Nuffnang Ad

Wednesday 27 August 2014

Ke IKEA kita

Nak ke IKEA di KL ni kenalah bersiap seawal yang mungkin, kalau tak especially weekend mmg la azab nak mencari parking dan juga nak beratur di kaunter. Dah siap dalam pukul 8 pagi, alih-alih si kerinting ni nak pulak main game dengan Daddy, so layan la kejap tapi Daddy nya pun agak-agak la mainnya, kasi la chance anaknya memang ni tak, main bersungguh-sungguh sampai merajuk la Ryan sebab asyik kalah aje.

Dalam pukul 830am dah sampai di IKEA, jalan pun masih lengang lagi. Dengan harapan tak ramai la yang nak bertunggu tangga di IKEA pepagi hari ni, hanya kami ja yang bersemangat waja, gigih datang pagi-pagi.

Parking pun lengang aje, so dapatlah parking depan pintu entrance, puas hati la kan.

 As usual, memasuki rumah hantu dengan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi

Sampai awal so yang buka hanya cafe sahaja so kita breakfast dululah kejap sementara menunggu showroom buka. Tapi ingatkan tenang ajelah nak berbrekkie kat sini, entah mana datang tetiba penuh cafe ni ramai yang nak breakfast juga. Pheww, mujurlah we all datang awal, kalau tak maunya beratur panjang nak beli breakfast.

Bila dah tengok orang makin ramai, so tak jadilah nak masuk showroom sambil cuci mata, so kita terus ajelah beli apa yang nak dibeli. Project untuk Bilik Seni la yang kita cari.

Nampak cool juga if this hammock diletakkan di luar rumah tapi apakan daya, rumah di sini tak macam di Adelaide dulu, ada backyard so mungkin hasrat ini terpaksa dilupakan walaupun the boys beria-ia suruh beli.

Tersangkut pula dengan cermin kaca ni, ni project Daddy Jack, tak tahulah apa yang nak diletakkan di dalam ni.

Wuhuuuu, esok adalah harinya. Tak sabar nak tunggu apa product terbaru dan yang best for tahun 2015 nanti.

Ohh project nak menyimpan LEGO dalam almari kaca rupanya. Baguslah, at least taklah berhabuk nanti. Teruskan usaha mu, Daddy Jack !!

Sunday 24 August 2014

New lepak place

Tempat melepak baru di area Wangsa Maju, disebelah Burger King depan NZ. So jumpa sini pun cos baru perasan ada outlet kar sebelah BK ni. So masuk, happening juga tempat ni. Kebetulan perut pun dah kenyang, so kita makan yang light ajelah.

Churros, Bruschetta dan Latte menjadi pilihan. Ada juga menu pasta tapi tak larat nak cuba, lain kali ajelah datang lagi.

Saturday 23 August 2014

The Sultan

Sepanjang duduk di Singapore, we all tinggal di The Sultan. Hotel-hotel di sekitar Orchard Rd penuh so kenalah duduk di pinggir sikit, lagipun berdekatan dengan Arab Street dan juga belakang ni ada satu tempat menarik, Kampung Glam.

Hotel ni lebih berkonsepkan boutique hotel, but masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada beberapa elemen interiornya.


Facade bangunan yang mengekalkan konsep colonialnya

Disinilah ada sup tulang merah yang sedap tu, bersebelahan hotel sahaja. Dibuka pukul 2 petang dan tutup pukul 4 pagi.

Jalan depan hotel ni pun tak lah busy sangat, tak macam di Orchard Rd

Hari terakhir, baru nak cuba breakfast di hotel. Taklah banyak macam di hotel yang selalu we all pergi, just egg selection, cereal, vege samosa, coffee and tea sahaja. Itupun dah best dah, dengan berbagai-bagai pilihan menu telur tu. We all pun bukannya duduk  aje dalam  bilik, mostly keluar pagi, balik petang, lepak kejap then malam keluar lagi. Lepas tu balik bilik terus tido aje.

Friday 22 August 2014

JPO !!

