Nuffnang Ad

Tuesday, 18 September 2012

Raya datang lagi...my open house

Seperti yang we all janji dengan our Adelaide's gang disini yang we all punya open house will be during the third week of Raya. So kenalah tunaikan janji kan. Penat balik Melbourne pun belum habis, tambah pulak penat baru..kusss semangat.

Alhamdulillah, cuaca sangat baik, warm and sunny so dapatlah tetamu merasai kehangatan matahari sambil kita adakan sessi BBQ sekali.

2 orang jejaka yang sudi menjadi tukar bakar ayam BBQ kami. Terima kasih daun keladi, nanti lain majlis tolong kami lagi yer.

Anep tahun ni balik beraya di Malaysia hanya 2 minggu, lepas balik Adelaide jadi orang bujang sebab anak dan isteri ditinggalkan di Malaysia cos nati Decembe akan balik semula ke Malaysia untuk majlis kenduri kahwin adiknya pulak.

Tetamu start datang after Zuhur, after pukul 1 macam tu. Mujur lah I dah siapkan serba serbi atas meja, tak kelam kabut sebab ada a few of my Adelaide's gang yang datang awal untuk membantu apa yang patut. Kalau tak, maunya pengsan I buat sorang-sorang.

Antara my Adelaide's gang yang sampai dulu..Kak Shidah, Surah, Kak Azie, Is dan juga Ummi.

Kak Wan Satirah pun datang juga dengan membawa buah oren yang dipetik dari pokok belakang rumahnya untuk para tetamu.

Our new friend, Kak Ani and her husband Bob pun datang juga.

Makan, makan..jangan malu dan segan

After dah makan, tersandar kekenyangan yer.




Anak-anak pun turut memeriahkan suasana rumah terbuka saya

Tetamu semakin ramai datang, while me tak putus-putus top up makanan mana yang tinggal sikit and dah habis.

Keluarga baru sampai di Adelaide, alamak lupa pulak nama kakak ni tapi yang tahu suaminya Dr Najmi aje.

Kaum perempuan semuanya puteri lilin, tak tahan panas diluar so semua duduk dalam, lelaki aje yang berjemur di luar, tak ada hal pun.

Anak-anak bujang Kak Shidah dan juga Kak Has. Masing-masing akhir tahun ni balik untuk meneruskan persekolahan mereka di Malaysia.

Shifa yang selalu tak pernah miss I punya invitation. Thanks Shifa yer, cuma I aje yang tak berkesempatan nak ke open house you sebab masa tu we all masih lagi di Melbourne.

Kanak-kanak manalah kenal erti penat, kan. Sekejap main di luar, lepas tu masuk main kat dalam pulak.

Terharu bila Om and Makcik sudi datang rumah kami ni. Om dulu pernahlah masuk hospital kejap, ada sakit tapi sekarang ni dah tak larat sangat but still nampak sihat.

Dr Siti dan family adalah keluarga yang last datang ke rumah kami. Tak perasan msg undangan yang I hantar padanya. Dr Siti akan kembali ke Malaysia esok untuk meneruskan tugasnya di hospital di Malaysia after 9 bulan berada di Adelaide ni.

Sementara menunggu Kak Azie membungkus makanan untuk dibawa balik, sempat juga Abang Azul melelapkan mata buat seketika. Kenyang makan katanya so mata pun ngantuk dah. terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang datang. Maaflah sekiranya ada kekurangan dari segi makanan dan juga layanan.

Monday, 17 September 2012

Persiapan rumah terbuka

Dah seminggu berlalu majlis open house kami di Adelaide ni, kali ni baru berkesempatan nak bercerita. Majlis ini telah dirancang 2 minggu sebelum berlangsungnya majlis ini, so persiapan pun dibuat seminggu sebelum majlisnya.

My kerinting ni sibuk nak suruh buat kuih raya, padahal sebelum raya dah mencuba membuat kuih tart tapi 2 hari aje dah selesai kuih raya tu. Lepas tu Ibu pun ada hantar beberapa jenis kuih raya, so buat la jugak sejenis sebab bangun pagi pun dah bising tanya bila nak buat kuih raya.

I decided nak buat kuih yang senang aje, tak mahu pakai rolling pin semua, leceh jadinya so I bancuh all the ingredients, then nak siap, baruklah ajak Ryan buat sama-sama.

Mula tu kata nak tengok aje, Mummy aje yang buatlah...pastu lama-lama tangan pun dah gatal so buatlah sama-sama. Kuih apa yang we all berdua buat ni?

