Nuffnang Ad

Friday, 15 August 2014

Makan angin dekat-dekat aje

Raya kedua we all bersiap-siap nak bergerak ke destinasi percutian kami dah. Masa nak kemas barang masuk dalam kereta, ternampak pula orang angkat sampah yang sudah mula bekerja di hari raya kedua. Mulia sungguh la abang-abang ni, kalau tak sure lambakan sampah yang banyak serta bau yang kurang menyenangkan. Terima kasih abang-abang lori sampah sekelian, jasamu tetap dikenang dimusim perayaan ini dan kita pun bagilah sedikit duit raya serta kuih raya untuk mereka  makan bila ada kelapangan.

Taklah jauh mana we all pi bercuti, cuma ke seberang Tambak Johor ajelah. Tak sempat nak booking pergi jauh-jauh, cuti pun bukannya lama pun seminggu aje. 

 First time we all tinggal di Singapore, selalunya we all duduk di hotel JB aje, pergi Singapore pun balik hari aje tapi kali ni we decided untuk stay ajelah kat situ senang nak explore and jalan malam-malam kat sini. We all stay di The Sultan di Jlan Sultan, betul-betul belakang Perkampungan Glam dan juga di Arab Street.

My bed tester, hotel ni memang best tapi yang tak best tidak disediakan parking untuk tetamu, kena gunakan public parking yang ada di belakang hotel tu. Tapi kena berebut la sebab selalunya parking mesti akan penuh.

Bilik kecil tapi TV LCD tu then yang best ada coffee maker, so tak perlulah nak bancuh sendiri dah.

 My mini coffee bar, ada pelbagai jenis teh dan kopi disediakan disini.

A nice view dari salah satu bahagian hotel ni, rimbunan pohon buluh yang sejuk mata memandang.

Pergilah mana-mana tempat didunia ni, kalau dah ada restoran mamak, itu yang menjadi pujaan hati. Sementara menunggu bilik siap, lepak dulu kedai mamak bersebelahan hotel ni sambil makan mee kari tahap pedas berapi dan juga teh ais. Malam tu nanti nak mencuba satu hidangan yang mesti dicuba setiap kali berkunjung ke Singapore ini.
 

6 comments:

  1. tak pernah sampai singapura...bila ntah nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, akan tiba harinya nanti tu Eliss

      Delete
  2. Mmm.. Mulianya hati.. Ingat jgk nk bg duit raya dkt pkerja angkat smpah tu.. X trfikir plk nk buat mcm tu.. Nnt sambung lg citer tmpat mnarik d s'pore.. Kali terakhir pegi thn 82 dulu..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau pergi Singapore asyik la ke Orchard Rd aje Zoo dan Taman Burung putak berkesempatan nak pergi lagi

      Delete
  3. biar dekat asal keluarga semua happy berholiday...:-)

    ReplyDelete