Nuffnang Ad

Showing posts with label travel matters. Show all posts
Showing posts with label travel matters. Show all posts

Monday, 22 January 2018

Bangkok Cuki Cup - Last day



Hari akhir di Bangkok, we all terus check out from the hotel and bawak semua kelengkapan beg terus di padang cos we all balik malam tu juga, last flight. Malas dah nak stay semalam lagi cos memikirkan tak boleh nak ambil cuti.


Kita tak menang sebarang tempat pun, cukuplah di 4th place sahaja, but itupun dah cukup best dah after kita dah lama tak sertai international tournament.

Ada lebih kurang 6 jam lagi sebelum our flight balik ke Kuala Lumpur, pusing-pusing kedai dalam airport mencari something untuk dibelikan for my close friends la.

Sepanjang berada di padang bola, tak berkesempatan nak makan Pulut Mangga, tapi we all jumpa juga di airport ni, so makan la sambil menunggu our flight. 

Mula sampai airport, ternampak la service Sleep Box ni, so we all pun sewa la untuk rehat and bersihkan diri dulu. Satu jam lebih kurang 500 baht aje so memang selesa, ada bilik mandi dan juga katil if ada sesiapa yang nak lelapkan mata sekejap.

Flight delayed, kena la menunggu kejap, sampai mata pun antara larat atau tak aje nak bukaknya.

Sampai KL lebih kurang pukul 1 pagi, airport pun dah lengang and sunyi semacam aje gayanya. Seram pun ada jugak dibuatnya.


Our first experience dengan Air Asia, so far okaylah tapi yang tak tahan tu, delayed punya hal lah. Service pun best, the cabin crew pun nampak helpful, taklah menyombong tak tentu hala. If ada rezeki lagi, akan cuba pergi bercuti dengan AA lagi.



Saturday, 22 July 2017

Sempat lagi sebelum balik

Sebelum balik KL, sempat lagilah menyinggah untuk last minute shopping. Pergi awal-awal, so dapatlah parking space yang dekat sikit then orang pun tak ramai lagi.

Daddy Jack cakap, tak boleh lama-lama takut jalan jem balik KL tapi anak-anak dok cakap, rileks la, sekolah bukak lambat lagi.

Perut minta diisi walhal dah kenyang dah breakfast sebelum datang JPO so light snack ajelah pun dah cukup. Ke Starbucks lagilah mencari roti and kek.

Konon tak nak membeli, udahnya tersangkut juga satu sling bag from COACH yang agak murah walaupun last season punya collection. Dah lama mencari sling beg ni, senang nak bawa di kala nak pergi santai-santai aje.

Menyinggah Polo mencari baju lagi for the boys, tapi sayangnya saiz dah agak limited. Cukuplah dah beli masa sampai hari tu.

Masih mencuba juga di Tory Burch mencari kasut yang ada saiz but masih hampa lagi. Lain kali hopefully ada rezeki lah disini.

Wednesday, 19 July 2017

Jimba Raya

Ni saat yang paling best sekali, breakfast di hotel. I memang suka sangat kalau dapat breakfast di hotel, perasaan dia sangat teruja. 

Sebabnya, ada banyak jenis pilihan makanan from American, Melayu, India dan juga Chinese, semua ada di depan mata. Kita pilih aje mana-mana yang kita suka. Selalunya I akan pilih American set and also porridge. Ni antara favourite juga.


Kali ni we all stay di KSL Hotel, Legoland Hotel penuh. Pilih KSL cos ada pool yang best, the boys pun suka juga lepak sini, then sebelah ada shopping mall.

So petang-petang kalau bosan duduk lepak di Starbucks di lobby hotel. Sepanjang puasa tak minum Starbucks pun, jarang keluar malam untuk moreh ke apa. Dah raya ni, seronok la dapat minum.

Order untuk Danish and Ryan, sekali dapat nama Joe, entah Joe mana pun tak tahulah. Rasanya clear dah nama Ryan disebut.

Kebetulan memang ada bawa baju kurung and baju Melayu satu family, kebetulan pergi beraya di rumah saudara Daddy Jack area Sentosa tu. Rumah Melayu pulak tu, so jadilah props bergambar. Gambar masa first raya tak begitu menepati citarasa mujurlah ada backup.

Dah puas beraya and jalan-jalan, singgah makan Mee Rebus Haji Wahid yang katanya antara yang tersohor di JB. Im not a big fans of Mee Rebus, tapi okay la sebab perut pun lapar, then licin habis makan semua.

