Nuffnang Ad

Sunday, 20 August 2017

Pasar malam


Dulu jarang nak pergi Pasar Malam Melawati, tapi sekarang ni kerap juga pergi at least seminggu sekali pergi beli buah ataupun makanan kalau malas nak masak. Pasar Malam Melawati buka 3 hari seminggu, Selasa, Khamis dan juga Sabtu. We all selalu pergi on Saturday la cos hari lain memang tak sempat dah.

Makcik favourite kalau ke pasar malam ni, beli apam balik dan kuih lepat pisang dia. Lepat pisang dia sebijik macam arwah mak buat time we all kecik-kecik dulu, memang sedap.

Kalau ke pasar malam ni, suka sangat memborong buah dalam bekas ni, harga memang murah especially buah naga ni. Selonggok dalam 4 biji for RM10. Beli 2 bekas and makan setiap hari, sejuk-sejuk letak dalam fridge, nyamannnnn.

Kadang anak-anak suka makan laksa ataupun mee sup, tapi kali ni I try makan laksam la pulak. Balik rumah, potong buah and makan sama-sama.


Kalau tak ke pasar malan, kadang-kadang the boys dah lapar sangat singgah la gerai-gerai tepi jalan untuk beli makanan, antaranya apam balik ni tapi memang tak dapat tandingi apam balik makcik pasar malam tu la, rasa dia lain sikit. Mungkin tangan orang tua kan, campak aje bahan jadi sedaplah.


RSC Tournament

2 minggu lepas, Danish terlibat dengan RSC Tournament setelah agak lama tak beraksi di padang bola, so kali ni bagi chance la pergi. Kasi brush up sikit skills yang ada tu. Hari pertama, I tak pergi cos ada hal di sekolah.

I pergi hari kedua, so FCKL menuju ke semis. Tak disangka-sangka cos ramai juga ahli FCKL yang terlibat dengan UPSR, so memang jarang sangat pergi training weekdays.

Perlawanan bermula jam 830am, cuaca pun agak mendung aje. Kira just nice sangat-sangat.

Ini yang we all tunggu-tunggu, van MILO. Tahun lepas pun ada juga, so kali ni sampai dari awal, so boleh minum sebanyak mana yang kita suka.

Kebetulan ada juga mak-mak yang bawa bekalan nasi lemak, bihun goreng dan macam-macam lagilah. So berpiknik la we all tepi padang tu. Tengahari pula ada yang order pizza for the boys, lagilah seronok semua.

I tak dapat tunggu sampai habis cos ada kerja yang perlu disiapkan. Game for final ditangguhkan sampai pukul 3:30pm so mmg I tak dapat tunggu la. The FCKL boys mendapat tempat ke-3, not so bad after all walaupun tak cukup latihan.

Inipun ada yang tak cukup, masih bercuti atau memang busy dengan study semuanya.

Dah settle semua barulah boleh happy-happy, kalau tak muka masing-masing serius aje.

I miss the other soccermom, masing-masing ada hal sendiri so tak boleh nak lepak-lepak lagi. Tunggu habis UPSR dan PSRA la semuanya kembali sediakala semua. Tak sabar nak lepak mamak lepas training semuanya.

Now, semua dah kembali balik mengadap buku cos UPSR ada lebih kurang 2 minggu dari sekarang.

Para ayah pun sama-sama juga turut memberikan sokongan buat para pemain. What I like about team FCKL ni, parents pun sama-sama all out bila anak-anak ada game. Setiap kali game, semua bersorak and pakat-pakat bawak makanan and refreshments for the boys.

Kita jumpa untuk league yang akan datang, right after UPSR !!!

Saturday, 19 August 2017

Macam tak ada tempat lain dah

Lama dah update, KLCC ni setiap minggu akan jenguk kalau ada masa lah. Ni tengah pulun drilling Danish untuk pecutan akhir UPSR, tapi sesekali bawalah juga dia keluar, karang belajar lama-lama tepu pulak otak.

Butter pilihan kalau buat cake special, like birthday. Lescure. Batter akan nampak menarik dan rasa pun agak sedap menggunakan butter ni. Jarang buat sale, kalau ada memang sangat untung membelinya. Tapi kali ni punya offer tak beli pun sebab tak ada plan pun nak buat cake.

