Nuffnang Ad

Wednesday 31 August 2011

Happy Birthday, Husband

Today is Daddy Jack big day cos today is his birthday yang ke 32 tahun. Tiap-tiap tahun Daddy Jack dapat undangan dari Kerajaan Malaysia untuk menyambut hari lahirnya bersama-sama anak Merdeka yang lain. So, kali nie agak istimewa sedikit sebab birthday Daddy Jack jatuh pada Hari Raya kedua.

I hope that everything that you wish for akan termakbul. You even said to me that you want to get your Doctorate before turn 35 and now, akan menjadi kenyataan, Insyallah. At this age, you dah jadi Pensyarah Kanan, satu pencapaian yang cukup membanggakan. I bangga dengan kejayaan you di dalam career, Alhamdulillah, semuanya baik. Tak lupa juga, terima kasih kerana menjadi a good Daddy to Danish and Ryan. You make them proud to have you as their Dad.

We fight, we make up, we share secrets over a coffee cup. Sometimes you're my friend, sometimes a guide, you are the person in whom I take pride. I feel so blessed to have found true love in your arms. I feel so proud to call you my husband. May you be blessed with all that you have ever dreamt of. I promise to always stand by your side and support you whenever you need me. Happy Birthday to the best husband in the world...

HAPPY BIRTHDAY, Daddy Jack aka MOHD KHAIREZAN

Tuesday 30 August 2011

Perjalanan yang lancar, tanpa masalah

Perjalanan kami balik ke Kuantan Ahad lepas berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesesakan. Kenderaan pun tak banyak, maybe ada yang dah balik awal atau mereka merancang perjalanan dengan baik pada musim perayaan kali ini. I pun bertolak balik dalam pukul 8 pagi, taklah panas sangat, cuaca pun agak mendung aje tapi bila sampai Kuantan memang agak panas terik jugak.

Alhamdulillah, my boys pun masuk aje kereta, belum pun sampai terowong kat Genting tu semuanya dah tertidur so taklah I letih atau pening melayan karenah mereka. Dapat Happy Meal breakfast set, terus kenyang then tidur terus. Danish pun okay, tak mengadu sakit atau nak kencing pun sepanjang perjalanan.

Malam tu, Ayah minta tolong untuk masukkan kuih muih untuk diberikan kepada orang kampung. Masa we all sampai tu, terkejut juga tengok berbalang-balang kuih di tengah rumah. Rupanya ada orang bagi sumbangan kepada Ayah untuk diberikan kepada orang kampung.

As always, my little helpers akan turut menyibukkan diri samada untuk menolong ataupun bikin sibuk sahaja.

We have to make 300 px untuk orang kampung dimana setiap paper bag kena ada 2 balang kuih yang mengandungi dodol, kurma, kuih cornflakes dan juga kuih bangkit. Murah rezeki kepada yang sudi menderma.

Ryab disuruh menyusun paperbag sambil Danish mengira jumlah paperbag yang disediakan.
Mula tu Daddy Jack tak join sebab tengok football kat TV tapi bila game tak best, die pun turut sama join. Mula tu memang memerlukan pertolongan, tapi sebab tengok Daddy Jack tengah layan bola, so biarkan dulu la.

Malam tu juga, Ayah panggil Amil datang ke rumah untuk membayar zakat. Tak sempat nak keluar untuk membayar, so Amil aje yang datang rumah. Kebetulan, kami pun tak bayar lagi so just nice ajelah kan.

Hmm, tahun lepas bayar di Adelaide, so tahun nie merasa bayar di Malaysia..Alhamdulillah.

Monday 29 August 2011

Iftar yang sungguh mengerunkan

Lepas Traders Hotel, Ayah ajak berbuka di Seri Pacific pulak. Ingatkan tak ramai, rumanya sampai penuih dewan ballroom tu dengan orang. Untuk malam tu sahaja, sampai 600 px sahaja. Makanan pun punyalah banyak, sampai kena buat satu pusingan besar untuk pilih makanan. Dessert bar sahaja dah penuh kuih muih yang menyelerakan.

Rasanya trend buffet kat hotel sekarang nie kena ada kambing golek, baru ramai orang nak datang. Tapi memang ya la, gerai kambing tetap menjadi pujaan ramai.

Nie section untuk goreng-goreng, antaranya....

Keledek, keladi, pisang, dan juga cempedak goreng. Berbeza dengan Traders Hotel, kat sini ada sambal kicap..best, best

Ada section yong tau foo

Bahagian mee and kuay teow goreng. I ambilkan untuk Ryan dulu, sedap mee goreng mamaknya tapi bila I bangun untuk ambil for my food pulak, terus tak sedap. Agaknya die dah penat, masak banyak kali so rasa pun dah so-so ajelah.

