Nuffnang Ad

Wednesday, 15 August 2012

Iftar Perdana Adelaide

2 minggu lepas, berlangsungnya Majlis Iftar Perdana anjuran kelab-kelab pelajar yang ada di Adelaide termasuklah MYPSA that is kelab pelajar postgrads yang me and Daddy Jack menjadi AJKnya. MYPSA ditugaskan untuk menyediakan nasi dan juga kuih-muih untuk tetamu yang hadir.

Masa tahun pertama berpuasa di Adelaide, pernah juga menghadiri majlis iftar besar-besar macam nie, tapi pengalaman lau bila terpaksa beratur untuk mengambil makanan punyalah azab, so untuk iftar besar mcm nie, we all decided untuk pack terus nasi, lauk and kuih muih untuk senang diambil oleh para tetamu.

Nasi yang we all sediakan adalah nasi minyak sebanyal 40kg. Phewww, jenuh juga nak mencari orang yang bersesuaian untuk masak nasi sebanyak itu. Mujurlah ada Kak Nana yang boleh membantu untuk menyediakan nasi itu. Manakala lauknya, disediakan oleh persatuan lain yang sangat sedap, Ayam sambal.

My 3 crew member yang bertungkus lumus menolong bungkuskan 2 jenis kuih, donut dan juga karipap sebanyak 500 biji. Bukan sikit-sikit tau, mau bengkok tangan dibuatnya.

Antara My Adelaide's gang yang sudi hadir untuk berbuka serta berterawin bersama-sama di majlis ini.

Anak-anak pun seronok berkumpul, dapat berjumpa kawan-kawan mereka

Keluarga baru yang akan beraya untuyk pertama kali di rantauan, Is. Tak apa, tak payah sedih-sedih, we all pun dah rasa macamana beraya kali pertama tanpa keluarga disisi, mula tu sedih la tapi bila dah berkumpul dengan kawan-kawan yang tak balik Raya, seronok and hilang rasa sedih tu.

Sabar menanti sementara menunggu waktu berbuka puasa

Daddy Jack dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua bagi MYPSA untuk handle bahagian nasi dan juga kuih muih. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Masing-masing seronok berkumpul tanpa mengira umur. Bila bulan puasa, jarang dapat berkumpul macam gini, maklumlah masing-masing sibuk dengan persiapan berbuka dan juga program terawih masing-masing.


4 sekawan yang sering berjumpa dimana sahaja, tapi tahun depan 2 orang akan pulang ke Malaysia pada awal tahun. Tak tahulah macamana the boys nanti yang akan kehilangan teman main bola dan juga rakan mainan di hujung minggu.

Aqilah first time beraya dengan anak perempuannya, Aliya

Selain jadi orang kuat majlis, AJK MYPSA juga bertungkus lumus mengedarkan borang keahlian ahli baru untuk orang-orang yang baru sampai ke Adelaide ni.

Tetamu pun dah makin ramai yang tiba apabila waktu buka puasa semakin hampir.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, bertanya khabar sesama kami, maklumlah memanglah duduk dekat-dekat tapi nak berjumpa hari-hari tu bukannya senang sebab ada diantara kami yang belajar, so hujung minggu dihabiskan waktu dengan keluarga.

My besties here in Adelaide, Kak Shidah yang selalu menjadi tempat untuk luahan perasaan di kala sedih dan juga Surah yang rumahnya selalu jadi port untuk kami pi bila hujung minggu sebab ada backyard yang luas untuk anak-anak bermain. By awal tahu depan, Kak Shidah akan kembali ke Malaysia after perjuangannya di Adelaide seelsai while me and Surah ajelah yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan itu.

Kak Zack as VP Female dalam MYPSA. Terima kasih Kak Zack atas commitment Kak Zack as part of the AJK. Walaupun duduk paling jauh antara AJK yang lain, tapi Kak Z tetap datang untuk memeriahkan majlis iftar ini.

Bila tiba waktu berbuka, semuanya menunggu dengan penuh sabar dengan kuih muih dan juga kurma.





Selepas bersolat maghrib, sesi pengagihan nasi yang telah dibungkus. Lepas makan nasi, me and the boys balik rumah dulu while Daddy Jack stay for Isyak and Terawih dan seterusnya sessi kemas mengemas dewan. Alhamdulillah, program ini berjaya dan dapat menarik ramai para hadirin untuk menghadirinya.

Monday, 13 August 2012

Persiapan pre-raya

Minggu lepas, kami membawa keluarga Ummi ke BigW ni untuk tengok-tengok barang baby. Normally kami ke BigW untuk beli diapers dan a few items for the boys sebabnya murah sikit berbanding other place. Satu lagi, nak tunjuklah kat BigW nielah tempat belinya Corelle bila sale nanti.

