini, Chillis. Perut mmg biarkan kosong untuk makan portion yang besar.

Kasut sekolah dah settle, baju dan buku sekolah on the way pulak.

Monday, 21 December 2015

Cuti sekolah

Phuhhhh, lama betul tak bersiaran. Blog pun hampir bersawang dah ni. Ada aje kat Malaysia ni, tak pergi mana-mana pun di kala cuti sekolah ni, cumanya busy la menguruskan rumah bila time cuti ni. Tugas hari-hari seperti biasalah menjadi surirumahtangga tapi petang bertukar menjadi soccermom pulak dengan menemankan anak di padang. Ada masa bukan aje petang, pagi pun kena menjadi soccermom juga.


Aktiviti selalu lepas habis main bola bawa the boys pergi makan la after dah jenuh berlari keliling padang tu. Selalu menu adalah roti canai ajelah yang paling senang sekali.

Masing-masing muka kelaparan betul. Datang aje pinggan roti canai dah macam dinasour aje dah semua.

Bawa teman ke Pasar Tani kejap, sambil nak masak lauk untuk tengahari nanti. Malas nak keluar 203 kali so sekali harung bawak bebudak ni terus.


Sedap pulak nampak ada satu makcik ni jual ayam dan daging salai, jom la kita masak masak lemak cili padi ayam salai dengan belimbing buluh. Nak juga merasa kesedapan ayam salai tu.

Dah petang-petang check barang dapur banyak pula yang tak ada...aduh malasnya nak keluar membeli di Giant sebab sure ramai orang keluar time cuti-cuti sekolah ni. Teringat pula Tesco ada buat delivery so buka website terus order macam-macam. Tak lama lepas tu, tup-tup dah sampai depan pintu barang yang kita order tu. Senangnya hidup sekarang ni, tak perlu nak beratur panjang nak membeli dan membayar barang di kaunter lagi dah.

Hah, itu dia. Macam-macam yang kita order, so bertahan lagilah barang dapur so kita pun tak bersesak-sesak dengan orang ramai lagi dah, kan.

Sementara tunggu petang nak main bola kat luar rumah, main indoor game dulu. Kalau tak board games, we all main card games ajelah. Antara favourite adalah UNO.

Sambil melihat anaj-anak main bola di luar, kita pun sempat lagilah makan marble cake yang dibeli dikedai, masih belum berkesempatan nak membuatnya dan juga hot Nescafe. Sedap tidak terperi, hoiiii manalah tak gemu berkilo-kilo nih.

Saturday, 12 December 2015

Superheroes birthday bash

Minggu pertama cuti sekolah, we all mendapat undangan from sister in law yang membuat birthday party untuk kesemua anak-anaknya sekaligus. 4 orang semuanya, so venue adalah di Hotel Bangi-Putrajaya. Tema majlis adalah Superheroes, teringat keseronokan memakai costume Superwoman masa birthday Danish yang ke 8 we all buat di Adelaide.

Ryan sporting sangat memakai costume mengikut tema yang ditetapkan. Kalau I pakai balik costume Superwoman tu mau dikatakan giler pulak maklumlah budaya masyarakat kita macam tak boleh nak terima sikit bila orang dewasa yang beria nak bercostume sikit, buang tebiat pulak nanti dikatanya.

Cake yang begitu dekoratif sangat hasil tangan pembuatnya. Memang salute habis dengan kreativitinya.

Cake ni pun cantik juga

The tidbits

Hidangan pencuci mulut untuk para tetamu. Ingatkan makan apa yang dihidangkan aje, rupanya nak lebih ada di buffet spread yang disediakan.

Mee kari yang simple tapi sedap rasanya

Friday, 11 December 2015

Jom cookies

Lamanya tak update blog, dah bersawang dah pun. Sepanjang cuti sekolah ni memang busy la melayan bebudak ni. Sesambil tu sempat jugaklah pi attend kelas buat sugar cookies ni. Selama ni buat tapi cuma nak memantapkan teknik yang betul untuk menghasilkan cookies yang baik dari segi design dan juga bancuhan adunannya.

Dah ada skill sikit tu cuma nak top up ajelah mana-mana yang dirasakan sesuai. Tak ada plan nak buat business pun, sekadar suka-suka aje.

Seronok juga decorate cookies ni, tapi kalau banyak-banyak memang rasa lenguh la tengkuk sebab melukis lama sangat. Insyallah, ilmu yang dipelajari akan dipraktikkan untuk kemudian hari.

Kena tekun dan cermat bila nak menghasilkan sugar cookies yang cantik. Mata pun kena tajam juga untuk buat design. Tangan pun kena lembut untuk melukis, kalau keras, memang tak berapa nak jadilah design yang cantik.

