Nuffnang Ad

Tuesday, 10 June 2014

Happy 9th Birthday, Danish Imran


There is a reason to cheer today

You are a true gem,
I want you to know
May not have many words to show,
But, you already know,
That I love you so,
I still remember you used to cry for that toy,
All the days filled with laughter and joy,
And, look at you now standing in front and tall,
Times runs so soon, life is really small,
I just want you to follow your dream,
You will go a long way,
It's not like any other day,
It's your 9th birthday,
So, enjoy and stay blessed,

Happy birthday, Danish Imran

Seperti biasa, Daddy Jack telah menyiapkan serba serbinya untuk birthday party anak dia this weekend !!

Monday, 9 June 2014

Mother's Day

Mother's Day yang lepas tak dak celebrate mcm di Adelaide dulu, just lepak-lepak ajelah. Jenuh dah terima hadiah macam-macam dulu. As usual, pagi adalah hari menemankan anak di tepi padang bola.

 Tapi hari tu nasib menyebelahi Danish bila score hat-trick untuk Mummy.

Tapi, tak bermaknalah tak ada celebration walaupun hanya bawa makan di luar kan. Kali ni memang rehat habis sampaikan nak ambil gambar makanan pun ada yang tolong ambilkan.

 Panas terik kat luar tu sedap juga bila dapat makan Es Teler

Balik from lunch, semua buat aktiviti masing-masing. Now, drawing activity kena buat seminggu sekali, untuk build up their creativity skills.

Petang sikit terasa nak berjalan ke KLCC, tak ada apa-apa pun cumanya rasa terkuap duduk dalam rumah tu aje.

Dah memalam tu tak lalu la nak makan yang berat-berat so makan satay ajelah kat Madam Kwan.

Kalau ke Madam Kwan tak sah la kalau tak makan pisang goreng dengan ice cream ni.

Sesekali Mummy la keluarkan duit untuk belanja the boys dan Daddy Jack pulak. Asyik Daddy Jack yang belanja, mana tahan kan. Boots for boys and new gadget for Daddy. 

Saturday, 7 June 2014

Kenduri kawin

Beberapa minggu lepas, balik sekejap ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu we all di sana. Jumaat lepas sekolah, dalam pukul 430pm bertolak balik ke Kuantan. Alhamdulillah, cuaca pun baik disepanjang perjalanan kami.

Singgah dulu di Gambang Watercity cos Ayah dan Ibu ada formal function yang perlu dihadiri malam itu. Lepak bilik yang disediakan untuk Ayah sampai pukul 2 am.

Pagi sebelum kenduri, Ibu ajak singgah makan di tempat baru.Ada laksa pahang yang menggunakan 2 jenis kuah, kuah putih dan juga merah.

Tepat pukul 12.30pm bergegas ke rumah pengantin untuk acara majlis perkahwinannya. Seronok dapat berjumpa sepupu, makcik-makcik yang memberikan layanan yang mesra buat kami sekeluarga sejak kami kecil lagi.

Thursday, 5 June 2014

Ryan Sports Day

Seminggu sebelum cuti sekolah, kindy Ryan mengadakan hari sukan sekolahnya. Ini first time Ryan nak join hari sukan sekolah. Kindy di Adelaide mana ada sukan-sukan ni semua so semua orang rasa excited. 2 hari sebelum sukan, Ryan demam so tak datang sekolah.Hari sukan tu pergi pakai baju Tshirt sekolah, bila tengok kawan-kawan lain pakai Tshirt hari sukan mulalah semuanya gelabah. Mujurlah his teacher memang ada bawa spare satu untuknya. Phewwww !!!!

Ryan dilerakkan dirumah Hijau bersama-sama kawan-kawan kelasnya yang lain. Muka pun nampak happy aje bila nak start perbarisan.

Ingatkan sekolah rendah aje ada march pass ni, kindy pun dah ada jugak, hebat sungguh. 

Lepas sesi nyanyi lagu Negaraku dan juga bacaan doa, adalah buat senaman ringkas untuk warm up sikit sebelum acara sukan bermula.

Acara yang disertai adalah The Running Man, muka tu tak tahan, begitu bersemangat sekali untuk bersukan.

