Nuffnang Ad

Thursday 28 September 2017

Shooting his first ad

Citer tahun lepas lagi ni, tapi terlambat sedikit la nak update. Dalam diam, Danish ni pernah mendapat tawaran berlakon iklan. Daripada gambar ni, so adalah pihak yang berminat nak mengambil Danish menjadi pelakon iklan.

Sesi iklan didijalankan sebelah petang, so balik sekolah awal la sikit sebab nak shooting area Bandar Utama. So we all sampai, then disambut oleh crew produksi yang baik.

Siap pelawa lagi we all makan, and makanan pun sedap sangat.

Hari panas so beberapa shot kena diambil berkali-kali. Sebabkan panas takut the boys kena heat wave pulak.

Bila keadaan dah mula redup sikit, so shooting diteruskan lagi. Entah berapa kali take sampai letih bebudak ni berlari ke sana sini.


Tak puas hati, produser akan shoot lagi sampai perfect. Bebudak yang main bola pun sampai jdi letih sebab kena berlari entah beberapa kali.

Sambung pula dengan minum petang. Danish berlakun dalam iklan Coway, tahun lepas juga dah disiarkan iklannya. So lepas tu we all pun ambillah penapis air Coway juga, kasi support la product yang ada anak kita, kan.

Wednesday 20 September 2017

Hujung minggu ku

Hujung minggu sejak dah boleh kembali bermain bola di normally di rumah ajelah, jarang nak keluar sebab ada training and juga game. Kalau tak keluar, mengemaslah ceruk mana rumah yang patut dikemaskan. Macam minggu lepas, habis kita mengemas pantry, mana yang dah expired tu semua kasi buang.

Ryan selalu training pukul 10am, tapi minggu ni Danish kena attend extra class, exam masih belum habis lagi...PSRA pula pada 25-29 September ini, lepas tu boleh la main bola juga disini.

Lepas habis training, mencari breakfast pula. Tak ke mamak kali ini, ke gerai berdekatan rumah sahaja untuk makan roti bakar telur goyang.

Berdekatan gerai tu, ada kedai runcit, saja la menyinggah cuci mata, ternampak pula menjual kerang di pasar basahnya. Lama betul tak makan kerang so beli dalam sepinggan, balik terus buat kerang rebus aje. Cicah dengan sambal kicap, mak aiii sedapnya. Harga kerang pun dah melampau mahalnya sekarang ni, sekilo aje dah hampir RM15.

Dah petang sikit, saja pergi jalan-jalan area Wangsa Walk. Ternampak pulak kedai manipedi, lama juga tak buat so sementara Daddy Jack bawa anak-anak ke tempat lain, I spent my me time kat sini la kejap. Bersihkan mana yang patut, then nampak cantiklah sikit kuku kaki dan tangan ni hah. Selalu comot aje nampaknya.

Tuesday 19 September 2017

Final bola Mas vs Thailand

La, ingatkan dah habis dah pasal sukan SEA yang lepas rupanya ada satu terrselit entry masih dalam draft. Okay, mengenai perlawanan akhir bolasepak, Ibu Pingat katanya, antara pingat yang dinantikan. macam semi final lepas, beli online tapi entah macamana bila final ni kena beli tiket di kaunter pulak. Tengok kat FB orang dah start beratur seawal jam 12 tengah malam lagi dah.

Daddy Jack pun tak ketinggalan nak pergi beratur, keluar seawal jam 6am, lepas Subuh dah berangkut ke Stadium Shah Alam. Suasana pagi pun dah ramai orang yang turut beratur sama.

Akhirnya after dekat 9 jam berada di Stadium Shah Alam, dapatlah Daddy Jack 4 keping tiket untuk final bola. I tak ikut, tengok keadaan di stadium punyalah ramai orang nak membeli tiket, sampai adanya rusuhan dan juga beberapa perkara yang tidak diingini.

Sampai rumah aje, Daddy Jack kelaparan, sebab beratur sampai tak sempat nak makan so we all ke Foodtruck ajelah simple and mudah aje.


