Nuffnang Ad

Friday 30 March 2012

Raya lambat lagi

Ahad lepas, my inlaws sampai, but I tak picked them up at the airport, just Daddy Jack and Ryan aje yang ke sana cos I kena temankan Danish for his football training. Sayang pulak nak Danish nak tinggalkan his session. So, lepas ambil my inlaws di airport, Daddy Jack bawa ke Sunday Market dulu sementara menunggu pukul 11am untuk picked us pulak then straight balik rumah. Bila dah sampai rumah, sessi membuka barangan yang dikirim dari Malaysia. My kakak ipar kirimkan sebalang kuih tart walaupun belum raya. Sedapnya kuih tart..resepi dah ada, buatnya idak lagi. Tunggu rayalah jawabnya.

My akak ipar kirim satu balang aje, sebab takut tak lepas bawa masuk Adelaide sebab takutkan pemeriksaan kastamnya yang strict but tak sangka boleh lepas mcm tu aje. Ikutkan boleh aje lepas if bawa pun, my Adelaide's gang ada yang siap bawa tempoyak lagi. But, ikut nasib ler, pada yang lepas, lepas yang kena buang redha ajelah.

Udahnya, kuih sebalang itu menjadi rebutan my kerinting, tak tahulah sejak bila pulak suka makan kuih tart ni. Nampak gayanya kena mengtart jugak ler I nanti.

Thursday 29 March 2012

Snake & Ladder

I sekarang trained the boys main board games untuk meangsang otak mereka. Tak mahu dok adap Xbox, PS3, Ipad aje 24 jam. Sesekali layan board game pun boleh merapatkan hubungan antara keluarga kan. So, for starter, kita layan Snake and Ladder dulu la yer.

Sesekali after balik from office, Daddy Jack layan juga we all main sama.

Kat sini, board games mmg berjenis-jenis. Kalau tak nak beli baru mudah aje nak jumpa di Garage Sale ataupu di Carboot dengan harga yang murah-murah aje. So far, baru collect dalam 5 jenis games aje dulu.

Dah settle main Snake and Ladder, layan main dam pulak. I tak berapa reti sangat main dam nie, so Daddy Jack kena tunjukkan cara nak mainnya dengan the boys.

Harmony Day 2012

Every 21 March, Harmony Day disambut di seluruh Australia. Harmony Day is cara orang-orang Australia menyambut pelbagai jenis budaya, tak kira dari benua mana sekalipun tanpa mengira bangsa ataupun agama dan juga merapatkan jurang diskriminasi. Setiap tahun ada pelbagai tema and tahu ini mengambil tema Everyone Belong.

Untuk acara disekolah Danish, a small assembly diadakan untuk mempersembahkan beberapa hasil kerja student dan lepas tu ada small parade yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang ada disekolahnya. Warna oren adalah warna untuk Harmony Day so pelajar kena pakai baju berwarna oren.

Tahun lepas, Danish dah pakai baju Melayu untuk perarakan tapi tahun nie die malas nak pakai sebab lepas habis parade, nak kena salin baju sekolah pulak so die malas, just let him wear orange shirt aje. ADa la 5 orang wakil anak-anak Malaysia, terdiri daripada Fahmi, Najlah from Kak Shidah's, Humaira' from Hisham's dan juga Amar from Izzah's serta Danish.

Ada ramai juga yang mempamerkan persembahan kebudayaan mereka disini. Baju-baju mereka pun cantik-cantik. Memang bagus cara macam nie, so the students tahu serba sedikit tentang budaya lain. After selesai parade, Daddy Jack kena bagi talk dalam kelas Danish about our culture and the students enjoy giler dengan apa yang dipersembahkan untuk mereka.

Wednesday 28 March 2012

Twilight Sports Day 2012

Minggu lepas, selamat berlangsungnya majlis sukan di sekolah Danish. Suppose this week, tapi dicepatkan pula, tak tahulah kenapa. Dengan cuaca yang sejuk, nak juga dibuat acara sukan nie. Budak sekolah seronok ler, berlari sana sini, yang tak syoknya mak ayah yang kesejukan.

Dah 2 tahun dah Danish merasa suasana sukan di sini tapi acaranya tetap sama setiap tahun, selalunya cara untuk junior primary agak ringan sikit berbanding dengan senior. The lady in white tu is Danish's Principal, Meredith namanya. Dia nie ada masalah pendengaran sikit, not pekak cuma die tak boleh dengar jauh aje but die mmg mentioned in every newsletter that kalau kita tegur die, if die tak jawab, bukannya die sombong, tapi tak dengar. The boy in blue shirt is Danish's bestie, Brody namanya. Memang rapat sangat dengan Danish, berkepit sentiasa.

