Nuffnang Ad

Monday 29 June 2015

Jom jalan-jalan


Seawal pagi dah bangun bersiap-siap untuk breakfast. Waktu lewat sejam dari Malaysia, so inilah keadaan pada pukul 8 am Thai kira-kira pukul 9 Malaysia. Matahari dah menampakkan sinarnya.

Menikmati pemandangan di sebahagian kota Bangkok while minum kopi and makan roti. Hilang kejap rasa gayat bila melihatkan pemandangan yang cantik ini.

Kebetulan pula hotel ini mempunyai chef yang Muslim so a few makanan adalah halal. Teringat dulu masa pertama kali ke Bangkok bersama my family, makan omelette tapi lepas tu ada pulak ham, terus terbantut selera kejap. Only ada a 2 jenis yang non halal tapi diletakkan berasingan tempatnya.

The boys bukanlah pemakan sangat, dapat roti and cereal dah siap dah breakfast mereka walaupun ada pancake semua tidak dilayan pun.

Lepas breakfast, sementara menunggu Daddy bersiap-siap serta merancang aktiviti seterusnya, lepak kejap sambil main Ipod masing-masing.


Pertama kali menaiki tuk tuk untuk ke tempat yang dituju. Dengan hanya 100 baht, dapatlah menaiki tuk-tuk, tak larat nak naik teksi cos jalan jem teruk sangat disini, rasa macam tak bergerak langsung.

Pemandu tuk-tuk membawa we singgah sebentar di kedai membuat suit walaupun kami tak minta sebenarnya sebab tak ada niat pun nak buat suit tapi mungkin pemandu ni dah diberikan komisyen untuk membawa pelancong ke sini. At last, buat juga sepasang suit untuk Daddy Jack. Kerja beliau mungkin memerlukan untuk memakai suit so buat terus sini senang, murah dan cepat perkhidmatannya.

Berposing dulu dengan tuk-tuk sebelum kita ke destinasi yang dituju.

Semua aktiviti dirancang oleh Daddy, even ke tempat-tempat yang harus dilawati pun semua Daddy yang uruskan. I dan anak-anak hanya mengikut sahaja.


Daddy Jack excited nak bawa anak-anaknya berjumpa dengan Ronaldo dan juga Rooney, tak jumpa di Sydney so kebetulan ada pula di Madame Tussauds Bangkok ini.


The King and Queen of Thailand

 
We all berkesempatan juga bergambar dengan beberapa wakil negara antaranya Mahatma Gandhi, Lady D, Mao Tze Tung serta Obama juga.


Satu kebangaan juga dapat melihat figurine Tun M disini.

Ronaldo sahaya yang ada, Rooney sedang dibaik pulih untuk keguaan akan datang. Tak frust pun, janji dapatlah bergambar dengan Ronaldo dan juga Steven Gerrard.

Seronok the boys dapat bergambar dengan beberapa figurine yang tidak dijumpai masa pi Madame Tussauds di Sydney yang lalu, antaranya Captain America dan juga Doraemon.

 
Daddy Jack pun tidak ketinggalan juga nak bergambar bersama-sama celebrities pujaannya
Antara ahli sukan yang ada, Steven Gerrard from Liverpool, Muhammad Ali, Serena Williams dan juga David Beckham.

Minat sangat dengan Johnny Depp since 21 Jumpstreet dulu. Bila rancangan tu start, memang tak boleh nak buat apa, even nak ke tandas pun, sanggup belajar awal-awal sebab nak tunggu cerita ni kat TV3 masa tu.

Antara celebrities lain yang ada disini One Direction, Justin Bieber, Oprah, Naomi Campbell and Britney Spears. Tidak ketinggalan pasangan yang paling popular, Brad Pitt dan juga Angelina Jolie.

Miss Julia Roberts bersama Will Smith

As for me, dapat bertentang mata dengan Beckham pun dah cukup dah. Tenung and merenung sepuas-puasnya. Kalau boleh dibeli patung ni, naklah jugak beli, letak kat rumah buat hiasan.

Tuesday 23 June 2015

First international tournament

Pada cuti sekolah yang lepas, we all sekeluarga diberikan kesempatab untuk travel lagi, kali ni bukan untuk bercuti senang lenang tapi ada misi lain, membawa anak-anak membawa bola di peringkat antarabangsa. Flight pukul 4pm so pagi tu sempat la pagi tu breakfast di NZ dulu.