On the way balik, masuk la kejap berjalan-jalan ke JB sambil melihat kemajuan bandaraya Johor Bahru sekarang berbanding tahun 1995 masa I study di UTM dulu, memang jauh sangat bezanya dari sekarang. Komtar pun dah totally revamp dengan new look, and stesen bas pun dah lain. Rindu zaman-zaman masa duduk JB dulu.

Tapi ini menang harus kena and wajib singgah sebelum balik KL, tak kiralah samapi KL malam atau pagi esoknya, Plan asalnya, kita hanya singgah aje tau, nak survey .....

Jiwa akan goyah bila COACH buat happy hour, 20% less and add another 30% + if youre a Gold Member, another 10%, mana tak pengsannya. Tapi survey apa yang patut aje walhal mata dah aimed a few barang nih.

Masuk pulak Oroton yang membuat kejutan bila semua barang ada 70% discount. Mak aiii, ini lagi seram bila masuk. Mata tak tumpu handbag terus tertumpu pada kasut sebab ada satu tu memang dah berkenal dari Adelaide lagi.

Sementara menunggu Daddy Jack masuk kedai sukan dan tahu dah masa yang diambil untuk duduk kat dalam tu memang akan lama so me and kerinting duduk lepak sambil makan ice cream di dalam keadaan yang panas berbahang.

Dah pusing tawaf satu JPO tu, masuk la COACH balik, and terus tak pandang kiri dan kanan ambil apa yang dah berkenan dihati. Then ternampak pulak flat and slippers ni sampaikan anak-anak pun pelik berapa kakilah mak depa ni ada sebab beli kasut dah beberapa pasang dah. I dengan kasut dan handbag memang lemah sikit.

Pukul 4 petang barulah bertolak balik ke KL, entah pukul berapalah nak sampai dan harap-harap jalan taklah sibuk lagi.

 Jalan masih clear, cuaca pun Alhamdulillah cerah sepanjang perjalanan.

Daddy Jack malas nak singgah mana-mana RnR sebab takut penuh dan sesak so semua bekalan makanan dan minuman telahpun disediakan so semua makan dalam kereta aje. Bukannya tak biasa, dulu masa travel from Adelaide ke Melbourne pun dah pernah buat macam ni so tak jadi masalah pun.

Sampai Seremban, kenderaan dah bergerak agak perlahan sampai ke Nilai, lepas tu jalan dah clear. Alhamdulillah, selamat sampai our home sweet home dalam pukul 8 malam. So, makan dulu kat luar then balik, terus tido aje.
 

Tuesday 19 August 2014

Berjalan dan beraya di Orchard Road

Pagi-pagi dah mengopi gunakan coffee machine. Teruja la katakan. Then membuat perancangan aktiviti pagi disini. Masa pun tak banyak cos we all tak lama disini so kena plan betul-betul semua aktiviti.

Ikut Daddy Jack nak pergi Zoo, Art Gallery dan bermacam-macam lagi tapi ikut I kita pergi jalan kat satu tempat, dari pagi sampai petang semuanya ada, siap boleh cuci mata lagi sambil tengok banyak new arrival..hahahahha.

Masuk Takashimaya dulu sebab we all pergi Orchard Rd naik teksi aje, malas nak bawa kereta sebab susah nak parking, so kebetulan nampak ni pulak.

The boys diberikan certain amount of dollars untuk membeli apa yang nak dibeli. Kasi chance la depa pilih barang yang berkenan dihati. So, pilih and bayar sendiri.

Jajan sedap, mini sausages yang halal dijual di foodcourt. Sedap, ada pelbagai perisa antaranya satay, teriyaki, rendang, wasabi dan macam-macam lagilah.

Ehhh dia ni, merajuk tak mengira tempat dan juga masa. Tengah I sibuk membeli kebab di depan Takashimaya ni, nampaklah dia ngan Daddy Jack tengah duduk di tepi tiang, entah apalah yang dimerajukkan dengan daddynya tu. Then ajak makan kebab pun taknak, beralih pulak duduk kat sini sambil pandang belakang.

