Projek kuih raya lagi kan, so hanya mampu membuat 4 jenis kuih sahaja tahun ini. Itupun tart nenas tak sempat nak buat, itu projek lepas raya la jawabnya. Tapi cookies ni tak semestinya kena buat time Raya ajekan, bila-bila masa pun boleh buat juga.
2nd batch chocolate chips, kali ini dengan sukatan yang betul tak la legam macam yang sebelum ini. rasa pun sedap la sikit kan.
Kuih permintaan Daddy jack, Almond London. Belum pernah membuat kuih ini sendiri, selalu Ibu yang buatkan dulu, berdebar-debar jugaklah nak membuatnya but Alhamdulillah, rasa sama macam resepi Ibu dulu.
Kuih yang paling senang sekali, tak perlu guna acuan pun, just sagat aje guna penyagat cheese tu. Kuih Sarang Semut tapi bila bakar macam tak berapa nak kuning, just jadi kuning cair aje.
No comments:
Post a Comment