Saturday, 15 July 2017

Jalan Raya

We all jalan-jalan ke JB la, bosan juga beraya di KL tu so tak ada plan pun just 2-3 hari sebelum raya terus buat keputusan, ehh jom kita ke JB.hihihihi. On the way tu menyinggah la kejap ke JPO sebelum check in hotel. Banyak juga perubahan ada di JPO ni, siap ada butik Gucci lagi tu.

Kedai sukan adalah satu kemestian bagi 3 beranak ni, sampaikan Ryan pun dah bosan buat macam-macam perangai termasuklah dalam gambar ni.


Tak sempat bershopping membeli baju the boys, so kat sini ada pulak sale so kita bershopping disini ajelah. Pilihan masih sedondon tapi kali ni pilih baju kemeja aje.

Phewww, jenuh mengangkut sana sini shopping bag ini.

Pengangkut beg yang setia menemani ke mana jua. Ada kala tak masuk pun, just tunggu kat luar kedai aje.

Tory Burch ada dibuka di JPO, baru beberapa minggu buka. I suka dengan loafer dia, nampak sweet sangat. Tapi malangnya tak ada saiz.

Dekat pukul 8 malam we all keluar dari JPO tu, call hotel masuk lambat so menyinggah Benafee dulu untuk makan malam. Mujur dah buka time raya ni, kalau tak jenuh juga nak pikir makan apa.

Perut masih kenyang, so makan sup tulang merah cicah roti ajelah. Itupun tak berhabis jugak tu.

Lega dapat masuk bilik yang luas dan selesa, dapat upgrade bilik lagi. Memang dah tak nampak apa dah pun cos badan pun dah letih after perjalanan dan menyinggah JPO shopping. Perut kenyang, mandi then terus tidur semuanya.

Monday, 5 June 2017

JSSL Final Day

Hari terakhir di Singapore, menuju ke Padang untuk final game yang bermula pukul 8am. Sempat lalu National Stadium, nampak cantik and modern sangat designnya.

We all dah checked out terus and packed sekali. Just in case dapat ke final game, mungkin sampai ke petang and we might stay sehari kat JB.

Tapi malangnya game pertama the team dah kecundang dah, so knock out game and teruslah we all boleh balik dah pagi tu. Tak ada luck kali ini disebabkan salah percaturan.

Sempat la bergambar satu team sebelum masing-masing membawa haluan sendiri samada stay di Singapore ataupun bermalam di JB.


Team member yang lain tak sempat nak ambil medal, so they all berenam yang sempat ambil medal and pose bersama medal masing-masing.

So, we all dah keluar awal from Singapore so buat keputusan terus balik KL, singgah makan di JB dulu sebelum terus balik KL sebab takut jalan jem.

Jalan memang jem teruk, mujur la the boys tidur sepanjang perjalanan tu cuma semua terjaga masa dah masuk Senawang dah. Sedar-sedar semua dah kelaparan, mujur ada sediakan snack dalam kereta so macam cencorot la semua duduk kat bonet makan biskut.

Sampai rumah, singgah beli lauk tomyam dan juga satay ayam, sebab dah lapar yang teramat sangat.

Esok paginya, seperti kebiasaan tetap mencari NZ untuk breakfast

JSSL Day 03


Hari ketiga pun we all tak ada choice juga , breakfast yang sama juga. Setakat roti, butter and jem tu tak jadi hal lah. Makan lebih sikit kasi energy sebab akan lama juga di padang tu. Hari ketiga, sesi bermula pukul 9 am.

So semua berkumpul satu tempat, while the parents siapkan all the jersey, makanan and first aid kit untuk players semua.


Hanya ada 4 game penentu untuk ke final, so Alhamdulillah, the team berjaya ke pringkat final for Cup trophy.

So, sebelum balik, semua berkumpul dulu untuk mendengar amanat dari Coach sebelum perlawan akhir nanti.

Sebelum balik hotel, singgah makan dulu, kali ni di kedai mamak yang lain pula. Mencuba murtabak sardin pula disini dengan teh ais.

Balik berehat kejap, then petang sikit semua turun ke swimming pool, melepak dan juga stretching semua urat-urat dalam air kasi lega sikit.

Malam terakhir di Singapore, semua players keluar makan sekali, then after that mendengar kata-kata peransang dari semua ibubapa masing-masing.

Meet Class of 2017 FCKL U12