Nuffnang Ad

Monday 31 March 2014

Cover line

Sesekali masih memerhatikan Ryan dari jauh after hantar die ke kindy. Selalunya dalam pukul 930am, sessi PE dijalankan disekitar sekolah. Kebetulan I nak settlekan hal kat sekolah Danish so kebetulan lalu pulak depan kindy Ryan. Ternampak la mamat kerenteng tu dok asyik membuaikan budak girls tu. Entah mcmana ternampak pulak I, terus secara automatik dia pi lepaskan buaian tu then terus pi tengok langit, ala-ala cover lain.


Kebetulan kat ada pulak mini event di sekolah so terjumpalah pula dengan kawan IG I ni yang membuka gerai kecil menjual cake dan juga beberapa makanan lain. 

I memang pantang sikit dengan cake ni, so beli 2 terus. Makan sambil membuat online shopping bersama TESCO yang semakin mudah untuk membeli barang dapur.

Friday 28 March 2014

Happy 1st Birthday, Adib

I love birthday parties, tak tahulah kenapa tapi I memang suka organize birthday party. Even Danish punya birthday in June pun we all dah start thinking about some of the themes juga, apakah theme untuk tahun ini...tunggguuuuuu !!!!!. We all satu family dijemput oleh my ex-officemate from Unisel dulu untuk meraikan harijadi anak keduanya yang pertama di KFC Shah Alam.
 
Wow, really impressed dengan candy buffet yangdibuat sendiri oleh Lynn, ibu birthday boy. A big clap for you Lynbn, gigih menyediakan berbagai-bagai untuk birthday Adib ni.

 Biskut butang pun ada juga..kat Adelaide satu tub biskut ni dekat RM30 !!!

 Kanak-kanaklah yang paling seronok sekali kalau ada birthday party. Tambah lagi seronok bila ada small games dan juga some entertainment.

 Cutelah Adib dengan costume Batman tu, tambah pulak siap pakai mask lagi

 Birthday boy memilih tema Superheroes untuk birthdaynya kali ini

 Masing-masing tak sabar nak tunggu acara memotong cake

 Mak ayah dijamukan dengan hidangan KFC

Ehhh, Chicky pun buat appearence juga, mujurlah tak ada yang menjerit ketakutan. Masa we all buat sambutan birthday Danish yang ke 2 di McD dulu ohhh ramai yang terjerit-jerit takut even the birthday boy

 Antara anak-anak yang turut memeriahkan majlis birthday Adib

 Ryan with Chicky



Terima kasih buat Lynn dan juga Raizam kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis birthday ni. Dapatlah berjumpa dengan beberapa kawan lama masa di Unisel dulu.
 

Monday 24 March 2014

Mumbling rumbling

Mujurlah rumah ni ada pantry, lebih kurang sama macam rumah di Adelaide dulu. Senang la nak organise my groceries yang banyak tu.

Sesekali meneman Ibu pergi shopping, best juga dapatlah belek kasut-kasut mana yang cantik.

Terkedu kejap my Kerinting tengok orang buat burger di gerai burger di kawasan rumah I ni. Ada macam-macam jenis burger ada dijual disini, dari burger ayam dan gading sampailah ke burger rusa dan juga arnab.

Dah beberapa kali dah I lunch seorang, maklumlah kawan-kawan yang lain kerja so I uruskan beberapa hal then makan terus. Nak tunggu geng cuti entahlah bila.

Kalau bosan makan dirumah, lepas hantar budak sekolah pi breakfast di Club House sambil menikmati pemandangan yang indah.

Lepas settle bil letrik di TNB, lepas lelah kejap di Secret Recipe sambil makan black pepper pie dan juga caramel latte.

Terjebak dengan Sugarscarf sekarang ni after I tengok one of my Adelaide's gang, Aqilah pakai selendang dia. Nampak cantik pulak tengok bila masuk ke butiknya. Hmm, beli a few dulu, belajar cara-cara ikat selendang dulu then baru ada confident nak pakai diluar.
 

Monday 17 March 2014

His first friendly match

Last 2 weeks, Danish ada his first friendly match kat Sekolah Menengah Lembah Subang against Sweet Soccer Academy, tak pasti dari mana team lawan tu. So pukul 730am dah bertolak dari rumah, then breakfast dulu kat kedai mamak somewhere in Subang.


Cuaca pun Alhamdulillah sangat baik, masa ni jerebu belum teruk lagi

Ramai juga penyokong dari pihak tuan rumah dan juga pihak lawan yang turut sama memeriahkan match kali ini.

It was a rough game, pasukan lawan memang agak agresif tapi pihak tuan rumah berhempas pulas untuk memastikan team mereka tidak kalah.




Bersungguh-sungguh Danish main kali ini, maklumlah tempoh probation for his team adalah 3 bulan so kenalah tunjukkan kesungguhan dan juga keupayaan bermin bola. Alhamdulillah, dapat score 1 gol untuk pasukannya.

Daddy Jack haruslah jadi penyokong kuat anaknya, mengalahkan Coach pulak memberikan arahan kepada pemainnya.

 Horayyy !!! Team Danish menang dengan 4-3, satu gol dari Danish





Lepas habis game ni, terus game lain setiap Ahad dibatalkan cos masalah jerebu and Ahad ni sambung balik seperti biasa.

Monday 10 March 2014

Housewarming and mini reunion

Awal bulan Februari lepas, we all buatlah sikit majlis doa selamat and housewarming sempena masuk rumah baru we all. Jemputan dikalangan jiran-jiran satu jalan, ahli keluarga serta kawan-kawan juga. Menu haruslah ada kambing golek. Majlis supposed bermula lepas Asar tapi disebabkan ahli masjid tak boleh datang lepas Asar so kenalah ubah jadi lepas Zuhur. So menu makan pun kenalah tambah juga.

Juadah yang pertama kali diperkenalkan kepada tetamu kami, Laksa Pahang. Laksanya yang diimport khas dari Kuantan, kuah putih tu Ibu yang buat.

Menu wajib if ada kenduri di rumah we all ni adalah nasi arab la. Ibu yang tolong buatkan, cos I ada hal sikit pagi tu.

 My inlaws sumbangkan satay untuk majlis ini

Ada juga kuih muih serta roti jala untuk tetamu yang hadir. Makanan memang banyak, sebab ada pertambahan menu so mmg berlambak-lambak makanan.

  Dah nak petang, ada pulak nasi lemak yang disponsor oleh adik I. 

Paling best dapat buat mini reunion dengan my Adelaide geng juga. Seronok dapat jumpa mereka after beberapa bulan tak berjumpa.

Dah besar dah Aliya ni, baby kedua comel lepas Maiesha balik Malaysia. Dah tak takut dah dengan orang, dah makan kurus dari dulu. Maybe sebab dah banyak buat aktiviti dan juga aktif sejak balik ni.

I jemput ramai juga my Adelaide gang tapi hanya ini yang berkesempatan untuk datang. Insyallah, lain kali I buat makan-makan lagi yer

Menjelang Maghrib, sorang lagi a good friend of mine masa di Adelaide datang menjenguk we all. Tambah seronok la, especially share pengalaman masing-masing bila anak-anak dah mula sekolah. Banyak pengalaman pahit yang we all share bab-bab sekolah anak-anak ni. Alhamdulillah, sekarang ni we all slowly la untuk menyesuaiakan diri dengan persekolahan anak-anak.