Nuffnang Ad

Monday, 16 July 2012

Red Velvet for Danish

I pun tak tahu yang my siblings nak buat birthday celebration for June babies nie. So, malam sampai from Adelaide tu baru they all cerita and I ni pun kelam kabutlah nak memikirkannya. Tak tahulah beli kek Secret Recipe sebab rasanya sure my siblings dah selalu sangat makan kan so tiba-tiba teringat kat Cik Irma, yang sekarang nie tengah aktif membuat pelbagai jenis kek. Selalu masa di Adelaide, asyik layan gambar kek aje di blognya so nak lah juga merasa membuat tempahan dari Irma nie. Malam tu jugak smsnya untuk tanya sekiranya boleh membuat kek, dahlah malam pastu last minute pulak. Alhamdulillah, Irma masih boleh menerima tempahan lagi. Cantik, kan kek die?

Cake pun ada pelbagai jenis; cheese cake, chocolate cake, tiramisu, carrort cake so ramai yang meminta I order cake red velvet. Memang Irma ada menjual kek Red Velvet nie, nak beli kat Bijoux KLCC macam tak terdaya nak pergi so beli kat Irma, lagipun nak ambil pun bukannya jauh sangat dari rumah Ibu.






Terima kasih Irma kerana sudi menerima tempahan dari we all walaupun last minute. Sedap sangat-sangat kek Red Velvet tu. Terasa-rasa sampai di Adelaide nie lagi. So, kepada sesiapa yang nak membuat tempahan kek Red Velvet atau kek-kek yang lain bolehlah menghubungi Irma 013-2588230 atau untuk melihat hasil tangannya di sini.

Sunday, 15 July 2012

Balik kerana ini

Ramai juga yang bertanya, kenapa tiba-tiba balik Malaysia..hehehe ini adalah satu sebabnya juga, Majlis Cukur Jambul untuk anak-anak my sister yang baru lahir. Ada 2 babies yang lahir tahun ini on my family side, one is anak Didi, Audi and another one is anak Kak Nyah, Iyyad. Audi dah berusia 3 bulan while Iyyad masih belum sebulan masa nie tapi since dah nak buat majlis cukur jambul and aqiqah, so buatkan aje sekali jalan, tak payah nak pikir buat banyak kali. Majlis dibuat di Dewan Sekolah Taman melawati sebab Ibu malas nak buat dirumah sebab tak ramai yang nak menolong nanti, so buatkan dewan senang.

Makanan disediakan daripada Al-Huda Catering. Dah lama juga Al-Huda nie menjadi pilihan keluarga I, suka sangat dengan ayam masak merahnya yang sedap tapi kali ni tak order pulak ayam masak merah, so ambik ayam goreng berempah sahaja. Makanan memang banyak, selain dari tempahan dari Al-Huda, ada juga lauk lain yang Ibu tambah mcm kari tulang serta ikan masak taucu.

Selain majlis cukur rambut dan aqiqah, we all juga membuat surprise untuk our June babies. Antaranya Ayah dan juga Danish. So, sesiapa yang lahir pada bulan June, ada disediakan kek masing-masing si kenalah tiup lilin, jgn nak suruh anak pulak yang kena tiup. Kek ini dibeli merata-rata..ada yang dari KLCC, One Utama serta Bangsar. Untuk majlis birthday besar-besaran ini, kek yang dipilih adalah Tiramisu, Carrot Cake, Coklat cake, even cheese cake pun ada jugak.
Ada juga kek yang we all tempah sendiri malahan ada juga yang berangan nak buat kek mereka sendiri.

Sungguh gembira bila dapat berjumpa adik-beradik, saudara mara. Macam-macam cerita keluar. Borak sampai ke pagi sebab nanti takut ada gosip yang termiss jugak.

CCSA vs Metro Star

Dah lama Danish tak pergi his soccer training. Kiranya 2 minggu cuti sekolah, his training pun cuti jugak. Ingatkan nak pergi hari nie tapi semalam dapat sms from the clun, the training dibatalkan cos condition padang yang tak berapa elok. Hmmm, baguslah tak payah nak bersejuk di tengah padang tu.

Danish and his teammates. So far, Franco, Robert and Anthony yang baik and selalu practice bersama-sama Danish.

Mak Ayah merupakan supporter yang paling kuat. I made a new friends with Danish' teammates. Sometimes, mereka ada bawa coffee, some cakes and bun so sementara anak main bola, mak-mak bersembang tepi padang sambil minum kopi.

Kadang-kadang bila Saturday, Danish ada home and away game. Mujurlah tak kena pergi jauh-jauh, sekitar Campbelltown area sahaja.

He's getting better in his soccer skills. Hopefully adalah sekolah-sekolah bolasepak di Malaysia untuk Danish meneruskan his skills after balik Malaysia nanti. My students pun ada berikan a few soccer school di Kl tu, some of it by international company and some of it ada juga yang indiviadual. Nanti balik Malaysia kena tengok betul-betul mana yang okay.

