Nuffnang Ad

Sunday 30 August 2015

Rembau Most Wanted

Berjalan-jalan ke kampung orang lain, maklumlah kami ni manalah ada kampung so bila ada jemputan ke kampung orang itu satu peluang yang tidak akan dilepaskan...so Rembau, kami datang !

Sampai aje di tempat yang dituju, kami dijamu dengan longgokan durian. Hah, makan semuanya tanpa segan silu bila tuan rumah dah pelawa, tapi I tak makan durian mentah, so tengok ajelah orang menghayati kenikmatan durian.

Dah habis makan durian, tengok orang membakar lemang pulak, kesian anak-anak I..tak berkesempatan nak menikmati peluang macam ni, dapat tumpang kampung orang pun jadilah.

Tenang aje berkumpul di sini, suasana sangat mendamaikan.

Tak lama lepas itu, dijamu pula dengan roti canai kari ayam. Tambah selera kebetulan pula hujan turun, mak aiii mana tak gemuk.

Dah nak balik baru nampak pokok rambutan lebat berbuahnya. Merah-merah pulak tu rambutannya. Mujur pakai baju kurung, kalau pakai jeans maunya dah panjat pokok mengait buah rambutan tu.

Saturday 29 August 2015

Meredah malam





Masih sibuk nak upoload pasal mood raya lagi walaupun raya haji dah nak hampir tiba. Antara biskut yang last dibuat adalah Biskut Mazola, entah macamana terbuat rezepi sampai 1.5kg tepung hah, jenuh la nak membuatnya. Sampai dah rasa mcm ada org tempah pulak.

Warga KL dah mula balik ke kampung so we all yang memang duduk KL ni seronok la lalu jalan MRR2 yang lengang dan tak banyak kenderaan.


Lagi 2 hari nak raya so mood masak pun macam dah tak ada so kita berbuka di luar ajelah nampak gayanya. So kali ni kita berbuka di Traders Hotel pula.

Selalu kalau makan di hotel for buffet for iftar jarang jumpa sushi tapi kat Traders Hotel ni ada pulak sushi and a few Japanese foods so haruslah makan sampai puas, kan.

Tapi sayangnya kambing goleknya tak begitu sedap, terlalu kering dan tak begitu lembut.

Singgah Ferragamo untuk melihat kasut-kasut dia yang cantik-cantik tu, tapi simpan dululah angan-angan tu, Insyallah satu hari termakbul juga.

Entah kenapa, dapat pulak idea nak ke Jalan TAR lepas ke KLCC. Balik rumah dulu lepas berbuka puasa, then bila anak-anak dah tidur baru keluar berdua. Ohh taklah nak bawa anak-anak sekali, maunya pengsan kepanasan kat situ. Ingatkan dah keluar pukul 11pm keadaan agak terkawal la juga tapi rupanya keadaan macam pukul 8 mlm. Kereta banyak di jalan sampaikan sesak dibuatnya.

Orang pun bersesak-sesak juga, kesian pada mereka yang membawa anak-anak kecil, kepanasan nampak masing-masing.

Macam-macam jenis promosi ada, semuanya untuk menarik perhatian orang ramai untuk membeli.
Dah pagi pun macam ni jugak keadaannya, orang masih ramai dan kenderaan masih bersesak-sesak. Penangan raya punya hal.

Monday 24 August 2015

Ikea oh Ikea

Inilah aktiviti kami anak beranak bila hujung minggu..kalau tak ke KLCC, IKEA la tempat kami macam dah tak ada tempat lain dah nak pergi berjalan. Semenjak balik Malaysia tahun 2014, entah berapa kali dah jenguk muka ke IKEA ni, sampaikan satu masa tak tahu nak beli apa dah.

Itulah sebabnya adalah nak menghias rumah, tak cukup untuk hall, bilik takpun dapur. Beli sikit-sikit aje, taklah beli sampai penuh lori, kan.

Di IKEA ni semua nampak cantik, even tangga pun rasa bestnya ida ada tangga macam di IKEA, giler parah dah ni.

Sebelum masuk showroom, kita isi perut dulu bagi kenyang. Kang dah kenyang, baru boleh nak belek-belek apa yang nak dibeli, ikut list ataupun di luar dari apa yang dirancang untuk dibeli.

Tak pernah tak penuh cafe di IKEA ni, beratur panjang but still masih nak juga beratur membeli meatballs tu. Pastu mencari tempat duduk pun ada satu lagi azabnya tapi nak buat mcmana kan, demi IKEA semuanya sanggup berkorban.

Staple foods kalau ke IKEA kan, meatballs tu memang satu kemestiaan la kan.

Kita pun bergabung tenaga anak beranak mencari barang yang diperlukan. As usual, Daddy yang memilih while I menjaga anak-anak takut hilang dari mata. Ini pun menghitung hari bila katalgog IKEA yang baru nak sampai lagi, kalau tak silap dalam bulan depan sampai la tu...hehehehhehe. IKEA lagilah kita jawabnya.



Friday 21 August 2015

projek kuih raya

Projek kuih raya lagi kan, so hanya mampu membuat 4 jenis kuih sahaja tahun ini. Itupun tart nenas tak sempat nak buat, itu projek lepas raya la jawabnya. Tapi cookies ni tak semestinya kena buat time Raya ajekan, bila-bila masa pun boleh buat juga.

2nd batch chocolate chips, kali ini dengan sukatan yang betul tak la legam macam yang sebelum ini. rasa pun sedap la sikit kan.

Kuih permintaan Daddy jack, Almond London. Belum pernah membuat kuih ini sendiri, selalu Ibu yang buatkan dulu, berdebar-debar jugaklah nak membuatnya but Alhamdulillah, rasa sama macam resepi Ibu dulu.

