Nuffnang Ad

Friday 29 November 2013

Malam berinai

Cerita sebulan yang lalu, dah lama terperap dalam draft box, cerita pasal majlis kahwin my adik yang bongsu sekali.

Jumaat minggu kedua bulan October, berlangsunglah majlis perkahwinan adik bongsu ku di Kuantan. We all pagi Jumaat tu baru bergerak balik ke Kuantan. Sampai sebelum sembahyang Jumaat and after Asar ada kaum wanita sekitar kampung yang datang rumah untuk majlis marhaban.
 
Sayunya mendengar bacaan yasin dan juga alunan suara-suara membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, terasa leka sekejap dibuatnya.

Malam berinai tu we all adalah buat makan-makan sikit untuk keluarga dan juga para penduduk kampung yang bertungkus lumus bekerja untuk menyiapkan majlis perkahwinan adik I ini, antara menunya adalah lamb roast dan juga kebab.

 Dah macam pasar malam aje gayanya majlis ini

 Khemah pun dah tersedia di padang di depan rumah ni

Kebab ada dua jenis, satu guna pita bread and satu lagi pakau sausage roll, dua-dua pun sedap !!


 Pelamin pun dah habis siap, sikit lagi untuk sentuhan terakhir

Selain kebab dan juga roast lamb, orang kampung turut bergotong royong menyediakan lauk pauk untuk malam tu. Antara menu yang disediakan nasi putih, sambal belacan, sup tulang, kobis goreng, ikan masin dan juga daging goreng. Sedap-sedap semuanya.
 

Thursday 28 November 2013

Restoran Adam Lai

Pertama kali mencuba makan di Restoran Adam Lai, salah satu kedai makanan Cina Muslim di Wangsa Melawati. Dah biasa mencuba di Mohd Chan Abdullah dan juga Sharin ,Low sesekali nak jugalah mencuba restoran yang baru.

Makan besar malam tu dengan berbagai-bagai jenis lauk pauk. Itupun yang dalam menu pun banyak lagi masakan yang sedap-sedap. Lain kalilah kita datang lagi mencuba menu yang lain pula. Memang sedap masakannya, lain dari restoran Cina Muslim yang lain.

Terjumpa pulak dengan Ebby Yus yang kebetulan berada disitu juga. Danish yang perasan, Karoot Komedia, katanya. Sempatlah Danish bergambar dengannya. Dengan service yang baik, makanan yang sedap pastinya we all akan berkunjung ke sini lagi.
 

Chillin' at Chilli's


Sesekali bila time bercuti, ajak la jugak the boys pergi makan kat luar.  Seronokla depa bila keluar hari biasa. Kalau tak asyik gi sekolah aje, kan.

  
Pilihan tempat makan bergantung kepada anak-anak. After all, they all yang nak makan, we all just ikut aje tapi tahu dah apa yang mereka nak makan bila keluar tu. Kalau western, selalunya Chilli's la menjadi pilihan. Kalau dah ke Chilli's menu Quesadillas menjadi pilihan Daddy Jack.

 
Selalunya I ambil Southwestern Lamb tapi kali ni macam nak tukar selera so ambil Cheese and Steak Sandwich aje while the boys ambil the kids meal ajelah.
 
 
For dessert, ini yang sentiasa menjadi pilihan, Molten Chocolate Cake.
 
Ingatkan order satu tak habis, rupanya berebut-rebut makan 4 orang ni, nak order lagi malas pulak so lain kali kita order 2 la yer.

Saturday 23 November 2013

Yeah !!! Mamak in Adelaide

Dah lama tahu kewujudan restoran mamak di Adelaide tapi belum pernah berkunjung lagi until waktu puasa lepas gara-gara malas dan tak ada idea nak masak apa so kedai mamak la dituju buat pertama kali. Mamak Corner nama kedai ini.

Bebudak ni bila cakap makan luar, apa lagi horay huray la seronok. Tambah seronok bila cakap nak makan kedai mamak.

Si kerinting ni suka sangatlah dapat makan roti canai kosong kegemaran die selain nasi lemak. Habis la sekeping roti canai tu di hadap.

Kepuasan yang ketara di muka masing-masing dapat makan roti canai dan juga roti telur serta Milo ais.

Anak bujang I ni memang pemakan orangnya. Maklumlah berpuasa kan, so nafsu makan itu membuak-buak aje. Dah selesai sekeping roti telur, tak segan silu angkat tangan untuk menambah menu, pilihannya tak lain tak bukan adalah Maggi Goreng telur mata.

 Memang menggiurkan sungguh Maggi Goreng Telur mata ini

As for me, mencuba set nasi dengan kari ikan. So-so ajelah rasanya, taklah power mana pun tapi bolehlah sesekali nak tukar selera, kan.

Penuhnya makanan atas meja, macam 6 orang makan, padahal cuma 4 beranak aje. Alhamdulillah semuanya licin, tak tahulah sebab sedap ataupun memang dah menahan lapar dan dahaga dari pagi.

Balik, sebelum tidur, terasa pulak nak makan strawberry dip in chocolate pulak, so masing-masing berangkut keluar bilik, then sama-sama mencolek strawberry dan macam makan colek mangga pulak.
 

Friday 22 November 2013

Not as good as before

Hari tu me and Daddy Jack lunch at Pak Li Kopitiam at Seksyen 7, Shah Alam. Dulu selalu aje we all makan kat sini, suka sangat makan Nasi Ayam Lemon dan juga Neslo Ais kat sini, sedap sangat.

But, after 3 1/2 years, rasanya dah tak sesedap macam dulu lagi. Tak pastilah orang lain tapi I rasa tak sama macam dulu. Ayamnya pun terlalu keras dan tak lembut mcm dulu.