Kalau pergi KLCC, wajib singgah beli roti di Sun Moulin ni especially yang fresh from the oven.

Kalau ke KLCC tak sahlah kalau tak pergi makan kan, samada di Madam Kwans ataupun di Penang Cafe sebab dah biasa ke sini aje.

Sesi mencuba dan membeli kasut baru cos kakinya dah makin membesar, banyak kasut dah tak muat dah.

Dah beli untuk abang, adik pun takkan tengok aje. Abang melabur di Nike, adik di Adidas la pilihannya.


Wednesday, 16 August 2017

Open house 2

Tahun ni tak ngajak ramai-ramai sangat pun bagi chance kawan-kawan Ayah dan Ibu datang aje. I cuma ajak officemate dan juga cikgu sekolah anak-anak ajelah.

Kartun yang diinspirasikan daripada watak kami sekeluarga, Keluarga  Mak Minah.

Ada kawan-kawan yang memang sentiada akan datang bila we all jemput. Tak kisahlah duduk kauh atau dekat. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai.

Tahun lepas untuk kanak-kanak we all jemput orang untuk buat art activity, tapi tahun ni we all siap ajak Ultraman untuk menghiburkan kanak-kanak. Bukan aje kanak-kanak, rupanya ada jugak orang dewasa yang berminat nak bergambar dengan Ultraman ni.

My ex student form Unisel day. Salah seorang student yang suka menceriakan suasana dengan keletahnya tu. Until now, masih tetap contact dan bertanya khabar.

Geng bapak-bapak pun tak ketinggalan sama nak bergambar. Minat dari kecil katanya. Ye la, zaman channel TV ada berapa aje, siri Ultraman la yang selalu ditunggu lepas balik sekolah tu.

Team bola FCKL pun ada datang juga, sempat jemput sebahagian aje cos yang lain ada yang pergi holiday lagi.

Me and my new boss, berkarisma orangnya dan sangat komited dengan kerja.

Bersama rakan sekerja


Setelah sebulan tak berjumpa untuk training, jumpa kat open house ajelah jawabnya. Now, semuanya tengah berperang dengan extra class for UPSR.

My lovely family

My big family, bertungkus lumus menjayakan Majlis Open House tahun ini

My backbone, Ayah dan Ibu, Daddy Jack and the boys.

Malam tu, masing-masing tak larat dah nak masak for dinner, so keluar makan ke Sari Ratu Melawati aje, tapi perut masih kenyang, so makan yang simple aje.

Sunday, 13 August 2017

Open house 01

Ya Allah, dah nak masuk Raya Haji dah baru terhegeh-hegeh nak upload psl open house hari tu after berapa lama terperam berapa lama dalam draft. Serious sekarang memang bust tahap dewa tambahan pula bagi full commitment dengan Danish nak UPSR bulan depan so memang tak terkejar dah. Well, tiap-tiap tahun memang our big family akan buat open house, so kita pun tumpang sekaki jugaklah ngajak kawan-kawan. Tapi taklah ngajak kosong, kita pun ada lah sumbang sikit like tenaga, kuih muih semua. Untuk tahun ni, we all sumbangkan keropok and kudap-kudapan sahaja.

Tahun ni, kita tak buat di rumah,  buat di Dewan LJT pula. Plan asal nak book area Laman Pengantin tapi date yang dipilih penuh for orang kawin so mujur la Dewan Intan, Wisma LJT ni kosong pada tarikh yang we all nak buat ni.

First time juga we all buat event di sini, nampak sungguh teratur dan juga cantik dihiaskan dewan ni.

Siap ada mini stage, and deco pun menepati tema hari raya

Plan asal nak buat karaoke, tapi takut lah pulak ada yang nyanyi terjerit pekik ganggu pula orang nak bersembang. So lain kali, kita ajak artis pulak join.

Makanan pun sedap-sedap semua, satay dan kambing antara yang licin dulu walaupun kambing 3 ekor and satay 1200 cucuk. We all sebagai tuan rumah, makan pun sambil-sambil layan tetamu ajelah.