Nuffnang Ad

Sunday 12 October 2008

Esok.....

Esok adalah harinya...aku akan dimasukkan ke APSH untuk melahirkan anak keduaku secara caesar. Aku akan mula berpuasa lebih kurang jam 8 pg..then admit masuk wad then after zuhur akan ditolak masuk ke Operation theater for c-section delivery. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

Apa yang au risaukan adalah ttg Danish..before this aku ta pernah tgglkan die sorang diri, tidur tanpa aku..mcm manalah keadaannya yer..can't imagine la.

Thursday 9 October 2008

CTG

Last Tuesday, aku gi pregnancy check up for the last time....kena buat CTG...nurse tu ckp dlm 20 minit tapi end up sampai 11/2 jam..sakit pinggang den. Lama sgt psl anak aku tidur so flow die tak brapa bagus..syoknya die tido kat dlm tu sampaikan Unit Manager terpaksa gerakkan die. Tetiba, Unit Manager tu ckp ader contraction...Hah! Alamak..aku dahlah tak prepare mental and fizikal...yelah my Gynae ckp on this Monday 13/10/2008 is the day..tetiba nak kena bersalin awal plak....ohhhh tidak !!!



Tapi, rupanya ianya hanyalah false alarm saje...so mmg confirm aku akan melahirkan anak kedua ku ini pada 13/10/2008 melalui kaedah yang sama ngan Danish iaitu Caesar...

Wednesday 8 October 2008

Aksi Danish Di Pagi Raya





















Aksi - aksi yang sempat dirakamkan semasa pagi Raya. Lepas nie Danish akan raya ngan adik la yer

Zakat

We all tak sempat membayar zakat kat KL, so since ayah ckp ayah pun blum bayar jugak, so bayar la sama2 kat Kuantan tu. Amil tu datang umah, so tak payah la we all carik kat shopping complek. Tiap-tiap tahun klau nak raya, mmg ayah akan panggil amil datang umah untuk bayar zakat.


Zakat kat Pahang nie adalah yang paling mahal skali di Malaysia nie..kalau kat KL dalam RM5.20 aje...tapi tak kisahlah kan, bayar zakat nie bukannya untuk siapa, untuk fakir miskin...tak kisahlah bayar brapa pun.

Aktiviti malam raya adalah memasukkan duit raya untuk anak2 buah dan jugak saudara mara. Danish sibuk jugaklah nak masukkan...setiap duit yang dimasukkan kena double check...mnalah tahu tak cukup atau terlebih...naya beb.

1 Syawal 1429

Orang lain dah berjenuh update blog psl raya....aku baru nak terhegeh2 update..tak cukup masa la peeps..banyak koje nak setlekan maklumlah lepas nie nak cuti lama.

Hari Raya kali nie semuanya ader di Kuantan termasuklah family pakcikku, so agak meriahlah sikit. Seperti biasa, lepas semayang raya, sesi bermaafan pun dijalankan. Dimulakan dengan Ibu then diikuti dengan anak dan juga menantu. Tak sangka beb, aku dah tua2 nie pun masih mendapat duit raya lagi tau. Aku bagi kat ayah dan ibu tapi tak sebanyak ayah bagi kat aku...thanks yer ayah.













Our family potrait....aku tak berkesempatan nak berbaju kurung psl dah tak ader saiz...maklumlah tgh sarat mengandung...so pagi raya pakai seluar ajelah.

Nie gambar adik bradik....adik ku yang no 3 pun ngandung gak...due datenya tak jauh dari aku...

Gambar anak-anak ngan menantu..Danish tu nak jugak terselit at hujung tu. Puas ajak die duduk kat tgh2.

Family pakcikku, Ayah Da...tahun nie temanya hijau.....

Makanan untuk di pagi Syawal....mmg banyak giler. Lepas makan, semua org kecuali aku and family serta the bibiks ke Pekan untuk ke Istana mengadap Sultan Pahang then trus gi umah MB Pahang. Aku tak ikut psl malas la..lagipun nak buat preparation open house ptang raya tu.