Saturday, 14 July 2012

Merasa makan nasi minyak kawan baik

Balik Malaysia, me and Daddy Jack mendapat undangan from our good friend, Faizal masa belajar di UiTM. We all kan balik mengejut so saja aje nak kejutkan die sebab die tahu yang e all tak dapat datang sebabkan jauh tapi sebenarnya die tak tahu yang we all balik. Majlis berlangsung di Dewan Siti Hasmah di belakang DBP, and masa we all sampai tu pengantin ada sessi bergambar dia atas stage. So we all pun ambil makanan dulu. I teruslah menyerbu tempat dessertnya. I cukup suka dengan kuih bakar, so asal nampak kuih bakar mulalah tak lalu nak makan makanan lain.

Biasalahkan bila dah jadi Raja Sehari nie, sessi bergambarlah yang paling syok sekali adakalanya letih jugak tapi nak buat mcmana, kan itulah sehari kita jadi Raja so kenalah layan tetamu yang datang and nak bergambar untuk kenang-kenangan.

Terkejut pengantin bila nampak we all menunggu di meja. Mujur tak melompat and still boleh cover macho lagi.

Selamat berbahagia Faizal dan isteri, semoga kekal ke akhir hayat dan bahagia selamanya. Tak sabar nak menunggu berita gembira yang kedua yer.

Faizal and Daddy Jack memang kawan baik dari UiTM sebab they all nie satu level asrama dulu. Faizal ni terror bab-bab drawing, mmg cantik all the drawings.

Masa we all duduk dalam dewan tu, mata dok la melilau mencari kawan-kawan UiTM yang lain, and we thought that maybe ada yang dah balik so we all antara yang last sampai. So masa we all dah nak balik, tiba-tiba ada orang ketuk cermin kereta, la Halimah rupanya. Dia pun antara yang terlewat sampai tapi masa tu we all pun dah nak balik sgt so tak sempat nak bersembang lama. Jumpa lain kali ajelah nampak gayanya yer.

Friday, 13 July 2012

Selamat Kembali


Alhamdulillah, me and my family selamat tiba di Adelaide Selasa lepas. Kami hanya balik Malaysia 10 hari aje, ikutkan nak stay lama lagi tapi since cuti sekolah dah nak habis and tiket pun banyak dah habis so kami balik awallah. Biasalah, bila nak balik Adelaide tu, semuanya serba tak kenalah dibuatnya..huhuhuhuhu.

Masa sampai Adelaide Airport, tenga beratur di Immigration counter, I dukung Ryan and entah mcmana masa I nak letakkan die kat floor, dia cakap die sakit perut then suddenly terus muntah. Then, I pun bergegaslah bawa masuk toilet and settlekan die semua. Dahlah beratur punyalah panjang so nak tak nak kenalah tggu our turn. Then, malam tu, he kept on muntah la jugak sampai ke Subuh. Maybe cos perubahan cuaca and now hes getting better. Alhamdulillah.

Saturday, 7 July 2012

Provincial Blue

Weekend makan di rumah my sister in law. Mkana nasi lemak yang super duper sedap sangat. Sambal tumisnya mmg sedap, terasa nak bawa balik Adelaide la nanti.

Tambah sedap bila makan atas koleksi Corelle Provincial Blue. Nampak cantik juga, tapi Daddy Jack tak berkenan sangat sebab dulu mmg hampir-hampir nak beli di Melbourne. Huhuhuhu udahnya bertukar kepada Shadow Iris.

Tapi, ada pulak terjumpa koleksi Provincial Blue nie kat GS, jadilah. Guna yang second hand punya, habis dah Daddy Jack tak berkenan.

Friday, 6 July 2012

Jom breakfast kat Warung Mak Jah

Ibu yang memperkenalkan tempat breakfast baru nie, asyik pergi makan kedai mamak aje, boring juga so sesekali dapat makan kedai-kedai biasa orang Melayu kita sedap jgak kan. Sampai aje, rambangnya mata tengok kuih muih yang pelbagai jenis. Tak tahu mana nak pilih sebabnya sedap-sedap semuanya.

After berjenis-jenis kuih yang dijual, hanya nampak kuih lapis and kuih bakar aje, tak apa..jangan tamak sebabnya masa ada banyak lagi, lagipun Warung Mak Jah nie taklah jauh sangat, boleh aje nak pi beli kuih then bawa balik rumah.

Ryan nak makan roti canai, well roti canai die pun sedap jugak

After dah makan kuih, nampak ada makcik nie makan lontong nampak sedaplah pulak. So semangkuk lontong and teh air di pagi hari untuk sarapan saya.

Seronok dapat bersarapan ramai-ramai macam nie kan, after a week, sedih balik bila breakfast sikit aje di Adelaide.

Wednesday, 4 July 2012

Kembali lagi ke Malaysia

Actually, tak plan pun nak balik Malaysia tapi sebabkan Danish cuti 2 minggu and kebetulan pulak my adik nak buat majlis cukur jambul anak dia so taklah melepaskan peluang balik Malaysia tu kan. Alah, tu semua alasan, kan..nak lari dari kesejukan di Adelaide nie.

