Nuffnang Ad

Showing posts with label the boys. Show all posts
Showing posts with label the boys. Show all posts

Wednesday, 22 February 2017

Birthday celebration

Cerita dah basi dah ni..January lepas Alhamdulillah, bertambah sudah umur I. Sedar dah diri dah tua, anak yang sulung pun nak ambil UPSR tahun ni. Tahun ni sambut birthday time buka sekolah, so memang agak kelam kabut la, even tak terpikir pun nak celebrate mana-mana tapi Daddy Jack yang usahakan sendiri, beli cake and bunga, hantar di office walaupun dah nak balik dah time tu. Balik pun dah siap dah some preparation bersama-sama anak-anak juga.

Daddy Jack even berpakat dengan Kak Tutik untuk menyediakan pelbagai juadah untuk makan malam..mee kari kegemaran anak-anak, pastu beli kuih muih dan juga ayam panggang Ayamas. Meriah betul nak makan kami sekeluarga.

Hadiah yang paling comel and sweet sekali. Sanggup Daddy Jack mengorbankan his LEGO figurine sebab nak jadikan some token of appreciation


Bukan sahaja, kawan-kawan dan ahli keluarga yang hantar msg dan ucapan harijadi thru email, twitter, IG, FB dan juga Whatsapp, Kak Tutik siap hantar sms lagi ucap Selamat Hari Jadi...huhuhuu terharu dibuatnya.

Wednesday, 13 November 2013

The fussy eater

Ryan seorang yang sangat fuddy pasal makanan, tak tahu apa makanan yang membuka seleranya. Tak macam Danish, lauk kari menjadi pilihan so tahu dah kalau ada lauk kari memang laju aje makannya. Ryan tak pasti apa makanan yang membuatkan dia akan hadap sepinggan nasi. Dia pelik sikitlah berbanding Danish, yer la, setiap anak mana boleh sama minatnya. Antara yang menjadi favourite Ryan adalag roti croissant, esp yang plain. Kalau selalu we all keluar minum kopi di bakery, roti croissant akan menjadi pilihannya.

Dapat roti plain, memang lajulah makan tapi lepas-lepas tu dah sudah tak makan pulak. 

  Lollies dan chocolate jangan cakaplah, memang berhantu

Satu yang I nampak Ryan ni minat sangat makan adalah plain pasta. I just rebus then campurkan butter untuk kasi rasa sikit. Yang ini memang dia laju makan, especially pasta yang ada pattern atau shape sikit.

Hah, yang ni berselera sikit dia makan, walaupun plain aje. Lately nampak dia berselera sikit makannya sebab mungkin dah mula bersekolah di Malaysia, so letih dan penat after seharian duduk di sekolah.
 

Thursday, 18 July 2013

Movie time

First time nak mencuba bawa Ryan untuk tengok wayang ni. Dulu pernah bawa Danish tengok wayang tapi cuma bertahan hanya 30 minit dalam tu pastu mengamuk nak keluar, so lepas tu tak berani dah bawak. Ryan pun ini bukan kali pertama, masa balik Malaysia a few times dulu pernah juga bawa pergi tengok Cars 2 kat The Gardens, ingatkan bolehlah diam sebabnya dia mmg minat Cars tapinya idak jugak, habis main tangga. Kita ni beria-ialah booking yang Gold Class punya cos tak nak ada gangguan to others yang tengok tapi tak senang juga dibuatnya.


Kebetulan pula cerita Monster University tengah hangat di wayang sekarang ni so nak try la jugak tengok wayang di Adelaide ni. Ada my Adelaide's gang yang biasa bawa anak kecik katanya wayang kat sini okay aje, they all tak kisahpun if ada yang buat bising  cos ianya untuk tayangan budak-budak so tu yang cuba tu.

Sempat juga beli popcorn dan juga showbag yang penuh dengan Monster University merchandise items dalam tu. Beli satu ajelah cos nanti share aje.

Sebelum wayang mula, dah makan popcorn sampai tinggal setengah bekas, haishhh...kang kena beli lain pulak jawabnya.

Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Ryan and Danish enjoy habis te ngok movie tu. Cumanya Mummynya aje yang terlelap kejap cos keletihan kena bangun pagi-pagi. Its was a good movie for a kids. Hope sempatlah we all all beli blu ray 3D sebelum balik Malaysia nanti.
 