We all pikir maybe datang first time, tekak pun masih nak adjust then we all datang buat kali kedua, kali ini nak mencuba their famous fried kuay teow dulu yang menjadi salah satu lagi menu favourite kami tapi tetap sama, tak serupa mcm dulu lagi so we all dah tawar hatilah untuk makan di Pak Li lagi so we mencari tempat yang lain pula.

Then teringat pula dengan PappaRich yang dekat dengan rumah. Lama tak singgah sini. Dulu memang rajin juga ke sini tapi bila timbul isu halal dan haram tu terus tak pergi cos ada yang cakap kedai ni menggunakan logo halal yang palsu. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Pilihan makanan pun banyak juga dari Pak Li, air pun berjenis-jenis juga. 10 minit belek menu aje.

Char kuay teow tidak menegecewakan, begitu juga dengan dim sum serta lattenya. Danish sukakan mee gorengnya and Ryan tak sudah-sudah dengan nasi lemaknya. Nanti bila datang lagi, nak mencuba menu yang lain pula.
 

Thursday 21 November 2013

Mamak Culture

Sejak balik ni, entah berapa kalilah I pi makan kat mamak tu, antara yang sering dituju adalah NZ. Tak kiralah breakfast, lunch atau dinner ikut suka aje bila nak singgah.

Di awal-awal balik dulu, cuaca punyalah panas sampaikan rasa rimas duduk dalam rumah, then keluar nak ke Giant singgah pula di tepi jalan untuk membeli cendol dan juga rojak yang paling sedap di Melawati.

Kecur tengok

 Entah kenapa semenjak dua menjak ni suka pulak makan roti banjir

Adakalanya mee goreng telur mata dan juga teh tarik menjadi pembuka selera di pagi hari.

 Kadang tu pi la jugak mamak sebab nak tengok bola guna big screen, tak cukup besar TV kat rumah tu.

Roti naan dan juga ayam tandoori, satu kombinasi mengemukkan diri di malam hari.
 

Tuesday 19 November 2013

Dating..dating dan dating


Di kala kebosanan di KL ni teringat waktu berdating di Adelaide dulu. Sekarang ni nak berdating waktunya agak limited sedikit cos Daddy Jack dah kerja so balik pun dah agak lewat. So harapnya bila dah settlekan kerja-kerja sikit nanti bolelah kembalikan hari-hari dating kita. Selalunya kalau kita berdating ke Rundle Mall, selalu jugaklah masuk kedai-kedai menjual handbag ni, saja aje mencuci mata.


Tambah pulak bila dapat email di kala Oroton ada sale, haruslah menjengah kejap, kang kesian pulak tukang hantar email, jenuh die hantar, takkan kita tak pi, kan?

 
Design from Oroton taklah sehebat mcm LV, Hermes ataupun Ferragamo tapi salah satu kebanggaan untuk Australia yang ada their own luxury fashion accessories. Nowdays, demam Oroton pun dah melanda sesetengah wanita di Malaysia.
Hmmm, selalunya lepas berjalan bertawaf satu Rundle Mall tu, then kita akan berhenti makan kejap di Knoodle sebelum tempat tu penuh dengan orang bila pukul 12 pm.

Kalau bosan makan di Knoodle, makan pulak di satu tempat yang lain di Rundle Place, Warong yang menyediakan beberapa makanan Malaysia, antaranya nasi lemak, nasi ayam dan juga roti paratha.

Char Kuay Teow nya sangat sedap, dimakan bersama sambal dan juga telur
mata

  
Now, Coach collection dah ada di David Jones. Sebelum try tanya dulu samada kasut ni menggunakan pig lining ataupun lamb, so bila dah confirm bukan from pig so bolehlah kita mencuba di kaki samada sesuai ataupun tidak. Serious memang sangat cantik tapi tak terasa pulak nak membelinya. Berjalan di Gardens hari tu dah nampak dah kasut Coach ni dah masuk Malaysia balik dengan koleksi yang sangat cantik..okay now air liur dah meleleh bila cakap pasal kasut Coach.
Sepanjang duduk Adelaide ni, hanya membeli kasut Doc Mart ajelah yang banyak. High heels ni macam tak ada nafsu pulak nak membelinya, padahal tengok Marc Jacobs and Tods punya heels punyalah cantik.

I always adore Loubbies, samada yang plain atau yang spike ones. The fine heels after all.

Kim Kardashian collection yang hanya dijual di kedai accessories sahaja, tak perlu ada boutique khas untuk menjualnya.

For my casual attire, Ben Sherman menjadi pujaan hati. The punk looks yang mmg sangat classic menjadikan I kembali ke zaman muda-muda dulu, wearing a Doc Mart boot, Ben Sherman jacket  and also Fred Perry signature shirt. Awesome !!!!

Selalunya we all kalau ke City, jarang naik bas, naik kereta parking di Target then jalan kaki aje ke Rubdle Mall tapi entah mcmana satu hari berdating dengan Daddy Jack gatallah pulak nak naik bus. Udahnya mengangkut macam-macam barang sampai tak muat tangan naik bas. Masa tu mulalah pikir, masa bawak keerta tak membeli banyak-banyak, tiba naik bas semua nak diangkutnya.

Walaupun gi dating bila anak-anak ke sekolah, tapi sure la kena belikan something untuk mereka, nanti bising pulak keluar tak ajak mereka.

Well, tak semestinya dating tu pergi shopping aje, adakalanya dating hanyalah sekadar pergi breakfast berdua. Then balik Daddy Jack pergi Uni untuk menghabiskan sesi penulisannya pula.