Nuffnang Ad

Tuesday, 23 June 2015

First international tournament

Pada cuti sekolah yang lepas, we all sekeluarga diberikan kesempatab untuk travel lagi, kali ni bukan untuk bercuti senang lenang tapi ada misi lain, membawa anak-anak membawa bola di peringkat antarabangsa. Flight pukul 4pm so pagi tu sempat la pagi tu breakfast di NZ dulu.

Pukul 12 we all dah sampai KLIA, naik ERL aje senang dan cepat. Dah check in guna web, so senang ajelah just drop bag at the kaunter aje. Percutian kali ini nak travel light ajelah, tak nak bawa beg banyak-banyak, takut tak terbawa pulak nanti.

Pertama kali melibatkan diri untuk pertandingan antarabangsa, dimana banyak kelab-kelab dari Thailand, Indonesia, Vietnam, Cambodia even Singapore akan bertanding nanti.


We all masuk ke balai berlepas cepat 2 jam, malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai di sini, maklumlah cuti sekolah kan.

  We off to Bangkok for Bangkok Supercup 2015 !!!

Flight pukul 4 and we reached Bangkok dalam pukul 6pm mcm tu, then terus ambil train from the airport menunju ke hotel. Well taklah sebelah aje hotel dengan trains station tu, kena jalan lebih kurang 10 minit then sampai. We all stay di Baiyoke Suite Hotel, bersebelahan dengan hotel yang pernah I duduk masa bercuti ke Bangkok bersama keluarga dulu.

Sampai hotel, dah check in semua then terus menggelupur mencari manakan. Dalam flight hanya makan sandwich aje, itupun tak tertelan sebab roti yang digunakan pelik semacam aje. Mujurlah kat hotel ni mmg ada satu coffee house yang menyediakan makanan halal, malas nak mencari tempat makan lain, makan ajelah kat sini.

Alhamdulillah sedap tomyamnya. Tak mcm sesetengah kedai di Malaysia, cair aje kuahnya tapi disini mak aii pekat, pedas dan sedap. Udang pun besar-besar, sampai kena share kalau tak mmg tak akan habis...next apa pula aktiviti kami ya?

No comments:

Post a Comment