Nuffnang Ad

Showing posts with label soccermom. Show all posts
Showing posts with label soccermom. Show all posts

Saturday, 3 June 2017

JSSL Day 02


Hari kedua kami di Singapore, bangun seawal jam 7am, terus dah bosan duduk terperap lama-lama dalam bilik so we all keluar awal for breakfast, then sebelum tu bersenam dulu di gym. Just berlari atas treadmill dalam 30 minit, cukuplah.

Sementara menunggu family yang lain turun, lepak la tepi pool dulu.

Tak banyak makanan halal for breakfast so we all ambil roti and eggs for breakfast. Lain-lain semua mcm nasi goreng semua tak halal.

Lepas breakfast, we all terus keluar berjalan pagi-pagi tu cos game start at 2:30pm. Saja aje bawak jalan-jalan tgk City of Singapore ni, maklumlah dah biasa dengan area Singapore so we all lah yang lead jalan semua.

Marina Bay, dulu datang tak siap pun lagi

Hanya 5 orang sahaja yang duduk sama hotel, yang lain-lain duduk di tempat yang berbeza. So berlima ajelah yang sempat bergambar di sini.

Lama tak ambil gambar berdua ni

Merlion Tower adalah antara simbolik bagi Singapore ni. Actually, inilah pertama kali we all ke sini, selalu lalu aje kalau datang ke Singapore.

Ramainya la orang bergambar kat sini, macam-macam gaya ada. Tapi gaya yang paling banyak orang buat adalah pose seolah-olah air tu masuk dalam mulut, ya ampun, nak gelak pun ada jugak tengoknya.

Sebelum pergi ke padang, kenalah makan dulu bagi kenyang and tambah energy player semua. We all makan di Kallang Stadium, nak kasi player melawat stadium juga.

Dalam pukul 2 macam tu, we all sampai di tempat tournament, di salah sebuah kolej yang ada.

Game sebelum ni banyak yang postponed cos ada kilat, so kena stop bagi reda dulu cos its open space, takut berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kebetulan, sama pulak my kasut and anak bujang I ni, dulu pernah sekali dia pakai kasut I, tapi lepas tu Daddy jack belikan satu lagi untuk dia.

Game bermula dalam pukul 3 lebih macam tu, ada 2 game pada hari pertama ni, sampai ke malam we all lepak tepi padang ni. Lepas habis game, terus balik hotel, singgah makan dulu di restoran mamak dekat hotel tu, then balik tido cos esoknya ada 4 game yang menanti.


Tuesday, 2 May 2017

FCKL vs FC Bandar Utama

Season bola masih belum habis lagi,  dalam bulan May nanti baru habis, then barulah boleh concerntrate untuk UPSR pulak. Tak kiralah puasa ke, raya ke..study kena dulukan.

Selalunya game bermula pukul 11am. Masa tu alahai, panas terik ya amat sampai berpeluh-peluh kami geng mak-mak yang berada di tepi padang.

Sementara belum mula game, sesi warm up adalah penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan like cramp dan juga sebagainya.

Tugas geng mak FCKL U12 setiap kali bermula tournament adalah memastikan para pemain mendapat jersi mereka sebelum bermula game. Kena susun ikut nombor jersi masing-masing.

Dalam team we all ni, mum and dad memainkan peranan yang tersendiri, ada yang jadi personal fitness pemain, supporters dan juga mak-mak yang begitu prihatin menyediakan minuman dan makanan untuk pemain.

Kalau game mula pukul 11am, memang menyerahlah kulit menjadi gelap. Dah banyak kali dah game mula pukul 11am and sampai pukul 12 habis memang legam jadi kulit muka masing-masing dbuatnya.

Air kordial, 100 Plus dan juga wet towel memang selalu kena ada di setiap perlawanan. Setiap kali habis perlawanan, memang kita akan passkan semua minuman kepada para pemain, so they all boleh concentrate aje main.

FCBU vs FCKL adalah 2 team dari company yang sama. BU adalah dari Bandar Utama dan KL adalah dari KLFA. Kiranya ni mcm team adik beradik la. Mostly team dari BU ni pernah satu team dengan Danish masa di The Goal Academy dulu so dah kenal dari awal lagi dah.

Keputusan perlawanan seri 0-0 dimana kedua-dua pasukan berhempas pulas menyerang dan cuba untuk membolosi pasukan lawan tapi masing-masing mempertahankan kubu masing-masing.