Wednesday, 17 July 2013

Kembali lagi, Australia Toys Sale-Target

Haaihhh ingatkan dah nak balik ni, taklah keruan sangat bila akhir bulan June ni sebab Toy Sale bermula ataupun dah start insaf ler bila tengok toys dah berlambak-lambak, yang dah bukak ataupun belum bukak hasil 3 tahun yang lepas, rupanya idak jugak. Masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Setiap kali toy sale, paknya yang sibuk mengkaji sana sini, tengah malam buta dok belek Ipad, ingatkan baca journal atau buku rupanya belek katalog toys dan juga merancang strategi. Haishhhhh !!!!

Seawal 7am..yer 7 pagi yer we all dah tercacak di Target ni, dahlah tu first customer pulak tu. The boys pun excited, masing-masing bangun awal then terus berbaju sekolah cos lepas tu terus hantar ke sekolah. Orang Aussie pun tak secepat ini bila Toys Sale bermula.

Ryan memang suka tengok cartoon Doc McStuffin tapi takkan nak belikan patung ni jugak, kan. Dah jom kita tengok toys yang lain pulak yer, Ryan.

Satu lagi yang tidak boleh dibeli sama sekali, Peppa Pig toys walaupun Danish and Ryan memang memeinati Peppa Pig show here tapi tak bolehlah anak oiiii.

Lepas ni birthday Ryan nanti kita celebrate guna ni ajelah, buat pesta air. Sure budak-budak suka

Bila Danish dan Daddy Jack dah bergabung tenaga especially bila LEGO section, hmmm habisler. Bertenggek lama kat sini dok belek katalog, pastu belek kotak. Pastu dah pilih letak dalam trolley, then pilih lagi, naik berjam menunggunya. Itu belum bab anak nak bapak tak bagi ataupun bapak yang sibuk suruh anak ambik tapi anak tak nak.

Kebetulan pula some of the SA yang turut sama sporting berpakaian ala-ala cartton character disini, sempatlah juga the boys bergambar bersama Cleopatra, Jedi, Minnie Mouse dan juga Wonder Woman.

Ada juga Supergirl, Indiana Jones serta Cinderella yang bertugas sebagai cashier.

I suka tengok cubby house ni, if ada laman yang luas boleh letak satu, senang budak-budak nak main diluar rumah. Tambah yang macam ni siap ada picnic table lagi, so makan luar pun boleh juga.

Patutlah backyard rumah orang Aussie ni besar-besar kalau dah mainan outdoor gedabak mcm ni.

 Dah nak bayar di kaunter, sempat lagi dia pi ambik mainan untuk dia.

Hah, dah penuh trolley baru teringat nak lewat nak masuk sekolah masing-masing. Mujur cashier tak ramai orang so terus bayar, masuk dalam kereta then tak boleh bukak semua mainan tu, nak simpan untuk bawa balik Malaysia terus.

Disebabkan semua bangun awal-awal pagi so semua tak sempat breakfast, kena breakfast dulu di Michel's yang berdekatan. Dah settle semua makan minum, hantar pi sekolah dan juga kindy.

Thursday, 4 April 2013

Harmony Day 2013

Setiap tahun, Australia akan merayakan Harmony Day pada 21 March. Harmony day ini bertujuan untuk memupuk budaya yang majmuk diantara pelbagai kaun yang ada di Australia ini. Warna tema untuk hari Harmoni adalah oren. Setiap tahun, sekolah Danish tak lupa untuk merayakan hari ini. Kali ni, Ryan pun berkesempatan untuk merayakannya juga. Ryan terlebih excited, his kindy teacher minta pakai baju warna oren tapi bila Danish pakai baju melayu, bersampin and bersongkok, die pun nak pakai juga. Bila sampai di kindy, teacher pun pelik. After terangkan about it, barulah cikgunya perasan, kenapalah tak buat mcm tu juga, suruh budak-budak pakai their own traditional costume.

Sambutan Harmony Day di sekolah Danish bermula at 12pm, sebelum lunch. Me and Daddy Jack berkesempatan untuk pergi meraikannya bersama. Masa we all sampai, Danish baru selesai his PE dalam gym. Disebabkan hujan diluar, so the parade akan berlangsung di dalam gym ajelah. No outdoor parade like selalu.

Kali ni meriah jugaklah sambutan Harmony Day di sekolah Danish, ada pelbagai jenis pakaian traditional yang dipakai oleh anak-anak dari pelbagai kaum. Ada yang from Korea, Sri Lanka, Mexico, Italy dan juga anak-anak Melayu yang sangat cantik berbaju kurung dan juga berbaju melayu.

Tahun ni tahun terakhir Danish merayakan Harmony Day disekolah ini, lepas ni balik Malaysia sambut Hari Kebangsaan pula la yer setiap 31 August.


