Ini Danish, tahun ni 8 tahun and tahun depan akan memulakan sesi persekolahannya di Malaysia di dalam darjah 3. Isnin ni he will be in interview session di salah sebuah sekolah di KL, hopefully berjaya mendapat tempat di sekolah itu. Tak pernah lagi masuk sekolah di sini tapi pernahlah masukkan kejap dia di Smart Reader tahun 2011, waktu tu we all balik Malaysia for 2 months kejap so dari membuang masa, we all masukkan lah dia ke situ untuk memahami silibus sekolah disini.
My kerinting now dah masuk 5 tahun, and now I masukkan dia at kindy sini kejap. Kindy tu still ada class during the school break yang bermula Isnin ini, cumanya akan diberi cuti 2 minggu sebelum bukak sekolah tahun depan. I masukkan dia full session till 4pm so that duduk rumah taklah asyik mengadap TV aje. So far, Alhamdulillah dah bolehlah membaca, menulis dengan baik for his kindy next year.
Bila dikenangkan anak-anak yang makin membesar ini, terasa cepat sangat masa berlalu. Nanti tahu-tahu seorang dah masuk sekolah menengah, then after that pergi kolej/universiti pulak. Then dah bekerja, ada kehidupan sendiri serta membina keluarga.
My penghibur di kala Danish ke sekolah. Dengan mulutnya yang macam orang tua serta manja yang teramat sangat.
Kalau letih sangat barulah tidur petang, kalau tak, main bola lah, tengok TV and minum susu tapi tak tidur juga.
Tahun depan-dua-dua akan memeulakan sesi persekolahan yang sebenar di Malaysia, Insyallah harapnya semua berjalan dengan lancar.
As for him, ada setahun aje lagi di kindergarten, after that dah nak masuk darjah satu. Banyak yang perlu difokuskan untuk the boys ni especially dari segi mental untuk bersekolah disini. Nak membiasakan diri dengan homeworks, beg sekolah yang berat, aktiviti ko kurikulum dan macam-macam lagi. Me and Daddy Jack pun banyak yang perlu dipelajari especially dengan sistem pendidikan yang baru ni. Insyallah semoga semuanya dipermudahkan dan segala urusan kami disini berjalan dengan lancar. Amin.
semoga segalanya dipermudahkan ye gina.
ReplyDeletegeram betul ngn budak kerinting :)
Terima kasih Kak Atty
Delete