All parents berpuas hati dengan perlawanan kali ini dimana setiap pemain mempunyai kekuatan masing-masing and cuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol tapi tidak berjaya.

Kita cuba hujung minggu ini nanti bila kita jumpa balik FCBU untuk semi final. Semoga kita diberikan kemenangan bergaya !


Saturday, 25 March 2017

Nasi Daun Pisang

Setiap Ahad we all akan ke New Camp, Bandar Utama untuk Air Asia tournament. Selalu game pukul 11am, and pukul 1030am dah kena berada di padang dah untuk warm up semua.

Addicted betul makan nasi daun pisang di The Banana Leaf Restaurant di Centrepoint, Bandar Utama ni, macam teringat-ingat aje.

So far, setakat ini team FCKL U12 dah memang semua perlawanan, seri sekali and esok ada game yang perlu menang untuk tangga yang pertama.

Ada satu game tu agak tegang sikit antara team lawan diantara Coach pihak lawan yang tiba-tiba baran tak tentu hala mengarahkan semua pemainnya keluar padang cos macam tak berpuashati, tapi we all dah leading dah masa tu.

So, balik aje menyinggah la tempat lepak biasa lepas habis game, pekena nasi daun pisang la

One of the soccermom yang begitu komited dengan U12 since we all sama-sama dari U10 lagi. Banyak yang we all organize sama-sama, dari persiapan anak-anak sampailah jamuan potluck tahun lepas. Tahun ni tak tahu apa perancangan cos masing-masing busy sikit especially anak-anak yang UPSR.

Sunday, 12 March 2017

Road Run 2k17


Macam nilah aktiviti I tetiap petang Isnin dan juga Rabu. Danish ada latihan Elite Team FCKL U12. Tapi tahun ni latihan agak intensif sikit, hari Sabtu pun ada training tapi selalunya Danish tak dapat join cos dah busy dengan extra class di sekolah.

Sesambil menunggu 2 jam tu, so kita pun jogging atau buat light exercise ajelah keliling padang bola tu.

Selalunya start dalam pukul 630pm, then berhenti kejap for Maghrib pastu sambung balik la sampai pukul 8 malam. Selalunya taklah berlari, ada masanya berjalan lembab jugaklah.

Kadang tu hanya dapat dalam 2km aje pun mengah oii pusing padang ni. Mungkin stamina taklah kuat mana tapi tetap juga mencuba dari tak buat apa-apa pun.

Macam tu la aktiviti I setiap hari Isnin dan Rabu, selalunya lepas habis training, terus menuju ke rumah, tak menyinggah mana-mana dah.

Makanan pun dah bertukar kepada menu sihat sekarang ni. Cuba untuk merubah kepada gaya hidup yang lebih sihat pula.

Kalau ada masa di hari cuti, sesekali berjogging satu keluarga ke taman-taman sekitar rumah ajelah.

Nampak ramai juga orang dah mula berjogging pagi-pagi sekarang, semuanya dah berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Ada sikit lagi berat badan yang perlu diturunkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Bulan 2 lepas, sekolah ada menganjurkan acara Roadrun untuk semua pelajar. Maklumlah hari sukan bakal menjelang tak lama lagi so kenalah rajin-rajin bersukan sekarang ni.

Semua dah ready untuk berlari

I antara yang terawal berlari sebelum pelajar berlari sebab nak bagi sokongan kepada rumah sukan di checkpoint yang pertama.

So, dengan 4km pada hari roadrun sekolah tu, seronok juga bila berlari dengan students, ramai yang cuba untuk berlari, berjalan walaupun agak jauh and terpaksa mendaki bukit sikit tapi mereka tetap habiskan juga larian mereka. Syabas !!!! semangat itu yang kita mahukan.

Wednesday, 14 December 2016

U11 post party

Last Oktober lepas, habis dah season bola anak-anak, ada satu tournament di JB then lepas tu sambung untuk tahun depan pulak. Last game hari tu melawan Ombak FC, kalah. Untuk kali ni, U11 agak down sikit sebab pemain silih berganti, so tak berapa nak kuat sangat untuk season kali ini.

Game memang sengit, biasalah main dengan budak-budak Melayu, kena maki apa semua satu team, mana yang faham tu faham la tapi anak-anak mat salleh yang tak paham lopog la dengar. Mana yang I dengar cakap benda-benda mengarut tu mmg I sound setepek suruh jaga mulut, jangan nak kurang ajar sangat. Ada pulak mak mereka yang support anak-anak depa cakap bukan-bukan, memang mendapat la dengan I, sampai nak bergaduh tepi padang.

