Nuffnang Ad

Sunday 13 August 2017

Open house 01

Ya Allah, dah nak masuk Raya Haji dah baru terhegeh-hegeh nak upload psl open house hari tu after berapa lama terperam berapa lama dalam draft. Serious sekarang memang bust tahap dewa tambahan pula bagi full commitment dengan Danish nak UPSR bulan depan so memang tak terkejar dah. Well, tiap-tiap tahun memang our big family akan buat open house, so kita pun tumpang sekaki jugaklah ngajak kawan-kawan. Tapi taklah ngajak kosong, kita pun ada lah sumbang sikit like tenaga, kuih muih semua. Untuk tahun ni, we all sumbangkan keropok and kudap-kudapan sahaja.

Tahun ni, kita tak buat di rumah,  buat di Dewan LJT pula. Plan asal nak book area Laman Pengantin tapi date yang dipilih penuh for orang kawin so mujur la Dewan Intan, Wisma LJT ni kosong pada tarikh yang we all nak buat ni.

First time juga we all buat event di sini, nampak sungguh teratur dan juga cantik dihiaskan dewan ni.

Siap ada mini stage, and deco pun menepati tema hari raya

Plan asal nak buat karaoke, tapi takut lah pulak ada yang nyanyi terjerit pekik ganggu pula orang nak bersembang. So lain kali, kita ajak artis pulak join.

Makanan pun sedap-sedap semua, satay dan kambing antara yang licin dulu walaupun kambing 3 ekor and satay 1200 cucuk. We all sebagai tuan rumah, makan pun sambil-sambil layan tetamu ajelah.

No comments:

Post a Comment