Pukul 12 we all dah sampai KLIA, naik ERL aje senang dan cepat. Dah check in guna web, so senang ajelah just drop bag at the kaunter aje. Percutian kali ini nak travel light ajelah, tak nak bawa beg banyak-banyak, takut tak terbawa pulak nanti.

Pertama kali melibatkan diri untuk pertandingan antarabangsa, dimana banyak kelab-kelab dari Thailand, Indonesia, Vietnam, Cambodia even Singapore akan bertanding nanti.


We all masuk ke balai berlepas cepat 2 jam, malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai di sini, maklumlah cuti sekolah kan.

  We off to Bangkok for Bangkok Supercup 2015 !!!

Flight pukul 4 and we reached Bangkok dalam pukul 6pm mcm tu, then terus ambil train from the airport menunju ke hotel. Well taklah sebelah aje hotel dengan trains station tu, kena jalan lebih kurang 10 minit then sampai. We all stay di Baiyoke Suite Hotel, bersebelahan dengan hotel yang pernah I duduk masa bercuti ke Bangkok bersama keluarga dulu.

Sampai hotel, dah check in semua then terus menggelupur mencari manakan. Dalam flight hanya makan sandwich aje, itupun tak tertelan sebab roti yang digunakan pelik semacam aje. Mujurlah kat hotel ni mmg ada satu coffee house yang menyediakan makanan halal, malas nak mencari tempat makan lain, makan ajelah kat sini.

Alhamdulillah sedap tomyamnya. Tak mcm sesetengah kedai di Malaysia, cair aje kuahnya tapi disini mak aii pekat, pedas dan sedap. Udang pun besar-besar, sampai kena share kalau tak mmg tak akan habis...next apa pula aktiviti kami ya?

Monday 22 June 2015

Wedding bells

Beberapa bulan yang lalu, we all ada menerima satu undangan perkahwinan from my inlaws, jiran sebelah rumah katanya. Bila belek-belek kad, rupanya kenal pengantin perempuan melalui Instagram dan pengantin lelaki tu selalu berurusan bila nak order trophy ataupun cenderamata. What a small world, kan.


Cantik pelaminnya, walaupun kahwin buat di depan rumah tapi macam buat dalam dewan aje keadaannya.

Photobooth pun cantik, simple but nice. Nampak ramai makcik-makcik yang tumpang bergambar untuk mengabdikan kenangan.

Deco pun simple aje tapi still nampak klasik and retro

Candy buffet dengan pelbagai jenis sweet stuffs eg like gula-gula, kerepek , cake dan beberapa kuih muih lagi.

Simple aje set candy buffetnya

Tahniah buat Abil Bahari dan keluarga, Alhamdulillah, pengantin perempuan telahpun mengandung sekarang. Berseri-seri muka bakal ibu ni.

Menarik pula melihat art strings ni, satu idea yang baik untuk project seterusnya.

Saturday 20 June 2015

Pantang lepa aje KLCC la kita


Waktu senggang macam ni keadaan di rumah, bermain sesama samada video game ataupun foosball, berperang la satu rumah dengan kebisingan yang melanda.

Kereta Cars ni beli masa we all di Adelaide lagi, tapi dah semakin tak muat dah.

Petang-petang main dengan kawan-kawan di jalan, main bola ala-ala Fifa Street katanya. Tak kisahlah, janji ada aktiviti petang-petang.

Sementara anak-anak terjerit pekik main bola, mak sempatlah berlari-lari nak atas treadmill selama 30 minit nak pecahkan lemak.

Malam-malam dikala bosan duduk di rumah, kita berjalan ke KLCC sambil mencuci mata melihat pemandangan orang membeli-belah.

Dari dulu, suka sangat beli roti di Sun Moulin ni, rotinya sangat gebu dan sedap. Sedap makan sapu dengan kaya, mak aii, terasa-rasa kesedapannya di kala ini.

Yeah, tengok ajelah Sale sana sini, nak membeli belum ada keperluannya lagi.

Kedai ini memang keperluan bapak dan juga anak-anaknya, tak tahulah apa lagi yang dicari didalam ini, kononnya nak tengok-tengok aje tapi keluar sure ada yang tersangkut punya.