We all tak beli apa-apa pun di BigW sebabnya dah pergi minggu sebelumnya untuk barang-barang the boys so ikut jalan ajelah sambil cuci mata. Then, nak singgah Target pulak, saja aje nak cuci mata tengok baju untuk the boys. Kat Target TTP sekarang nie dah buat major reno, siap ada Kids Play Area lagi.

Kebetulan pula ada ballon art session so the boys sibuk lah nak ballon character juga. So, me and Daddy Jack bergilir-gilir la tengok-tengok the boys kejap.

Danish nak ballon as a sword so here it is while Ryan tengah tunggu his turn pulak.

Cantik nampak this type of flooring. Daddy Jack dah terberkenan untuk letak kat family area di rumah Malaysia nanti. Hai, susah jugak duduk oversea nie, mcm-mcm benda nak angkut bawa balik sampai ker flooring pun nak angkut bawa balik jugak.

Ryan waiting patiently for his Gun's creation by the artist. I noticed that orang yang buat ballon nie sungguh creative. All sort of type of ballon yang kanak-kanak ni minta die boleh buatkan, pastu tak guna satu ballon, so gunakan a few colours so nampaklah menarik juga.

Cantik, kan Kids area di Target TTP nie?

Okay, dah siap pun Ryan punya ballon Gun

And Daddy Jack pun dah jumpa beberapa baju untuk anak-anak die. I kalau bab baju-baju untuk anak-anak, memang serah kat him ajelah. Semua baju the boys ikut pilihannya. Ada yang I berkenan, die tak minat, so I malas nak fikir-fikir, tahu aje dah ada.

Agaknya every Saturday is Kids Day kat Target ni agaknya sebab tengok staff-staffnya dok beri free ballon and also popcorn for kids here. They even have free photo session, facepainting and also some other kids stuffs here.

Pilih, pilih jangan tak pilih but make sure bila beli baju the boys, dua-dua kena belikan baju yang sama, kalau tak nanti bergaduh pulak.

Clown jangan cakaplah, merata-rata ada

Hai, tak sudah-sudah membeli toysnya? Orang nak raya ni sibuk beli baju untuk anak-anak, bukannya toys, padahal dah berlambak beli masa Toys sale lepas. Tu la satu lagi kelemahan Daddy Jack kalau pi shopping mall nie, is Toys Section. Hai la...lotih acik dibuatnya.

Saturday, 11 August 2012

ISPA Kebab, Harbourtown

Ni entry sebelum raya and balik Malaysia lepas

Kalau we all ke Harbourtown, tak sah kalau tak singgah makan kebab ISPA nie. I prefer kebab disini compare to others yiros stall in Adelaide ni but Daddy Jack prefer yang di Tea Tree Plaza, lagi sedap katanya. The boys, tak kisah, asalkan sedap aje.

Dapat chicken yiros and ice lemon tea, dah settle untuk the boys

Tengok gambar the boys makan Yiros nie, macam nak berbuka puasa dengan yiros la pulak hari ini, hmm nak buat sendiri atau take away aje? Hmm, nak kena pujuk Daddy Jack la macam gini.

Sure la tak habis membeli toys nya. Tak kisahlah walaupun kecik aje barangnya, janji nak cukupkan koleksi.

Friday, 10 August 2012

Ada rezeki juga

Tak semestinya kalau I pergi Garage Sale mencari Corning aje, well kadang tu bermacam-macam jenis barang jumpa like Tupperware, Noritake dan sesekali terjumpa jugaklah Pyrex. Kalau nasib baik, terjumpalah Portmeirion sekecil ini pun jadilah untuk letak duit syiling atas fridge.

Kalau datang angin Corning tu, hah ko sampai sekotak penuh dengan Corning aje. Ni pencapaian terbaik tahun lepas, siap dapat set Corning 5 beradik terus. Dapat aje, terus bungkus guna bubble wrap and masuk duduk diam-diam dalam kotak, nak shipping terus bila nak balik nanti.

Kadang-kadang rasa orang Aussie ni suka membazir atau hati mereka baik suka bersedekah. Bayangkan yer, periuk nasi TEFAL nie I dapat FOC sebab jiran di rumah lama tu letak tepi jalan untuk bagi kat orang yang lalu lalang aje. Kebetulan masa tu, I pi jenguk letterbox sekali tengok makcik tu tgh nak letak kotak, then die panggil I tanya nak tak periuk nasi. I pun pi la tengok and sekali terbeliak la mata bila nampak Cik TEFAL ni. I tanyalah die kenapa nak bagi org, manalah tahu kut-kut rosak ke tapi katanya die dah ada yang baru so yang nie baru beli 2 bulan lepas so nak bagi org aje. Mak aii, beli periuk nasi dalam masa 2 bulan? Hebat !!! So I pun dengan tak malunya cakaplah I nak, and Im willing to pay..(ceh!!! padahal dah tahu die nak bagi free aje) tapi die senyum and ckp..It for you, dear, Take it !!! So, till now masih pakai periuk nasi TEFAL nie and still in good conditions lagi. Nanti I cerita apa lagi barang yang I jumpa di Garage sale atau di Sunday Market yang adakalanya tak masuk dek akal yer.