Hehehehe, kita buat kuih senang ajelah, Chocolate Chips Cookies. Tak payah sibuk nak terap bagai, main golek-golek aje guna tangan and sudu.

Jadilah hasil tangan kami berdua beranak di dapur.

2 hari sebelum majlis, we all decided nak tambah menu baru pulak, BBQ. Selama ni pergi beraya di rumah member-member belum ada yang buat sessi BBQ nie so we all nak buatlah, satu kelainan dari yang lain. Lagipun menu yang we all buat mmg tak adalah nasi impit, rendang, kuah kacang semua. Naik jemu pulak makan itu aje.

So, Jumaat tu we all bergegas ke sana sini mencari bahan-bahan kering dan basah untuk dimasak masa open house nanti. Alhamdulillah, semua yang dilistkan ada aje sebab takut jugak bahan utama di dalam salah satu menu utama tu tak ada, tak tahulah mana nak carinya.

Hmm, sebelum majlis busy dok ke sana sini mencari bahan untuk dimasak, lepas majlis busy jugak, busy mengemas segala peralatan memasak. Mujurlah cuaca pun panas, so keringlah semua pinggan mangkuk, periuk belanga dijemur di backyard, tak perlu nak lap satu-satu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Friday, 14 September 2012

First day at Kindy

Salam semua...dah lama tak berceloteh, busy sikit..badan pun agak letih debab baru lepas buat open house untuk kawan-kawan di Adelaide ni. Ni pun barulah boleh bersenang lenang sikit.

Hari Jumaat is Ryan's kindy day. He's not even 4 yet, tunggu October nanti baru boleh masuk full day session so sekarang ni kira macam pre-kindy and boleh masuk separuh hari aje on Friday. Jadilah, janji ada persiapan for Ryan untuk next term nanti.

Untuk hari pertama, I bolehlah temankan sekejap waktu dalam kelas tu. Sambil tu I lekakan die sementera I pergi ke Public Library di sebelah his kindy.

Semua aktiviti boleh dicuba, ada macam-macam jenis aktiviti yang boleh dilakukan, like drawing, even ada crafting session.

Bila dah pakai apron untuk mewarna ni, dah macam Pingu la pulak Ryan ni

His kindy session only for 2 hours from 9-11 am. Daddy Jack yang hantar ke kindy while at 930 I start jalan kaki ke kindy and lepak library till 11am. Masa I nak ambil die tu, tengok tengah seronok main pasir kat sekolahnya. So far, okay aje die kat sekolah, tapi siaplah on the way nak balik rumah tu, kenalah menyinggah kat petrol station, mcm-mcm la permintaannya. Layan kan ajelah, janji nak pergi sekolah.

Thursday, 6 September 2012

Phuhhhh

pic from Cik Google

Oh my...oh my dah berapa lama I tinggalkan blog ini, rindu nak berblogging tapi apakan daya, minggu ini agak sibuk sikit sinca balik dari Melbourne lepas, than hujung minggu ni my turn pulak di Adelaide ni untuk buat open house, menjamu kawan-kawan dengan hasil masakan I sendiri. Phuhhhh boleh kurus dibuatnya. Till next entry yer...

Tuesday, 4 September 2012

Dah puas bercuti, inilah hasilnya

Ahad lepas, we all dah selamat sampai from Melbourne, tak sempat nak berblogging from Melbourne cos terlalu letih dok menyukat jalan. Bila hari Isnin, back to square one, menguruskan rumah kembali. Alhamdulillah, cuaca semakin elok di Adelaide, dah tak sejuk macam sebelum ke Melbourne. So, perkara pertama yang kena buat after balik bercuti adalah laundry time. Banyak jugak loads of dirty laundry yang nak kena basuh, even sebelum ke Melbourne pun ada juga baju yang belum dibasuh. So entah berapa kali basuh sampai penuh ampaian, sampaikan kena put baju everywhere. Alhamdulillah, semuanya kering. Tapi yang tak syoknya nak kena melipat baju pulak..sigh..Later la yer cerita kami ke Melbourne.

Tuesday, 28 August 2012

Road trip again

Sorry lambat update beberapa perkara since Jumaat lepas, too busy menguruskan bermacam-macam hal sambil beraya ke sana ke mari. Tambah sibuk lagi bila keluarga my brother and sister inlaw sampai from Sydney last Sunday so memang bust ke sana ke mari untuk entertain mereka sekeluarga. So, pagi ini, we all semua on the way ke Melbourne...driving thru the coastal road, menuju ke Great Ocean Road. Kalau berkesempatan, I will update yer. If not, just buat entry yang tersimpan lama dalam draft box tu la yer.

