Nuffnang Ad

Monday, 11 November 2013

Dapur idaman

Kadang-kadang bila budak-budak pergi sekolah, barulah I dengan Daddy Jack boleh pergi survey barang-barang yang nak dibawa balik. Antara tempat yang sering dikunjungi adalah Harvey Norman, selalunya we all compare price aje dulu, then balik discuss mana yang nak beli dulu.

Di Adelaide, we all selalunya membeli our electrical goods samada di Harvey Norman ataupun di The Good Guys. Masa pertama kali datang dulu, tak ada sesiapa yang advice we all pasal barang-barang electrical ni so we all beli baru terus kat Harvey Norman, tak tahu kewujudan The Good Guys ni pun.

Barangan SMEG adalah antara yang menjadi wishlist. Kebetulan we all datang ada sale besar-besaran pulak tu.

I memang minat sangat this upright cooker, hasil suka sangat menonton The Food Channel kat Foxtel so bila tengok rancangan memasaknya terus jatuh cinta pulak.

Bila dah display macam ni, rambang la pulak mata, tiba-tiba rasa SMEG dah bukan jadi terikan utama. Dah pernah buat survey di Malaysia, harga SMEG hampir RM12K, ada yang Electrolux punya tapi diberhentikan pengeluarannya buat seketika, tak tahu pasal apa.

Bukan senang nak beli dapur ni untuk dibawa balik ke Malaysia, the starter sangat berbeza cos di Australia, mereka menggunakan natural gas, manakala kita di Malaysia menggunakan LPG. Tapi, Alhamdulillah, mulanya rasa sedih if tak dapat beli tapi pihak pengeluar Aussie cakap tak ada masalah, cuma kena tukar starter aje kepada LPG. Phewwww !!

 Alhamdulillah, salah satu wishlist telahpun berada di depan mata

Rekaan retro for toaster, kettle and also the coffee machine. Sayangnya tiada warna merah for this appliance, kalau tak maunya I angkut jugak.

Wow, the Smart Fridge, ingatkan ada Smart TV aje, rupanya fridge pun ada jugak. Siap ada wi fi and boleh bertwitter lagi.

Hampir nak membeli ini, tapi disebabkan I aja yang minum coffee so we decided beli yang lain, semua boleh gunakan.

Wah !! Kenwood dah makin advance sekarang ni, instead of plain white dah keluarkan cotton candy punya collection.

Sangat sexy, kan. Entah bilalah I nak gunakan my Kitchenaid. Dulu beli yang Artisan Empire Red and now gatal pi tambah beli yang Apple Candy ni sebab gunakan glass bowl pulak. Mungkin yang Empire Red tu akan dilet go.

Selalunya we all akan makan dululah sebelum balik, then terus pick up the boys kat sekolah masing-masing. Balik rumah baru masak apa yang patut.

8 comments:

  1. salam puan gina, sy nazliah. remember me? yg tanya utk photoshoot birthday party tu.. if nak let go kitchen aid yg lama tu let me know how much. hehe. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Nazliah, Insyallah, nanti if I nak jual, I roger-roger yer

      Delete
  2. kenapa kak gina dah balik awal, baru nak suruh tengokkan breast pump madela freestyle dekat sana berapa harganya. dekat sini mahal bebeno. tak lalu rasa nak beli :(

    hani

    ReplyDelete
  3. MENYEDIAKAN PERHIKMATAN;
    -ubah suai rumah
    -membaiki atap bocor
    -membaiki tandas tersumbat
    -membaiki singki tersumbat
    -membaiki kerja kerja elektrical
    -membaiki kerja kerja plumbing
    -pasang tille
    -membuat kabinet dan table top
    -mengecat
    -tukar pintu dan grill

    ReplyDelete
  4. MENYEDIAKAN PERHIKMATAN;
    -ubah suai rumah
    -membaiki atap bocor
    -membaiki tandas tersumbat
    -membaiki singki tersumbat
    -membaiki kerja kerja elektrical
    -membaiki kerja kerja plumbing
    -pasang tille
    -membuat kabinet dan table top
    -mengecat
    -tukar pintu dan grill RIZAL 0123905895

    ReplyDelete
  5. Salam puan.. nak tukar starter ke lpg tu buat kat mana ya? Ingat nak bawa balik smeg juga, mujur baca review puan yang ni. Please advice. TQ ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan
      I belum tukar lagi starter tu as my SMEG masih berada di dalam kotak lagi, belum digunapakai pun

      Delete