 Tak payah  muncung sangatlah Ryan oiiii

Acara kedua, acara berpasukan pulak, tak ingatlah pulak nama game  ni tapi kononnya mcm naik monorel.



 Anak bersukan, mak enjoy mana nasi lemak tepi track.

 Merasalah naik atas stage untuk menerima pingat

Happy sangat dapat menyertai kejohanan sukan buat pertama kalinya, tahun depan masuk primary pun setiap tahun ada acara sukan ni.

Monday, 2 June 2014

My Sabtuday

As usual, setiap hari Sabtu dan Ahad, menggalas tugas sebagai seorang soccermom. Hari Sabtu adalah hari untuk kerinting. Pagi Sabtu dalam pukul 8am dah start keluar rumah menuju ke area PJ cos Ryan main indoor at his age ni. Kadang kalau terawal, sempat la breakfast dulu, kalau dah terlambat, makan dalam kereta ajelah.

The usual place, Allrounders telah ditutup so kena berpindah ke tempat baru di Seksyen 13 tapi tempat tu banyak nyamuk, dah buat komplen pada pihak Goal Academy dan akan bertukar ke tempat lain pula.

Lepas bola, terpaksa ikut Daddy Jack balik office pulak cos dia ada kelas PJJ, mengajar cikgu-cikgu yang menyambung pelajaran. Nak tak nak, kenalah berada dalam kelas tu bersama-sama.

Antara hasil karja students from Art Education. I pun lama sangat dah tak melukis, semua bahan ada tapi mood malas tu sentiasa ada.

Sempat la jugak main buat Maths sama-sama sementara tunggu Daddy habis lecture.

Sama-sama join activity melukis untuk cikgu-cikgu

Lama tak makan dekat Cafe di Uni Daddy, sedap juga masakannya. So kerinting pun dah lapar sebab menunggu. Hajat di hati nak makan nasi, ayam goreng dan kuah asam pedas tapi tak ada pulak kuahnya so makan nasi dengan ayam goreng ajelah.

Sunday, 1 June 2014

Ayah and Ibu

Dah seminggu Ayah pergi membuat lawatan kerja rasmi di Tanzania bersama-sama rombongan Parlimennya. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

 We all sangat excited menghantar Ayah dan rombongannya ke KLIA.

 
Tak lama lagi Ayah balik ke KL semula, after transit di Dubai, Tanzania dan seterusnya melawat Istanbul pula.

Dulu seketika, sering la berkampung disini setiap kali nak balik Adelaide. Ada pernah tu, tiap 3 bulan balik. 

4 hari lepas Ayah ke Tanzania, Ibu pula bersama-sama geng Puspanitanya membuat lawatan ke Istanbul pula. Kali ini, nak adventure sikit, naik ERL takut jalan jam.




Selamat berjalan Ibu dan Ayah. Selamat sampai di Malaysia on 3rd June nanti. Jealous la tengok gambar-gambar yang cantik di Istanbul bila mereka hantar thru Whatsapp. Insyallah, ada rezeki nak juga menjejakkan kaki ke sana juga.

Tuesday, 27 May 2014

Dating

Dah nak masuk bulan 6 ni mulalah mak ayah semput sebab birthday Danish. As usual as party planner yang tidak bertauliah, mulalah membuat persiapan sebulan sebelum berlangsungnya majlis. Tema kali ini, telah diulangi setiap 4 tahun sekali sempena dengan World Cup. Tema yang telah digunakan pakai dari tahun 2006, 2010 dan sekarang kembali lagi pada tahun 2014.

 Misi pencarian venue pun bermula, padang futsal menjadi pilihan utama

 Jumpa satu yang berkenan di hati tapi pencarian harus mencari lagi

Lama tak menyinggah kedai favourite I ini. Tapi kali ni berjaya menahan diri dari membeli cos ada yang masih belum pakai dan masih tersimpan rapi di dalam kotak lagi.

Dah alang-alang pergi berdua, so kami lepak Chillis ajelah, lama jugak tak makan disini.

Semuanya menjadi karnivor, Mixed combo fajitas and lamb shoulder menjadi pilihan kami berdua.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Hamleys, tapi rasanya tak semeriah macam di Toys R Us.

 Tempat kegemaran Daddy Jack, diam-diam dia pi sini ja.

Ohhh, boleh buat birthday Daddy Jack kat sini August nanti.