Nuffnang Ad

Wednesday 29 April 2015

Strawberry picking

Kebiasaannya lepas ke Gorge Wildlife, terus menuju ke Hahndorf untum melawat-lawat sekitar kawasan perkampungan German ni. 

We all datang musim Autumn baru nak bermula so pokok-pokok pun dah start berwarna merah. Selalunya time macam ni cantik pemandangan pokok-pokok di sekitar bandar ini, tapi we all tak berkesempatan nak melihatnya.

Tadadddaaaa !!! Jomlah kita petik strawberry di Beeremberg ni, salah satu ladang strawberry yang sangat famous di Australia ni.

Pick your own strawberris, hopefully masih banyak lagilah, takut dah nak habis pulak

Nampak tak buah-buah strawberry yang kemerah-merahan disebalik pokok-pokok tu? Hah, memang banyak buah strawberry yang sedang masak ranum tu.

Menggila la anak-anak I bila nampak buah-buah yang sedang masak ranum, main petik aje.

Tak semua yang merah itu betul-betul masak, adakalanya baru lagi berwarna merah so kena pilioh yang betul-betul masak atau separa masak untuk disimpan dalam fridge.

Hasil tuaian anak-anak yang tak sampai 5 minit.

Kena pilih la mana yang sedap, masak dan juga elok, mana yang rosak, makan terus kat situ juga. Jenuh juga we all makan buah strawberry ni, sampai kembung rasa perut.

Ruangan dalam kedai pun dah berubah dah, banyak new products dalam ni sampaikan rasa nak angkut semua bawa balik Malaysia.

Nyum, nyum balik aje terus singgah Woolis beli Chocolate Dip ni sambil mata terpejam-pejam menikmati kesedapan strawberry cicah coklat, idea Siti Norhaliza suatu ketika dulu.


Monday 27 April 2015

Gorge Wildlife park

Lambat betul nak habiskan our Australia Adventure ni, kesibukan yang melanda memang agak tak terurus rasanya, tak apa..kita habiskan sikit demi sikitlah yer.  Okay, so lepas we all kembali ke Adelaide, so kita pun mneruskan acara melawat ke Adelaide Hills pulak. Dulu memang selalu kesini bila ada tetamu yang datang from ke sini. 

Ke Gorge Wildlife dululah cos  nak cuddling the koala at 1130am, kalau terlepas kena tunggu sampai petang pulak.

 After a year, masih takut lagi nak memegang koala ni

Ryan masih tidak dibenarkan koala sendiri, cos masih dianggap kecil lagi so hanya boleh berdiri aje di tepi. Even koala tu pun dah sama berat aje dengannya.

Daddy muka senyum ja, tak tahulah senyum suka atau terpaksa bergambar dengan koala.

 Feeding the wallaby

Camel pun ada juga

Nak menghabiskan palette makanan punya pasal, itik pun diberi makan

Masuk aje tempat kanggaru, berlari-lari kanggaru untuk diberikan makanan. Special sikit kanggaru ni punya makanan, biskut Arnott. Gila tak gilanya kanggaru Adelaide ni.

Tapi ada satu kanggaru putih, we all namakan dia Boxing dulu mcm dah tak kelihatan disini, mungkinkah sudah tiada lagi...sayangnya. We all datang, memang nak jumpa Boxing ni dulu.

Ryan rileks aje memberi makanan kepada kanggaru. I memang tak berani, geli pun ada juga tu.

 Seronok katanya, rasa tak nak balik Malaysia dah

Seronoknya koala tidur, walaupun nampak mcm tak selesa aje kat pokok tu.

After Gorge, kita ke Toys Factory pula. Patung kuda yang terbesar didunia ini.


Datang Toys Factory tu, bukan nak melawat, tak ada benda pun sebenarnya tapi cuma nak makan breakfast aje especially scone tu. Walaweiiii, memang sedap sangat. Sebab tu dulu hanya scone disini aje yang paling sedap sekali we all makan. Ni pun terasa-rasa di tekak kesedapan clotted cream bersama jem strawberry tu. Huhuhuhu, nak makan scone jugaklah, maybe kena pi Harrods cari scone.