Cikgu kelas Danish , Miss Natalie yang menggantikan Miss Shaw yang bersalin. Belum berkesempatan lagi untuk bertemu, having a casual chit chat with her. But selalu berkomunicasi thru communication books sahaja regarding Danish's progress.
 

Friday, 29 March 2013

KidsFringe

I always dapat notifications if ada kids activities in Adelaide, since dari dulu lagi, tak ingat pulak mana dapat info ni. Tapi dulu jarang bawa the kids join the activities sebab masih menyesuaikan diri lagi dengan suasana disini, then tahun 2011 asyik berulang alik balik Malaysia aje so banyak activities yang terlepas. So, waktu-waktu last di Adelaide inilah peluang yang ada untuk menyibukkan diri dengan pelbagai jenis activities yang ada.  Danish dapat off day after his sports day so we all pun nak join of the activities during the Fringe Festival yang melibatkan kids. I nampak info ni di library di sebelah kindy Ryan. Ryan pun terpaksalah ponteng sekolah kerana ini.

Entrance fees hanya untuk kids for $15 per kids and parents is free. We all antara yang awal so taklah ramai lagi, just a fews parents and kids sahaja. Tak sah kalau tak ada Mr Ballon di setiap kids activities di Adelaide ni. I suka tengok cara the ballonmaker melayan kanak-kanak dan cara mereka membuat ballon based on apa yang kids minta. Its so creative. Malaysia belum ada lagi, cos we all pernah hired a ballonman untuk birthday party dulu, hopefully sekarang dah berubah dan dahpun semakin creative.

There is section for mini sports mcm chess, basketball, ball hop and bermacam jenis sukan lagi. The boys tried everything yang boleh, baru satu tempat dah berpeluh-peluh. Cuaca pun agak panas dan berlengas rasa badan.

Then ada drawing and colouring activity. Rupanya ada satu session khas untuk drawing session ni, its African mask colouring session. The kids will colouring and designing their own mask based on African concept. Semua bahan disediakan termasuklah mask itu sendiri. The kids akan luahkan their creativity like colours and decorations as well.
 
There is also a Mini Zoo, tak ada haiwan hidup pun just their skins aje. Danish suka sangat mempelajari ilmu haiwan ni, dah berapa kali ajak ke Adelaide Zoo tapi belum berkesempatan lagi. Ada my Adelaide's gang yang disini kata mahal sangat entrance fees nya and tak best, well tak sure la. Nanti nak jenguk jugalah if ada special offer ataupun any interesting activities then baru boleh pergi.
 
 
Ada juga disediakan live entertainment show for kids and families. The kids boleh sama-sama naik atas pentas, sing along together and also menari-nari atas stage tanpa ada halangan.
 
Ada satu activity yang the boys nak sangat join, tapi kena tunggu turn so nak kena cari activity yang lain dulu. Nampak booth face painting tak ada orang so kita buat face painting dululah. Danish dah biasa buat face painting ni tapi Ryan dulu tak nak, takut sangat. Tapi sekarang dah tak jadi masalah, mungkin dah besar, kan. So first time Ryan buat his face painting and die pilih dragon as his first facepainting.

Hah ni la class yang the boys tunggu-tunggu. Tak sabar nak masak sebab selalu sangat tengok My Kitchen Rules and Masterchefs.  Its a simple cooking class, no baking at all. Just mini prep but nampak sedap.

Their making a muesli , just gunakan bahan-bahan kering aje, Nampak simple sangat bila the chef bagikan the ingredients kepada the kids. And I was so silly, tak salin pun cos until now lupa sangat bahan-bahan tu. Apa yang I ingat letak weet bix, fresh milk and honey. Tapi bahan-bahan sampingan yang lain terus lupa. Grrrrr.

Last activity sebelum balik is Art and Craft. The bosy busy membuat musical instruments. Masing-masing pilih guitar, so Daddy Jack menunjukkan kebolehannya membuatkan gitar for the kids menggunakan recycle materials yang ada disitu.

 Hasil guitar made by Daddy Jack. So the bosy berposing as rockstar la pulak yer.

My Ryan yang datang Adelaide hanya berusia 1 1/2 tahun and now dah nearly 5 years old dah. Melihatkannya membesar di depan mata, makes me like happy. So close dengan I, hopefully I masuk kerja and he boleh adapt my situation nanti.


My boys and me. The time flies so fast. 5 months to go before I masuk kerja balik. Huhuhuhu. Kena spend banyak masa sekarang  ni dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Even we plan to travel more than just lepas kat shopping mall. Dah plan mana nak pergi and during school holiday nanti pun dah kena pikir apa yang nak dibuat untuk mengisi masa lapang nanti.