Nuffnang Ad

Monday 30 March 2015

Travel matters

Bulan lepas we all dah merancang untuk pergi ke satu tempat, sempena cuti sekolah and then anak-anak kena ambil extra cuti seminggu untuk our vacation ni. Dah berapa kali tangguh, so kali ni tak boleh nak tangguh lagilah jawabnya. Takut nanti kalau tangguh lagi, entah-entah terus tak pergi langsung kan. So, after dah berbincang and survey flight semua, so MAS tetap menjadi pujaan kami sekeluarga.

Beli terus tiket di kaunter, nak beli online asyik ada gangguan aje. Lagi mudah beli tiket di kaunter, teruslah buat visa sekali.

Anak-anak tak tahu ke mana arah tujuan percuatian kami sekeluarga ni, nak bagi mereka surprise. Cumanya mereka tahulah yang mereka akan ponteng sekolah selama seminggu.

Nak sejukkan diri sikitlah kan, kat Malaysia sekarang ni tahap panas berdenting, so kita nak rasa suasana sejuk macam dulu jugaklah.

Petang sebelum we all bertolak tu, sempat lagilah untuk menukar duit sedikit buat belanja di sana. Currency sekarang agak menurun sikit berbanding dulu, so banyak la yang kena berjimat ni.

We all bertolak pada 13 March lepas, lepas budak-budak balik sekolah, siap-siap then terus ke KL Sentral untuk menaiki KLIA Express ke KLIA. Kali ni tak ada yang menghantar ke KLIA cos masing-masing ada urusan so kita pergi naik train ajelah senang.

Sampai KLIA pun agak cepat, pintu pun belum buka lagi so kita check in dulu, then nak terus masuk balai berlepas untuk kita makan sebelum fly. Light traveller kata Daddy, just bawa 2 beg, itupun dalam salah satu beh tu ada beg kecil yang kita isi macam-macam barang.

Makan di satu cafe di dalam tu sementara menunggu gate dibuka. Mee kari menjadi pilihan.

Flight malam ni best, cos nanti the boys akan tidur aje sepanjang malam and dah nak sampai dstinasi tu barulah mereka sedar.

Dekat setahun jugaklah selepas balik Adelaide tu we all jarang travel jauh-jauh ni tapi Ryan dah tahu dah, duduk aje terus nak cari game.

Flight pun tak berapa penuh, ada beberapa kerusi yang kosong. Ke manakah destinasi kami sekeluarga kali ini...tungguuuu !!!!!!
hehehehehehehheeh


Saturday 14 March 2015

Ampang Point

Hujung minggu macam ni gayanya, samada di padang bola atau ke kedai mamak untuk breakfast, tak pernah lagi pergi mana-mana kedai lain untuk breakfast, Mamak ajelah yang senang.

Sementara menunggu the boys main bola, sempatlah membaca novel sambil mengunyah kudapan anak-anak-anak...haishhh, manalah tak gemuk.

Balik from soccer training, teringin pulak nak mkan ice cream kelapa di Ampang Point Dulu pernah makan masa perfi satu food festival ni, tapi tak cukup, bila nak beli lagi tengok orang penya beratur mak aiii, panjang sangat.

Sedap makan dengan topping macam-macam ni, especiallly jagung and kelapa parut.

Singgah Harvey Norman, nak beli iron cos yang we all bawa balik from Adelaide dulu dah rosak. Syok juga lihat banyak barang-barang electrical yang moden-moden kat sini, dah banyak masuk wishlist ni

Thursday 12 March 2015

Gelagat anak-anak

Dah nak masuk cuti sekolah dah, baru terhegeh-hegeh nak upload hal anak-anak. Semenjak dah ada 2 anak yang masuk alam persekolahan ni, memang tak tentu arah nak uruskan hal sekolah dan juga rumah. Ryan dah Darjah 1, tapi masih lagi nak membiasakan diri dengan homeworks while Danish dah okay dah tapi sekali sekala masih tak boleh nak melupakan Adelaide juga.