Tuesday 21 April 2015

Melbourne story

We all dah biasa dah di Melbourne, berapa kali pun pergi tetap tak jemu. So, seperti biasa parking kereta di Harbourtown, then naik City Circle untuk pusing-pusing sekitar Melbourne. Cuaca pun just nice aje, panas terik lagi tapi angin sejuk and nyaman.

 Menyinggah sebentar di kedai hip hop ni mencari barang pesanan


 Pelbagai koleksi kasut ada disini, mengikut trend semasa



 Dah selesai, membeli, so jalan kaki pulak menuju ke destinasi seterusnya.

Disebabkan menunggu City Circle yang agak lambat, so kita berjalan kaki menuju ke DFO Southwharf. Mujurlah agak sejuk sikit, kalau masa Summer ajak berjalan kaki, ohhh tak mampu la jawabnya.


Sepanjang perjalanan, banyak jumpa art monuments, so adalah photographer yang tidak berbayar ditugaskan untuk mengambil gambar.

 Grafitti pun cantik-cantik juga

I suka melihat ruang depan cafe atau restoran disini, nampak exclusive betul dengan pelbagai decor even basikal diletakkan di luar kedai pun nampak menarik.

 Cantiknya bandar Melbourne ni, panorama yang sangat mempersonakan.

Sampai DFO Southwharf, semuanya kelaparan serta kehausan after berjalan kaki so menuju ke foodcourt mencari makanan dulu. Sesekali Daddy Jack pusing dulu mana-mana kedai yang ingin dilawatinya and me and the boys melayan mac and cheese serta sushi dululah.

Sesekali me-rewardkan diri dengan koleksi Doc Mart yang harganya jauh lebih murah disini.


Dah beberapa jam di Southwharf, so kembali semula ke Harbourtown sambil melihat-lihat kedai-kedai distu. Then terasa lapar kembali so kali ni kita makan nasi pulak di Chilli Padi.

Tak sempat nak naik The Eye of Melbourne ni, sebab hujan sekejap so tak berani la semuanya.


Then bertolak pula ke DFO Essendon, dalam pukul 545pm sampai. Nampak parking lot macam lengang aje, so terasa kehairanan disitu. Rupanya dah nak tutup so tak dapatlah nak ronda-ronda dalam tu sambil melihat-lihat corelle dan juga corningware. Sempat mencapai selipar Polo ni ajelah sebab kaki pun dah terasa sakit memakai boot sepanjang masa sampaikan susah nak merenggangkan kaki dalam kereta. Bila dapat pakai selipar, terasa nikmat yang tidak dapat dinyatakan.

Petang tu juga we all bertolak balik ke Adelaide, singgah sebentar di tepi highway ni untuk membeli kebab buat bekalan makanan nanti walaupun ada nasi bungkus, manalah tahu perjalanan dahlah lama kang nak mencari makan tengah-tengah malam tak ada pulak.

Entah bila lagilah akan menjejakkan kaki ke Melbourne ni....

Subhanallah, cantiknya

Menikmati keindahan matahari terbenam di sepanjang perjalanan yang sangat mendamaikan.

Dah hampir beberapa km nak sampai Adelaide, Daddy Jack singgah petrol station nak power nap sekejap. Tak larat menahan mengantuk so tidur sebentar.


Perjalanan yang agak lama sebab beberapa kali berhenti untuk melelapkan mata, tambahan pula melalui jalan yang gelap gulita so kena sentiasa berjaga-jaga takut ada kanggaru yang melintas jalan, satu hal pula bila terlanggar. Alhamdulillah, sampai Adelaide dalam pukul 2:30am and then terus masuk rumah, then tidur and barang-barang esoknya baru keluarkan, tak larat nak bukak mata punya pasal.