The boys nie dok melaram dengan beg baru mereka yang we all beli pukul 6 pagi tu. Yer, pukul 6 pagi we all dah bershopping toys. Itu nanti I ceritakan yer. Cantik beg LEGO nie, ada 3 warna and satu lagi warna kuning. Tapi bila nampak cantik pulak the boys dok melaram dengan beg nie, rasa macam nak beli yang warna kuning tu, hopefully ada lagilah beg kuning tu. Beg CARS tu pun baru beli juga.

We all masuk boarding hall awal sikit sebab takut lama nak kena beratur masa check in. Memang agak lama menunggu tapi taknak kecoh so masuk awal padahal perut dah keriuk-keriuk dah lapar.

Daddy Jack with his new gadget, Dr Dre headphone, beli sebab nak dengar lagu dalam flight. Ikut die lah, I tak tahu sgt bab-bab gadget nie, kalau pasal handbags and shoes, mmg tahulah. Sebelum berangkat ke airport, I sempat sediakan roti telur so masing-masing dok makan roti telur alas perut aje sementara dapat makan dalam flight nanti.

Kali nie balik, nak cuba duduk kerusi 2-2 pulak, taknak duduk satu row sebab rasa macam sempit aje. Tapi takut jugak kalau the boys kejap-kejap nak ke depan belakang, maunya ada yang muntah pulak but Alhamdulillah, the boys pun suka aje duduk tepi tingkap tu, dapatlah tengok pemandangan diluar. Nampaklah pulak Alice Spring, teringin juga nak berout back disini, nak melawat Ayer Rocks yang terkenal tu tapi tak tahulah sampai ke tidak.

Untuk kali nie, Farah yang we all selalu liased untuk urusan hal tiket dah booked kan kids meal. First time mencubanya tapi tak sedap sungguh. The boys pun tak lalu nak makan, just bagi mcm lasagne sheet, then dilapiskan dengan goat cheese and tomato sauce aje, even I pun tak tertelan dibuatnya. Tapi yang paling ditunggu sekali adalah ice cream mango dan juga air kopinya. Sungguh sedap. At first, hot drinks tak boleh dihidangkan sebab cuaca agak buruk so dah a few hours tu akhirnya dapat jugaklah merasa.

Fuhhh!!! After 7 jam 30 minit, akhirnya selamat tiba di KLIA. Lama jugaklah duduk dlm flight sampaikan tak tahu nak buat apa. Tengok movie pun mcm tak berapa menarik ceritanya. So dok layankan mata ajelah.

Balik kali ni, we all decided nak balik sendiri aje sebabnya barang pun tak bawa banyak, so boleh aje naik ERL and Ayah tunggu di KL Sentral aje. Lagipun takut jalan jammed masa ambik kami di KLIA. The boys sukalah dapat naik train semua. We all sampai rumah dah nak dekat pukul 10 mlm so mmg kelaparan so orang dirumah dah sediakan Pizza Hut menanti. Lega dapat makan.

Tuesday, 3 July 2012

Bye-Bye Cik Pah

Hai, dah sampai Malaysia, but tak buka entry psl Malaysia sebab rasa malas nak transfer gambar from camera to PC, biasalah dah balik Malaysia, yang nampak cuma makan, makan and makan aje. Insyallah, akan update juga yer.

Dah 2 orang my geng balik Malaysia for good dah. Hmm nampak gayanya by next year yang rapat dengan we all tinggalkan Adelaide dah. Tahun depan, anak-anak ramai yang kehilangan kawan and I pun akan kurang dah geng nak bersembang and makan-makan.

Efa pun salah seorang yang dahpun selamat tiba di Malaysia pun. Dia menetap di Perlis sebab suaminya Am lecturer from UMP. Efa pun tak lama lagi akan kembali mengajar di sekolah as a teacher. Sekarang ni masih bercuti bersalin until 31st August. Selamat kembali yer Cik Pah.

Cik Pah nie antara geng my Whatsapp. Seronok bersembang dengan die, adakalanya bila die terjaga tak kira masa still Whatsapp me walaupun terjaga pukul 3 pagi untuk menyusukan anaknya. I mcm dah terbiasa, so bila dengar beep from my Whatsapp so still layan juga. Kurang dah teman bersembang walaupun setiap minggu boleh aje berjumpa. But now terpaksa berwhatsapp dari Malaysia ke Adelaide la pulak yer.

Anak Efa yang paling comel di Adelaide nie. Lahir pun di Adelaide, sekali imbas mcm anak mat salleh. Namanya Aus Maie'syah. Nama pun unik juga. And now dah ada adik pun, Aus Tsaqeef, pun lahir di Adelaide. Untunglah Efa and Am, dah cukupdah sepasang anak mereka from Adelaide. Lepas ni tambah di Malaysia pulak la yer. All the best to you all in Malaysia.