Dah 2 tahun, Danish memakai baju merah tapi kali nie kena pakai baju hijau pula. Dahlah we all nie memang kurang baju hijau, tak banyak pun and nasib baiklah ada sehelai baju yang elok sikit ni. Tak payah nak beli baju baru pulak.

Kak Shidah and Hisham pun ada juga turun padang menyaksikan anak-anak mereka beraksi di padang. Kalau tidak, ada aje Kak Azie dan Surah sekeluarga disini tapi bila Aqil dan Ika dah join sekolah lain, so tak meriah la sikit.

Acaranya memang sama aje, setiap tahun but still the children were happy and have so much fun with their friends while the parents boleh tag along, have some chit chat and coffee.





Ni satu game yang baru, perlumbaan kerusi roda. Nak gelak pun ada juga, macamlah tak ada game lain.




Acara yang paling Danish tunggu, lumba lari. Tahun lepas, dapat tempat ketiga tapi tahun nie dapat first place. Well done, Danish. Seronok sangat die bila dapat nombor satu.

End of the acara sukan, satu acara khas untuk pelajar tahun akhir that is Tug if War, ala tarik tali lah. Then ada juga perlawanan antara teachers and parents, so dah 2 kali berturut-turut mak ayah aje yang menang.

Untuk mencukupkan acara habis sampai pukul 7, acara larian untuk ibu bapa pun diadakan. Entah kenapa, tiba-tiba Daddy Jack nak joined pulak...tak sangka ada bakat terpendam rupanya. Lari punya lari, dapatlah tempat ketiga. Good job, Daddy Jack.

Ryan pun seronok main-main di padang berlari sana sini, melompat dan juga berpiknik di sini. Mmenag penat sebab we all start datang and duduk di sekolah dari pukul 12 sampai pukul 7 petang. Balik rumah aje, terus lah Ryan tertidur kepenatan.

Danish and his first prize ribbon. Kat sini one thing yang I noticed, bila acara sukan nie ni hadiah yang fancy-fancy, even medal pun tak ada. Rasanya kalau kat Malaysia tu, bila acara sukan aje, startlah sekolah minta derma atau sumbangan dari ibu bapa untuk beli hadiah, dan hadiahnya pun bukan calang-calang siapa ada piala dan juga medal. Hmm, I belum merasa lagilah bab-bab sekolah minta derma nie sebab Danish will be sekolah di Malaysia pun start tahun depan, bersilat la jugak I nak sediakan macam-macam sumbangan untuk sekolah yer.

Sunday 25 March 2012

Aduh, panik ni

Hahahahha, family inlaws sampai hari nie, melawat anak, menantu dan juga cucu-cucunya selama 3 minggu. Dan 3 minggu itu jugalah menguji kehebatan menantunya ini. Orang semua seronok bila ada keluarga nak datang melawat mereka di oversea, tapi pada I, seram sejuk dah nie. Mana taknya, I mna pernah masak dan jaga family inlaws nie walaupun I pernah tinggal dengan inlaws selama setahun selepas berkahwin, sampailah Danish lahir. Balik kerja, semua dah terhidang atas meja, lepas makan, kemas meja and basuh pinggan..terus masuk bilik sambung tgk tv, menantu hantu sungguh la I nie. So, 3 minggu ini, I akan membusykan diri dengan melayan inlaws yang datang yer.

Friday 23 March 2012

Kalau datanglah rajinnya tu

Hahaha, sesekali try menu baru kan...Ayam Rebus , resepi dari Ibu. Bosan juga kalau ayam asyik masak kari, kurma atau lemak cili api...sesekali nak try juga masak yang simple macam nie kan.

Bila mood terlebih rajin, nasi karot dan juga Ayam Panggang Rosemary ikut resepi Kak Nor haruslah dicuba. Tambah sedap tak guna rosemary kering, tapi rosemary fresh yang ditanam di belakang rumah nie, ohh, lagilah bertambah sedap, kan.

Sini susah nak cari ikan kembung nak buat kuah laksa, kalau teringin tu kenalah cari ikan mackerel @ tenggiri untuk dibuat kuahnya, jadilah asalkan ada rasa. Nak memaskan tekak aje, nak sedap, balik Malaysia la jawabnya. Now, ada My Adelaide's gang yang ajar guna ikan tuna chunks dalam tin untuk buat kuah laksa ie, hmm bolehlah cuba nak masak laksa Pahang pulak la.