Tengah sibuk menjengah butik Chanel, anak beranak ni sibuk membeli Laduree, one of the famous French macaroon. Ingatkan belilah lebih untuk I merasa, rupanya depa dok pulun anak beranak sambil bagi komen "sedap Mummy, rugi you tak rasa" macamana nak rasa kalau beli pun untuk mereka bertiga aje !!

Ohhh, kedai pujaan masa di Adelaide dulu, ni pun gatal menambah beberapa stok dah habis habis beli kat sana dulu. Sinilah outlet yang terdekat, tunggulah nanti if ada rezeki nak pi Adelaide, bolehlah menambah lagi.

Kalau ke Orchard Rd, memang akan cari Uncle jual aiskrim ni, sebab aiskrim dia sangat unik. Kebetulan hari memang membahang panasnya, so makan ice-cream adalah satu langkah yang bijak.

Taraaaa !!! Inilah ice-cream Uncle tu. Uniknya sebab dikapitkan dengan roti yang berwarna-warni. Ada pelbagai perisa aiskrim, tapi I prefer Chocolate chips punya.

Corelle di Takashimaya pun banyak yang cantik-cantik patternnya tapi tak larat dah mengumpul pinggan dan mangkuk, kali ni kita kumpul casserole ajelah.

Dah berapa kali pergi Singapore, tak sempat nak mencuba makan sup tulang merah yang sangat terkenal tu, kali ni dapat juga merasa makan di kedai mamak bersebelahan hotel tu. Sedap juga rupanya, patutlah ramai yang mencubanya kalau pergi ke Singapore. Cicah pula dengan roti, sampai bertambah-tambah bakul roti dibuatnya.

Sempatlah juga Daddy Jack menyambar ini untuk anak-anaknya. Dengan alasan, kesain Danish dan Ryan..tak ada toys nak main. Mak aiii, yang berkotak-kotak kita bawak balik from Adelaide tu kurang cukupkah? Kalau bab LEGO ni, rasanya pak dia yang lagi over excited dari anak-anak.
 

Friday 15 August 2014

Makan angin dekat-dekat aje

Raya kedua we all bersiap-siap nak bergerak ke destinasi percutian kami dah. Masa nak kemas barang masuk dalam kereta, ternampak pula orang angkat sampah yang sudah mula bekerja di hari raya kedua. Mulia sungguh la abang-abang ni, kalau tak sure lambakan sampah yang banyak serta bau yang kurang menyenangkan. Terima kasih abang-abang lori sampah sekelian, jasamu tetap dikenang dimusim perayaan ini dan kita pun bagilah sedikit duit raya serta kuih raya untuk mereka  makan bila ada kelapangan.

Taklah jauh mana we all pi bercuti, cuma ke seberang Tambak Johor ajelah. Tak sempat nak booking pergi jauh-jauh, cuti pun bukannya lama pun seminggu aje. 

 First time we all tinggal di Singapore, selalunya we all duduk di hotel JB aje, pergi Singapore pun balik hari aje tapi kali ni we decided untuk stay ajelah kat situ senang nak explore and jalan malam-malam kat sini. We all stay di The Sultan di Jlan Sultan, betul-betul belakang Perkampungan Glam dan juga di Arab Street.

My bed tester, hotel ni memang best tapi yang tak best tidak disediakan parking untuk tetamu, kena gunakan public parking yang ada di belakang hotel tu. Tapi kena berebut la sebab selalunya parking mesti akan penuh.

Bilik kecil tapi TV LCD tu then yang best ada coffee maker, so tak perlulah nak bancuh sendiri dah.

 My mini coffee bar, ada pelbagai jenis teh dan kopi disediakan disini.

A nice view dari salah satu bahagian hotel ni, rimbunan pohon buluh yang sejuk mata memandang.

Pergilah mana-mana tempat didunia ni, kalau dah ada restoran mamak, itu yang menjadi pujaan hati. Sementara menunggu bilik siap, lepak dulu kedai mamak bersebelahan hotel ni sambil makan mee kari tahap pedas berapi dan juga teh ais. Malam tu nanti nak mencuba satu hidangan yang mesti dicuba setiap kali berkunjung ke Singapore ini.