Nuffnang Ad

Tuesday, 2 August 2011

Danish dan ALiM program

After we had dinner at Barnacle Bills tu, balik sekejap sebab nak sembahyang after that nak siapkan apa-apa yang patut sebabnya Danish ada program dengan ALiM (Amazing Little Muslim) di Thorndon Park berdekatan dengan rumah. ini program ALiM yang kedua, yang pertama Danish tak dapat join sebab tak berapa sihat so kali nie beria-ia nak pergi after tahu Aqil dan Fahmi pun ada juga.

Sebelum majlis bermula, sama-sama menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, bersembahyang Asar di tengah padang. Mat salleh perhatikan aje, mujurlah tak ada yang buat pasal pulak.

Program dimulakan dengan sessi membahagikan kumpulan mengikut umur masing-masing. Danish seronoklah sebab satu group dengan Aqil dan juga Fahmi.

Antara acara yang dibuat adalah sessi Treasure Hunt. Daddy Jack tak bagi I follow sangat sebab nanti takut Danish tak boleh nak concerntrate pulak bila tengok I mengekor aje. So, I duduk lepak ngan my Kak Azie sambil bersembang-sembang kosong ajelah.



Lepas habis Treasure Hunt, ada acara melukis pulak, I pun tak tahu buat apa tapi nampak macam kena lukis poster pasal Ramadhan.


Ramai juga anak-anak kecil yang melibatkan diri dengan acara macam nie, ada tu kecil lagi tapi sebab seronok, pun boleh join. My kerinting tak boleh join lagi sebab masih kecil lah.

Lepas melukis, kena present depan kawan-kawan semua apa yang dilukiskan.

Mak ayah pun boleh turut sama temankan anak-anak. Anak-anak buat hal masing-masing while the parents duduklah bersembang sambil makan-makan.

Lepas habis acara, masing-masing dapat calendar/carta untuk Ramadhan, carta puasa so kalau puasa bolehlah tandakan penuh, kalau cuti pun kena tandakan jugak. Bagus jugak ada carta macam tu, nanti nak minta untuk mak punya sekali jugaklah, senang nak tanda bila yang "cuti"nya.

Terima kasih kepada penganjur majlis dan juga kepada komuniti ALiM yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Harapnya ada lagi program sebegini untuk mengisi masa lapang anak-anak yang kadang kala mengadu bosan duduk rumah nie.

1 comment:

  1. ramai ke komuniti islam kat adelaide gina? cam best je...

    ReplyDelete