Nuffnang Ad

Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Saturday, 12 July 2014

Leisure time

Our leisure time in Malaysia tak sama macam di Adelaide dulu. Mostly, we all banyak duduk rumah dari berjalan ke luar. Tak sanggup nak bersesak-sesak di shopping mall, after mendengar banyak cerita macam-macam like ragut, culik budak so better la we all duduk dalam rumah, instead of jalan-jalan di shopping mall. Tapi ada jugalah we all sesekali membawa the kids main indoor game macam tempat baru ni, The Mini Putt di Citta Mall. 

Sambil menunggu Kerinting main mini golf, sempatlah membaca buku masakan sambil nak cari idea apa project seterusnya.

Sementara menunggu Danish habis main bola, lepak kejap di Wondermilk cos Kerinting ni teringin pulak nak makan cuppies.

Balik masing-masing tak sabar nak  main game, since weekend bagilah kejap main for few hours


Kalau rajin boleh ja berjogging kat luar tapi kalau kemalasan melanda, bersenam dalam rumah ajelah sambil main game.

Thursday, 10 July 2014

Aktiviti 2 minggu cuti sekolah

Cerita basi dah ni..time cuti sekolah yang lepas..2 minggu duduk terperap dirumah tak pergi mana-mana pun kecuali balik Kuantan aje. As usual, minum pagi adalah di NZ menikmati roti canai serta mee goreng yang super duper sedap tu.


Kalau time Daddy Jack cuti, haruslah melayan anak-anak dia main game. Kalau dengan I memng tak reti sangat.

Kalau ada game footy, masing-masing berteleku depan TV. Satu-satunya sukan yang I tak paham konsep permainannya.

Bila petang-petang, singgah kejap rumah mak mertua yang hanya kekangkang kera aje dari rumah we all. Dah makan goreng pisang dengan teh o, terus balik sambung makan malam di rumah Ibu pulak.

Sesekali keluar berdating dengan Kak Jah ke kedai Mak Jah, sambil menikmati laksa yang sedap dan juga Nescafe tarik.

Sedang duduk menonton TV, tiba-tiba dapat msg dari Kak Zack cakap blog Sweet Like Candy masuk majalah In Trends. La, tak tahu apa-apa pun. Anyway, thanks to InTrends atas write up yang cukup menarik itu.

Sesekali if ada seminar atau kursus yang bersesuaian, I pergi saja-saja untuk menambahkan ilmu didada.

Walaupun cuti sekolah, training bola tetap berjalan seperti biasa

Lepas tinggalkan Danish dengan coach, we all pun berdating la kejap di kedai berdekatan situ sambil minum petang.

Bulan June lepas, busy sikitlah dengan persiapan birthday party untuk Danish. Nanti tunggu gambar dari official photographer yer baru boleh buat entry.

Dah lama pulak tak minum air Glowing Green Smoothies ni. Muka pun dah banyak jerawat dah sebab toksin dalam badan.

Sesekali sepupu mereka datang melawat dan duduk seharian dirumah. Masa tu rumah memang riuh rendah dibuatnya. Kejap menonton TV, main game dan bila dah reda sikit bolehlah main LEGO.

Sesi mengopi bersama Kak Jah di Delifrance

Tuesday, 8 July 2014

Carca Marba

A new McCafe outlet baru sahaja dibuka around my neighbourhood area. Hari pertama buka, I dah singgah dah. Yer la, Starbucks Drive Thru jauh sangat nak pusingnya, kalau McCafe ni, balik ambik anak sekolah boleh ja singgah mengopi kejap.

Menu McCafe ni pun masih belum banyak lagi especially cake and pastry. Hopefully lepas-lepas ni bolehlah mempelbagaikan menunya pulak, kalau boleh buatlah sandwich ataupun cake lain.
 
Ini namanya rezeki jangan ditolak bila ada yang sudi nak belanja kita makan breakfast McD pagi-pagi (note:cerita ini sebelum mula berpuasa yer)

Berjalan-jalan di AEON Big ternampaklah pulak section kad raya, jakun kejap after 3 1/2 tahun tak menerima dan menghantar kat hari raya kepada kawan-kawan.

 Masih mood World Cup. Cadar Germany, Brazil, Argentina semuanya dah habis dijual, kecuali yang masih banyak adalah England. Huhuhuhu, tahu la dah balik awal, takkan la tak ada yang minat kut.

Mulut pot pet pot pet mengomel sambil main LEGO udahnya, dia yang tido

Jajan kegemaran satu ketika dulu kini dah berwajah baru. Dulu pakai packaging biasa aje and now dah cantik dah. Teringat dulu masa first time makan, muka agak pelik jugak tapi lama-lama jadi ketagih pulak.
 