Terbaik !!!! siap ada section sup gear box, dan juga mee and bihun sup. tak sempat nak merasa makan sup sebab dah banyak sangat makanan masuk dalam perut.

Gerai Johor, antaranya ada nasi beriani dan juga laksa Johor.

Masakan Jepun pun ada jugak, antaranya Teppanyaki

Penang section, mee rebus and laksa Penang

Untuk dessert, ada ABC dan juga cendol

Air minuman yang pelbagai jenis, ada air tebu, bandung, teh bunga serta tak lupa minuman panas..kopi dan teh.

Section buah-buahan, sedapnya dapat cicah dengan kicap pedas dan juga asam boi.

Satay tak dilupakan. I tengok ada yang ambil sepinggan penuh..boleh habiskan ker?

Section western food pun ada juga, antaranya this kebab and wraps

Pasta section

Apam balik pun ada juga

Warung ayam penyet

Grill section, ada ikan bakar, kerang dan juga ayam

Roti jala and roti canai section

Tak cukup outdoor, indoor pun ada juga beberapa section makanan antaranya pecal, sambal colek dan juga ulam-ulaman.

Aneka jenis kerabu pun ada disediakan.

Hidangan nasi dan juga lauk pauk yang menyelerakan

Sebelum berbuka, bagi my boys makan dulu, kalau tak nanti huru hara jadinya. Alhamdulillah, my boys makan dengan penuh selera, maybe sebab ada banyak pilihan makanan yang mereka suka macam pasta and also satay.

My first pinggan untuk berbuka puasa, didahulukan dengan kuih manis dulu. Sedap serimukanya, lebut pulut dan juga bahaguan atasnya.

Lepas tu mencuba untuk makan nasi pulak..lauk pauk semuanya sedap, tambah sedap bila ada sambal belacan, tempoyak, budu sikita and cencalok. Campur semua, memang sedap.

Then, cuba ambil mee mamak yang agak kurang sikit rasanya dan satay.

Ikan bakar, kerang dan juga ayam bakar dicicah dengan air asam

Last sekali makan bubur kacang and also pengat pisang. Bila makan pengat pisang, rasa macam satu pengalaman yang indah..heheheh, maklumlah dah lama tak makan pengat, pisang, cekodok pisang masa di Adelaide sebab pisang tersangatlah mahal. Kalau nak beli pun, sbb the boys nak makan, kalau nak buat kuih muih ni mmg taklah.

Masa nak balik, tengok orang tengah beratur panjang sambil pegang pinggan, ehhh ??? ada benda yang we all lupa makan ker ? Bila pergi rupa-rupanya....Ada buffet makan durian pulak. Patutlah orang beratur panjang. Ada bebrapa bakul penuh dengan durian untuk dijamu kepada para tatmu. Siapa taknak makan durian free, kan.

Ryan dok ralit tengok the kirchen crew mengopek durian. Kena tunggu dalam 10 minit jugaklah sebelum die nak bangun dari situ. Apa-apa pun kami pulang dengan perut yang tersangatlah kenyang. Sometimes, I wonder jugak, kalau buffet banyak makanan macam nie, larat ker orang nak makan. Sayang aje bila tengok ambik banyak-banyak tapi makanan tak habis dibuang macam tu sahaja.

Shoes shopping ...again

Lepas berbuka, we all ke KLCC again sebab Ayah nak ambil sampin yang Ayah order sebelum kami pi berbuka kat Traders Hotel. So dah alang-alang perut pun dah kenyang, so we all pun do some little round up of shopping. Ayah suruh pilih kasut untuk the boys. Hmm, rasanya dah 3 kali balik Malaysia, so 3 kali jugaklah the boys membeli kasut. Ada tu masih tak pakai lagi, dok tersimpan dalam kotak aje.

Si kerinting nie pun dah pandai pilih kasut mana yang berkenan. Entah kenapa terberkenan pulak dengan kasut Ben10 nie. Suruh pilih kasut lain, tak nak pulak.

Masuk ADIDAS kat Parkson ternampak pulak CARS Collection, ada kasut and jumper suit. Ada satu kasut nie Ryan minat sangat tapi tak ada saiz and same goes with Danish. So, they all pilih nak ambil jumper set dulu sebab the SA cakap, maybe after Raya baru ada stok kasut lagi.

Tak putus-putus mulut bising nak kasut CARS, berjenuh nak bagitahu Ryan kasut tu tak ada saiz die sampaikan kena minta SA tu terangkan pada die, barulah paham.

Then, pergi kedai lain pun cari kasut jugak. Kami nie tak ada apa-apa permintaan, cuma Ayah aje yang pilihkan kasut mana yang sesuai.

So, semuanya dah dipilih, sampaikan kedai pun dah nak tutup masa Ayah bayarkan. Bila pikir-pikir balik, bilalah masanya nak pakai kasut tu yer...