Makanan simple ajelah, kesian Daddy nak makan pun macam tak larat cos penat sangat beratur dan kena tolak dan himpit-himpit.

Pagi masa hari perlawanan, pukul 7am Daddy Jack dah cakap lapar sangat so kena NZ la kita makan roti canai sementara anak-anak masih tidur lagi.

Hadiah harijadi Daddy Jack sampai awal. Selalu sebut nak air purifier dari Coway ni, so kita hadiahkan la juga satu untuknya. Ingatkan kecik aje, sekali sampai besar godang rupanya. Ni macam sedut orang pun boleh agaknya.


Sebelum ke stadium, kenalah makan tengahari dulu, bukannya nak menyinggah mana-mana takut jalan jem nanti, so masak simple lunch ajelah.

We all keluar rumah menuju ke stadium dalam pukul 4 petang, itupun dah jem dah ke arah Stadium Shah Alam, tapi masih boleh bergerak perlahan-lahan.

Suasana tak sama macam we all pergi masa semi final lawan Indonesia tu, suram aje semuanya. Even croed pun tak ramai.

Kali ni suasana as geng Ultras Malaya memboikot perlawanan akhir atas ketidakpuasan hati penjualan tiket kepada orang ramai, memang nampak sangatlah hambarnya persekitaran pada malam itu.


Daddy Jack dengan caranya yang tersendiri, tapi kali ni tak ada geng yang satu kepala yang join so agak terhad sikit lah pergerakannya.

Nak support beria, I suruh turun bawah ajelah, malas nak tengok dia naik hantu. Dia cakap I ni geng kuaci, tak cukup kuat nak menyokong team bola Malaysia.

Bila dah naik hantu, macam ni la gayanya Daddy Jack, sebab tu I malas pergi tengok bola dengan dia ni.

Perlawanan yang ditunggu tapi kita hanya mampu dengan pingat perak sahaja. Ramai di stadium agak frust, sampai ada yang sanggup beli tiket mahal-mahal untuk menyaksikan perlawanan ini.

Apapun, Tahniah buat team Malaysia kerana memenangi pingat Perak acara Sukan SEA kali ini.

Esoknya, sambung pula dengan soccer training the boys, memikirkan dalam cuti sekolah so semua dapat berkumpul macam ni. Dah lama juga tak melepak kat tempat biasa kita lepak macam dulu. Bila dah berkumpul macam ni, memang riuhlah dibuatnya.

Tengah-tengah melepak tu, tetiba datang pulak crew TV3 nak buat temubual dengan beberapa orang awam, sekali datang pulak crew nak interview Daddy Jack.

Tak sempat nak tunggu malam tu, keluar masa Nightline. Mujur ada kawan yang tolong record kan. Ni kali kedua keluar TV kena interview, dulu masa balik Raya from Adelaide kena interview juga, stesen TV yang sama juga. 

Sunday 17 September 2017

Life over the weekend



Kalau hujung minggu, selalunya melibatkan aktivit bermain bola la. Sabtu selalunya melibatkan Ryan aje manakala Ahad selalunya Danish akan ada tournament. Tapi beberapa bulan sebelum UPSR, semua aktiviti bola diberhentikan buat sementara waktu, sebab nak bagi tumpuan pada exam pula. Ni baru 2-3 hari bersambung balik, maklumlah UPSR dah selesai.

Walaupun UPSR dah selesai, tapi masih ada satu ujian lagi dalam masa 2 minggu ini, PSRA pula. Tak apalah, kita bersusah bergelut dengan exam, lepas tu dah boleh berhuha huha dah, kan.

Then, balik singgah potong rambut kejap, dah nampak serabai sangat dah sebab sibuk dengan study.

Pagi Ahad selalunya ada tournament. Selalunya game dalam pukul 10 ataupun 11 so menyinggah la beli kopi dulu di Starbucks.