Monday, 27 August 2012

Riang Ria Raya

Raya pertama kami berkumual beramai-ramai di Thorndon park bersama-sama dengan seluruh warga postgraduates dan juga keluarga mereka. Masing-masing datang bergaya dengan pakaian raya yang cantik-cantik belaka. Kami berkumpul dari jam 12 tghari, dan persiapan dilakukan dari pagi lagi.

Me and Daddy Jack yang jadi penganjur majlis ini memandangkan Mr Presiden balik Malaysia untuk beraya so we all yang tak balik beraya di Malaysia ini ditugaskan untuk menguruskan majlis raya kali ini. Satu tugas yang berat juga sebab we all tak pernah nak handle majlis besar-besar macam ini di Adelaide ini.

Antara menu utama yang disediakan adalah satay yang dibakar sendiri oleh Farah dan suaminya Izwan. Nampaklah suasana beraya macam di Malaysia sikit, kan.

Anak-anak lah yang paling seronok sekali bila dapat berjumpa ramai-ramai macam nie, masa ni panggil nak suruh makan macam nak terkeluar anak tekak sebab asyik nak main aje. Bila nak dah balik, kemas-kemas semua barulah nak sibuk makan and minumnya. Tak apalah, mmg la berjumpa selalu disini nanti bila balik Malaysia entah bila kala pula berjumpanya.

Surah yang berjaya membuat gulai daging sebanyak 25kg sampaikan bila die called mak die di pagi raya bercerita pasal tu pun maknya di kampung tak percaya. Di Adelaide ni, macam-macam benda boleh jadi kenyataan. Yang tak pandai masak pun nanti bila balik Malaysia dah taraf Masterchef dah.

Majlis Riang Ria Raya kali ini turut meriah dengan kehadiran orang baru yang sampai di Adelaide ni, Is dan juga Ummi sekeluarga. Taklah mereka rasa janggal beraya di tempat orang, still ada suasana macam beraya di Malaysia juga.


Antara makanan yang pihak MYPSA sediakan adalah satay ayam, nasi minyak hujan panas, gulai daging, kuah kacang yang dimasak secara bergotong royong. Ada juga tetamu yang sudi membawakan kuih raya dan juga kek coklat sebagai menu tambahan.

Masing-masing puas makan and sambil bersembang-sembang, maklumlah sebulan berpuasa jarang berjumpa.


I sempat berjumpa dengan Kak Ani yang dikenali melalu FB group. Selalu bersembang kat online aje so kali ni tak sangka boleh berjumpa di majlis raya kali ini. Insyallah, lain kali bila ada gathering makan-makan lagi kita jumpa lagi yer kak.


Bila sessi bergambar beramai-ramai ni, macam-macam gaya ada, susahnya nak berkumpul serentak..bila dah berkumpul ada yang sedar anak tak ada sibuk main di padang, pastu bapak pula hilang ke tandas, macam-macam ragam ajenya.

Selain sesi bergambar, ada juga sesi memperkenalkan ahli baru MYPSA iatu keluarga Is dan juga Ummi dengan ahli yang belum berkesempatan mengenali mereka sekeluarga.

Bila dah menjelang petang, masing-masing sibuk bergambar, maklumlah semuanya cantik-cantik berbaju kurung raya, dan juga since makanan mmg ada banyak berlebih so we all pun bungkuskan makanan yang lebih untuk diagih-agihkan kepada tetamu yang lain.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
dari warga MYPSA, Adelaide


Friday, 24 August 2012

Tugasan itu

Setiap kali raya tiba, Daddy Jack akan mengambil alih tugas untuk menggosok baju untuk kami sekeluarga. He's a perfectionist so baju semua kenalah in perfect conditions.

Gosok baju bukannya kejap-kejap, makan masa lama jugak kalau Daddy Jack yang buat. Hmm, since datang Adelaide ni, jarang we all gosok baju, unless ada baju yang betul-betul kena gosok. Kalau tak, tak payah lah nak bergosok semua. Kalau kat Malaysia, nak keluar berjalan-jalan, tshirt pun habis digosoknya juga.

Baju yang Ayah and Ibu kirimkan tak sempat nak basuh pun, tak sempat so gosok and pakai terus ajelah.

While Daddy Jack busy dengan hasil gosoknya, I pun bersilat di dapur. Tahun ni sempat buat nasi impit segera and rendang ayam sahaja, sebab dah penat merewang raya di rumah Surah. Tido pun pukul 1 pagi. Apa pun rasa bangga juga, dapat menyediakan hidangan sendiri di pagi Aidilfitri nanti.