Thursday 22 March 2012

Bosan juga makan dlm rumah

Tak nafikan sesekali bosan juga makan dalam rumah, nak juga terangkan minda makan di luar aka piknik nie kan. Tapi kalau nak piknik sekeluarga pun bosan juga so ajaklah Kak Azie and Surah sekeluarga untuk join piknik kami. Masing-masing bawa makanan sendiri, then share sama-sama. Anak-anak pun suka bila dapat berkumpul macam nie, main sepuas hati, like tak ada hari esok dah. Dah kenyang, berhenti sekejap sambung borak-borak then makan lagi sampai lah daj rasa sengkak perut. Hmm, habis aje Autumn nie kenalah duduk hibernate dalam rumah aje sebab Winter is coming ...sejuk la nak berpiknik-piknik nie..huhuhuhu.

Tempat makan baru

Balik dari Adelaide Crows Meet the Fans session, perut pun terasa lapar. Daddy Jack nak ajak singgah kat Westlakes Plaza tapi rasanya setakat makan kebab/yiros pun tak syok juga, nak cuba makan di tempat lain pulak lah. Ada my Adelaide's gang suggest satu tempat baru nie, rasanya dah dekat dah dengan West Lakes ni.

Kebetulan orang pun tak ramai, just us sahaja, rupanya dah pukul 3 so semua orang dah lunch la, kami aje yang baru nak lunch. As always, Middle East food nie tak lain hanya kebab and nasi aje. Di Adelaide mmg tak banyak pilihan makanan, balik-balik yiros, Middle East food, and baru-baru nie baru tahu OPORTO tu fully Halal. Itu ajelah.

The boys love the nasi, not dry, mmg moist sangat nasi die. I memang suka makan nasi Arab-Arab nie, ada kelainan pada nasi dan juga the meat. Dah a fews tempat makan Arab di Adelaide ni yang we all dah cuba makan, semua berbeza rasanya, tiada satu pun yang sama.

Semua pakat order nasi, instead of kebab sebabnya dah kelaparan sangat. I just share aje dengan the boys cos ada undangan lagi lepas nie. Tak mahu makan banyak-banyak nanti kat rumah kawan tu tak makan pulak, kecik la hati dia kan. Penat-penat masak untuk menjamu tetamu tapi tetamu tak nak makan pulak.


Wednesday 21 March 2012

Farmers Union-Adelaide Crows Fans Day

Musim footy dah bermula bila nak masuk winter nie. So, untuk memulakan sesi perlawanan, they having their meet their fans day session. Daddy Jack bukannya boleh kalau ada benda-benda yang melibatkan sukan nie, kena pergi itupun kalau tiada yang menghalang.

Cuaca yang mulanya nampak mendung aje tiba-tiba menjadi mendung menjadi cantik dan panas sedikit. Sedap juga berjemur dibawah matahari dengan angin pun agak sejuk sikit but still boleh memakai baju nipis sahaja.

Macam-macam permainan ada disediakan untuk kanak-kanak tapi bila tengok likaran line orang beratur yang agak panjang, so we all decided tak payah la nak main all the slides semua, just lepak kat padang tu main footy ajelah.

Sesi yang informal dengan para pemain footy sampaikan tak tahu mana satu pemain dengan orang yang ramai tu sebab macam lebih kurang sama aje tambah pula bila masing-masing memakai baju yang seakan-akan sama aje. Tapi mmg nampaklah perbezaannya bila pemain footy nie badannya gagah semacam aje, kan so we guessed itulah pemainnya.

Jangan tanya I siapa nama the player, seorang haram pun I tak tahu. I just ikut Danish pergi ambik signature and ambilkan gambarnya sahaja.

The players pun supporting juga melayan all the fans, bukannya sorang dua yang datang nak bergambar dan juga nak dapatkan signature, tapi masih boleh tersenyum dan juga melayan karenah peminat mereka.

There's a lots of entertainment, like free face painting. Ryan biasalah taknak mencuba, but Danish tetap cool mencuba his monster face painting sampaikan Ryan pun takut tengok muka Danish.

After nearly 2 hours we spend out day here, so masa untuk pulang. Tapi tak terus balik rumah, singgah makan dululah sebab memang kalau I balik nak masak memang tak larat dah, letih sangat. Lagipun petang ada undangan pula dari our new Adelaide's gang so mmg tak balik sebab malas nak keluar balik.