Nuffnang Ad

Wednesday, 8 April 2015

Roadtrip with family

Minggu pertama berada di Adelaide, rasa macam nak pergi travel la pulak, nak buat roadtrip. Ini antara plan yang tertangguh masa duduk di Adelaide dulu. Tak berkesempatan nak buat, so datang kali ni nak mencapai impian itu. Pagi-pagi lagi dah bangun untuk menyiapkan segala kelengkapan diri serta anak-anak, maklumlah nak jalan beribu-ribu batu ni. Makan mee goreng dulu for breakfast then kita bersiap untuk bertolak.

Kalau lama lagi senang aje kerja nak berdiet or berdetox, minum aje air ni hah 3 for $9 kat Woolies. 

Pagi-pagi lagi Daddy Jack dah keluar mengambil kereta sewa. We all decided ambil SUV aje sebab dah terbiasa pakai SUV di Malaysia, so senang la, more spacious sikit kan. Lagipun banyak barang boleh letak, especially bekalan makanan.
Perjalanan sejauh 1363km...yer betul 1000++ kilometer yer. Ke mana tu gamaknya anak beranak ni? Tunggu ajelah nanti.

I wish I sekolah kat sini, Mummy, so nanti I boleh join Adelaide United Soccer School, hmmmm ye la tu anak-anak ku.

Sepanjang perjalanan ke destinasi, banyak pekan-pekan kecil yang kami temui, tapi tak ada rasa nak menyinggah pun, anak-anak pun asyik tidur aje.

Alhamdulillah, cuaca pun elok aje, tak begitu panas sangat.

Kalau memandu di sekitar Australia, pemandangan pun hampir sama aje, dipenuhi dengan ladang-ladang yang sangat luas, seluas mata memandang.

 Murray Bridge River, salah satu sungai di Australia ni.

Sungai yang pernah membuatkan South Australia banjir satu ketika dulu.

Bertemu lagi kita, Farmers Union Iced Coffee. Selalu minum masa di Adelaide dulu, jadi ketagih dibuatnya.

Banyak juga monumen yang dijumpai, termasuklah pintu gerbang Dunlop tayar yang unik ni.

Ladang anggur yang sangat luas

Perjalanan masinh panjang lagi, badan pun dah letih. Singgah sesekali untuk makan, beli fish and chips, isi minyak dan juga ke tandas. The boys pun okay, sesekali berhenti merengangkan pinggang dan badan selepas perjalanan yang panjang.

6 comments:

  1. Assalam gina,
    he3
    syioknya pekena roadtrip pengubat rindu gitew kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaukumsalam
      Berjalan memang syok, lupa kejap segala masalah yang ada

      Delete
  2. Ya Allah yank, first time singgah n terus follow blog ni,, best sangat ceritanya, Syaza rasa macam Syaza bebetul pergi sana lah bila baca entri ni.. thanks for sharing, jempit singgah baca entri terbaru syaza tentang kereta idaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Syaza kerana sudi menyinggah di blog yang tidak seberapa ini

      Delete
  3. Assalam gina,
    iols pun bekpes mee goreng pagi tadi
    jauh perjalanan uols sefamilia
    semoga segalany lancar AMIN

    ReplyDelete