Main la elok-elok, jangan la nak guna bahasa kesat pulak, kita pun tak ajar anak-anak kita nak maki orang sana sini kan so jangan la nak kotorkan otak anak-anak dengan bahasa yang kurang ajar pulak. 

On the way balik, jalan jem teruk somehere dekat area Wangsa Maju so menyinggah dulu kat NZ makan lunch dululah sebab perut dah kelaparan sangat-sangat.

Ni makanan orang yang konon-konon nak diet tapi bila nampak mamak NZ, terus bertukar menu dietnya.

Petang tu ada majlis makan-makan untuk team bola so konsep macam biasa potluck, I sempat buat Baked Macaroni ajelah, sebab dah janji nak buat dari dulu lagi tapi ada sahaja halangannya.

Majlis di buat di Clubhouse Sunway Montana, area Melawati. So kita booked the whole area sekali dengan swimming pool untuk anak-anak bermain.



Ada bermacam-macam makanan yang parents lain bawa, antaranya lepat pisang and kuih koci yang super duper sedap ni. Katanya ada di Pasar Malam Taman Melawati, nampaknya nak kena carik la lepas ni.

Anak-anak pantang nampak pool, belum apa-apa lagi semua dah terjun dalam tu, tak kiralah yang besar atau yang kecik.

Terjerit-jerit keriangan semuanya bila masuk dalam kolam, mana yang main bola, mana yang main belon semuanya nampak seronok sangat.

Kira macam terapi la all the football players ni kan after dah berperang sehabis-habisnya di padang pagi tu, so kasi enjoyed sikit.

All the fathers hanya memerhatikan anak-anak while the mothers busy duduk tepi kolam makan and bersembang, seperti biasalah kan.

Majlis ni bukan sahaja nak bagi anak-anak happy tapi kita nak bg appreciation sikit buat semua U11 and some of the players juga di atas komitmen mereka selama satu season di KLFA ni.

Semua usaha parents yang buat, each parents kumpulkan duit untuk seorang pemain so kita belikan trophy sorang satu pemain tanda penghargaan buat mereka semua.

Daddy Jack menjadi wakil jurucakap untuk all the parents kepada para pemain. Banyak betul amanatnya.

Jane mewakili players pula mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa, teammates yang memberikan sokongan yang tidak terhingga sepanjang tahun 2016 ini. Dengan pelbagai ups and downs dan juga drama sepanjang tahun ni.

We also invited Coach Adam sebagai VIP la kononnya untuk majlis ni. Coach Adam pun baru beberapa bulan jadi Coach for U11 ni so masih nak mengenali karektor anak-anak ni.

Setiap players dinyatakan kelebihan masing-masing, like Nicolas merupakan menyumbang gol terbanyak di dalam team U11 ni, so kita gelarkannya The Goal Machine from Germany.

Danish pun diberikan penghargaan sebagai kapten untuk team ni. Tersipu-sipu Daddy Jack nak berikan kelebihan Danish depan tetamu, maklumlah anak sendiri, kan. Puji lebih-lebih kang orang muntah belahak pulak dengar.

Ryan pun dapat juga award, best supporter katanya

Not only U11 yang dapat award, ada juga anak-anak U12 yang rapat dengan we all yang kita berikan juga penghargaan untuk mereka. Selalu aje bersama semuanya kalau tak after game, duduk lepak rumah sama-sama.


Team U11 KLFA 2016, tahun depan dah jadi U12, nanti beberapa kerat aje yang tinggal sebab masing-masing nak ambik UPSR tahun depan dah. So ramai yang kena stop kejap la jawabnya nak bagi laluan untuk exam.

Semua players U11 and some of U12 yang hadir bersama-sama supporter kecil masing-masing. Semau nampak happy walaupun pagi tu dah kena maki dengan team lawan di padang bola.

Main, makan sambung main and makan lagi sampai malam menjelma. Makanan potluck yang parents bawa tak habis, so kita pakat-pakat bungkus and share sorang sikit bawak balik. Semua yang hadir memang enjoy and berpuas hati dengan event yang pertama kali kita anjurkan antara parents ni. Insyallah, ada rezeki, nanti kita buat lagi.