Thursday, 9 August 2012

Bila tekak meronta-ronta

Kalau teringat Shawarma Jalan TAR, gigih buka Cik Google, cari resepi..nilah hasilnya

Bila tekak terasa nak makan mee mamak gaya NZ letak telur mata, gigih jugaklah membuatnya.

Tiba-tiba teringat makcik jual kuih di Jalan Melawati 1 yang jual kuih cara manis yang sangat comel dan sedap, so kena buat sebab nak makan, kan.

Dulu masa kerja, bila hujung semeste kena jadi Secretariet untuk bahagian exam, selain bertugas menjaga perjalanan exam berjalan dengan lancar, penjagaan makanan juga harus dititik beratkan. Makanan memang mewah, order aje apa nak, tahu-tahu bila breakfast, lunch and sampai minum petang dah tersedia semuanya. mana tak gemuk masa zaman kerja dulu. Antara kuih favourite masa tu kuih ini, Serimuka. Dulu dok panggil kuih hijau aje. Rindu nak makan kuih ni dengan geng-geng office masa jaga exam.

The boys suka sangat makan donut. Donut di Coles atau di Woolies tak sama macam donut kita di Malaysia, keras sikit and then depa pi letak cinnamon sugar, lagilah the boys tak suka so they all lebih suka sugar coated donut jugak. Ni pun, pukul 12pm tadi, Ryan nak makan donut. So berbuka dengan kuih donutlah nampaknya padahal dalam fikiran nak buat buah melaka.

Cuba untuk membuat Burger Malaysia. Senang aje, just gunakan adunan donut tadi aje, cumanya kena bulat-bulakan goreng then baru masukkan sambal. Tapi bila terkenangkan sambal ikan bilis, kena tunggu my kakak ipar sampai ke Adelaide on 25/8 annti so nak belajar dengan die mcmana buat sambal tumis yang sedap tu.

Berbuka with Pegawai High Comm, Malaysia

2 minggu lepas, ada pegawai tinggi dari Imigresen Malaysia datang ke Adelaide. Mereka datang untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan dokumentasi warganegara Malaysia macam urusan passport, sijil kelahiran dan beberapa dokumen penting so tak payahlah orang-orang Adelaide pi ke Canberra sana untuk buat urusan dokumen. So, kebetulan pulak Daddy Jack and me is one of the AJK postgrad di Adelaide so we all pun buatlah majlis iftar untuk mereka.

We all masak secara potluck. So, masing-masing tolong menolong sesama sendiri, kesianlah pulak dengan tuan rumah nak kena siapkan semuanya.

Mood terlebih rajin so buatkan kuih badak berendam untuk dibawa ke rumah Mr Presiden. Lagipun ada lebih inti kelapa masa buat kuih gulung beberapa hari lepas.

Tuan rumah meminta I buatkan kari daging untuk makan dengan nasi beriyani. Since kena masak kari daging aje, so masaklah daging tu dalam sejam, so lembutnya daging tu. Semua orang ingat pakai pressure cooker, walhal pki periuk biasa aje cuma masaknya yang lama.

Tuan rumah menyediakan kuih bakar. I suka sangat makan kuih bakar since dari Malaysia lagi. Kat Adelaide teringin nak makan kuih bakar, buat sendiri la namun tetap sedap di tekakku.

Alhamdulillah, seronok dapat berbuka bersama kawan-kawan, kemeriahan terasa macam berbuka puasa di Malaysia aje.

Tuan rumah yang baik hati juga menyediakan laksa untuk tetamunya. So bila dah macam-macam jenis makanan, sengkaklah perut di bulan puasa nie.

Lepas solat maghrib berjemaah, masing-masing makan balik, yer la sebelum solat makan yang ringan-ringan dulu. Ambil fadilat berbuka, kang kalau terus berbuka dengan makanan berat, maunya tak boleh rukuk sebab perut dah penuh.

Sementara menunggu Isyak and Terawih, lepak dulu. Apalagi, makan and makan lagilah dengan kuih muih yang oenuh meja tu.

Dengan tak diangka-sangka rupanya salah seorang pegawai Imigresen, Nawal yang datang ke Adelaide tu kawan satu Uitm dengan I waktu di Melaka dulu. Sama komsis tapi cuma different level aje. Allah ! kecilnya dunia ini. Baru datang bertugas di Canberra tahun lepas and akan kembali ke Malaysia tahun 2014 nanti.