Balik game memang selalunya akan lapar, and we all para mak pak akan menyinggah dulu lepak-lepak makan lunch di Centrepoint. Situlah tempat lepak kebiasannya, sambil makan nasi daun pisang.

Tapi sekarang, team FCKL U12 dah tak macam dulu lagi, dah berpecah 2 dah so ada yang ke Team A dan ada yang ke Team B, so still berjumpa di padang tapi macam tak semesra macam dulu. Dulu masing-masing support anak-anak U12 tapi sekarang kejap sorag pergi support sana, sorang pergi support sini pulak. Tapi nanti akan berlawan di antara satu sama lain. Masa tu tak tahulah macamana kan, bila mereka berlawan antara satu sama lain.

Tuesday 12 September 2017

Air Asia Cup Musim 2


Walaupun kononnya dah janji untuk stopkan Danish daripada semua game bola sampailah UPSR, tapi tak sampai hati juga bila Coach Akim msg minta Danish main untuk juga untuk season ke 2, Air Asia Cup League. So we all pun benarkan Danish main, untuk satu game aje after than rehat untuk UPSR. So, sebelum pergi game, sempatlah breakfast roti telur goyang dulu.


Game bermula pukul 11 am, suasana pun elok dengan cuaca yang agak mendung sedikit. Angin pun sikit-sikit aje rasa. Since team asal FCKL dah berpecah 2, so untuk league kali ni agak rasa tak begitu best sangat especially bila bergabung dengan bebudak yang kita tak kenali lagi.

Perlawanan pertama melawan SKBD memberikan kemenangan yang besar 6-0. Satu permulaan yang baik buat FCKL U12 Falcons

New members, new coach and new environment. But, so far so good, the players can tag along semua sekali. Actually, new members for others bt to Danish, some of them ni pernah main satu team masa di Goal Academy dulu.

Seperti biasalah, balik lepak mamak dulu pekena nasi daun pisang after dah lama sangat terasa nak makan.

Kat Centrepoint ni juga ada kedai menjual pinggan viral macam di Central Market tu. I just pusing tengok-tengok ajelah, tak membeli pun. Cantik memang cantik, tapi tak tahu kalau beli nak letak celah mana dalam kabinet tu dah.



Sunday 10 September 2017

Esok harinya


Esok, my anak sulung Danish Imran akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 11 Sept - 14 Sept 2017. Saat ini hanya perasaan I aje yang tak menentu dibuatnya. Teringat saat awal tahun, mengambil gambar untuk sesi pendaftaran peperiksaan UPSR, and now tahu-tahu dah nak sit for the exam.

Peperiksaan yang berkonsepkan HEBAT untuk kali kedua, harap ianya taklah seteruk seperti tahun lepas.

Di awal-awal tahun dulu, ada lah subjek yang dapat releasekan tension juga like Seni tapi bila dah masuk penggal kedua, dah terus buat subject core sahaja.

Danish juga not only sit for UPSR, PSRA pun sama juga tapi selang seminggu sahaja dari UPSR. Perlu membuat hafazan beberapa ayat so I pun kenalah bagi semangat untuk habiskan semua ayat-ayat hafazan tu.

Setiap malam, I akan temankan Danish belajar di dalam bilik, sambil tu bacalah buku atau buat kerja. Bagi semangat sikit pada dia, kan.

Ada sekali tu tak begitu sihat, tapi since banyak revision nak kena buat, I pun temankan dia juga. Nak suruh rest, tak nak sebab fikirkan homework.

Taklah paksa dia untuk mengadap buku and revision 24 hours kan, sesekali tu kena lah bagi bersukan dan juga bersantai juga, tapi ada hadnya la, tak lah sampai seharian tengok TV. Normally, Danish akan choose untuk menonton bolasepak ataupun sukan channel aje.

To all the readers, saya memohon untuk mendoakan anak saya Danish Imran yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Minta doa agar semua urusan dipermudahkan, lapangkan dadanya untuk menjawab semua soalan.