Kadang tu tak ada kerja macam ni la jadinya. Sejak dulu lagi Ryan ni suka sangat menyonteng sana sini, tapi mujurlah tak pernah nak conteng dinding. Terbaru, habis casing powerbank I dicontengnya.

Tahun ni we all pastikan semua anak-anak sembahyang berjemaah sama-sama. Kat sekolah pun dah dilatih untuk berjemaah so kat rumah pun perlu.

Kalau bab kerja seni, memang tak boleh lari dari Daddy yang akan memastikan semuanya cantik dan kemas.

Berkenan betul I dengan jubah Ryan yang cikgu Montessori dia belikan masa konsertnya. Ingatkan nak cari untuk Danish juga, nampak cantiklah bila pakai 2 beradik sekali.

Kalau datang mood baik 2 beradik, seronok la tengok main bersama-sama, tapi kalau datang mood gaduh, macam nak pecah tekak berjerit pekik sana sini.


Wednesday 11 March 2015

Umrah


Baru-baru ni, Ibu dan Ayah berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama-sama. We all hanya pergi berdua sahaja menghantar cos anak-anak di sekolah. Mujur flight Ibu dan Ayah dalam pukul 3, so sempatlah we all berpatah balik untuk ambil anak-anak disekolah.


Sebelum tu kita lunch dululah di Secret Recipe dengan Mee Kari dan juga Lamb Pie serta segelas kopi.

 Tak ramai yang datang menghantar, masing-masing kerja. 


Alhamdulillah, Ayah dan Ibu seronok ke sana, macam-macam cerita yang dikongsikan bersama. Insyallah, nanti kami sekeluarga pun akan menyusul juga.

Sepetang di KLCC

Tak sahlah kalau tak pergi KLCC dalam masa seminggu kan. Tak tahulah apa tarikan ke KLCC ni sampai seminggu sekali mesti pergi. Kadang tu tak membeli pin, just jalan-jalan and pergi makan aje.

Dah lama mengidam nak pakai Salvatore Ferragamo punya kasut, nantilah pelan-pelan kumpul duit dulu.

Sekarang ni suka sangat makan kat Melur & Thyme, especially Grilled Chicken dia. Sedap sangat-sangat rasanya.


One happy family




Tuesday 10 March 2015

Tactical training

Setiap Khamis, Danish and Ryan ada tactical training di KLFA. Disini, akan diajar dengan lebih detail lagi teknik-teknik bermain bola yang lebih baik. Sabtu dan Ahad cuma training biasa sahaja.


Ingatkan sejam aje training dia, rupanya sampai 2 jam duduk di tepi padang ni. Sampaikan lampu ala-ala stadium pun dah buka.

Break for solat maghrib kejap then sambung balik.

Sementara tunggu the boys main bola, sempat la pusing padang 3 round untuk exercise.

Tepat pukul 8pm, settle semuanya. Balik rumah, mandi-mandi tengok buku sekolah kejap then pukul 9 malam semua masuk tidur untuk ke sekolah esok harinya.

Monday 9 March 2015

New club, new teammates

This year, we all entolled our boys masuk new football club yang berdekatan dengan rumah, di KLFA aje. Senang nak ambil dan hantar setiap Sabtu dan Ahad tanpa perlu meredah  jem yang panjang di Damansara tu.

 Pitch pun cantik kali ni, so sempat la berposing kejap.

 Ryan's new teammates with his coach, Pafa from Somalia.

Selesa juga training macam ni, padang luas then ada tempat teduh lagi. Kantin pun ada juga.

Danish dah U10 dah, so kawan baru cumanya Coach aje yang lama, bersama Coach Phillippe yang dikenali masa main di GA dulu.




So, lepas training perut lapar ke NZ lagilah kita. Seperti biasalah mana lagi, tak ada mamak lain boleh challenge NZ ni, tapi di area Melawati la kan. Area lain I mana tahu.