Monday, 7 July 2014

Cuci mata

Sekarang ni if jalan dimana-mana shopping malls kat KL, memang penuh dengan orang yang membuat persiapan untuk beraya. We all pun belum beria-ia sangat membuat persiapan raya, cumanya beli sikit-sikit ajelah dulu. Singgah Marks & Spencer kejap nak mencari biskut kegemaran Danish disini. Foodhall nya dah berubah wajah, makin besar dan banyak benda yang dijual disini. Roti and pastries pun banyak juga dalam ni.

 Ouchhh, silau kejap mata bila nampak ZARA buat sale, jenguk-jenguk ajelah dulu, beli kemudian yer

Ouchhh, ni lagi tak boleh tahan. Jeans pun dah lama tak beli sejak balik dari Adelaide.

Kemana sahaja bila time musim-musim bola ni asyik la nak pakai jersey team masing-masing walaupun team sorang tu dah awal-awal lagi terkeluar.

Bila time diet ni, makan pun kenalah sikit-sikit, tak boleh nak lebih-lebih la. memadai dengan protein dan sedikit nasi aje. Hai, jenuhlah nak tunggu badan ni mendapatkan berat badan yang ideal, tak apa...usaha tangga kejayaan kan.

Sangat hampa bila pulut mangga dah habis, so makanlah  Pisang rebus dengan santan tapi agak mengecewakan juga bila pisangnya agak kelat sedikit.

Friday, 4 July 2014

IKEA kita

Jumaat sebelum puasa, sempat la buat potluck dengan member-member. Macam-macam jenis makanan ada..ada nasi Arab ayam dan lambing, kek Red Velvet, Laksa, Roti Jala Kuah Kari serta dessert yang pelbagai jenis. Ingatkan tradisi potluck hanya di Adelaide rupanya di Malaysia pun ada jugak.

Sekak dah perut masa ni, last minute ada pulak kawan yang datang bawa seperiuk sup kambing. Adoi la hai, itu mmg tak tahu nak sumbat celah mana dah.

Malam tu Daddy Jack ajak pi satu tempat, tapi tak menyangka la masih ramai lagi di jalan raya sampai sesak dibuatnya.

Ke mana lagi kalau bukan ke IKEA ! sebabnya Khamis dan Jumaat lepas adalah preview sale untuk member tapi tak adalah sale mana pun. Sekarang ni I rasa IKEA nak clearkan barang-barang lama aje, sebabnya August nanti barang-barang baru nak sampai.

Tujuan we all ke sini nak mencari katil untuk the boys. Lepas dah jual katil double decker mereka, so kenalah cari katil yang lain pulak. Ada dah yang berkenan tapi rasa hampa bila tilam IKEA yang weall beli di Adelaide agak besar untuk katil di sini. Gap adalah sebanyak 11cm so takutlah if ada pulak yang terjerlus kakinya ke bawah.

Sibuk nak kerusi Poang for kids ni tapi we all memang tak plan nak beli apa-apa pun selain katil tu.

 Berangan tak sudah sambil duduk atas kerusi tu

Danish bila time makan mmg bersemangat, tahu dah nak makan apa disini so terus order aje.

Insyallah, kita ketemu lagi yer di waktu terdekat ni. Ada beberapa benda yang nak dibeli lagi ni. Buat persiapan raya untuk rumah lah jugak kan mana tahu ada kawan-kawan yang nak datang beraya dirumah kami nanti.
 

Pre raya shopping

We all ni hampir-hampir terlupa yang tahun ini dah raya di Malaysia. Tak terpikir pun nak uruskan hak-hal baju melayu ni semua. Itupun mujur Ayah dan Ibu ingatkan, kalau tak pakai ajelah jubah yang Ibu beli kat Mekah pergi sembahyang raya.

Mujurlah abang tailor kat BAK ni nak lagi ambil tempahan cos Ayah adalah regular customer. So the boys and Daddy Jack yang ambil ukuran dulu while I carilah baju yang dah siap aje. nak pakai pun hanya di pagi raya, and then baju-baju masa beraya kat Adelaide dulu masih ada lagi. Gunakan balik ajelah.

Hari pertama puasa dah berjalan ke KLCC, mencari baju raya anak-anak. Anak-anak tinggal ajelah kat rumah, tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Fred Perry ada buat VIP offers untuk members so jenguk-jenguk la kejap baju untuk kami sekeluarga disini.

KLCC pun dah membuat persiapan awal serba sedikit deco hari rayanya. Dulu bila time pertengahan bulan puasa selalu la pi pusing shopping malls eg Mid Valley, One Utama, The Gardens, Pavillion, Sungei Wang, Lot 10 semata-mata nak tengok their raya decorations. Tapi rasanya tahun ni tak mampu la nak buat kerja-kerja 4 tahun yang lepas, dah tak larat dah nak ke hulu hilir, esp time-time nak raya ni, Rimas lah dengan orang ramai dan juga kesesakan. Patutlah ada orang yang membuat persiapan raya mereka awalk-awal lagi.

Got some shirt here for the boys and also kedai lain. Lepas tu balik rumah cepat-cepat cos nak menyediakan juadah berbuka puasa pulak. Shopping akan diteruskan lagi di lain waktu.