Kuih yang paling senang sekali, tak perlu guna acuan pun, just sagat aje guna penyagat cheese tu. Kuih Sarang Semut tapi bila bakar macam tak berapa nak kuning, just jadi kuning cair aje.

Wednesday 19 August 2015

Tak ada air




Tahun ini berjaya membuat kuih raya sendiri tanpa membeli sebalang pun dari orang lain. Itupun lepas diperli beberapa kali oleh anak-anak so 2 minggu terakhir Ramadhan pun projek kuih raya bermula. Mulalah keluarkan segala barang-abarang yang dibeli dari Adelaide dulu termasuklah mixer Kenwood tu.

Percubaan pertama membuat chocolate chips cookies, entah macamana tersalah pandang sukatan serbuk koko, teruslah jadi legam pulak, mujurlah sedap dan boleh dimakan..Alhamdulillah.

Aduh, time-time sibuk buat kuih ni la ada pulak paip yang pecah so kena tunggu sampai air ada balik untuk sambung projek kuih muih tu.

Sampai nak berbuka air masih tiada, so pukul 630pm baru terhegeh-hegeh nak mencari tepat berbuka, rasanya mcm tak ada harapan tapi tak salah mencubakan so bawak jugaklah sebekas tembikai buat alas perut if tak sempat atau tak jumpa tempat nak berbuka nanti.

Mujurlah Old Town ada kosong lagi tapi jenuh jugaklah nak menunggu makanan sampai.

Dah malam-malam sempat pulak berboxing ke Jovian mencari baju raya, selalu macam ni la. Last minit baru terhegeh-hegeh nak mencari baju pastu frust bila baju tak ada saiz ataupun design tak berkenan. 

Jumpalah 2 design yang menepati selera I dan juga Daddy Jack, so tahun ni angkut 2 sekali gus, mana nak pakai gamaknya ya dengan baju berlace dan berlabuci tu semua ya.

Orang dok kata sampai kena beratur and ambik nombor tunggu giliran tapi we all Alhamdulillah, tak perlu beratur lama untuk masuk butik kat Bangsar ni. Maybe sebab awal kut, tapi masa we all balik dalam pukul 1130pm tu memang nampak la orang dah ramai menuju ke dalam sampai kena sealed handbags masing-masing.


Saturday 15 August 2015

Iftar di Rooftop

Masih terhegeh-hegeh nak update psl Iftar walaupun Syawal dah berakhir minggu ini. Selalu beriftar di dalam dewan atau coffee house, tapi Ramadhan kali ini nak cuba beriftar di outdoor pulak.

Arah menuju ke KLCC, mujurlah jalan pun tak jam sangat walaupun hari bekerja, mungkin sebab ada yang balik awal kan untuk berbuka so jalan pun smooth aje.

Lokasi berbuka kali ini di rooftop Avenue K, anjuran Restoran Skrin yang ada di UK Boulevard. Sampai orang mcm belum ramai lagi, so menjenguk-jenguk la kejap di gerai-gerai makanan yang disediakan.

Makanan memang banyak, ada nasi 2 jenis, dessert section, mee and kuay teow goreng serta pelbagai makanan lagi lah.

Mee and Kuay Teow Goreng dibuat atas permintaan kepada yang nak makan.

 Cantik KLCC and Maxis Tower di malam hari

Kambing golek pun ada juga, rasanya of buffet Ramadhan di luar yang harganya dalam lingkungan RM50 keatas, sure akan ada kambing golek, cumanya antara sedap, atau tidak aje.

Tuesday 11 August 2015

Iftar di PWTC

Masih bercerita mood puasa lagi, kalu ni kita cerita pasal persiapan Raya la pulak. Tahun ni persiapan raya ala kadar aje, dah borong banyak baju masa we all pergi Australia bulan Mac yang lepas. Baju dan kasut semua dah beli awal-awal lagi. Tapi naklah juga bagi anak-anak merasa membuat persiapan di KL pulak kan, so ke KLCC la kita.

Dah datang dah kes merajuk dia, gara-gara biskut Koffee Kisses yang dia paling suka makan tu. Tak sabar-sabar nak beli, tak boleh kata tunggu kejap, dan-dan tu jugak nak. bukan I tak nak belikan, tapi waktu tu awal lagi, takutlah pulak sibuk nak makan.

Daddy Jack dah memikul tanggungjawab baru, so kenalah bergaya baru dengan memegang tanggungjawab yang besar tu.

Biasalah kan, baju budak lelaki hanya seluar dan kemeja sahaja. Dari dulu, Polo menjadi pilihan sebab nampak smart dan juga style. 

Levis Kids pun dah buka di KLCC, tapi sayangnya banyak saiz yang dah tiada. So kenalah mencari di tempat lain pula.

Tinggalkan mereka ni kejap aje, dah menyinggah tempat lain pulak. Ke mana lagi kalau tak ke kedai LEGO. Ada aje benda yang nak dibelinya dalam ni.

Dah puas bershopping, malas pulak nak masak berbuka so berbuka di luar la kita. Kali ini di Riverside PWTC menjadi pilihan. Banyak juga makanan sampai tak tahu mana satu nak memilihnya. So kita makan perlahan-lahan, makan dengan berhemah.

Antara makanan yang sempat disnap, itupun ada banyak lagi makanan yang nak dicuba. Kambing golek habis licin, mujur dapat merasa serba sikit.

Tertipu rupanya, ingatkan sambal daun kayu tempoyak tu, bau dah macam ada rupanya pucuk ubi masak tempoyak aje. Bedal ajelah, janji ada rasa-rasa tempoyak tu. Weekend nak kena buat la sambal daun kayu tu, gamaknya. Lama dah nak makan.