Antara hasil karya biskut para pelajar, banyak praktis lagi Insyallah boleh jadi cantik semuanya.

Baik kelas, bergegas masuk dapur tapi bukan nak buat cookies, nak kena buat mee sup untuk family pulak. Sambil tu rajin pula membuat bubur kacang untuk minum petang. Tak kisahlah, janji perut semua kenyang.

Friday, 4 December 2015

Taekwando tournament

Tahun lepas masa di Montessori, Ryan dah start taewando lesson so bila dah masuk Primary 1 sambung terus sampai habislah. Lagipun latihan pada hari Khamis, and Danish ada aktiviti ko-ko di sekolah so dah alang-alang menunggu Danish, teruskan latihan taekwando Ryan tu. So far dah tali pinggang kuning dah.

Sekolah menganjurkan tournament taekwando yang pertama, selama ni buat di sekolah lain tapi kali ni special sikit sebab buat khas untuk sekolah sahaja. I yang temankan Ryan while Daddy Jack and Danish ke padang bola. Sampai awal, so kita lepak kantin breakfast dululah.

Roti canai banjir menjadi pilihan I pagi tu.

Alhamdulillah, dapat tempat ketiga tanpa disangka. Okaylah kan untuk cubaan pertama, tahun depan if tiada masalah kita cuba dapatkan tempat pertama pulak.

Sunday, 29 November 2015

Jalan-jalan JB

Malam Sabtu, dah tiada apa-apa kerja so we all pun keluar mencari makan di sekitar bandar JB. Jalan kaki ajelah menuju je Kotaraya. Ingatkan ada lagi Restoran Singgah Selalu disini rupanya dah lama tutup digantikan dengan Angry Bird Playland ni yang terletak bersebelahan dengan Masjid Kotaraya ni.

Jenguk foodcourt macam tak begitu menarik nak makan lagipun masih kenyang lagi cumanya the boys dah beli Subway tapi nak makan sama-sama dengan we all. Berjalan la kami menyusuri jalan-jalan di sekitar Kotaraya tu. Bukan senang nak ambil peluang dapat jalan-jalan macam ni. Jumpalah beberapa cafe-cafe hipster yang terdapat disekitar.

End up, we all makan burger di Burgerbyte aje malam tu. Boleh tahan juga menu burger dia and sangat-sangat sedap.

Dah lepas makan di Burgerbyte terjumpa pulak Cafe Lokap ni yang sering diperkatakan di dalam internet. Next timelah datang JB kita cuba sini pulak.

Berkesempatan juga berjalan-jalan di sekitar Bazar Malam JB, lebih kurang uptown la ni. Banyak pakaian dan barang phone dijual disini. 

Kebetulan pula we all pergi masa nak Deepavali so memang sesak jugak la disitu dengan kaum Hindu sibuk membuat persiapan raya mereka. Jalan pun jem teruk juga menuju ke Kotaraya.

Puas mencari Chaiwalla ni, rupanya terselit di tepi kedai tapi perut dah kenyang dah pun dengan burger so memang tak larat nak minum apa dah. Ni pun akan dicuba lain kali juga.

Banyak kedai yang menjual jersi JDT, tak pasti gred apa. Tapi semuanya penuh la dengan orang yang membeli. Maklumlah JDT kan baru aje menjulang kejuaraan Piala AFC, so menjadi kebanggaan rakyat Johor la.

Ahad nak check out breakfats dululah dengan nasi lemak. Daddy Jack dah bagitahu awal-awal tak nak singgah mereta sepanjang perjalanan so kena makan banyak-banyak sampai KL.

JB memang hispterla, banyak mural or grafitti yang menarik yang terdapat di dalam bandar JB .

Phewwww, sampai KL around 3pm, so terus menuju ke Pavillion, entah kenapa mood Daddy Jack tetiba aje nak ke sana petang-petang ni. Ikutkan ajelah kita lagipun memang cuti panjang.

Petang-petang tak ramai rupanya orang di Pavi so taklah sesak mcm di Mid Valley ataupun di One Utama.

Perut pun dah kruk krak kruk krak bunyinya so kenalah makan. Menuju ke Serai pula sambil terbayang-bayang kesedapan burgernya dulu tapi bila tengok menu terasa pula nak makan Nasi Ambang dan juga Nasi Kerabu.

As for dessert, Banana Pandan Fritter menjadi pilihan. Lebih kurang sama macam Madam's Kwan cumanya lagi kecil and ada sugar syrup so lebih sedap sikit. Batter pisang pun lebih crispy and crunchy, so 5 bintang untuk banana fritters from Serai.